Khamis, Mei 15, 2014

BOLEH PAKAI LAGI KE CAKAP MAT SAID NI BRO?




Dedah Mat Said dalam satu sidang media petang tadi, kononnya PAS datang kata nak kekalkan dia sebagai Menteri Besar tetapi dia tak nak..

Boleh percayake apa yang didedahkan oleh bekas MB yang tak ada prinsip ni?..

Yalah.. tak sampai 24 jam boleh tukar pendirian.. tak boleh dipakai punya prinsip..

Bagi aku kenyataannya ini hanyalah satu kenyataan untuk memperbodohkan macai-macai dengan menunjukkan seolah-olah beliau sangat setia kepada UMNO..

Hakikatnya kalau setia apa saja yang terjadi atau dilakukan kepadanya beliau tidak akan sekali-kali mengumumkan keluar dari UMNO..

Malangnya hanya kerana kenduri anaknya tak boleh dibuat di kediaman rasmi MB Terengganu, beliau merajuk terus umum keluar UMNO...


KIJAL: Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata beliau bukan pengkhianat kepada UMNO, sebaliknya tetap sayang dengan parti.

Malah, katanya, beliau menolak tawaran PAS untuk kekal berkuasa jika menubuh kerajaan negeri bersama parti itu.

"PAS datang kata nak kekalkan saya sebagai Menteri Besar tetapi saya tak nak," katanya pada sidang media di kediamannya di sini, sebentar tadi.

Ahmad berkata, perasaan sayang kepada UMNO yang membuatkan beliau kembali ke pangkuan UMNO.

Katanya, sebab itulah juga beliau mengumumkan hanya tiga ADUN UMNO bertindak keluar parti menjadi wakil Bebas biarpun bilangannya lebih daripada itu.

"Sebab itu saya kata tiga walaupun ada lebih daripada itu. Kalau kita kata empat atau lima, sudah tentu PAS sudah tubuh kerajaan," katanya lapor Berita Harian

ASD



6 ulasan:

  1. Tanpa Nama15/5/14 3:19 PG

    Bro.. ko baru kenal dunia politik ke.. ?

    BalasPadam
  2. penyu menangis15/5/14 6:26 PG

    Di Malaysia ada 10 cara untuk jadi kaya..
    1,masuk pilitik, 2.masuk politik, 3.masuk politik...10.masuk politik

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama15/5/14 8:04 PG

    Dari dulu cakap mamat ni tk boleh pakai

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama15/5/14 8:23 PG

    Selepas tersedar dari mimpi baru dia tau, kalau keluar Umno dia takkan dapat apa-apa. Mungkin masih ada hutang yang belum langsai. Mungkin ada banyak fail yang begitu bersih yang boleh dibuka semua. Kalau masih dlm Umno, mungkin boleh jadi pengerusi beberapa anak syarikat KERAjaan negeri dengan pendapatan yang lumayan.
    Dan yang paling mengerunkan Md Said hingga boleh menyebabkan telor pun boleh hilang, kalau dituduh dimahkamah kerana menjatuhkan satu KERAjaan yang sah. Bayangkan kalau buat demo pun boleh dituduh nak menjatuhkan KERAjaan, apatah lagi yang ini telah nyata akan jatuhnya sebuah kerajaan...........
    Apapun syabas diucapkan kepada Md Said kerana berjaya menjadikan satu topik panas minggu ini.......

    BalasPadam
  5. tak boleh pakai n bro

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama7/8/14 2:21 PG

    Thanks for sharing your thoughts on average lawn costs. Regards

    Here is my page increase grass health

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...