Kuliah Maghrib Masjid Baroh Perlis pada 1 Dis 2011
Oleh
Ustaz Yaali bin Dahaman@Abddul Rahman Imam Masjid al-Syakirin
Punca doa sesaorang diterima Allah mestilah menepati syaratnya tanpa sebarang halangan;
1) Hadir Hatinya Ketika Berdoa Serta Penuh Harapan
Antara syarat yang paling utama ialah hadir hatinya ketika berdoa disamping mengharapkan perkenan Allah Ta`la.
Hadith yang dikeluarkan oleh al-Termizi dari Abu Hurairah r.a. daripada Nabi s.a.w. baginda bersabda;
“ادعوا الله وأنتم موقنون بالاجابة ، وان الله تعالى لايقبل دعاء من قلب غافل لاه”
Ertinya; “Berdoalah kepada Allah dalam keadaan kamu yakin mendapat perkenan dari Allah, sesungguhnya Allah Ta`la tidak akan menerima doa dari hati yang lalai dan tidak bersungguh-sungguh”.Dalam kitab Musnad dari Abdullah bin Umar r.a. daripada Nabi s.a.w. baginda bersabda;
“أن هذه القلوب أوعية ، فبعضها أوعى من بعض ، فاذا سألتم الله فاسألوه وأنتم موقنون بالاجابة ، فان الله لايستجيب لعبد دعاء من مظهر قلب غافل”
Ertinya; “Hati adalah ibarat bekas, sebahagiannya adalah lebih sesuai untuk digunakan sebagai tempat menyimpan daripada sebahagian yang lain. Wahai manusia, apabila kamu berdoa kepada Allah Azzawajalla, maka pohonlah dalam keadaan kamu yakin Allah akan menerimanya. Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak menerima doa seorang hamba yang hatinya lalai”.Antara tanda seorang itu mengaharapkan kepada Allah ialah apabila memperelokkan keraja taatnya kepada Allah, firman Allah:
Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan ugama Islam), mereka itulah orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah. dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”. Al-Baqarah:218.
2) Bersungguh-Sungguh Ketika Meminta Dan Berdoa.
Sesaorang itu hendaklah berdoa dengan penuh kesungguhan dan keyakinan, tidak ragu-ragu dalam hatinya dan dalam doanya, Nabi melarang seorang yang berdoa atau meminta ampun dengan kata-kata;
“Ya Allah ampunkanlah dosaku jika engkau kehendaki, Ya Allah kasihanilah aku jika Engkau kehendaki, tetapi hendaklah dia bersungguh-sunguh dan penuh yakin, kerana Allah bebas apa sahaja yang dikkehendaki tidak ada kuasa yang dapat menghalangnya”. Muslim.
Dalam kitab al-Sahih daripada Nabi s.a.w. baginda bersabda;
“اذا دعا أحدكم فلا يقل : اللهم ان شئت اغفرلي ، ولكن ليعزم وليعظم الرغبة ، فان الله سبحانه لا يتعاظم شئ أعطاه “. الترمذي .
Ertinya; “Apabila seorang daripada kamu bedoa, maka janganlah dia berkata: Ya Allah ampunlah aku jika Engkau mahu”. Tetapi dia hendaklah bedoa bersungguh-sungguh dan melahirkan kesungguhan dan keinginannya. Sesungguhnya Allah sedikit pun tidak merasa besar terhadap apa yang dikurniakanNya”. Riwayat al-Termizi.3) Merayu-rayu ketika Berdoa;
Sesungguhnya Allah suka jika hamba-hambaNya mezahirkan ubudiyah dan mengemukakan hajat kepadaNya sehingga Dia menerima dan memenuhi hajatnya. Sebagaimana seorang itu sentiasa berdoa dan mengharapkan penerimaannya tanpa merasa putus asa, maka doanya adalah dekat untuk dimakbulkan. Siapa yang mengetuk pintu penerimaan, kemunkinan besar pintu tersebut akan dibuka untuknya. Allah s.w.t. berfirman:
Maksudnya: “Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepadaNya Dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya”. Al-`Araf: 56.
