Ahad, November 23, 2014

LAWAK AHAD: SAKSI


Di sebuah mahkamah, satu kes sedang di dengar dengan
menghadirkan seorang saksi utama
seorang ibu tua. Peguamcara mendapat giliran pertama
untuk bertanya beberapa soalan kepada saksi.

Peguamcara : Makcik Fatima, makcik kenal siapa saya?
Makcik Fatima : Ya, saya tahu benar siapa kamu, malah sejak kecil lagi.
Kamu suka berbohong dan mengata di belakang kawan-kawan kamu.
Aku juga tahu kamu ada menyimpan perempuan simpanan di luar dan
aku berasa amat kasihan dengan isterimu. Selain itu kamu suka
bercakap besar, yang sama sekali tidak berasas dan benar.

Peguamcara tersebut terpegun lain yang di tanya .. lain pula jawapan yang diterima.
Untuk mengatasi kekejutannya, ia bertanya dengan selambanya,..

Peguamcara : Makcik Fatima pasti juga mengenali Tuan Hadi, peguambela?
Makcik Fatima : Oh ya, tentu saja. Bahkan ibunya dulu sering
meninggalkannya bersamaku waktu dia masih kecil. Tak jauh beza
dengan kamu, Hadi juga mengecewakan. Dia pemalas, suka menggoda
perempuan dan hidupnya seolah-olah tanpa tujuan..

Habis sahaja Makcik Fatima berbicara, hakim memanggil peguamcara dan peguambela untuk menghampirinya...
"Jika kamu berdua menanyakan kepadanya adakah ia kenal denganku.., kamu berdua akan aku masukkan ke dalam penjara kerana menghina mahkamah...," kata hakim.

SAPA NAK DUIT MAI BACA NI!!!


Dapat 14,000 berkali-kali,di lubuk rahsia EMGOLDEX! klik sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...