Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, Ogos 31, 2008

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

Selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua muslimin dan muslimat di seluruh pelusuk dunia. Semoga kita dapat mempertingkatkan amal di bulan mulia ini. Selamat berpuasa.

Sabtu, Ogos 30, 2008

51 TAHUN MERDEKA TAPI MASIH MENIRU?



Logo sambutan hari kemerdekaan Malaysia ke 51 pada tahun ini dikatakan ditiru dari logo anugerah produk cemerlang yang diberikan oleh kementerian hal-ehwal ekonomi Taiwan.



Adalah amat memalukan kita sebagai rakyat Malaysia jika ianya sememangnya ditiru.

Logo ini dipilih antara 800 logo yang dihantar untuk petandingan mencipta logo hari kemerdekaan Malaysia ke 51. Macamana boleh menang pun aku tak tau..tak dak lagi ka logo-logo yang lebih canggih dengan rekabentuk terkini.

Rabu, Ogos 27, 2008

Post-Mortem P44: TV3 PENCETUS KEMENANGAN BESAR



BILIK BEDAH SIASAT: Terima kasih kepada media-media khasnya TV3.Usaha anda telah memperkukuhkan sokongan kepada DSAI sehingga dibuktikan pada 26 Ogos 2008 dengan majoriti yang lebih besar berbanding 8 mac 2008 walaupun peratus orang yang mengundi berkurang.

Jika tidak kerana penyiaran berita-berita sebegini nescaya amat sukar untuk DSAI mendapat sokongan yang melebihi dari 8 Mac 2008. Ikhlas saya katakan usaha anda amat berkesan sekali.





Penyiaran isu liwat amat berkesan sehingga menaikkan peratus sokongan sebanyak 35% walaupun ianya gagal menaikkan ghairah penduduk Permatang Pauh berdasarkan fakta peratus orang pergi mengundi jatuh kepada 65.25%.



Penyiaran berita ahli PKR keluar parti pulak sekadar menokok 27% sokongan kepada DSAI walaupun mereka sepatutnya keluar PKR tanpa liputan berita kerana siapa yang nak tanggung malu sekarang? (Orang kampung seluruh pelusuk dunia dah tahu sekarang.
Lepas ni nak masuk parti apa pulak. Dah habis semua parti dah hangpa masuk. Bila time pilihanraya isytihar keluar,Crazzy frog betul la...)



Semoga pihak media akan terus melaksanakan tanggungjawab murni ini kepada rakyat di dalam pilihanraya akan datang.Segala usaha di luar tabieee anda ini akan mendapat ganjaran nanti.....Syabas kepada semua penyampai berita yang terus berkorban demi menaikkan imej kewartawanan di mata dunia. Bravo!!!!

Selasa, Ogos 26, 2008

RAMALANKU BENAR BELAKA




Memang ramalanku benar belaka. Sila lihat posting yang bertajuk DSAI DIJANGKA MENANG BESAR




DSAI menjuarai pertarungan ini dengan bergaya sekali.Calon BN Datuk Arif Shah yang mengundi pada pukul 0808 pagi gagal mendapat 'ong' daripada angka 8 menduduki tempat kedua,manakala calon Akim Hanafi Mamat sekadar mendapat tempat ketiga,di mana jumlah undi rosak (447) adalah melebihi daripada jumlah undi yang diperolehinya iaitu 92.

Sekali imbas, keputusan yang diperolehi ini menggambarkan betapa sokongan rakyat kepada BN semakin terhapus. Walaupun berbagai taktik digunakan untuk menjatuhkan calon PKR, sokongan terhadap DSAI tetap padu yang datang dari segenap penjuru demi usaha Pakatan Rakyat menuju Putrajaya pada 16September2008.blogspot.com

Jutaan penghargaan dan sekalung tahniah kepada jentera berat pilihanraya kecil P44 yang terdiri dari PAS,DAP,KeADILan dan rakyat jelata yang menjayakan episod permulaan untuk ke Putrajaya. Syabas!!!!

DS ANWAR SUDAH MENANG




PERMATANG PAUH: DS Anwar sudah menang!!!!!....itulah keputusan pertarungan paling hangat yang kita nanti-nantikan. Setakat pukul 8.00 malam majoriti telah melebihi 15,500. Syukur kita ke hadrat Illahi di atas kurniaNya....

