Selasa, Jun 30, 2015

TERBONGKARNYA AGENDA KRISTIAN UNTUK MALAYSIA DI JERUSALEM



Seorang ustaz yang juga merupakan seorang pendakwah yang terkenal dan sering muncul dalam progam
keagamaan di kaca televisyen, sering ke Palestin membawa rombongan
pelancong muslim melawat Baitulmuqaddis serta menjelajah bumi para
Anbiya'. Beliau adalah Ustaz Muhammad Al-Amin juga seorang blogger
popular yang sering menjadikan usaha dakwahnya di peringkat antarabangsa
sebagai pengisian di dalam blognya, http://www.ustazamin.com.


Kunjungan beliau ke sana baru-baru ini meninggalkan kesan yang cukup
mendalam dan pahit di lubuk hatinya.... Mari kita ikuti apa sebenarnya
yang berlaku terhadap beliau di sana......

Kembara Universiti Kehidupan Ke 10 ke al-Aqsa bermula dari 26 November hingga 3 Disember 2012.

Seperti biasa, hari pertama kami sampai ke Jerusalem, kami akan masuk
ke dalam hotel, berehat sebentar dan kami akan terus ke masjid al-Aqsa
untuk mendirikan solat Maghrib dan Isyak di al-Aqsa.

Pulang waktu Isyak, kami akan makan malam di kafe hotel.

Mahmood, pemandu pelancong yang biasa dengan saya mencuit bahu saya dan mengajak saya ke satu sudut.

“Muhammad, mari sini” katanya.

“Kenapa?” tanya saya agak kehairanan kenana wajahnya agak serius, nada
suaranya, agak perlahan seolah-olah ada rahsia yang ingin dibisikan pada
saya.

“Tinggal bersama kamu di hotel ini satu rombongan dari Malaysia” terang Mahmood.

“Oh ye ke!” saya agak gembira mendengar berita itu.

“Tapi mereka rombongan Kristian” kata Mahmood lagi.

“Ye ke, ah, di sinikan banyak tempat penting buat Kristian, tentu mereka nak ziarah” kata saya.

“Sepanjang perjalanan dari border Jordan-Israel, mereka memang mengutuk
Islam dan sangat tidak puas hati dengan orang Islam di Malaysia, mereka
memang anti Islam” Mahmood Menambah.

“Mereka tak tahu aku Islam,
mereka ingat aku Kristian” Mahmood semakin rancak berbual dengan saya
di satu sudut di bahagian tangga.

“Memang bukan Islam di mana-mana pun tak suka Islam” kata saya tenang.

“Tak, mereka ini lain, mereka memang anti Islam di Malaysia” terang Mahmood bersungguh-sungguh.

Perbualan malam pertama itu habis dengan rasa tidak puas hati Mahmood terhadap rombongan Kristian dari Malaysia ini.

Selama berhari-hari kami di hotel yang sama, berselisih di dewan makan,
memang rombongan ini tidak menegur kami sedangkan mereka dari Malaysia,
duduk di Malaysia.

Tidak ada sepatah pun bahasa Melayu yang keluar dari mulut mereka sedangkan kami saling mengetahui, sama-sama dari Malaysia.

Ada juga kami ingin menegur siapa, tetapi tidak di jawab atau jawapan yang sangat dingin.

Saya tidak tahu, apakah tujuan mereka datang, sama ada untuk lawatan atau ada apa-apa persidangan Kristian yang mereka hadiri.

Saya tidak mengambil perhatian apa yang berlalu walaupun pada tiap-tiap
malam, Mahmood akan menceritakan pada saya mengenai ketidak puasan hati
mereka pada Islam di Malaysia.

Mahmood memarahi saya…

“Apa dah jadi pada kamu orang Islam di Malaysia hingga hilang sensitviti dalam mempertahankan hak kamu?”

Apa yang mampu saya jawab hanyalah…“berpecah, dan ramai yang berpecah…”

Jawapan yang sangat tidak bersemangat dan seolah-oleh maksudnya, “apa nak jadi, jadilah…”

Ya, kurang rasa sensitiviti….

Allah ingin menunjukkan pada saya sesuatu terhadap jawapan di atas……

1 Disember 2012 jam 8.30 pagi, hari terakhir kami di Palestin…

Biasanya hari terakhir saya akan membawa jemaah semua ke Mount Of Olive
(Jabal Zaitun), Pemandangan al-Aqsa dari atas bukit ini terlalu cantik
terutama pada waktu pagi, ketika memancarnya cahaya matahari dari arah
timur, ia menyerlahkan lagi warna emas Dome Of Rock.

