Ahad, Februari 28, 2010
Bantahan Antarabangsa Terhadap Malaysia Kian Merebak
DAMANSARA 27 FEB: Kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) tidak lagi mampu menangani merebaknya bantahan antarabangsa yang mempertikai kewibawaan sistem kehakiman negara, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Demontrasi yang didalangi Umno BN di kedutaan Australia 17 Februari lalu tidak mungkin berulang kerana semakin banyak negara menyatakan bantahan termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Turki dan beberapa negara serantau.
Dengan nada tegas, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mengingatkan semua pihak supaya mengambil kira bantahan antarabangsa terhadap amalan sistem perundangan di Malaysia.
Beliau berkata demikian depan lebih 10,000 pengunjung program Rumah Terbuka PKR di Bandar Utama, Damansara hari ini, yang turut dihadiri ramai duta negara termasuk India, Singapura dan Filipina.
"Sebab Australia cakap, mereka buat demonstrasi. Tapi Amerika juga buat kenyataan, jadi saya cadang buat tunjuk perasaan. Kemudian Turki berkawan dengan kita, kena buat demonstrasi lawan Turki pula.
"Semalam, bekas Perdana Menteri Kanada, Paul Martin tulis surat terbuka, maka kena tunjuk perasaan Kanada. Hari ini ramai wakil duta dari Filipina, Singapura datang sokong kita, jadi mereka kena buat demonstrasi.
"...jadi, kerja mereka hanya tunjuk perasaan kerana negara lain tetap mahu juga bercakap tentang kita," katanya.
Anwar menyatakan cara Umno-BN berpolitik sudah ketinggalan zaman hingga menyebabkan imej Malaysia di mata dunia semakin menjunam dan tidak lagi dihormati seperti dulu.
Katanya, pandangan masyarakat antarabangsa perlu dihormati dan dinilai sebagaimana kritikan Malaysia dalam isu tuntutan pembebasan Aung San Suu Kyi dan kecaman negara penganiayaan rakyat Palestin.
"Sebab apa kita minta Aung San Suu Kyi dibebas? Sebab kita hormati prinsip kebebasan, hak asasi tanpa kira kaum, agama. Sebab apa kita sedih bila lihat rakyat Palestin dibom? Sebab kita tahu tanggungjawab kita sebagai manusia."Jadi, kalau orang lain bagi pendapat, kita dengar, kena nilai. Adakah betul atau tidak," katanya.
Selain negara berkenaan, Anwar turut mendapat sokongan jitu daripada negara Islam termasuk tokoh ulama paling terkemuka termasuk Ketua Ulama Sedunia, Sheikh Yusuf al-Qaradawi.
tvs
Umno-BN Korup Hingga Ke Akar Umbi
PETALING JAYA 27 Feb - Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan amalan penyelewengan dan rasuah yang berlaku di kalangan pemimpin Umno-Barisan Nasional sudah sampai ke tahap "busuk sehingga ke akar umbi".
Berucap pada majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina KEADILAN 2010 di Dewan Majlis Bandaraya Petaling Jaya di Bandar Utama 3, beliau berkata rasuah kini sudah dianggap menjadi amalan biasa dalam Umno-BN menjangkiti tidak kira pemimpin atasan mahupun orang bawahan.
Merujuk kepada kehilangan enjin jet tempur F-5E dan kerosakan kapal selam Scorpene sehingga gagal untuk menyelam, Datuk Seri Anwar menyelar sikap dengki Umno-BN yang kebelakangan ini asyik menyerang pemimpin Pakatan Rakyat dalam usaha mereka untuk merampas kembali negeri berkenaan.
"Baru-baru ini Lim Guan Eng dituduh sebagai anti-Melayu, Nik Aziz memerintah Kelantan selama 20 tahun seorang yang ringkas, pakaiannya ringkas, tak pernah curi balak, tidak ada kontrak berjuta-juta, tidak ada saham, itu pun dituduh rasuah juga.
"Tapi Umno curi wang rakyat berjuta-juta masih lagi bebas dan tidak ada tindakan dikenakan," katanya dihadapan lebih 3,000 penyokong Pakatan Rakyat.
Sambil menyatakan komitmen Pakatan Rakyat untuk membebaskan Malaysia daripada korupsi kroni Umno-BN, beliau turut menyeru agar rakyat bangkit melawan pemimpin yang korup dan menyalahgunakan kuasa badan pentadbiran kerajaan untuk kepentingan sendiri.
Selain itu beliau menyatakan semangatnya untuk terus berdiri teguh dalam Pakatan Rakyat dan berjuang menegakkan keadilan walaupun beliau kini diancam dengan konspirasi fitnah terhadapnya.
Ketua Pembangkang itu juga membidas media massa milik Umno-BN seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian yang diperalatkan tuan mereka sepanjang prosiding perbicaraan beliau.
"Walaupun saya menerima sedikit tekanan dan diaibkan tapi itu tidak akan patahkan semangat saya untuk terus berjuang.
"Kini mereka mahu serang isteri (Datuk Seri Dr Wan Azizah) saya pula. Ini Utusan Malaysia "xiao ren" (orang gila) punya akhbar," katanya sinis.
Majlis rumah terbuka itu turut dihadiri Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, empat Naib Presiden KEADILAN Dr Lee Boon Chye, R. Siavarasa dan Mohamed Azmin Ali, serta Mustaffa Kamil Ayub.
Hadir sama Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dan beberapa wakil duta daripada Taiwan, China dan beberapa negara Eropah.
Majlis diserikan dengan nyanyian lagu tradisional Tahun Baru Cina oleh pemimpin PR dan pertunjukan tarian singa.
suarakeadilan
Cubaan Sabotaj Program Anwar Di Segamat
SEGAMAT 27 Feb - Suasana majlis makan malam sempena Tahun Baru Cina di Segamat malam tadi yang dihadiri Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba-tiba menjadi kecoh apabila salah satu kabel elektrik di luar restoran Tong Hock tersebut terbakar.
Kejadian yang berlaku kira-kira jam 10:20 malam itu disedari oleh beberapa penyokong KEADILAN di luar restoran ketika hadirin di dalam restoran sedang asyik mendengar ucapan Datuk Seri Anwar.
Tindakan pantas pihak penganjur dan penyokong yang memadamkan kebakaran tersebut dipuji kerana sebarang kelewatan akan mengakibatkan kebakaran restoran yang dipenuhi para penyokong Pakatan Rakyat.
Walau bagaimanapun ini tidak menganggu ucapan Ketua Pembangkang yang terus meniup semangat juang kepada lebih 1,000 penyokong.
Turut hadir pada majlis itu termasuk Ahli Parlimen Batu Tian Chua, Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin, Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Johor Annuar Salleh, Ahli Parlimen Gopeng Dr Lee Boon Chye serta pimpinan Pakatan Rakyat Johor.
Seorang saksi kejadian, Sim Ah Kiong, 45, memberitahu kejadian itu disedari beliau ketika lalu di hadapan restoran dan ternampak percikan api di kabel terbabit.
"Saya sedang jalan di depan restoran ini. Tiba-tiba saya lihat ada percikan api atas kepala saya. Rupanya kabel elektrik ini terbakar," katanya.
Beliau turut tidak menolak kemungkinan wujudnya unsur 'sabotaj' kerana tidak menyenangi kehadiran Datuk Seri Anwar.
"Mungkin ada orang nak sabotaj Anwar. Mereka tak mahu bagi dia berucap dekat sini," katanya.
Bekas Menteri Kesihatan Datuk Chua Jui Meng yang turut hadir pada majlis itu memberitahu pihak polis sebelum ini tidak membenarkan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berucap di majlis tersebut.
Lebih 30 anggota polis kelihatan mengawal ketat sekitar restoran tersebut menyebabkan penyokong yang hadir berasa kurang senang
Daripada pengamatan Suara Keadilan kejadian di Segamat semalam seolah-olah sudah dirancang dan menjadi satu kebiasaan bila sahaja Datuk Seri Anwar mengadakan ceramah diseluruh negara.
Di Kuantan umpamanya ketika beliau berucap pada ceramah sempena Konvensyen KEADILAN Negeri Pahang bulan lalu sistem audio dan pembesar suara secara tiba-tiba tidak berfungsi menyebabkan sebahagian hadirin tidak dapat mendengar amanat pemimpin utama Pakatan Rakyat itu.
suarakeadilan
Rakyat digantung kes Anwar-Saiful
King Kong pertama kali dibuat pada tahun 1933. Filem ini diulang buat pada 1976 dengan minah cun Jassica Lange sebagai kekasih King Kong. Apabila teknologi komputer berkembang, sekali lagi King Kong diulang buat pada 2005.