Gegaran kuat pada 6.6 skala ritcher di Indonesia pada pukul 10 pagi tadi selepas dua jam pusat mengundi dibuka rupa-rupanya menghasilkan 'tsunami' di Permatang Pauh. Sementara itu tinjauan kepada laman berita online Utusan dan Berita Harian masih belum menyiarkan keputusan ini. Apa pasal ha? Takkan tak sanggup nak update kot? Nampaknya laman blog rakyat yang miskin dan hina lebih terkini dari media arus perdana V6. Sehingga ke pukul 8:50 malam masih belum kemaskini. Apa dah jadi beb?





Gangguan kesesakan pada perkhidmatan celcom 3G mengakibatkan blog ini tidak dapat dikemaskini... nak upload gambar pun berjanggut tunggu....

Kemaskini

6.33 petang: Keputusan terkini:

- Pauh Jaya: KeADILan menang 413 undi

- Penanti: KeADILan menang 1605 undi

- Mukim 9 Tanah Liat: KeADILan menang 162 undi

- Taman Tun Hussien Onn: KeADILan menang 649 undi

- Kg. Cross Street: KeADILan menang 1234 undi

7.00 petang: Keputusan terkini:

- Penanti: KeADILan menang 1605 undi

- Mukim 9 Tanah Liat: KeADILan menang 162 undi

- Jalan Tuna, Seberang Jaya: KeADILan menang 625 undi

7.20 petang: Keputusan terkini:

- Telok Wang: KeADILang menang 28 undi (KeADILan tidak pernah menang di sini sejak 1999!)

8.18 malam: DSAI dijangka akan mengadakan sidang akhbar pada jam 9.00 malam


9.20 malam: PKR mengumumkan DS Anwar telah memperoleh 31,579 undi manakala Datuk Arif Shah Omar Shah dari BN pula mendapat 15,045 undi manakala AKIM menerima 89 undi.

10.02 malam: Keputusan rasmi mengikut kata SPR,DS Anwar menang dengan majoriti 15,671.DS Anwar mendapat 31,195 undi manakala Datuk Arif Shah Omar Shah dari BN pula mendapat 15,524 undi dan AKIM menerima 92 undi.

Walaupun keputusan berbeza-beza, apa yang penting kemenangan DS Anwar ini amat
berbisa sekali buat BN yang ingin kembali dekat di hati rakyat. Hancur punah koyak rabak jiwa raga rambutan. Biaq piiiiiii kat depa!!!

PERTARUNGAN SUDAH BERMULA


PERMATANG PAUH:update-Kesesakan lalulintas di sekitar kawasan mengundi di samping hujan lebat dibimbangi ada pengundi yang tidak sempat menunaikan tanggungjawab untuk mengundi.

Terdahulu- DSAI tiba kira-kira jam 0945 pagi di Sekolah Kebangsaan Seri Penanti untuk mengundi. Dilaporkan hampir 700 orang penyokong DSAI telah menunggu sejak jam 7pagi di sekitar kawasan tersebut sambil diiiringi bunyi helikopter yang berlegar-legar memecah kesunyian sambil membazirkan duit rakyat.Bilangan penyokong semakin bertambah ramai jika dibandingkan dengan penyokong BN.Setakat ini masih tiada kejadian yang tidak diingini berlaku,semuanya berjalan lancar. Kita akan lihat perkembangan selanjutnya nanti.



Mengikut sumber yang layak dipercayai daripada 10 pengundi yang mengundi di Sek. Keb. Seri Penanti, 9 daripadanya mengundi PKR. Jika bagai dikata, Alhamdulillah.

ANWAR VS SEPOL



PERMATANG PAUH: Malam nanti kita akan melihat keputusannya,siapakah yang akan memenangi pertarungan ini. Samada ia akan dimenangi oleh Anwar yang telah dianiaya dengan teruk sekali ataupun Sepol dengan sumpahnya. Tidak keterlaluan dikatakan pertembungan sengit ini bakal menyajikan pertarungan yang menarik jutaan penonton.Sungguh sensasi.Sejak dari pukul 1 pagi para penyokong akan berkampung di medan pertarungan, maka akan bermulalah pertarungan paling lasak di abad ini yang pastinya akan diingati oleh seluruh pelusuk alam sebagai pertarungan terhebat dalam sejarah dunia era 3G.