Bas yang kami naiki pada pagi ini adalah bas yang dinaiki oleh rombongan Kristian dari Malaysia sehari sebelumnya.

Seorang jemaah menghampiri saya dengan membawa beberapa helaian kertas yang terdapat di dalam bas ini.

Saya menatap kertas yang diberikan pada saya. Mata saya tertumpu pada
tulisannya dan ia menjadikan jantung saya berdegup kencang, mungkin
seperti degupan jantung Mahmood sejak seminggu lalu.

Tulisan itu berbunyi..

Decree For Malaysia,“We decree and declare that Malaysia will be a
“Rainbow Nation” in seding missonaries to bring the gospel to the
surrounding nations as well as be the gateway to open its doors to
outside missionaries to preach the gospel here..”

Ini agenda Kristian di Malaysia, inilah yang cuba Mahmood ceritakan pada saya sejak semingga lalu.

Ketika di Malaysia, saya selalu mendengar tentang agenda pendakyah
Kristian, dan setiap kali berita itu keluar saya cuba untuk tidak
mempercayainya kerana masih bersangka baik pada mereka.

Lebih-lebih lagi, ada sahaja golongan ahli politik yang memberikan komen popular yang menafikan fakta ini.

Kalau ada orang yang cuba bawa fakta ini, orang itu akan dicap sebagai penipu dan pembohong.

Hal ini menjadikan ramai orang Islam kita merasa berada di zon selesa kerana mempercayai ahli politik yang punyai kepentingan.

Bagi pendakyah pula, mereka memang berada di zon paling bagus kerana
usaha dan perancangan mereka di nafikan sendiri oleh orang Islam. Mereka
boleh buat apa sahaja kerana orang Islam sangat tidak sensitif, malahan
ada yang membela perbuatan mereka.

Ada beberapa perkara yang saya ingin tekankan:-

1. Bagi pendakyah Kristian, jangan pandang rendah kemampuan pendakwah
Islam yang tidak berkepentingan di Malaysia. Kami para pendakwah dan
orang-orang yang ikhlas akan tetap mempertahankan kedaulatan Islam di
Malaysia sama ada menang atau kami mati di dalam usaha ini.

2.
Malaysia bukan milik orang politik yang ada kepentingan yang menyokong
tindakan kamu kerana harapkan sokongan, Malaysia di dokong oleh ramai
pejuang agama Islam, bangsa muslim dan tanah air umat Islam. Kalau orang
politik sibuk dengan perpecahan mereka, maka perjuangan itu tetap
dibahu oleh umat Islam dari bidang lain.

3. Bagi umat Islam di
Malaysia, ini bukan gimik popular, saya bukan ahli politik yang inginkan
popular, Biarkan ahli politik bergaduh sesama mereka, yang boleh kita
damaikan, kita damaikan atau sedarkan dengan apa cara sekalipun.
Perpecahan ini satu yang sangat merugikan. Orang Kristian berbincang
hingga ke luar negara merancang untuk mengkristiankan Malaysia, kita
hanya menafikan dan hilang sensitiviti.

4. Bagi sahabat-sahabat
dari Jabatan Agama Islam, anjurkanlah banyak program-program untuk
menjaga dan mengawal umat Islam di Malaysia, bahagian zakat jangan
berbangga dengan jumlah kutipan, tetapi usahakan untuk kepentingan umat
Islam melalui lapan asnaf seperti yang disebut dalam al-Quran.

5.
Bagi semua penguatkuasa agama. Jangan percaya dengan zon selesa yang
dibisikkan dan penafian yang dicanangkan oleh orang berkepentingan.
Jalankan pemantauan dan penguatkuasaan menurut enakmen yang telah
diputuskan.

6. Bagi orang kaya, tolong infak harta untuk
menganjurkan program-program keagamaan, semoga Allah sentiasa bersama
anda sekelian.

7. Bagi sekelian yang membaca, kita umat Islam
terlau beriya-iya ingin menjaga hati orang bukan Islam, adakah orang
bukan Islam menghormati dan menjaga sensitiviti kita? Jalankanlah
tugasan masing-masing di dalam ruang lingkup kemampuan anda semua,
semoga Allah membantu usaha kita.

