Sekitar dialog antara Aqsa Syarif dan McD
7/8/14:
Semalam, Pengerusi Aqsa Syarif Bhd, Prof Madya Hafidzi Mohd Nor telah dikunjungi oleh pihak pengurusan Mac Donald Malaysia, di pejabat Aqsa Syarif berbicang mengenai boikot terhadap McD yang dibuat oleh Aqsa Syarif. Mungkin McDonald sudah mula terkesan dengan boikot oleh berbagai pihak terhadap McD. Tetapi saya puji kunjungan pihak McD ke pejabat Aqsa Syarif yang menjadi salah sebuah agensi terulung di Malaysia yang membela nasib rakyat Palestin yang dizalimi Israel.
Pengurusan McD bertanya Aqsa Syarif soalan antaranya “Mengapa tidak memboikot juga syarikat lain dari Amerika?”. ‘Mengapa boikot McD sedang ramai pekerja Malayu/Islam bekerja untuk menyara kehidupan di McD?” Soalan seperti ini saya fikri soalan ikhlas daripada wakil Mc Donald dan kita tidak boleh prasangka tetapi membantu mereka memahami isu sebenar dari perspektif perjuangan keadilan, kebenaran dan kemanusiaan sejagat untuk kehidupan yang lebih baik bagi kita semua.
Maaf, walaupun panjang ikutilah beberapa perkongsian daripada Pengerusi Aqsa Syarif, yang saya sunting dari email beliau. Maklumat penuh boleh didapati dari pihak Aqsa Syarif:
Dalam pertemuan tersebut, pihak McD mengakui bahawa McD Malaysia adalah syarikat miliki Golden Arches Restaurant Sdn Bhd yg merupakan subsidiari kpd McD Corp. (US). McD Malaysia membayar 5% dari jualan kepada McD Corp US yang merupakan organisasi pembuat polisi utama. McD Corp US juga akan memberi bantuan pakej kewangan untuk “outlet” baru.
Jelas semua rangkaian McD Malaysia menjanakan pendapatan untuk McD Corp US melalui yuran francais tersebut dan juga mendapat manfaat daripada McD Corp US dari segi dana awal membuka outlet.
Oleh itu, hujah bahawa McD Malaysia tidak menyuumbang kepada McD US dan hanya membayar cukai kepada kerajaan Malaysia sahaja adalah tidak tepat.
McD juga mendakwa mereka tidak mempunyai hubungan dengan Israel. Aqsa Syarif menolak dakwaan ini kerana McD menerima anugerah daripada Kerajaan Israel kerana membantu ekonomi Israeil. Selain itu, seorang ahli lembaga Pengarah McD Corp menerima anugerah dari Muzuem of Holocaust kerana membantu masyarakat terus ingat peranan Yahudi dalam sejarah.
Mengenai Jack M Greenberg bekas Pengerusi dan CEO McD (1999 – 2002) yang menyumbang kepada Jewish United Fund (JUF) – sebuah tabung yang terkehadapan dalam membantu Israel, wakil Mc D Malaysia tersebut mengakui CEO 10 tahun dulu itu memang menyuumbang tetapi bukan CEO sekarang.
Namun kata mereka Greenberg menyumbang kepada JUF atas kapasiti peribadi. Tetapi apabila pihak Aqsa Syarif bertanya adakah sumbangan peribadi menggunakan dana McD, pihak McD tidak dapat memberi jawapan.
Pengurusan McD juga bertanya mengapa baikot sedangkan di Mc D Malaysia terdapat 80% pekerja Melayu/Islam cari rezqi. (Nampaknya, McD tidak atau belum memahami isu sebenar)
Aqsa Syarif menegaskan, kita boikot McD kerana McD membantu Israel yang melancarkan peperangan terhadap kemanusiaan sejagat. Bukan boikot pekerja McD, bukan menentang rezqi dan kehidupan sesiapa. Boikot akan terus relevan tidak kira siapa pun yang bekerja dan tidak kira orang Melayu Islam menjadi pekerja majoriti atau tidak. Tidak pula bermakna jika orang Islam dan Melayu tidak bekerja di McD boikot dihenttikan.
Israel tidak hanya mensasarkan umat Islam tetapi seluruh kemanusiaan yang mahu diporakperandakan. Mereka membunuh kanak-kanak dan meletupkan sekolah. Inilah penentangan kita.
Oleh itu McD Malaysia turut bersalah dan bertanggungjawab seperti mana McD Corp US terhadap sokongan kepada Israel yang membunuh kemanusiaan.
Pengurusan McD Malaysia juga bertanya mengapa tidak boikot syarikat Amerika yang lain. Kata Prof Madya Dr Hafidzi, kita boikot bukan atas asas ia syarikat Amerika. Bahkan Aqsa Syarif tidak baikot syarikat Yahudi hanya kerana ia milik orang Yahudi.
Aqsa Syarif boikot mana-mana syarikat yang membantu kewangan Israel – sebuah regim yang zalim - tanpa mengira siapa walaupun syarikat itu milik umat Islam.
Jika syarikat itu menolong Israel maka syarikat itu akan jadi sasaran boikot sama seperti McD. Boikot bukanlah kerana semata-mata syarikat itu datang dari Amerika Syarikat atau Barat (Diharapkan pihak pengurusan McD Malaysia dapat memahami perkara ini).
SUMBER
MUSIM BALIK KAMPUNG:PASANG CCTV MURAH

ermmm US patut di boikot secara total
BalasPadamkerana mereka juga adalah penyumbang dana terbesar ke pada israel
Russia secara total menolak produk US & Eropah
Aqsa Syarif ni bodoh. Mana kau tahu yahudi tak tlg israel. ada dia beritau ke dia org tolong israel. Kau tau tak yg Mark Zurbkerberg tuan punya Facebook & Wassaps tu org yahudi dan disanjung tinggi di israel. Buat reserach dulu sebelum nak menghentam McD. Kau saje nak cari publisiti murahan. Boikot lah Wassaps dan Facebook skali. Ada berani???
BalasPadamSelama aku pakai whatapp and facebook..xpenah kene bayar pun..janji duit aku tak masuk dlm kocek whatapp and facebook..
PadamSama lah aku... kita boikot org yg sumbang dana ke israel.. facebook ngan whatsaap xpernah mintak pom duit aku.. so xde lah peranan nk boikot whatapp ngan fb...
PadamBuat apa nak boikot facebook dan whatsapp kerana ia diibaratkan melawan musuh dgn senjata musuh. Bongok jugak ko yer.
PadamKalau senapang tu buatan Israel...aku takleh guna utk tembak Israel???
Tu la nak ckp org bodoh...ko tu lagi bodoh.
moral : jangan sesuka nak perbodohkan orang.
BalasPadamBila sibodoh tunjuk kebodohan, maka jadilah mcm anon 3:10 tu..
BalasPadam