Isnin, Julai 07, 2014

PESAWAT AIRASIA TERGELINCIR KETIKA MENDARAT


BANDAR SERI BEGAWAN - BRUNEI. Sebuah pesawat AirAsia dilapor tergelincir ketika sedang melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei petang tadi.

Memetik laporan sebuah portal, kejadian tersebut telah disahkan oleh AirAsia.

Dalam satu kenyataan, AirAsia berkata, insiden membabitkan Penerbangan AK 278 kira-kira 4 petang dan tiada sebarang kecederaan berlaku.

Menurut kenyataan itu lagi, semua penumpang dan kru pesawat berkenaan berjaya dikeluarkan dengan selamat.

Semasa kejadian terdapat seramai 102 penumpang dan tujuh kru di dalam pesawat.

AirAsia menambah, kakitangannya di lapangan terbang tersebut sedang melakukan apa yang perlu bagi membantu semua penumpang terlibat.

Pada masa sama, pihaknya turut bekerja sama dengan semua pihak berkuasa bagi mengenalpasti apakan punca kejadian berkenaan.

AirAsia juga akan memaklumkan maklumat terkini mengenai kejadian berkenaan jika perlu.

SH


1 ulasan:

  1. Allah

    cek ni dah la penakut naik plane

    dah la selalu naik air asia pulak tu

    huhuhuh


    ya ALLAH jauhkanlah kami dari perkara seumpama ini

    selamatkanlah kami sentiasa setiap kali naik kapal terbang

    amiin

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...