Semoga pendedahan ini memberi
inspirasi pada saya untuk terus membantu Islam, yang ingin bersama mari,
yang mahu mencebek dan tidak percaya silakan, yang mahu berfikir,
renungkan dan yang mahu mendokan, doakan semua umat Islam di Malaysia
agar terpelihara dari agenda global orang kafir.

Patah sayap
bertongkat paruh, memperjuangkan dan mempertahakan Islam akan tetap
menjadi keutamaan di dalam hidupku, biar berputih tulang, jangan
berputih mata…

Al-Fatihah untuk seluruh pejuang Islam terdahulu, n
tuan-tuan guru kita terdahulu dan pahlawan Islam Nusantara yang telah
mendahului kita di dalam tugasan mereka. Hari ini tugasan itu diwariskan
pada kita, semoga kita dapat menyambungnya, amin…sumber


24 ulasan:

  1. Bodohnya engkau..mana ada agama didunia ini tidak berdakwah.Berdakwa itu adalah misi mereka.Tak salah mereka bedakwa dimana-mana termasuk di malaysia.Islam pun berdakwa kat mana je.Cuma akhirnya tercapai kah tak terpulanglah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul.. tkde apa nk terkejutnya. takde gempar apa

      memang semua agama berusaha mengembang ajaran mereka kecuali yahudi.

      Padam
    2. Tanpa Nama1/7/15 9:26 PTG

      U kapir jangan ganggu islam agama rasmi negara kami
      U duduk diam2 cari duit sudah la

      Padam
    3. Jika anda butuh angka togel 2D 3D 4D hubugi AKI KOJIP di nombor 0852-6188-8124

      Padam
    4. Jika anda butuh angka togel 2D 3D 4D hubugi AKI KOJIP di nombor 0852-6188-8124

      Padam
    5. kami sekeluarga tak lupa mengucapkan puji syukur kepada ALLAH S,W,T
      dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel.nya yang AKI
      berikan 4 angka 3189 alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
      dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
      ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
      allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
      kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
      sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka main togel
      yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi AKI SOLEH,,di no (((082-313-336-747)))
      insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 275
      juta, wassalam.


      dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....







      Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!


      1"Dikejar-kejar hutang

      2"Selaluh kalah dalam bermain togel

      3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel


      4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat


      5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
      tapi tidak ada satupun yang berhasil..







      Solusi yang tepat jangan anda putus asah....AKI SOLEH akan membantu
      anda semua dengan Angka ritwal/GHOIB:
      butuh angka togel 2D 3D 4D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
      100% jebol
      Apabila ada waktu
      silahkan Hub: AKI SOLEH DI NO: (((082-313-336-747)))




      atau klik langsung di KLIK DSINI BOCORAN TOGEL



      angka GHOIB: singapur 2D/3D/4D/



      angka GHOIB: hongkong 2D/3D/4D/



      angka GHOIB; malaysia



      angka GHOIB; toto magnum 4D/5D/6D/



      angka GHOIB; laos





      Padam
  2. Perlembagaan Malaysia tidak membenarkan agama lain berdakwah kepada orang Islam Malaysia, walaupun membenarkan penganut agama lain mengamalkan kepercayaan masing masing.

    Jadi apa yg rombongan itu buat kalau di Malaysia adalah salah. Decree of rainbow nation to Malaysia itu bukti nya

    BalasPadam
  3. Selain Dari gambar seorang lebai,x ada lagi bukti ikrar rainbow itu.x ada pula gambar mahmood.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama1/7/15 9:29 PTG

      Tak perlu gambar utk selamatkan akidah dan iman penganut islam di negara kami.
      Islam bukan main gambar2

      Padam
  4. macam nak buat gempaq saja. mana mahmood? mana puak kristian tu? tak dak foto. cukuplah tu nak menggempakkan orang Melayu yg cepat melatah'

    BalasPadam
  5. Pada aku ia nya tak manus akal. Bukan kah gambar mempunyai seribu pengertian. Malang nya tak ada pun sekeping gambar yang boleh membantu kesahihan N3 ini. Kalau begini lah cara nya sesiapa pun boleh menulis.Dengan itu sukar untuk ku mempercayai N 3 ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama1/7/15 9:32 PTG

      N3 ini utk org beragama islam dan mereka yg mengamalkan islam.
      Yg bukan islam tak perlu menyebuk
      Yg tak amalkan islam sila duduk diam2 jangan kecoh2
      Yg tak berkaitan jgn bising2