Didalam Kitab Sahih al-Hakim dari Anas baginda bersabda;
“لا تعجزوا عن الدعاء ، فانه لا يهلك مع الدعاء احد” وقال صلى الله عليه وسلم “من لم يسأل الله يغضب عليه”. ابن ماجه.
Ertinya; “Janganlah kamu berputus asa untuk berdoa, kerana tidak ada seorang pun yang binasa dengan doanya”.dan sabda Baginda lagi, ”Siapa yang tidak memohon kepada Allah, maka Dia(Allah) murka kepadanya”.Antara kata-kata sahabat; “ Apabila seorang hamba yang dicintai Allah berdoa, maka Dia berkata; “Hai Jibril , kamu janganlah tergesa-gesa memenuhi kehendaknya, sesungguhnya Aku suka mendengar suaranya”.
4) Berpurtus Asa Dan Meninggalkan Doa
Rasul Allah s.a.w. melarang seorang hamba yang yang berputus asa dan meninggalkan doa kerana doanya lambat dimakbulkan, Bahkan Baginda menjadikan perasaan tersebut sebagai salah satu faktor doa tidak dimakbulkan, agar hamba tersebut tidak berpustus asa daripada berdoa sekalipun doanya itu memakan masa yang lama untuk dimakbulkan. Sesungguhnya Allah suka kepada orang yang sentiasa merayu-rayukan kepada Allah dengan doa, sabda Nabi s.a.w.
“يستجاب لاحدكم مالم يعجل فيقول : قد دعوت ربي فلم يستجب لي ” متفق عليه.
Ertinya; “Doa kamu akan dimakbulkan selagi kamu tidak berputus asa dengan mengatakan: Aku telah berdoa kepadaTtuhanku, tetapi Dia tidak menerimanya”.5) Rezeki Yang Halal
Antara sebab terpenting doa akan dimakbulkan oleh Allah ialah rezeki yang halal dan cara mendapatnya menurut hukum syarak, Antara halangan Allah tidak akan menerim doa sesaorang itu ialah dia tidak memperdulikan tentang rezekinya sama ada halal atau haram. Dalam hal ini Baginda Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Seorang lelaki menadah kedua tangannya kelangit lalu berkata; Wahai Tuhan, wahai Tuhan, sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakainnya juga dari bahan yang haram, dia diberi makan dari makanan yang haram, bagaimankah doanya akan dimakbulkan”. Riwayat Bukhari dan Muslim.
Sabda Baginda; “
“يا سعد ، أطب مطعمك تكن مستجاب الدعوة”.
Ertinya; “Wahai Saad, makanlah yang baik-baik, nescaya doamu dimakbulkan”.Adab-Adab Berdoa;
Antara adab berdoa ialah memilih masa yang afdzal, didahlu dengan wuduk dan sembahyang, bertaubat kepada Allah, mengadap Kiblat dan mengangkat kedua tangannya. Memulakan doa dengan pujian bagi Allah dan syukur kepadaNya serta berselawat keatas Nabi s.a.w., berselawat dipertengahan doa dan diakhirknya kemudian diakhirri dengan doa “Amin”. Tidak mengkhususkan doa untuk dirinya sahaja malah hendaklah berdoa untuk orang ramai, mempunyai sangkaan yang baik terhadap Allah dan mengharapkan doanya dimakbulkan, mengaku atas dosa-dosa yang dilakukan dan berdoa dengan suara yang rendah.
Bacaan bacaaan;
Dr Mustafffa al-Bugha, Muhyiddin Misto, al-Wafi, Dar Ibnu Kathir, 1997M, hal. 360.
Mohd Asri Hj Hashim, Syahruzzaman Bistamin, Kharuddin Ghazali, alWafi (terjemahan) , Pustaka Salam, 1998M,Hal. 537.
masjidassyakirin
JANA PENDAPATAN TANPA HENTI WALAUPUN ANDA TELAH BERHENTI! PERCUMA BUKU PANDUAN! SILA KLIK SINI!
SEMOGA ALLAH S.W.T. MEMBALAS JASA US. YAALI DAN PENERBIT. AMIN.
BalasPadamMenarik...Info yg memberi manfaat kpd pembaca
BalasPadamTahniah