Psycho, klasik seram, daripada kerja seni Alfred Hitchcock dibuat hitam putih pada tahun 1960. Kemudian pengarah Belanda, Gus Van Sant mengulang buat pada 1998. Ulang buat daripada kerja mamat Belanda ini cukup rapi. Dia meniru bingkai demi bingkai kerja seni mamat gemok Alfred Hitchcok. Dari filem hitam putih, Psycho baru telah menjadi berwarna-warni.
Lawak bodoh
Sayangnya kebanyakan filem yang diulang buat ini menjadi kantoi dan gagal. Psycho yang diulang buat dilihat sebagai lawak bodoh.
Nasib baik pengarah Belanda itu tidak membunuh diri kerana malu. Jassica Lange menyesal tetapi ketika itu dia belum ada pilihan. King Kong 2005 juga menjadi lawak yang dipenuhi dengan kerja komputer dan bukan kerja membuat filem.
Malah, apabila ada sahaja desas-desus sesebuah filem ingin diulang buat, maka akan muncul lawak-lawak mengatakan betapa kurangnya idea dan cerita baru dari Hollywood. Ada pengarah yang akan menyorokkan muka ke bawah bantal kerana malu tidak ingin terbabit dalam kes ulang buat ini.
Warga Malaysia kembali berlabon, bersembang dan berbincang apabila mendengar tuduhan terhadap Anwar. Akhirnya satu Malaysia ketawa dan tersenyum. Perbicaraan ini juga satu kes kerja ulang buat.
Tema sandiwara ulang buat ini cukup senang untuk difahami: Anwar wajib dimasukkan kembali ke dalam penjara kerana dia telah berjaya membawa satu politik baru untuk Malaysia. Politik baru ini telah mengikat satu setiakawan di antara PKR, DAP dan PAS.
Gabungan setiakawan tiga parti ini dipanggil Pakatan Rakyat - satu ikatan politik baru yang akan menggantikan United Malays National Organisations dan BN untuk mentabir Malaysia.
BN menahan marah
Pilihanraya 8 Mac 2008 telah membuktikan bahawa rakyat Malaysia berani dan sanggup menerima satu perubahan budaya politik baru. Daripada nisbah kiraan undi, terbukti majoriti rakyat Malaysia telah memilih Pakatan Rakyat. Perkembangan ini menjadikan para gerombolan dalam BN terpaksa menahan marah.
Justeru, Pakatan Rakyat wajib ditumpaskan. Satu konspirasi wajib diwujudkan sekali lagi. Konspirasi ini bertujuan menumpaskan Pakatan Rakyat. Jalan pintas untuk memecahkan Pakatan Rakyat ialah dengan memenjarakan Anwar. Khalas. Finito.
Jika Pakatan Rakyat tidak ditumpaskan, maka segala pelesit yang selama berpuluh-puluh tahun ini menghisap darah rakyat akan menghadapi masa depan yang amat gelap. Apabila Pakatan Rakyat mengambil alih pentabiran Malaysia, maka segala kerja jahat mereka - harta-harta rasuah mereka, kes samun dan kes bunuh mereka – semuanya akan diadili oleh rakyat.
Justeru kerana takutkan balasan ini, tidak dapat tidak Anwar wajib dipenjarakan sekali lagi. Apa sahaja yang wajib dilakukan akan dilakukan untuk memastikan Anwar masuk ke dalam sel sekali lagi. Inilah sebenarnya tema ulang buat sandiwara yang sedang kita lihat sekarang.
Kes ulang buat ini sama seperti kes pada 1998 dahulu. Seorang protoganis baru telah ditemui. Lokasi baru telah dikenali. Tetapi ulang buat ini masih menggunakan skrip lama. Apa yang telah diubah hanya dialog atau kata bual. Dialog kali ini dilihat agak gempar.
Dialog seorang supir
Banyak dialog telah diubah suai dan diperbaiki daripada kelam-kabut pengucapan kata bual seorang supir yang daya fikirnya sama seperti Zulkifli Noordin. Yang baru datang hanya si pereka set, si tukang lampu dan para pak pacak.
Manakala yang di belakang kamera pun masih orang-orang jahat yang lama. Ramai orang-orang jahat ini hampir pencen tetapi mendapat talian hayat untuk membuat 'the last bottom show'.
Jika kerja jahat ini gagal, mereka juga akan turut mati oleh serangan bom angin berjuta-berjuta rakyat Malaysia yang pada hari ini sedang menyimpan gas setelah lama memakan petai jeruk dan pengat labu.
Awas! warga Malaysia wajib sedar. Di belakang semua ini Mahafiraun. Mahafiraun amat sedar jika Anwar tidak dipenjara, maka yang akan masuk ke dalam penjara ialah Mahafiraun sendiri. Kes jahat Mahafiraun ini sudah berkepok-kepok. Kalau hendak dihitung tidak cukup pasir dan batu di Telok Kemang. Kalau hendak ditulis, dakwat seluas Laut China Selatan akan kering.
Kalau Anwar tidak dipenjara, Mahafiraun sedar dia sendiri akan tenggelam lemas dalam air ludah rakyat Malaysia. Justeru hari ini Mahafiraun akan melakukan apa sahaja termasuk mencari rambut palsu baru untuk isterinya. Semua kerja jahat Mahafiraun ini bertujuan untuk memastikan Pakatan Rakyat tidak akan dapat mentabir Malaysia.
Apabila Psycho keluar untuk pertama kali pada 1960, dunia filem gempar. Berpusu-pusu dan berbaris-baris kaki wayang datang untuk mengintai dada Janet Leigh yang basah dan mungil dalam babak mandi sebelum dibunuh oleh Mister Bates, lakonan Anthony Perkins.
Lawak seram
Apabila Psycho diulang buat, tidak ada sesiapa yang percaya lagi tentang keupayaan pengarah barunya. Ia dilihat sebagai lawak seram yang tidak menyeramkan.
Perkara yang sama sedang berlaku pada kes Anwar. Apabila kes Anwar diulang sekali lagi di mahkamah, kelihatan tidak ada satu babak pun yang akan memeranjatkan warga Malaysia lagi.
Sebenarnya warga Malaysia berasa hiba dan pilu, bukan untuk Anwar tetapi untuk pakar konspirasi yang dilihat amat bodoh. Warga Malaysia terpaksa bersimpati sedih atas kebodohan pihak yang merancang konspirasi ini.
Bayangkan betapa sedihnya tanah air kita hari ini. Sebuah negara yang penduduknya berjumlah hampir 30 juta orang sedang terumbang-ambing. Masa depan negara dengan 30 juta warga sedang bergantung kepada satu lubang.
Sedih lagi pilu. Ratap lagi meraung. Ia menjadi talian hayat Najib Razak. Kes ini menjadi garis ekonomi negara kita - naik turunnya Bursa Saham Kuala Lumpur sama seirama dengan tekanan perbicaraan ini. Sistem pertahanan negara kita ini juga bergantung kuat dengan berapa lamanya ia bertahan.
Dalam sejarah tamadun dunia, perkara ini tidak pernah berlaku. Tiongkok dipertahankan daripada serangan Mongol bukan melalui kes seks tetapi melalui Tembok Besar China. Alhambra dipertahankan dan berkembang sebagai tamadun bukan melalui kes seumpama ini tetapi melalui ilmu dan falsafah.
Lucah dan meloyakan
Inilah hakikat yang sedang berlaku ke atas negara kita hari ini. Tidak ada tangisan yang akan dapat mengalihkan hakikat ini. Memang betul, bunyinya lucah dan meloyakan. Malu lagi memualkan.
Lucah dan meloyakan terjadi kerana pada ketika ini United Malays National Organisation sedang cuba menarik nafas untuk mendapat talian hayat dengan menghidu rapat kepada kekuatan kes ini. Kemenangan kes ini diharapkan akan menyambung kembali nyawa United Malays National Organisation.
Kita tunggu dan lihat apabila keterangan Mohd Saiful Bukhari Azlan ini terbarai setelah ia tidak membuang hampas busuk selama 52 tahun. Tiga puluh juta warga Malaysia wajib bersedia. Hampas busuk ini akan bertaburan. Ketawa salah, hendak menangis pun kita tidak berair mata lagi. -malaysiakini
JIKA UMNO KUAT, AMBIL TINDAKAN TERHADAP KU LI
Umno mendabik dada kononnnya mereka mendapat sokongan padu dari orang Melayu. Umno berkata Pakatan Rakyat tidak berpijak di bumi nyata untuk mara ke Putrajaya. Umno cuba digambarkan cukup kuat dan gagah.
