KUALA LUMPUR: Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) memfailkan saman terhadap Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Ketua Polis Negara (KPN) dan dua yang lain berkaitan tindakan penguatkuasaan terhadap peniaga vape.
Saman itu difailkan Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) di sini pada Isnin.
Malah Ikhlas turut memohon perintah mahkamah untuk mengisytiharkan tindakan menyerbu dan merampas produk vape adalah salah.
Defendan lain adalah Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan Majlis Bandaraya Johor Baru.
ADVERTISEMENT
Antara lain, Ikhlas turut menuntut ganti rugi dan pengisytiharan bahawa pengharaman penjualan vape di peringkat negeri terutamanya Majlis Bandaraya Johor Baru adalah menyalahi undang-undang.
Mereka mahu defendan tidak dibenarkan terus melakukan serbuan, menyita produk vape atau mengenakan denda terhadap peniaga industri tersebut.
mstar