Jumaat, Mei 23, 2014

SEKELIP MATA 5 BERADIK JADI YATIM PIATU,IBU DAN BAPA MAUT DIGILIS LORI




KUALA LUMPUR: Lima beradik menjadi yatim piatu dengan sekelip mata apabila ibu bapa mereka maut digilis sebuah lori dalam satu kejadian langgar lari di susur Jalan Chan Sow Lin pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Mohan Singh memberitahu kejadian berlaku pada jam 8 pagi apabila kedua-dua mangsa menaiki sebuah motosikal Honda EX5 dari arah Cheras menuju ke jalan Chan Sow Lin.




"Motosikal yang ditunggangi mangsa secara tiba-tiba hilang imbangan menyebabkan kedua-dua mereka jatuh ke jalan raya sebelum dilanggar oleh sebuah lori," kata Mohan.

Mangsa kemudian digilis oleh lori tersebut yang kemudiannya bertindak meninggalkan tempat kejadian.

Identiti mangsa dikenali sebagai Jefri Mohd Zain, 50 dan isterinya, Norsalawati Ibrahim, 40 dan kedua-duanya meninggal dunia di tempat kejadian.

Polis masih lagi mengesan lokasi pemandu lori tersebut dan saksi kejadian digesa tampil untuk membantu siasatan.

Mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat dan kes disiasat dibawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.





Bantuan dan sumbangan anda amat diperlukan..

Susulan kes kemalangan maut pasangan suami isteri yang digilis lori ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di Jalan Loke Yew pagi tadi. Pasangan tersebut meninggalkan 5 orang anak berumur diantara 3 hingga 15 tahun.




Alamat rumah : 3-2-18 blok 3, jalan 7/154d, taman desa cheras, cheras kuala lumpur.

Kami sepakat admin2 page memberikan amanah kepada pemilik akaun ini untuk menyalurkan sumbangan kepada keluarga mangsa..

No akaun : 164593088136 (Maybank)
Nama pemegang akaun : Ramlah Jais

Read more: http://biaqpila.blogspot.com/#ixzz32Y8w0qsX

sedakasejahtera


6 ulasan:

  1. Wahai saudaraku2 berilah sumbangan sekadar kemampuan kamu, sesungguhnya rasulullah amat menyayangi anak2 yatim.

    BalasPadam
  2. Dah cuba transfer tapi x boleh. Keluar message 'unsuccessful account unauthorised'

    BalasPadam
  3. Samalah..aku dh buat melalui maybank 2u tapi x dpt.

    BalasPadam
  4. kalau nak bg sumbangan berhubung terus dgn keluarga mangsa.. jgn percaya sembarangan

    BalasPadam
  5. saya dah sumbangkan derma di sekolah kebangsaan taman midah 1


    BalasPadam
  6. Tanpa Nama1/6/14 1:13 PG

    sekarang banyak org suka tipu..
    lebih baik lantik pegang amanah dan saksi..keluarga yg rapat atau wali bagi kanak2 ini..dan akaunnya diperiksa ikit masa..
    Biaqpilah...tolong paparkan no akaun yg betul..aku pun nak masuk sikit sumbangan.. tk.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...