Kuala Lumpur: Seorang penderma yang tidak dikenali mendepositkan AS$30 juta (RM96.53 juta) ke akaun sebuah firma penyiasatan persendirian Jerman untuk diberi kepada mana-mana pihak yang dapat memberikan bukti dalang yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat MAS MH17 pada 17 Julai lalu.
Menurut Portal Berita The Local edisi Jerman, wang tawaran itu diserahkan kepada sebuah firma yang berpusat di Schleswig-Holstein di utara Jerman iaitu Wifka.
Wifka dalam satu kenyaataan yang disiarkan dalam laman webnya, semalam menyatakan penderma tersebut mahukan kepastian siapakah yang bertanggungjawab dalam memberikan arahan untuk menembak jatuh pesawat itu dan senjata yang digunakan.
Wifka turut memberi jaminan bahawa orang yang mendedahkan kebenaran itu akan diberikan identiti baru sebagai langkah perlindungan.
Foto
FOTO Reuters
"Sesiapa yang memberikan bukti dalam mengenalpasti dalang kejadian itu akan diberikan ganjaran sebanyak AS$30 Juta.
Wang hadiah itu kini disimpan di Zurich, Switzerland," menurut kenyataan itu.
Hmetro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...