      Padam
  6. surat tu panjang tulisannya,tapi kat tu dituliskan sikit je

    BalasPadam
  7. Cerita nie selalu kita dengar memang ada kebenarannya dan saya tidak salahkan puak kristian nie. Sudah tentu mereka mahu berdakwah meluaskan ugama mereka begitu juga kita yang Islam. Tapi lihatlah apa yang berlaku di Malaysia nie. Duit zakat ntah kemana, rasuah berleluasa, keborosan macam takde bsok, bongkak, sombong, dengki, khianat dan macam2 lagi. Siapa yang buat tu semua? Kita lah yang melayu nie. Puak ulama sibuk menunjukkan ilmu mereka, mencari kesalahan ulama lain dan menjadikannya viral. Puak kerajaan sibuk melagakan sesama kaum supaya mereka dapat berterusan memerintah dan melakukan kejahatan. Saya pun taktahu apa yang boleh dibuat melainkan saya menjaga keluarga dan sanak saudara saya supaya akidah dan iman kami berkekalan selama-lamanya.. Wallahua'lam

    BalasPadam
  8. keturunan siak kecik1/7/15 7:00 PG

    jgn jadi mcm melayu singapura,klu ada org masuk meminang anak gadisnya,keluarga akan bertanya nama sapa,lepas tu tanya bangsa apa,lepas tu tanya ugama apa????......sebab klu melayu pun belum tentu islam

    BalasPadam
  9. Tanpa Nama1/7/15 3:39 PTG

    Dari Ibnu ‘Abbas r.a katanya: “Tatkala Rasulullah saw mengutus Mu’adz ke negeri Yaman, beliau bersabda: Engkau akan mendatangi suatu kaum ahli kitab.Pertama-tama , ajaklah mereka menyembah Allah, Apabila mereka telah mengenal Allah, sampaikanlah kepada mereka bahawa Allah mewajibkan kepada mereka solat 5 kali sehari semalam. Apabila yang demikian telah mereka lakukan, sampaikanlah kepada mereka bahawa Allah mewajibkan mereka membayar zakat, diambil dari orang-orang kaya, lalu diberikan kepada orang-orang fakir. Apabila mereka telah mematuhinya, maka laksanakanlah itu dan jauhilah harta yang paling baik.

    Terjemahan Shahih Muslim.

    BalasPadam
  10. Tanpa Nama1/7/15 4:04 PTG

    Tengok lam PM dulu dan anak2nya. Semua tenyang sunnah. Orang melayu senyum. Boleh makan sop lagiiii

    BalasPadam
  11. Tanpa Nama1/7/15 9:24 PTG

    Melayu islam susah lupa.
    Mereka mudah digula2kan oleh org kafir
    Penasihat pun ambil yahudi
    Buat syarikat pun kayakan jolo
    Mic mca lebih diutama berbanding pas dan islam pkr
    Islam kelantan dibiarkan
    UG diutamakan
    Jolo dirajahartakan
    Kristian selindung2kan
    Melayu islam mudah lupa
    Kena main dek jolo
    Geng naik jet pergi shoping main golf

    BalasPadam
  12. jika anda butuh angka togel 2d 3d 4d hubugi AKI KOJIP di nombor 0852-6188-8124

    BalasPadam
    Balasan
    1. ถ้าคุณต้องการที่จะคิดสลับ 3d 4d 2d โปรดดู AKI KOJIP จำนวน 0852-6188-8124

      Padam
  13. Tanpa Nama2/7/15 1:14 PTG

    Lebai ni nak menghasut. Kegagalan org Islam di Malaysia, terutama dalam menjaga kebajikan bukan salah orang keristian tapi salah pentadbir Islam sendiri. Wang zakat pernah ke diaudit?
    Saya harap sangat satu hari nanti ada yang berani nak audit wang zakat kelolaan majlis agama islam negeri.

    BalasPadam
  14. Tanpa Nama2/7/15 1:15 PTG

    Lebai ni nak menghasut. Kegagalan org Islam di Malaysia, terutama dalam menjaga kebajikan bukan salah orang keristian tapi salah pentadbir Islam sendiri. Wang zakat pernah ke diaudit?
    Saya harap sangat satu hari nanti ada yang berani nak audit wang zakat kelolaan majlis agama islam negeri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa Nama8/7/15 2:06 PTG

      Kau bukan Islam tau ke wang zakat tu apa? Wang gereja tok kong kamu ada org Islam kacau ganggu?

      Padam
  15. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...