Hakikatnya, Umno umpama pesakit kanser tahap 4 yang hanya menunggu masa untuk ditalkinkan. Umno cukup lemah dan tidak bermaya. Buktinya sebelum ini Umno tidak berani bertindak untuk mengantung keahlian Datuk Seri Muhamad Ali Rustam dan Khairy Jamaludin walaupun mereka berdua terbukti bersalah melakukan rasuah. Kenapa Umno tidak mampu berhadapan dengan protes dari ahli dan penyokong mereka sendiri jika mengambil tindakan tegas kepada perasuah yang boleh menggugat peluang dan sokongan mereka dalam pilihanraya.
Dalam perkembangan terbaru, Umno tidak berani bertindak kepada Tengku Razaleigh walaupun beliau secara terbuka memperjuangkan hak rakyat di pentas kerajaan Pas Kelantan. Walaupun wujud desakan dan cakap-cakap belakang, kepimpinan Umno dan Lembaga Disiplinnya hanya membutakan mata dan memekakkan telinga. Walaupun Ku Li dianggap 'menderhaka' kepada Umno, Umno ternyata tidak berani mengambil tindakan kepada beliau.
Mengapa dan kenapa mudah difahami, Umno bukan hanya tidak yakin untuk merampas kembali Kelantan daripada kepimpinan YAB Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat. Tetapi apa yang lebih dibimbangi ialah, pengaruh Ku Li bukan sahaja kepada ahli Umno dan rakyat Kelantan tetapi penyokong Ku Li di seluruh Malaysia. Kegagalan Ku Li mendapat pencalonan yang cukup daripada bahagian dalam pencalonan jawatan presiden Umno sebelum ini bukan menjadi petunjuk pengaruh dan sokongan Ku Li sudah merosot. Ku Li masih relevan dan masih mempunyai sokongan Umno di peringkat akar umbi. Inilah yang cukup digeruni oleh Umno.
Jika mereka memecat, menggantung keahlian atau mengambil apa-apa tindakan disiplin kepada Ku Li bermakna musibah besar sedang menunggu Umno. Dalam situasi ini adakah Umno berani mendakwa mereka lebih kuat berbanding PAS, PKR atau DAP? Jika mereka kuat ambillah tindakan kepada Ku Li dan kita lihat apa yang bakal berlaku kepada Umno.
angkasanuri
Remaja Jual Dara Secara On-Line $45,000 Untuk Bayar Yuran Universiti
Student sells virginity for $45k
wartasubhi
Tuduhan Membunuh Dan Bersekedudukan
Ibu mangsa, Nurhanim (kiri) dan ahli keluarga menunggu di luar Hospital Kuala Kubu Bharu.
Pemandu teksi berdepan kes bunuh, bersekedudukan
KUALA LUMPUR, 27 Feb — Pemandu teksi, yang berdepan dengan tuduhan membunuh kerana dipercayai mendera sehingga mati anak perempuan teman wanitanya, juga bakal dihadapkan ke Mahkamah Syariah kerana bersekedudukan dengan ibu mangsa sehingga melahirkan seorang anak luar nikah.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Bakhtiar Rashid berkata polis akan merujuk lelaki berumur 28 tahun itu dan ibu mangsa, 25, ke Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk tindakan lanjut setelah didapati tidak berkahwin tetapi hidup bersama sehingga mempunyai seorang anak berusia setahun enam bulan hasil perhubungan selama enam tahun.
“Ibu mangsa masih belum bercerai dengan suaminya tetapi berlagak seperti sepasang suami isteri dengan suspek,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Kanak-kanak perempuan, Syafia Humairah Sahari, tiga tahun, mati dipercayai akibat didera oleh teman lelaki ibunya di rumah mereka di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali dekat ini kelmarin.
Bakhtiar berkata suspek itu kini ditahan reman tujuh hari sehingga 4 Mac ini di lokap Balai Polis Kuala Kubu Baru bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Katanya polis akan memohon untuk melanjutkan reman sehingga 14 hari terhadap suspek bagi menyiasat kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Selain itu, katanya, suspek juga positif dadah setelah ujian air kencing diambil semasa dalam tahanan.
Bakhtiar berkata polis juga akan menahan enam individu termasuk ibu mangsa dan saksi di tempat kejadian yang mempunyai kaitan dengan kes kematian kanak-kanak perempuan itu.
“Kita akan membuat tangkapan secara menyeluruh termasuk kemungkinan menahan emak (ibu mangsa) yang melakukan perbuatan sama mendera anaknya itu. Saksi akan turut diambil keterangan berikutan ada beberapa orang yang melihat kejadian berlaku tetapi tidak melaporkan kepada polis,” katanya.
Selain itu, katanya, polis akan mengambil keterangan bapa mangsa yang kini ditahan reman tanpa boleh dijamin di Penjara Sungai Buloh sejak 2006.
Bakhtiar berkata hasil bedah siasat ke atas mayat Syafia Humairah di Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB) pada 10.30 pagi ini mendapati kematian kanak-kanak itu adalah akibat kecederaan serius berikutan terdapat pendarahan di otak dan pecah pada bahagian abdomen.
“Hasil bedah siasat yang dijalankan juga mendapati terdapat penderaan berterusan pada badan mangsa. Ada kesan-kesan kecederaan luaran yang baru dan lama dilakukan dipercayai dipukul oleh benda keras.
“Pada bahagian belakang tubuh badan mangsa pula terdapat lebam selain leher, pipi dan bahunya,” katanya.
Menurutnya keluarga ibu mangsa telah menuntut mayat kanak-kanak itu dari Bilik Mayat HKKB pada kira-kira 1.30 petang tadi dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kuang, Sungai Buloh petang ini.
themalaysianinsider
Lawak Ahad: Pak Pandir dan kondom
Pak Pandir dan Mak Andeh nak merancang keluarga.. Lalu mereka pun pergi berjumpa dengan doktor..
Pak Pandir: Doktor saya sebenarnya nak minta nasihat bagi menjarakkan anak.. Bagaimana Doktor.
Doktor: Ada banyak cara pak cik.. Pakcik boleh cuba yang ini ( sambil menunjukkan kondom ) .
Pak Pandir: Macammana menggunakannya?
Doktor: Macam ni .. Sebelum bersama Pak Pandir pakai benda ini.Pak Pandir sarung begini ( sambil menyarung ke kayu ) . Insyallah Pak Pandir dapat mengelakkan Mak Adeh dari mengandung.
Pak Pandir: Baiklah, nanti akan saya praktikkan.
Malam itu juga Pak Pandir mengikut nasihat Doktor.
selepas sembilan bulan Mak Andeh Mengandung. Pak Pandir terkejut. Lalu Pak Pandir pergi semula ke klinik hari itu.
Pak Pandir: Apa ni Doktor. Doktor kata kalau saya pakai benda ni , bini saya tak akan mengandung.. tapi skang dah nak beranak dah..
Doktor: Pak Pandir guna camne??
Pak Pandir: Seperti yang doktor suruh le.. sebelum bersama saya sarungkan ke kayu seperti yang doktor suruh lee...
Doktor: Laaa.. sambil menepuk dahi..
Saidatul Perlu Cermin Diri Dulu - Datuk Halik
Bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Datin Saidatul Badru Said Keruak diminta supaya mencermin dirinya dahulu kerana umum mengetahui beliau menyertai KEADILAN kerana niat tertentu, kata Ketua KEADILAN Cabang Kota Belud, Datuk Halik Zaman.
Beliau mengulas kenyataan Datin Saidatul yang disiarkan dalam media arus perdana semalam yang meminta supaya Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail menginsafi kesilapan dan kembali ke pangkal jalan.
Datuk Halik mempersoalkan tindakan bekas pemimpin KEADILAN itu yang tiba-tiba mahu menjadi jaguh dengan cuba menaburkan fitnah terhadap Datuk Seri Dr Wan Azizah.
"Kita menjadi musykil di hati, yang Saidatul ini beria-ia dan jadi tukang sibuk minta Datuk Seri Dr Wan Azizah berbuat demikian itu kenapa? Apakah ada 'imbuhan lumayan' menanti di atas kesungguhan beliau untuk merendahkan maruah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keluarga?," soal Datuk Halik.
