Rabu, Disember 03, 2014

SELANGOR NAK TAMBAH LAGI AIR PERCUMA KEPADA RAKYAT

Selangor semak semula beri air percuma 40m padu



SHAH ALAM: Kerajaan negeri akan mempertimbangkan untuk meningkatkan pemberian air percuma kepada 40m padu selepas penstrukturan industri air Selangor dimuktamadkan, pada September 2015.

Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, perkara itu akan disemak semula sebelum kerajaan negeri membuat sebarang keputusan.

“Sukacita saya memaklumkan terdapat cadangan supaya pemberian air percuma ditingkatkan kepada 40m padu daripada 20m padu.

“Kita akan melihat perkara ini selepas penasrukturan industri air dimuktamadkan.

“Perkara ini turut akan disemak dan kita perlu melihat memandangkan Cukai Barangan Perkhidmatan (GST) akan dilaksanakan April tahun hadapan,” katanya di Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini hari ini.

Beliau berkata, Kerajaan Selangor akan terus mengutamakan kepentingan rakyat memandangkan pemberian air percuma 20m padu sedia ada banyak membantu golongan yang kurang berkemampuan.


HD


ANDA DIBAYAR UNTUK MENGAJAK ORANG BERJIMAT, KLIK DISINI

4 ulasan:

  1. ALHAMDULLILLAH

    PKR di pimpin oleh professional Melayu yang bijak , ada akal , dan menguasai diri mereka dengan akal bukan emosi.

    Tahniah PKR !!!

    PAS perlu belajar dari PKR , jangan hidup ikut emosi jadi Bahalol.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuma sayangnya kuat mengkopi pes dari program dulu. Apa salahnya bantu bayaran TNB pulak.....

      Padam
    2. Bagi betis nak paha.ini sudah lebih.

      Padam
  2. TNB tu letrik kerajaan negeri tidak punya kuasa tak macam air .Kalau di berikan punyalah bising TNB kata masalah itu / ini dengan system , macam Syabas baru2 dulu.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...