Isnin, Julai 14, 2014

PATUT LA LANUN KAT SABAH TAK TAKUT KAT TENTERA LAUT KITA




Kalau permohonan TLDM ini tidak diluluskan kerajaan.. Hantarlah seluruh Armada TLDM ke Sabah.. lanun-lanun yang ada tu dijamin tak akan gentar langsung..

Ianya umpama singa yang tak ada gigi.. sekadar boleh mengaum untuk menakutkan tapi tak mampu nak mengigit untuk mencederakan..


Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan memohon kepada kerajaan bagi membenarkan angkatan itu melepaskan tembakan terhadap mana-mana pihak yang menceroboh kawasan perairan Sabah.

Panglimanya, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata, sebelum ini pihak bertanggungjawab termasuk TLDM yang menjaga perairan negeri itu tidak dibenar melepaskan tembakan terhadap ‘penceroboh’ menyebabkan kumpulan tersebut sentiasa berjaya meloloskan diri daripada ditahan.

“Mereka (penceroboh) tidak lagi takut dengan pihak berkuasa kerana tahu kami tidak akan melepaskan tembakan, hanya amaran mengarahkan supaya berhenti sahaja.

“Perkara ini tidak boleh berterusan, takkan mahu tunggu mereka berhenti, sedangkan mereka tidak akan berbuat demikian.

Jadi, kami akan memohon kepada kerajaan supaya ‘peraturan’ itu ditukar dan pihak berkuasa termasuk TLDM dibenar melepaskan tembakan sekiranya penceroboh enggan mengikut arahan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyaksikan majlis serah terima tugas Panglima Armada antara Laksamana Madya Datuk Abdul Hadi A. Rashid dengan Laksamana Madya Datuk mohamad Roslan Mohamad Ramli lapor RakyatNews


 darisungaiderhaka



10 ulasan:

  1. Semua keputusan orang politik yang tentukan turunkan kuasa kat jeneral ATM mereka ada kepakaran dan kemampuan

    BalasPadam
  2. baru aku tahu patutle lanun bermaharajalella......apa punya undang2 le malayasia ni ikut bodoh kau campak aje kau punya senjata tu ke laut lagi baik buat tukun....bangan punya arahan

    BalasPadam
  3. Aku ingatkan perdana menteri pandai, rupanye bodoh dan bongok

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama16/7/14 8:52 PG

      PM mana tau benda tu. PM dulu2 yang buat peraturan tu. hehehehe

      Padam
  4. Kerajaan kartun, tentera pun jadi kartun... ada senapang ada peluru, nak tembak kena minta kebenaran.... kartun jenis apa ini.

    Aku ingatkan dakwat kekal sahaja kena tipu, kehebatan pertahanan negara pun tipu juga ... lain kali jangan beli kapal perang mahal-mahal kalau tak boleh tembak, cukup semua anggota TLDM lipat kapal kertas banyak-banyak untuk pertahankan perairan Malaysia. TUDM bolehlah lipat kapal terbang kertas, tentera darat pun samalah. Kalau tak reti lipat beli je dekat kedai barang sembahyang orang cina, macam-macam bentuk dia boleh tolong buatkan.

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama15/7/14 6:54 PG

    Kan bagus kuasa ni bagi kat yg dipertuan Agong... Bia baginda yg putuskan...

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama15/7/14 9:26 PG

    HELAH BELA DIRI JEW...

    BalasPadam
  7. seorang dah meninggal seorang masih diculik....jd fikir2 kan lah...

    BalasPadam
  8. Tak boleh nak guna senjata apa guna ada kapal perang...kelakar punya arahan..

    BalasPadam
  9. Agknya slma ni pncolek2 dkawsn prairn sabh bla btembung ngn navy dia hya mlambaikn tgn dgn simbol 'peace' apbla mlakukn jenyh. Sb mreka tai navy x bolh tmbk mreka krna x dpt arhn krjaan.alng sugh nsib navy kita slma ni duk pakai tgok je pencolek wat sesuka hti.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...