Di utara tanah air bahangnya terasa sehingga ke sempadan Siam.Di Selatan tanah air tarikannya terasa sehingga ke Pulau Pisang. Di timur tanah air badainya membelah
sehingga ke Pantai Chendering. Memang tidak dinafikan oleh sesiapapun faktor Anwarlah yang menjadikan pertarungan ini lebih panas dari biasa. Panas beb! Begitulah hebatnya Panglima Anwar walaupun lawannya bukanlah calang-calang sangat , kerana Anwar bukanlah calang-calang orang untuk dia berlawan.Walaupun terus dikutuk kow-kow oleh bekas pembantu pembelotnya,rakanrupannnnnnya dan lain-lain jentera pemusnah besar-besaran. Anwar masih yakin dan diyakini akan memenangi pertarungan ini. Ini berdasarkan sebelum ini isterinya sendiri tidak menghadapi masalah berlawan di gelanggang sendiri.



Selain dari itu lawannya Sepol menerima tamparan hebat akibat sumpahnya tidak diyakini orang ramai.Malah imam yang hadir semasa sumpahnya juga
telah hadir di dalam ceramah PKR yang dinaungi Anwar untuk menceritakan perkara sebenar. Berikut sedutan kata-kata imam tersebut:

"Saya bukan Imam besar di situ saya cuma imam biasa sahaja. Imam besarnya ialah Haji Abdul Malek Saleh. Di televisyen mengatakan saya Iman Besar di situ salah sama
sekali kerana kehadiran saya di situ untuk menikahkan pasangan pengantin.

Bila sudah (selesai) upacara angkat nikah tiba-tiba saya diajak ke program sumpah Saiful untuk menjadi saksi mendengar jika sekiranya tersilap perkataan terutamanya
kalimah bahasa Arab, " ujarnya di hadapan ribuan jemaah.



Menurutnya, pada pukul 6.05 petang semasa menunggu tiba-tiba Saiful datang dengan beberapa orang dan terus membaca sumpah laknatnya.

Semasa membaca lafaz sumpah itu beliau beberapa kali tersalah lafazkanya termasuk tarikh kejadian.Beliau juga hairan kenapa tiba-tiba sahaja Saiful bersumpah sedangkan lafaz sumpah sepatutnya diadakah oleh kedua-dua pihak terutamanya orang yang kena tuduh bukan yang menuduh.

"Sepatutnya sebarang program yang bakal di adakan di masjid ini mesti mendapat kebenaran dulu daripada saya atau pegawai masjid yang lain, Bukan boleh buat program
sewenang-wenangnya, " katanya

Jelas beliau lagi, jika difikirkan dengan keadaan umur dan fizikal Anwar mustahil beliau boleh lakukan perbuatan terkutuk itu kerana ia memerlukan kekuatan tambahan
kejadian itu berlaku bukan suka sama suka.

Beliau juga memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia kerana hadir dalam program berkenaan dan berharap pengakuannya malam ini mengakhiri tangapan buruk terhadapnya sepertimana yang tersiar dalam media dan internet.

Beliau juga berpendapat bahawa sumpah laknat yang dilafazkan oleh Saiful Bukhari Azlan merupakan sumpah laknat untuk dirinya sendiri, bukan untuk Anwar Ibrahim.


Naaaaaahhhh ambik ko!!!....mungkin ini petunjuk dariNya...


Apapun kita tunggu sehingga 8 malam ini untuk keputusan penuh pertarungan ini antara Anwar dan Sepol. Kenapa saya berkata begitu? Kerana salah mereka juga, mereka hanya
memperkenalkan Sepol lebih dari calon taruhan mereka di media-media blender pembancuh fitnah. Seolah-olah Sepol adalah calon mereka.Tidakkah mereka terfikir untuk menyiarkan kebaikan yang ada pada Arif selain dari keburukan Sepol yang sering diulang tayang sepanjang minggu berkempen?

Walaubagaimanapun jutaan + berbilion terima kasih kepada tvtigasuku sebagai penaja utama siaran langsung ini yang sudah tentu sedari awal menyiarkan berita yang berat
sebelah yang pastinya menguntungkan Anwar secara reverse osmosis. Sekiranya pertarungan tidak dicemari dengan permainan kotor hampir pasti Anwar akan mencatat
kemenangan dengan keputusan di luar tabie! Sudah tentu yang kalah pasti frust menonggeng di luar tabie juga! Fuhhh..Nalla..Tunggulah keputusannya seawal 8 malam nanti seperti yang dijanjikan,kalau keputusan disiarkan lewat tu paham-pahamlah sendiri siapa yang menang.

Hakikatnya pertarungan ini tiada keputusan seri yang akan membawa ke masa tambahan maupun penalti.Ini adalah pertarungan kalah mati.