Menurut beliau lagi Datin Saidatul seharusnya sedar bahawa sejak dahulu lagi penyokong KEADILAN di Sabah telah mencurigai keikhlasan dirinya yang menyertai parti dengan niat tertentu.
"Mana tidaknya, suami beliau adalah rakan baik Najib. Masuk akalkah suami baik dengan Najib, isteri sokong PKR ? Dari sana sudah terserlah 'sumbangnya' penglibatan beliau dalam PKR," jelasnya.
Datuk Halik turut mempersoalkan sumbangan yang telah diberikan Datin Saidatul sepanjang berada dalam KEADILAN dan memegang jawatan di Sabah sehingga terdapat banyak anasir yang cuba memecahbelahkan parti itu.
"Penyokong-penyokong PKR sedar dan maklum hal ini tapi tidak dapat berbuat apa-apa kerana kebijakkan Saidatul membodek Kak Wan (Datuk Seri Dr Wan Azizah) ketika itu. Penyokong PKR hanya lihat pakai mata sahaja. Sebab itulah di zaman Saidatul tidak ramai rakyat Sabah berminat untuk menyertai PKR kerana putar belit Saidatul demi menyelamatkan Umno Sabah," kata beliau lagi.
Menurut Datuk Halik lagi, Datin Saidatul kini mungkin tidak senang duduk melihatkan perkembangan dan sambutan baik yang diberikan rakyat Sabah kepada KEADILAN.
"Itulah sebabnya dia menggunakan kesempatan berdasarkan kedudukan beliau dalam PKR sebelum ini untuk cuba menggoncang kepercayaan rakyat kepada PKR. Beliau sangka rakyat dan penyokong PKR akan mempercayainya berdasarkan dia pernah 'duduk semeja' dengan PKR," ujarnya lagi. -Suara Keadilan
greenboc
45,000 Kerja Kosong di Restoran Mamak Tidak Diisi - Presma
Daripada 45,000 jawatan kosong di 2,000 restoran nasi kandar dan 1,100 restoran mamak di seluruh negara, tidak sampai 100 pertanyaan diterima untuk mengisi kekosongan tersebut daripada masyarakat tempatan.
Perkara ini didedahkan oleh Presiden Persatuan Pemilik Restoran Muslim Malaysia (Presma) Noorul Hassan Saul Hameed.
Katanya, respon yang sedikit itu adalah disebabkan di pasaran sekarang terdapat terlalu banyak kerja kosong yang jauh lebih menarik daripada imbuhan yang ditawarkan oleh restoran.
"Walaubagaimana pun kami akan terus bekerjasama dengan Jabatan Sumber Manusia dan beberapa NGO untuk bantu mengatasi masalah ini," ujarnya.
Pada 10 Februari lalu, Presma mengumumkan pengusaha restoran nasi kandar di seluruh negara akan menawarkan pakej gaji yang menarik untuk rakyat tempatan.
Restoran nasi kandar sahaja menawarkan lebih kuran 25,000 kerja kosong tetapi sehingga sekarang tidak dapat diisi oleh rakyat tempatan.
Kata Noorul Hassan lagi, gaji bulanan untuk pembantu restoran (pelayan) ialah antara RM800 hingga RM1,300 sebulan bergantung kepada pengalaman sementara juruwang ditawarkan gaji antara RM1,000 hingga RM1,300.
Penyelia dan tukang masak pula ditawarkan gaji antara RM1,500 hingga RM2,500 sebulan.
mstar
Kerajaan Selangor Sanggup Sedia Tapak Sekolah
KUALA SELANGOR: Sebagai kerajaan yang mementingkan pendidikan rakyat, kerajaan Selangor tidak teragak-agak untuk menyediakan tapak tanah untuk dijadikan sekolah.
Bagaimanapun, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bimbang pemberian tanah itu tidak bererti kerana kuasa membina premis sekolah terletak di tangan kerajaan persekutuan
Dalam ucapan ketika menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baru Cina di Jeram, Kuala Selangor hari ini, Khalid sedih berikutan prestasi sekolah di sekitar Kuala Selangor tidak menunjukkan keputusan memberangsangkan.
Sehubungan itu, beliau dengan tegas meminta kerajaan Persekutuan supaya tidak menganaktiritkan pelajar sekolah di negeri ini termasuk di Kuala Selangor, hanya disebabkan perbezaan ipolitik.
Beliau sudahpun mengarahkan EXCO untuk meninjau prestasi sekolah-sekolah di Kuala Selangor supaya standing dengan sekolah lain di negeri ini.
“Kerajaan Negeri boleh bagi tapak buat sekolah supaya semua orang dapat belajar dan juga kita ada peruntukan untuk menolong murid-murid sekolah dibagi tuisyen atau kelas tambahan supaya mereka lebih pandai lagi dan lebih lulus.
“Saya ingat persatuan ibu bapa jangan fikir pasal politik tetapi fikir pasal kemajuan anak-anak, tak guna kita cakap pasal politik tapi anak-anak tidak maju dalam sekolah," katanya.
Tidak seperti BN, Khalid mahu memastikan seluruh sekolah di Selangor mencapai prestasi pendidikan membanggakan tanpa amalan berpilih-pilih, melangkaui ideologi politik.
“Boleh jadi Kerajaan Persekutuan memang suka rakyat di Jeram atau luar Bandar tidak pandai, tapi kita di Pakatan Rakyat mahu semua orang pandai,” kata beliau.
tvs
Program Datuk Seri Anwar Ibrahim Di Sabah 28 Februari 2010
Bekas Timbalan Menteri Buruh Datuk Kalakau Untol dijangka mengumumkan penyertaan beliau secara rasmi dalam Parti Keadilan Rakyat pada 28 Februari sempena lawatan Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar ke negeri itu.
Datuk Kalakau yang mengumumkan peletakan jawatan beliau dari beberapa anak syarikat berkaitan kerajaan dan keanggotaan dalam Barisan Nasional 18 Februari lalu.
Beliau dijangka menyerahkan borang keahlian KEADILAN kepada Datuk Seri Anwar pada satu majlis ceramah "Selamatkan Malaysia" di Tuaran, Sabah.
Datuk Kalakau, 55, adalah bekas Ahli Parlimen Tuaran dan pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Menteri Buruh pada tahun 1986 hingga 1990 dan merupakan Ketua Pemuda Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) negeri selama 12 tahun sejak 1985.
Datuk Seri Anwar mempunyai jadual lawatan yang padat semasa berada di Sabah bermula dengan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran Keadilan dan DAP Sabah di Sekolah Menengah Kian Kok, Kota Kinabalu pada pukul 12:00 tengahari.
Majlis tersebut akan turut dihadiri Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dan Ahli Parlimen Kota Kinabalu Dr Hiew King Cheu.
Ini akan disusuli dengan sidang media pada pukul 3:00 petang sebelum perjumpaan bersama Majlis Pimpinan PKR Negeri Sabah.
Kemuncak lawatan Ketua Pembangkang adalah Ceramah Perdana di Kampung Roun, Tuaran yang akan dihadiri oleh barisan pimpinan Pakatan Rakyat dari Semenanjung dan Sabah.
Ini termasuk Exco Selangor Yaakob Sapari, Pengerusi Majlis Penyelaras PKR bagi Sabah dan Saarawak Datuk Dr Jeffrey Kitingan, Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Sabah Ahmad Thamrin Jaini dan Ketua Cabang Tuaran Ansari Abdullah.
suarakeadilan
UMNO Tiada Isu, Lancar Serangan Peribadi
DAMANSARA: Semakin berkaliber seseorang pemimpin Pakatan Rakyat, semakin dahsyat serangan peribadi digunakan terhadap mereka.
Selain Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri, tokoh ulama tempatan, Datuk Nik Aziz Nik Mat; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim tidak terlepas dari bidikan fitnah dan tohmahan palsu.
Malah, isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kebelakangan ini turut menjadi mangsa serangan peribadi media arus perdana.
Bercakap soal itu, Anwar menganggap Umno BN bermain politik adu domba apabila parti itu sengaja memutar belit sesuatu isu sensitif bagi membangkitkan kemarahan rakyat terhadap pemimpin Pakatan Rakyat.
"Politik di bawah Umno politik adu domba. Hari itu di Pulau Pinang kemudian sekarang diulang lagi. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dituduh sebagai Ketua Cina yang anti-Melayu.
