Jumaat, Julai 04, 2014

MENTERI WILAYAH DIJEMPUT TUMPANG SEKAKI



KENYATAAN MEDIA

3 JULAI 2014

DAPUR JALANAN KUALA LUMPUR TETAP AKAN MENJALANKAN AKTIVITI BERKONGSI MAKANAN

Kolektif Dapur Jalanan Kuala Lumpur tetap akan berkongsi makanan dengan golongan miskin kota dan warga tak berumah. Pada bulan Ramadhan ini aktiviti berkongsi makanan kami dijalankan jam 10 malam setiap hari Sabtu. Kami menjemput semua untuk menyertai aktiviti kami.

Seperti kenyataan kami semalam, kami turut menjemput Menteri Wilayah dan Kesejahteraan Bandar Tengku Adnan Tengku Mansor untuk turun sendiri melihat keadaan sebenar golongan miskin kota dan warga tak berumah.

Sebagai warga yang bertanggungjawab kami senantiasa memastikan tahap kebersihan yang tinggi sewaktu dan selepas aktiviti kami. Pada hari Sabtu ini Tengku Adnan boleh melihat sendiri dan menilai tahap kebersihan aktiviti kami serta yang lebih penting menilai sama ada aktiviti berkongsi makanan dengan golongan miskin kota dan warga tak berumah benar- benar menjejaskan imej bandaraya Kuala Lumpur.

Dapur Jalanan Kuala Lumpur juga berpendirian bahawa Menteri Wilayah dan Kesejahteraan Bandar dan DBKL tidak berhak menetapkan jarak atau kawasan manakah yang dibenarkan bagi mana-mana organisasi untuk memberikan makanan percuma kerana aktiviti kami tidak menggunakan dana dari kementerian mahupun DBKL. Maka kami berhak untuk menentukan tempat untuk kami menjalankan aktiviti kami.

Sama bantu, sama rasa
Dapur Jalanan Kuala Lumpur
3 Julai 2014

-MAKANAN ADALAH HAK UNTUK SEMUA BANGSA-

DJKL

6 ulasan:

  1. Tanpa Nama4/7/14 12:55 PG

    Beri makankat BUkit bintang je

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama4/7/14 12:57 PG

    Kat Bukit Bintang boleh bri makan ke

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama4/7/14 8:20 PG

    Setiap sen dari rezeki kita ada rezeki orang lain dah pihak baitulmal tidak berusaha membantu atau karenah birokrasi bila ada usaha2 mulia dari NGO janganlah dihalang....ini nak disaman pulak pihak2 yang bersedekah...konon mencemar imej KL di kota London pun ada gelandangan wahai adnan

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama4/7/14 9:07 PG

    tp setiap sen duit ku nan dangdut 100% kepunyaan dia tknk berkongsi..dn duit baitulmal pun duit dia jg

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama4/7/14 11:09 PG

    Kalau negara kaya, kerja senang dan gaji berpatutan, xkan ada org yg minta sedekah, kecuali pendatang

    BalasPadam
  6. WOW !! What A Surprise ….
    This Thing Is Beyond Your Imagination !! >>> CLICK HERE !!

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...