Jumaat, Oktober 24, 2014

"SAMSENG" ANGKAT KERETA GUNA JENTOLAK




KUALA LUMPUR 23 Oktober 2014: Dengan menggunakan jentolak "Backhoe" pihak kontraktor pemaju Trans Loyal telah mengangkat dua buah kenderaan yang diletakkan di tepi Jalan Pandan Indah 8, Taman Pandan Indah di sini. Kerja-kerja mengubah kenderaan ini dilakukan tanpa notis kepada penduduk. Kontraktor yang melakukan kerja melebarkan jalan di tepi sungai ini bertindak bagai samseng dengan tidak mempedulikan bantahan penduduk setempat. Pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) juga seolah-olah menyebelahi pihak pemaju kerana tidak mendengar bantahan penduduk terhadap penggunaan jalan-jalan di Taman Pandan Indah sebagai jalan keluar masuk ke tapak pembinaan milik pemaju Trans Loyal.

Difahamkan MPAJ pernah membatalkan projek ini pada tahun 2011 akibat bantahan dari penduduk kerana pihak pemaju gagal menyediakan laluan keluar masuk.Namun projek ini diluluskan semula oleh MPAJ pada bulan Julai 2014 walaupun pihak pemaju masih gagal menyediakan laluan keluar masuk. Ini yang menjadi pertanyaan penduduk di sini,bagaimana projek yang telah dibatalkan boleh diluluskan semula tanpa perbincangan dan persetujuan dari semua penduduk.

Untuk rekod,pada 26 Ogos 2014 pihak MPAJ ada mengeluarkan surat "Arahan Berhenti Kerja" kepada kontraktor pemaju kerana telah melanggar beberapa syarat pembinaan namun pihak kontraktor pemaju terus melakukan kerja tanpa apa-apa halangan daripada bahagian penguatkuasa MPAJ.Apabila ditanya oleh penduduk,bahagian penguatkuasa berkata bukan mereka yang keluarkan surat itu tetapi jabatan kejuruteraan MPAJ yang keluarkan.



Papan tanda JPS turut ditumbangkan oleh kontraktor pemaju.

Di bawah ini kerosakan awal yang dikesan pada kereta penduduk.





Satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Pandan Indah lewat malam tadi oleh beberapa orang penduduk. Ini kerana pemilik kenderaan ini tidak mengetahui kejadian tersebut kerana beliau berada di wad Hospital Ampang sejak seminggu lepas.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...