Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Disember 28, 2015

KEMENTERIAN KESIHATAN,KPN DISAMAN PASAI SERBU KEDAI VAPE


KUALA LUMPUR: Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) memfailkan saman terhadap Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Ketua Polis Negara (KPN) dan dua yang lain berkaitan tindakan penguatkuasaan terhadap peniaga vape.

Saman itu difailkan Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) di sini pada Isnin.

Malah Ikhlas turut memohon perintah mahkamah untuk mengisytiharkan tindakan menyerbu dan merampas produk vape adalah salah.

Defendan lain adalah Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan Majlis Bandaraya Johor Baru.


ADVERTISEMENT

Antara lain, Ikhlas turut menuntut ganti rugi dan pengisytiharan bahawa pengharaman penjualan vape di peringkat negeri terutamanya Majlis Bandaraya Johor Baru adalah menyalahi undang-undang.

Mereka mahu defendan tidak dibenarkan terus melakukan serbuan, menyita produk vape atau mengenakan denda terhadap peniaga industri tersebut.

mstar



Selasa, Disember 22, 2015

Cemburu cetuskan kebakaran kereta di stesen LRT


Siasatan polis mendedahkan bahawa bekas suami yang cemburu mungkin punca serangan yang menyebabkan kebakaran yang memusnahkan beberapa kereta di tempat letak kereta stesen LRT Taman Jaya, Petaling Jaya petang ini.

Menurut sumber polis, mangsa yang keretanya dibakar itu mengendalikan sebuah kedai makan di kawasan itu.

Adalah dipercayai mangsa adalah kawan rapat bekas isteri suspek dan kedua-dua mereka mengenali antara satu sama lain sejak kecil.


"Ini bukan serangan pengganas di mana bahan letupan digunakan. Orang ramai perlu berhenti menyebarkan khabar angin itu," kata sumber polis kepada Malaysiakini.

Sumber itu berkata, suspek menghampiri kenderaan apabila mangsa dikatakan mahu pulang ke rumah.

"Suspek pada mulanya memakai topi keledar, tetapi dia kemudian membukannya. Ini membolehkan mangsa mengenalinya," katanya.

Suspek kemudian mencampakkan bom petrol ke atas kereta mangsa lalu ia terbakar.

"Mangsa berjaya melarikan diri dan cuba mengejar suspek tetapi gagal untuk menangkapnya," kata sumber itu.

Api kemudian merebak menyelubungi beberapa kereta lain yang berdekatan. Dua daripadanya musnah teruk.

Sumber itu juga berkata, polis sedang mengesan suspek.

Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 435.

Malaysiakini

Selasa, Disember 15, 2015

PANAS!!! SEORANG PENGUATKUASA KANTOI TERIMA DUIT RM50 RIBU DARI PELANCONG ARAB


Ini gambar hiasan saja tapi kisah mereka lebih kurang sama punchlinenya..kahkahkah

Seorang pegawai penguatkuasa penyeludupan yang sedang membuat sekatan jalanraya ditangkap dengan RM 50,000 tunai di dalam beg galasnya. Berikut adalah hasil soal siasat penyiasat terhadap beliau

"Macamana awak boleh ada RM 50,000 tunai semasa bertugas?"

"Takde tuan, masa saya buat road block ada pelancong arab datang kat saya"

"Habis tu?"

"Dia kata dia ni anak Kabilah melancong kat Malaysia, dia bagi DERMA duit ni sebab nak buat amal dan terima kasih atas tugas saya menjaga keselamatan sebuah negara Islam"

"Jangan merepeklah!"

"Betul tuan"

"Apa nama arab tu"

"Saya tak boleh sebut tuan, dia nak ikhlas jadi dia kata panggillah dia Hamba Allah"
"Awak jangan buat cerita bodoh, awak ni penguatkuasa, penjawat awam, mana boleh terima duit dan derma atas dasar peribadi macam ni?"

