Mengiklankan pekerjaan menerusi internet menjadi salah satu cara mendapatkan pekerja dengan cara yang pantas termasuk tugas sebagai tukang pancung.
Namun Kementerian Perkhidmatan Awam Arab Saudi, menggunakan kemudahan internet dengan mengiklankan lapan jawatan tukang pancung semalam, lapor ismaweb.
‘Tukang pancung diperlukan’, iklan yang disiarkan dalam laman web kementerian itu yang boleh dimuat naik mulai semalam.
Menurut laporan ismaweb, yang memetik laporan agensi berita asing mengenai iklan jawatan tersebut daripada agensi berita asing, pemohon tidak memerlukan sebarang kelulusan universiti dan iklan tersebut mendapat perhatian lamanweb di seluruh dunia.
Iklan tersebut berbunyi seperti berikut: “Lapan jawatan kosong sebagai tukang pancung yang diiklankan dalam laman web kementerian berkenaan tidak memerlukan calon memiliki latar belakang pendidikan tinggi bagi melaksanakan hukuman pancung mengikut undang-undang syariah Islam.”
Sebelum ini, pekerjaan sebagai tukang pancung di Arab Saudi dikatakan menjadi pekerjaan keluarga secara turun temurun.
Menurut laporan di ismaweb lagi, Arab Saudi berada di tangga ketiga antara lima negara tertinggi yang menjatuhkan hukuman mati terhadap pesalah pada 2014, selepas China dan Iran.
Ahad lalu, menurutnya, pihak berkuasa Arab Saudi memancung pesalah yang ke 85 tahun ini, berbanding 88 sepanjang tahun lalu.
Kebanyakan mereka yang dihukum mati itu terbabit dalam kes pembunuhan, tetapi 38 membabitkan kesalahan berkaitan dadah. Sebahagian besarnya pesalah adalah warga Arab Saudi sendiri, manakala selebihnya dari Pakistan, Yaman, Syria, Jordan, India, Indonesia, Burma, Chad, Filipina dan Sudan.
Malaysiakini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...