"Ramai bertanya kepada saya mengapa sokong Cina sebagai Ketua Menteri, saya jawap dulu pun Cina Ketua Menteri, Koh Tsu Koon Cina bukan Ahmad Sukun (Tsu Koon),” katanya.
Bagaimanapun, Anwar secara konsisten sedari dulu memberi sokongan padu kepada Lim Guan Eng biarpun Umno BN tidak pernah ketandusan ilham untuk cuba memecah belah perpaduan parti gabungan Pakatan Rakyat.
“Dengan itu, saya mewakili PR dan Keadilan akan sentiasa bersama Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang,” katanya pada majlis rumah terbuka PKR hari ini.
Anwar juga menyifatkan serangan peribadi terhadap isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah bukan sahaja tidak berasas, malah sebagai taktik psikologi untuk memberi tekanan kepada beliau.
“Saya punya isteri Azizah cantik pun, dia mahu serang juga. Mereka kata Azizah tidak mahu sokong saya, mana tahu Azizah sokong saya atau tidak? Ini Utusan Malaysia memang jahat,” katanya.
Anwar juga hairan kerana Umno BN tergamak memfitnah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, kononnya mereka terlibat dalam rasuah, sedangkan umum mengetahui kedua-dua tokoh itu tidak mengambil sesen pun wang rakyat.
“Khalid pimpin Selangor, Lim Guan Eng pimpin Pulau Pinang, Tuan Guru Nik Aziz, 20 tahun jadi Menteri Besar Kelantan, pakai baju pun tidak secantik saya. Tidak pernah ambil balak, tiada saham, tiada kontrak dan mereka hendak dakwa beliau atas rasuah?
“Pemimpin Umno yang mengambil banyak wang negara tetapi mereka terlepas dari hukuman undang-undang. Sebab itu, kita mesti melawan mereka, tukar sistem pentadbiran dan ambil alih Putrajaya,” katanya pada majlis rumah terbuka PKR hari ini.
tvs
Sabtu, Februari 27, 2010
Keputusan TM Liga Super 27 Feb 2010
|
AmpUno Juara Maulidur Rasul
Sebagaimana yang telah dijangka oleh kebanyakan penganalisis politik dan profesor bertaraf kangkung di seluruh dunia,AmpUno sekali lagi menjadi juara keseluruhan acara yang dipertandingkan pada sambutan kali ini.
AmpUno mengatasi senarai perjumlahan bendera parti yang dipertontonkan kepada khalayak.Mereka mendominasi secara keseluruhan acara yang dipertandingkan bermula dari petak mula sehingga ke garisan penamat acara yang mereka gemari itu.
Tahniah buat AmpUno yang tidak pernah ketinggalan mengangkat murtabak parti mereka dalam apa jua acara yang dipertandingkan.-biaqpila.blogspot.com
Bekas PM Kanada desak gugur kes Anwar
SHAH ALAM - Selepas dua kontroversi campur tangan asing terhadap kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, bekas Perdana Menteri Kanada, Paul Martin semalam menjadi pemimpin asing terbaru mendesak kerajaan Malaysia menggugurkan kes liwat tersebut.
Menurutnya, jika Malaysia mahu mengambil tempat sebagai antara negara progresif di dunia, adalah sangat penting tuduhan yang didakwanya bermotifkan politik itu digugurkan.
“Sebagai sebuah negara demokratik yang menghormati hak asasi manusia dan undang-undang antarabangsa, Anwar juga harus diberikan kebebasan untuk melaksanakan visinya,” katanya di dalam :The Globe and Mail:, sebuah portal berita di negara itu.
Dalam kenyataan berkenaan, beliau menegaskan Anwar adalah seorang yang amat komited terhadap demokrasi, keadilan dan undang-undang negara.
“Saya telah lama mengenalinya, semenjak beliau menjadi Menteri Kewangan Malaysia dan saya Menteri Kewangan Kanada.
“Saya melahirkan rasa kesal beliau diperlakukan sebegitu rupa kerana komitmennya kepada prinsip tersebut,” katanya.
Martin adalah bekas Perdana Menteri Kanada dari 2003 hingga 2008 selain menjadi Ahli Parlimen selama 20 tahun dan Menteri Kewangan dari 1993 hingga 2002.
Menurutnya, kehadiran ramai pemerhati dan perwakilan asing semasa perbicaraan kes liwat Anwar merupakan bukti jelas betapa prihatinnya masyarakat antarabangsa terhadap kes beliau.
“Beliau kini dilihat sebagai ancaman kepada pegangan kuasa kerajaan yang memerintah pada pilihan raya akan datang. Ini faktor utama yang mendalangi tuduhan terbaru terhadap beliau,” katanya.
Sebelum ini, 50 Ahli Parlimen Australia yang diketuai oleh Michel Danby menghantar surat bantahan kepada Pesuruhjaya Tinggi Canberra, Datuk Salman Ahmad agar Kerajaan Malaysia menggugurkan tuduhan liwat yang dikenakan terhadap Anwar.
Ia kemudian disusuli kenyata:an Pengerusi Jawatankuasa Hubungan Luar Senat Amerika Syarikat (AS), John Kerry yang menggesa kerajaan memastikan perbicaraan yang adil :dan saksama kepada Anwar.
Duta Besar Malaysia ke AS, Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis berkata, kenyataan Kerry adalah peribadi.
sinarharian
"Rais cakap, Anwar boleh nyalakan 'mentol' satu M'sia!"
"Jadi, bila dia (Anwar) nyalakan suis, satu Malaysia menyala (bangkit)!" kata Ahmad Lutfi.
Jutawan Onassis, pernah berpesan kepada anaknya. Kalau jumpa seseorang, sentiasa bawa buku kecil, macam 555. Simpan nombornya.
"Mana tahu, suatu hari nanti kita akan perlukan bantuan dia. Moralnya, kita kena berkenalan dengan semua orang," kata beliau lagi.
Pertemuan ringkas di Rafiya itu berlaku malam tarikh ajal Harakah baru-baru ini. Asalnya, kami cuma berbual mengenai program mingguan yang baru kami bersetuju mengenai tarikh awalnya; 3 Mac depan.
Rabu, selalunya hari 'cuti' selepas 'deadline' Isnin dan Selasa, maka, Rabu itu masa yang kami fikirkan sesuai untuk membuat pertemuan dengan mereka yang ingin bertukar-tukar fikiran dengan kami; pengendali Harakah.
Program mingguan ini memang kecil, tapi akhirnya Ahmad Lutfi berkata, yang kecil itulah yang kemudiannya boleh menjadi besar.
"Di Indonesia, bukan ceramah-ceramah besar itu yang menjadi revolusi, tetapi pertemuan kecil-kecil, kalangan karyawan, pengamal media.." kata beliau.
Saya baru nak menambah, bahawa antara sebab British mengalah ialah sebab perang-perang gerila yang dilancarkan secara berterusan oleh komunis.
Setiap hari ada saja ladang-ladang getah yang dibakar guna melumpuhkan ekonomi Empayar British. Kita kena ingat, British bukan sebuah negara, tapi empayar!
Tapi buah fikiran itu akhirnya tersangkut di celah-celah halkum, gagal dan tak sempat diluahkan.
Kami melihat pertemuan mingguan setiap Rabu itu sebagai nukleus kecil yang mungkin memberi impak besar dalam jangka panjang.
Grup Teh Tarik di FB
Dia tertarik dengan kisah saya semalam ketika membincangkan peranan Grup Teh Tarik Facebook, kumpulan dewan perniagaan Melayu (pro-Umno) yang berusaha membuat pertemuan demi pertemuan dengan menteri dan VIP.
Kelmarin, dalam pertemuan bersama siswa-siswa, sempat saya hadir bertemu Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam di Rumah Melaka dekat Istana Negara. Ali Rustam peduli hal siswa Aspirasi, juga dia berkhutbah panjang lebar mengenai isu nama Allah.
"Kita semua menang dalam pilihan raya universiti kan?" kata KM Melaka itu kepada siswa Aspirasi itu. Rupanya, dia ambil perkembangan hal kampus.
Dan dia kemudian bercakap panjang lebar hingga jam 7 petang. Hal itu, saya ceritakan, menjadi bahan bualan antara kami berdua.
"Elok juga kalau kita boleh tiru cara macam tu," kata Ahmad Lutfi lagi. "Kena juga panggil pimpinan Pakatan Rakyat bersemuka, pekena teh tarik dan ada pula sesi soal-jawab."