"Kenapa tak boleh tuan, Perdana Menteri boleh!!"


Rabu, Disember 09, 2015

PASAI PA DUIT DERMA 2.6B TAK DAK DALAM PENYATA UMNO?



Sekumpulan ketua cawangan Umno membuat laporan kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) berhubung status kewangan parti itu.

Menamakan diri sebagai Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM), mereka membangkitkan kenapa derma RM2.6 bilion yang diterima presiden parti Datuk Seri Najib Razak tidak disebut dalam penyata kewangan 2013 dan 2014.


“Kami meminta supaya ROS membuat siasatan apakah status wang tersebut kerana presiden Umno telah menyatakan dan mengakui bahawa beliau menerima sejumlah wang yang bernilai RM2.6 bilion ini,” kata jurucakap GKCM Kamarul Azman Habibur Rahman.

Ketua Umno Taman TKK di Teluk Kemang, Negeri Sembilan, itu berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan di pejabat ROS, Putrajaya, sebentar tadi.

Bekas presiden Umno Tun Dr Mahathir Mohamad turut membangkitkan isu sama dalam acara khas bersama Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin di ibu negara malam tadi.

Mengulas lanjut, Kamarul berkata pihaknya berharap sangat isu tersebut diselesaikan dengan kadar segera bagi menamatkan kegusaran ahli akar umbi Umno.

“Kami lakukan (tindakan) ini kerana kami rasakan isu ini tidak boleh dipanjangkan lagi dan hanya akan merumitkan lagi keadaan Umno yang begitu gawat buat masa ini,” tegas Kamarul.

Terdahulu, Kamarul berkata laporan itu diterima dan disahkan oleh pegawai ketua pengarah ROS, Mohammad Razin Abdullah dan mereka menunggu arahan selanjutnya sama ada untuk memulakan siasatan.

Malaysiakini


Rabu, Disember 02, 2015

KEPUTUSAN SEPARUH AKHIR PERTAMA PIALA MALAYSIA

KHAIRUDDIN GESA ANWAR DIBEBASKAN


Kawan itu menyifatkan, kehadiran Anwar akan menyemarakkan lagi arena politik negara kerana ketua umum PKR itu sudah pun menerima hukuman bagi kesalahannya yang lalu.

"Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah pun dihukum sebelum ini dan kini saya berpendapat beliau harus berada di luar penjara Sungai Buloh untuk menyemarakkan lagi landskap serta senario politik tanah air.

"Biar landskap politik tanah air kita bertambah warna-warni!! Apa yang harus kita gusarkan sekiranya mentadbir negara ini secara amanah," kata pengkritik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu dalam satu kenyataan hari ini.

Khairuddin berkata, amat wajar Anwar berada di luar bagi memainkan peranan sebagai ketua pembangkang yang efektif bagi "check and balance" kepada pentadbiran negara kita.

"Kini kita tidak boleh harap lagi pada pihak 'backbenchers' Barisan Nasional yang terlalu kuat mengampu secara membuta tuli dan tidak berani lagi membuat teguran-teguran membina ke atas pucuk kepimpinan tertinggi,"katanya yang terus mengatakan kaki pengampu pemimpin tidak akan menjana kepada kemajuan negara.

Beliau yang baru dibebaskan daripada tahanan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (Sosma) 2012 berkata, teguran perlu berani dilontarkan demi kebaikan dan kepentingan parti.

Katanya, negara katanya memerlukan pembangkang yang efektif dan rasional untuk sama-sama memainkan peranan ke arah pembangunan negara.

"Sudah tiba masanya untuk kita bersatu dan jangan buat retorik politik lagi tetapi harus ikhlas membangunkan semula negara kita yang sedang berada diambang kejatuhan khususnya daripada perspektif politik dan ekonomi,"katanya. – 28 November, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/khairuddin-gesa-anwar-dibebaskan#sthash.RUaOlfNJ.dpuf


LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive