Khamis, Januari 15, 2015

7 MAUT ANGKARA TAYAR

Tujuh maut angkara tayar


Tapah: Sekurang-kurangnya tujuh maut akibat rentung dalam kemalangan membabitkan bas persiaran di Kilometer 326.3 Lebuhraya Plus arah selatan berhampiran susur keluar ke Tapah, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 1.15 pagi itu, bas berkenan yang dalam perjalanan dari Kuala Kurau, dekat sini dan menuju ke Genting Highlands dipercayai membawa 30 penumpang.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Somsak Din Keliaw berkata, siasatan awal mendapati bas berkenaan sebaik tiba di lokasi kejadian dipercayai melanggar satu tayar lori yang berada di tengah-tengah laluan sebelum terbabas ke parit di kiri jalan dan terbakar.


"Bas terbabit melanggar tayar lori sebelum merempuh sebuah kereta yang berhenti di bahu jalan dan kemudian terbabas serta terbakar.

"Pemandu kereta jenis Charade dipercayai memberhentikan keretanya untuk mengalihkan tayar berkenaan, namun tidak sempat melakukannya," katanya ketika ditemui dilokasi kejadian.

Menurutnya, operasi menyelamat mangsa dilakukan pasukan bomba dan setakat ini menemui tujuh mangsa yang rentung, namun jumlah sebenar mangsa yang maut belum dapat dipastikan.

"Berdasarkan maklumat awal yang diperoleh daripada penumpang yang terselamat, bas berkenaan dinaiki 30 orang, setakat ini tujuh didapati maut dan 15 cedera dihantar ke hospital untuk rawatan, manakala tujuh lagi cedera ringan.

"Kita masih menyiasat dan mengesan sama ada benar terdapat satu lagi mangsa," katanya.

Sumber :Berita Harian




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...