Cara salam khas antara bukan Muslim, bukan Muhrim
Kena ada satu kaedah bersalam antara lelaki dan perempuan bukan muhrim. Ini suatu bab lain pula. Amat kerap isu-isu dan polemik berlakon secara yang dituntut dalam Islam ini menghiasi bualan kami.
"Kalau tidak, yang bukan Melayu, bukan Islam akan anggap kita ni sombong atau biadap. Hal ni selesai kalau semua orang faham hukum, tapi dah ramai tak faham, nak buat macam mana? Terpaksa kita reka jenis bentuk isyarat salam baru."
Persoalan yang berbangkit di sini, adakah ini bererti, 'Menteri Kebudayaan' PR kena promosikan cara bersalam itu.
Yang tak terkeluar daripada halkum, jika mantan menteri kebudayaan, Kadir Syeikh Fahil boleh cipta cara bersalam ala M'sia, takkan Menteri Kebudayaan PR tak boleh cipta cara salam untuk lelaki, wanita bukan muhrim?
Akhirnya, isu Sembang Santai Rabu (Sesar) menjadi topik utama. "Setakat teh, kuih-kuih tu masih dalam bajet Harakah. Enta jangan bimbang," katanya kepada saya.
Kumpulan yang kecil-kecil inilah, seperti kata Ahmad Lutffi, akan tumbangkan BN. Tapi, kami bereksperimen untuk menatijahkan kejatuhan BN itu.
Pulang ke SPKB (Sekolah Pemikiran Kg Baru), saya membuka Kamus Dewan. Ia mempunyai makna berikut:-
1. beralih (sedikit-sedikit), berganjak, bergeser.
2. mendesak supaya beralih (cecair oleh benda padu dll)
Jangan disesar gunung berlari, hilang kabut tampaklah dia = ke mana gunung disesar hilang kabus tampak juga, demikian pantun peribahasa yang ada kaitan dengan 'sesar' termuat di dalam Kamus Dewan itu.
Sesar, sesuai dengan namanya - sedikit demi sedikit, beralih, membuat suatu gerakan dengan cara desakan, perlahan-lahan akan menatijahkan gelombang juga akhirny, insya Allah Ta'ala.
"Kena buat jugalah 'banner', biar nampak 'kemaih' sikit," kata rakan saya itu.
Sebenarnya, angan-angan ini mengingatkan saya mengenai Khutbah Selasa yang dianjurkan Imam Hassan al-Banna ketika memimpin Ikhwan Muslimin itu. Ceramah-ceramah itu sungguh menyihir apatah lagi Al-Banna amat handal mengutip mutiara kata daripada al-Qur'an.
Cara dia mengolah setiap kejadian kejadian semasa lalu disesuaikan dengan al-Qur'an menyebabkan beliau dikenali sebagai al-Quran bergerak, sekali gus membuktikan al-Quran tetap kekal relevan sampai bila-bila.
Tapi, dengan segala kelemahan kami yang ada, tidaklah kami mampu pergi ke tahap itu. Apa yang penting, usaha-usaha itu perlu dilakukan segera!
Kritik filem
Demikian bualan itu tadi bermula dengan kritik filem. Kerap juga filem Ketika Cinta Bertasbih menjadi sasaran tema bualan sekali gus membuka tirai debat bahasan. Saya tak dapat komen, sebab tonton KCB 2 tanpa menonton KCB 1.
"Tapi, yang ana hairan," kata teman saya yang ghairah berdebat itu, "kenapa filem KCB itu tidak masuk ke Malaysia?"
Entah kepada siapa yang saya nak ajukan pertanyaan semacam ini. Laskar Pelangi pun tak masuk. Jeritan Kuntilanak, cerita hantu, lakonan Julia Perez (Jupe), ratu dangdut yang hot lagi bergetah itu boleh masuk pula.
Ada banyak lagi isu-isu umat yang boleh kita bicarakan di sini. Sama ada kita semua dapat turut, ikut bersama membincangkannya atau tidak, entahlah...
2:17 a.m, 27 Februari 2010
Sekolah Pemikiran Kg Baru
detikdaily
Pakatan: Satu lawan satu di Sarawak
Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution berkata, Pakatan telah mula membuat persiapan untuk menghadapi pilihanraya negeri itu yang dijangka diadakan beberapa bulan akan datang, kemungkinan antara bulan Jun dan Julai ini.
Pilihan raya negeri Sarawak - yang terakhir berlangsung pada 2006 - mesti diadakan dalam tempoh 16 bulan ini. Sarawak merupakan satu-satunya negeri di Malaysia yang tidak mengadakan pilihanraya negeri serentak dengan pilihanraya Parlimen.
Saifuddin berkata, strategi satu lawan satu itu - yang telah menghasilkan kemenangan besar kepada pembangkang dalam pilihanraya umum 2008 - akan digunakan dalam pilihan raya negeri Sarawak kali ini.
"PKR, DAP dan PAS pada prinsipnya telah bersetuju dengan pertandingan satu lawan satu dengan BN. Kita pastinya berharap ia akan memberi impak yang besar kali ini," katanya kepada Malaysiakini.
malaysiakini
Buaya patah gigi lawan dua lelaki
GAMBAR yang disiarkan akhbar Daily Telegraph menunjukkan Thurston (kiri) dan Willie berdepan dengan seekor buaya di dalam tangki di sebuah taman buaya di Darwin.
DARWIN - Dua pemain ragbi di Australia menewaskan seekor buaya gergasi selepas bergusti dengan reptilia itu, lapor sebuah akhbar semalam.
Buaya seberat 1,000 kilogram bernama Burt itu menerkam Big Willie dan Johnathan Thurston yang merupakan kapten pasukan North Queensland Cowboys selepas mereka melompat ke dalam sebuah tangki kaca berisi air di Crocosaurus Cove iaitu sebuah taman buaya di sini pada Khamis lepas.
Ibarat bertemu buku dengan ruas, buaya tersebut bukan sahaja gagal membaham dua mangsanya itu tetapi turut kehilangan sebatang giginya dalam pertarungan sengit tersebut.
Kedua-dua pemain itu tidak mengalami sebarang kecederaan.
Ia merupakan sebahagian acara sampingan sebelum perlawanan ujian pasukan itu dengan Gold Coast Titans hari ini. - Agensi
kosmo
Amy Search di Masjid Kota Damansara 28 Feb
PETALING JAYA, 26 Feb: Ikon rock tanah air, Amy Search akan menjayakan program sempena sambutan Maulidur Rasul 1431 di Masjid Kota Damansara pada hari Ahad, 28 Februari ini.
Namun, Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman (gambar) tidak mendendangkan lagu-lagu popularnya tetapi menjadi ahli panel pada forum bertajuk ‘Islam Untuk Semua’ yang bermula jam 8.00 malam.
Pendakwah bebas, Ustaz Ahmad Dasuki Abdul Rani turut serta sebagai ahli panel pada majlis yang dipengerusikan oleh pensyarah kanan UTM, Dr Azhar Yaakob itu.
Wahid Senario pula diundang bagi mengendalikan acara kanak-kanak seperti pertandingan nasyid, bercerita dan menulis khat yang bermula jam 2.00 petang.
Majlis penyampaian sijil dan hadiah kepada pemenang diadakan selepas solat Asar.
Sehubungan itu, nazir masjid, Ustaz Mat Taib Pa menjemput masyarakat sekitar untuk sama-sama memeriahkan majlis yang diadakan itu.
Beliau turut mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada anak-anak kariah dan semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan sumbangan bagi menjayakan majlis tersebut dan program-program sebelum ini.
Harakahdaily
Agihan wang ehsan, Kelantan tak ambil peduli
Beliau, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri, berkata apa yang menjadi tuntutan kerajaan negeri ialah wang royalti, bukannya wang ehsan.
"Soal dia nak bagi wang ehsan kepada rakyat Kelantan melalui JPP kita tidak sekat kerana itu hak mereka, malah kita tidak akan ambil tahu (kepada siapa wang itu hendak diberikan).
"Soal Kerajaan (Pusat) nak bagi wang ehsan serah pada dia, tetapi kita tetap tuntut royalti. kita akan usaha melalui pelbagai cara yang munasabah," katanya kepada pemberita, di Kota Bharu hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa kerajaan Pusat tetap mahu memberi wang ehsan kepada Kelantan kerana yakin ada rakyatnya yang mahu menerima pemberian berkenaan.
Kerajaan Kelantan bertegas mahukan kerajaan pusat membayar royalti minyak dan bukan wang ehsan walaupun pemimpin Barisan Nasional mendakwa, negeri tersebut tidak layak menerima royalti kerana dua telaga minyak yang didakwa milik Kelantan terletak lebih tiga batu nautika dari pesisiran pantai negeri itu.
Dua telaga minyak berkenaan terletak 150 batu nautika dari perairan Kelantan dan Kerajaan pusat bersetuju memberi RM20 juta wang ehsan kepada penduduk Kelantan, yang merupakan bayaran pertama sebanyak lima peratus daripada hasil dua telaga minyak pada 2008.
Perkara ini seperti yang termaktub dalam perjanjian Akta Peroleum 1974, iaitu bayaran lima peratus daripada hasil keuntungan minyak dan gas kepada kerajaan negeri.
- Bernama
malaysiakini
Pembangkang digesa perjuang tuntutan royalti
SHAH ALAM - Ahli Parlimen Pakatan Rakyat perlu bersungguh-sungguh memperjuangkan isu tuntutan royalti petroleum pada Persidangan Dewan Rakyat, bermula pertengahan Mac ini.
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim berkata, mereka perlu memberitahu rakyat segala tindakan mana-mana pihak yang menidakkan hak pembahagian hasil petroleum dan gas antara negeri dan Petronas.
“Isu ini bukan saja terbatas kepada hak negeri seperti Kelantan terhadap hasil tersebut tetapi juga merangkumi soal pengurusan Petronas itu sendiri,” katanya menerusi blognya, semalam.
Zaid, yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, Petronas sebagai syarikat bertaraf antarabangsa dan mempunyai pengurusan bertaraf dunia perlu menetapkan pendiriannya dalam soal tuntutan royalti petroleum oleh Kelantan.
“Hakikatnya, Petronas mesti tunduk. Inilah kuasa yang diserah kepada Perdana Menteri di bawah Akta Kemajuan Petroleum 1974,” katanya.
Zaid berkata, cara pengurusan dan kuasa luas Perdana Menteri dalam Akta Kemajuan Petroleum 1974 sudah tidak sesuai dalam keadaan perniagaan global sekarang.
“Model pengurusan seperti ini mungkin sesuai pada masa bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak tetapi tidak wajar lagi pada zaman anaknya, Datuk Seri Najib.
“Abdul Razak mahu Petronas dijaga untuk kepentingan anak cucu rakyat Malaysia, bukan kepentingan pemerintah.Bahkan beliau tidak akan membenarkan orang-orangnya mengambil kesempatan meraih untung daripada Petronas,” katanya.
sinarharian
Guan Eng sertai sambutan Maulidur Rasul
Mohd Sabri Said
PULAU PINANG, 26 Feb: Mana-mana individu dan badan bukan kerajaan (NGO) hari ini menerima tempelakan kerana apa yang mereka dakwa bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang tidak mengadakan perarakan Maulidur Rasul tahun ini terjawab.
Perarakan 53 kontinjen dimulai dengan ketua-ketua jabatan melalui beberapa jalan termasuk Padang Kota Lama, Dewan Undangan Negeri, pejabat agama menuju ke Dewan Sri Pinang.
Turut meraikan majlis ialah ketua menteri, Lim Guan Eng. (gambar atas)
Sementara itu, Masjid Jamek Jelutong mencipta sejarah kerana mengadakan perarakan kali pertama sempena sambutan Maulidur Rasul esok, 27 Februari bermula jam 9.00 pagi.
Pengerusi kariahnya, Mohd Yusuf Mohd Noor memberitahu, pada sebelah malam diadakan ceramah agama yang disampaikan oleh Ustaz Alkhairy Ismail dari Jabatan Agama Islam Kedah.
harakahdaily
Tak perlu layan budak-budak baru yang pertikai keputusan parti – Azizan
ALOR SETAR; Perlembagaan PAS tidak perlu dipinda dan masih relevan walaupun sudah lama diguna pakai dalam pentadbiran PAS Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, desakan sesetengah pihak yang mahu Perlembagaan PAS Pas dipinda semata-mata kerana tidak puas hati terhadap sesuatu isu tidak perlu dilayan, kerana ia hanya membuang masa.
“Tidak perlu pertikai sesuatu tindakan yang dibuat berlandaskan perlembagaan parti. Mereka yang mahu perlembagaan dipinda sebenarnya tidak faham mengenai perlembagaan dan anggap ianya boleh diubah sesuka hati,” katanya.
Azizan yang juga Menteri Besar Kedah mengulas kenyataan Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mahu pindaan perlembagaan parti dibuat supaya Jawatankuasa Disiplin bukan terdiri daripada Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.
Ini kerana beliau dikritik hebat oleh beberapa pemimpin parti itu berikutan keputusan jawatankuasa yang diterajuinya terhadap Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad pada 29 Januari lalu, yang dianggap berat sebelah.
Azizan berkata, PAS Pusat tidak perlu mengikut telunjuk pihak tertentu dan memenuhi permintaan tidak berasas seperti itu, sehingga mahu mengubah perlembagaan untuk memuaskan hati segelintir pihak.
Menurutnya, pindaan boleh dibuat tetapi bukan disebabkan oleh ketidakpuasan pihak tertentu yang mempertikai perkara-perkara yang termaktub dalam perlembagaan.
“Pinda boleh tetapi jangan disebabkan oleh tidak puas hati, sebab itu nak dipinda. Jangan layan permintaan seperti itu. Mustahil kita dapat puaskan hati semua pihak,” katanya.
Azizan berkata, sekiranya isu ini dibawa berbincang dalam mesyuarat bulanan Jawatankuasa Kerja Pusat, ia hanya membuang masa.
“Sebelum ini tiada masalah pun, disebabkan segelintir pihak, habis kacau bilau. Yang buat kacau ni pun, muka-muka baru. Orang lama tak bersuara pun,” katanya.
Menurutnya, perlembagaan parti sepatutnya dihormati dan tidak perlu dijadikan isu politik demi kepentingan pihak tertentu.
Azizan berkata, sebelum ini, kes yang dihadapkan dalam Jawatankuasa Disiplin termasuk pemecatan keahlian tidak pernah dipertikai, dan ini menunjukkan kesepakatan dalam kalangan ahli.
“Ada yang dipecat sebelum :ini tetapi orang itu tak pula membantah, atau pertikai keputusan dan tidak suruh pun pinda perlembagaan sebab tidak puas hati. Tidak perlu kita layan kehendak peribadi sebab: akan merosakkan parti,” katanya.
sidangonline
Pulau Pinang perkenal sistem pendaftaran kahwin online
Kerajaan Negeri Pulau Pinang memperkenalkan sistem pendaftaran perkahwinan orang Islam di negeri ini secara online yang dikenali e-munakahat.
Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Agama Islam negeri Abdul Malik Abdul Kassim berkata e-munakahat mengandungi lima modul utama iaitu kebenaran kahwin, pendaftaraan perkahwinan, cerai, rujuk dan akad nikah. "Selain memudahkan urusan perkahwinan, orang ramai juga dapat mencari maklumat dengan lebih mudah berkaitan urusan perkahwinan melalui e-munakahat yang dikendalikan oleh Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP). "Sistem yang boleh dilayari melalui laman web emunakahat.penang.gov.my itu dilancarkan hari ini dan pengguna boleh mendapat maklumat terperinci atau menyemak berkaitan perkahwinan dengan hanya menggunakan nombor kad pengenalan," katanya semasa berucap pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di sini hari ini. Sambutan Maulidur Rasul dan pelancaran e-munakahat itu dirasmikan oleh Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas dan turut hadir Ketua Menteri Lim Guan Eng serta Timbalan Ketua Menteri I Mansor Othman. - Bernama
5,000 Sertai Perarakan Maulidur Rasul Di Selangor
Seramai 5,000 umat Islam terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat menyertai perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat Negeri Selangor hari ini.
Perarakan sejauh dua kilometer melibatkan 110 kontinjen bermula di Stadium Shah Alam dan berakhir di Stadium Malawati, Shah Alam. Ia disertai beberapa institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta badan-badan berkanun dan syarikat swasta.
Majlis berkenaan dirasmikan Sultan Selangor, Sultan Sharafudin Idris Shah. Turut hadir adalah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan EXCO kerajaan Negeri.
Dalam ucapannya, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Ramli Mahmud berkata, tema Maulidur Rasul pada tahun ini ialah 'Memantapkan Ukhuwah, Memperkasakan Ummah'.
Beliau menggesa umat Islam membetulkan tekad dengan menumpukan soal utama bagi memacu pembangunan ummah dan mengelak anasir yang boleh memecah belah perpaduan rakyat.
Sementara itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dipilih pemenang perarakan bagi kategori Badan Kerajaan hasil gimik menarik.
"Mungkin sebab kita buat gimik dengan membawa kerusi roda, jadi nampaklah imej kebajikan. Yang penting komitmen semua, jalan ikut aturan walaupun kita praktis tak lama," kata jurucakap JKM.
Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pula memenangi perarakan kategori badan berkanun walaupun penyertaan mereka semata-mata untuk untuk meraikan sambutan ulang tahun kelahiran Rasulullah.
"Kemenangan ini adalah bonus kepada kita bukan kata kita sasarkan kepada kemenangan tetapi kepada program ini sendiri. Jadi bila menang itu satu bonus bagi MBPJ pagi ini," kata wakil MBPJ.
Majlis turut diserikan dengan persembahan dari Amy Search, kumpulan nasyid Rabbani dan Hijjaz.
Dalam pada itu, kerajaan Selangor turut menyediakan enam anugerah sempena sambutan Maulidur Rasul berteraskan nama tokoh Islam iaitu Anugerah Saidina Ali, Anugerah Saidatina Khadijah, Anugerah Uthman Ibnu Affan, Anugerah Imam Al-Ghazali, Anugerah Khalid Al-Walid dan Anugerah Umar Abdul Aziz.
Muhammad Mu'az Mohd Abd Azis dipilih penerima Anugerah Saidina ali manakala Anugerah Umar Abdul Aziz (Datuk Mohd Talha Abd Rahman), Anugerah Saidatina Khadijah (Prof Dr Jawiah Dakir), Anugerah Imam Al Ghazali (Mohd Salleh Ashaari), Anugerah Khalid Al Walid (Datuk Khalid Abu Bakar) dan Anugerah Uthman Ibnu Affan (Mohd Ilham Ikhsan).
Bercakap kepada TV Selangor, Mohd Talha berterima kasih atas penghargaan kerajaan negeri walaupun tidak pernah mengharap balasan atas setiap jasanya.
tvs
LISTEN TO AL-QURAN ONLINE
Blog Archive
-
▼
2010
(3200)
-
▼
Februari
(286)
- Bantahan Antarabangsa Terhadap Malaysia Kian Merebak
- Umno-BN Korup Hingga Ke Akar Umbi
- Cubaan Sabotaj Program Anwar Di Segamat
- Rakyat digantung kes Anwar-Saiful
- JIKA UMNO KUAT, AMBIL TINDAKAN TERHADAP KU LI
- Remaja Jual Dara Secara On-Line $45,000 Untuk Baya...
- Tuduhan Membunuh Dan Bersekedudukan
- Lawak Ahad: Pak Pandir dan kondom
- Saidatul Perlu Cermin Diri Dulu - Datuk Halik
- 45,000 Kerja Kosong di Restoran Mamak Tidak Diisi ...
- Kerajaan Selangor Sanggup Sedia Tapak Sekolah
- Program Datuk Seri Anwar Ibrahim Di Sabah 28 Febru...
- UMNO Tiada Isu, Lancar Serangan Peribadi
- Keputusan TM Liga Super 27 Feb 2010
- Siaran Langsung TM Liga Super 27/2/10
- AmpUno Juara Maulidur Rasul
- Bekas PM Kanada desak gugur kes Anwar
- "Rais cakap, Anwar boleh nyalakan 'mentol' satu M'...
- Pakatan: Satu lawan satu di Sarawak
- Buaya patah gigi lawan dua lelaki
- Amy Search di Masjid Kota Damansara 28 Feb
- Agihan wang ehsan, Kelantan tak ambil peduli
- Pembangkang digesa perjuang tuntutan royalti
- Guan Eng sertai sambutan Maulidur Rasul
- Tak perlu layan budak-budak baru yang pertikai kep...
- Pulau Pinang perkenal sistem pendaftaran kahwin on...
- 5,000 Sertai Perarakan Maulidur Rasul Di Selangor
- PAS, NGO bantah acara maksiat Pesta Balok
- ISU ROYALTY DARI KACAMATA PENGGEMAR TEH TARIK
- Ibu pejabat PAS temui blogger dakwa salah laku 3 p...
- Risalah Hina Istana Selangor Cemar Sambutan Maulud...
- Sejarah Kelahiran Rasulullah SAW
- Zambry saman PKR RM100 juta
- Esok masih ada???
- Royalti: BN terus cuba kelirukan rakyat
- Selamat Menyambut Maulidur Rasul
- Kehilangan Enjin Jet TUDM, Mustahil Hanya Dua Indi...
- Pelajar dipaksa berbogel oleh senior
- S'gor agihkan RM49 juta untuk kebajikan rakyatnya
- Langkah Berani MB Kedah
- Gambar : Sekitar Ceramah DSAI di Jeniang, Kedah
- Petronas Untuk Rakyat
- BANJIRI CERAMAH PKR KERANA RISALAH LUCAH?
- Potong bajet pelajaran, lebihkan Permata Negara?
- Hanya Anwar layak jadi PM: Guan Eng
- Nenek lawan 3 penyamun
- Suhakam temui anak Raja Petra di penjara Sg Buloh
- Royalti berhak diterima Kelantan RM2 bilion, bukan...
- Eksekutif telco yang mana jual video lucah?
- Jangan dahului mahkamah, Anwar belum dibuktikan be...
- Ke mana hala tuju kambing di era fesbuk
- Kenaikan Tarif Elektrik Bukti Najib Gagal Laksana ...
- Zambry dalam ketakutan - Khalil Idham Lim
- Acara Paling Dinantikan Malam Ini
- Kumpulan Shahidan tuntut jawatan MB?
- Selangor Seri Tanpa Jaringan Dengan Becamex Binh D...
- Hujah Dangkal di TV9
- Cabaran Kepada Guan Eng Helah Elak Debat
- Felda Rugi RM1 Billion bersama 1Malaysia - Zabiedi...
- Salam Maulidur Rasul
- Royalti: Ku Li sarat hujjah, Tok Pa tong kosong?
- 'Indeks mi segera' ukur kegawatan
- Benarkah Presiden PAS 'bercanggah' dengan Mursyidu...
- Berdebat Pun Kecut Teloq, Nak Jadi Juara Rakyat Ko...
- Blogger dedah perbualan Saiful dengan blogger Umno
- Presiden Pas Bidas Media Arus Perdana
- Tok Guru Nik Aziz tonton wayang
- Nikah lepas hilang 9 jari
- Juara Rakyat Tapi Takut Debat
- BN, Bahtera Yang hampir Tenggelam
- Demo 24 Feb diteruskan, kata NGO Felda
- Kes Nasir Safar Penuh Madah Berhelah
- Iklan Penjelasan Isu Royalti Yang Tidak Jelas
- Orang Kampung Bantah Belanjawan Pendidikan Dipotong
- Tindakan Lim Guan Eng Patut DiContohi
- Tokey Mercun Dah Kaya Raya, Kita Jadi Hanturaya
- Pusat iklankan isu royalti Kelantan sasar Ku Li, A...
- Ustaz Umno tolong nasihatkan Shahrizat
- 20,000 Hadiri Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat N...
- MP Kuala Nerus dirawat di HSNZ akibat jangkitan ku...
- PAS Wilayah sedia dedah tembelang Umno
- BN akan ditolak rakyat dalam p'raya nanti
- Lompat tak boleh, melompat boleh
- JKJR akan ceramahkan drebar bas yang bawa laju
- Gunakan Tandas Dengan betul, Kalau Tak...
- Lawak Ahad: Jaguh Pedang Dunia
- Berita yang tiada di TV Malaysia
- Keputusan Piala FA Pusingan Ke 2 (2) 20 Feb 2010
- Siaran Langsung TM Piala FA 20/2/10
- Jangan Terkejut Jika Nasir Safar 'Bebas'
- Jaga-jaga Kedah malam ni...
- Remaja lepasan SPM dakwa dibelasah polis
- Pejabat Pelajaran pun jadi “cawangan” Umno juga?
- Najib Takut Adakan Sidang Tergempar Parlimen
- Lagi ditahan ISA
- Bila babi disangka kambing
- PAS dah lama bikin la...
- Pakatan Desak Sidang Tergempar Bincang Kes Anwar
- Anwar : Terus Mara Jayakan Agenda Perubahan
- Ganyang DAP
-
▼
Februari
(286)