Isnin, Ogos 25, 2008

Pengakuan Imam yang menghadiri sumpah laknat Saiful.




PERMATANG PAUH, Yayasan Aman 25 OGOS - Penampilan Imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ust. Ramlang Porigi yang mengambil Sumpah Saiful Bukhari pada 15hb. Ogos 2008 pagi ini mendedahkan bahawa beliau diarahkan oleh orang atasan bahawa untuk ambil sumpah Saiful.

Beliau menjelaskan kepada media yang datang untuk mendapatkan keterangan beliau, beliau yang berjumpa dengan DSAI menyifatkan bahawa cara bersumpah saiful tidak boleh digunakan kerana menurut syarak sumpah demikian bukan kaedah yang diamalkan Islam.

"Sumpah saiful adalah bertentangan dengan syarak, hanya bersifat persendirian" jelas Ramlan.

Sebelum ini UMNO heboh bahawa sumpah berkenaan adalah dibuat secara Islam.

Sebelum itu, beliau ada bertemu menyertai Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat sebelum ke beberapa Ceramah Umum PKR untuk membersihkan tomahan yang beliau terima.

Ramlang menafikan bahawa beliau telah dipaksa untuk hadir memberikan kenyataan media pada pagi ini, selain menyatakan bahawa tidak mahu terlibat untuk bersekongkol dengan perkara perancangan ini apalagi untuk mempermainkan Islam.

Beliau mengakui pernah menyertai UMNO sekadar ahli palsu, dan beliau tidak mempunyai sebarang kepentingan untuk berada di dalam UMNO.


Imam Ramlang bertugas sebagai seorang daripada 9 imam di masjid tersergam indah itu sejak Jun 2005.
Imam Ramlang mengesahkan bahawa beliau adalah salah seorang daripada lebih 58,000 pengundi di situ.

Daftar Pemilih 2008.
Dun : Penanti
Parlimen : permatang pauh
Negeri : Pulau Pinang

Keahlian UMNO
Cawangan : Seri Machang
Bahagian: Bukit Mertajam
Negeri : Pulau Pinang

Beliau juga pernah mendaftar sebagai ahli UMNO pada tahun 2003, atas sebab-sebab tertentu.
(UMNO cawangan Seri Machang, dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) machang Bubuk)

Imam Ramlang Porigi juga menjelaskan bahawa beliau telah diarahkan hadir dimajlis sumpah itu pada 15 Ogos 2008,yang mendakwa beliau, Saiful Bukhari diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim,calon PKR di kawasan Parlimen Permatang Pauh P44.





Berikut adalah kata-kata/penjelasan Imam Ramlang Porigi.

1. Imam diarahkan oleh pihak/orang atasan untuk menjadi saksi sumpah "Laknat saiful Bukhari".

2. Bersama empat orang saksi.

3. Kebetulan pada hari tersebut selepas akad-nikahkan orang.,

4. "Sumpah Laknat" oleh Saiful Bukhari bukan diatur oleh beliau.

5. Kemungkinan besar sumpah tersebut diatur oleh peguam atau orang lain.

6. "Sumpah Laknat" tersebut adalah untuk beliau sendiri.

7. Apa yang saya belajar,Ianya sepatutnya dihadiri oleh kedua-dua pihak setelah bukti sudah habis.

8. Akan tetapi kes belum lagi berjalan.

9. Ini sememangnya bukan "SUMPAH MUBAHALAH" Bukan.

10. Sekiranya diperhatikan wajah beliau (Saiful Bukhari) seolah-olah menyesal dan rasa teramat-amt bersalah.

11. Sekiranya beliau seorang yang beriman dan takut kepada Allah S.W.T, kita akan berasa takut sebenarnya.Berkemungkinan teks yang disediakan
itu menyebabkan beliau yakin dan tidak berasa bersalah.

12. Terdapat juga beberapa kesalahan sebutan oleh Saiful Bukhari.Salah satunya tarikh 26 Ogos yang disebut oleh Saiful Bukhari.

-yusmar@perawi

Ahad, Ogos 24, 2008

DSAI DIJANGKA MENANG BESAR


Insya Allah, Mengikut ramalan blog ini,DSAI akan menang besar berdasarkan fitnah semasa yang semakin menjadi-jadi. Soal dosa pahala sudah tidak penting buat mereka. Hari demi hari kita dapat tengok fitnah di tv yang sudah jadi tiga suku gila. Mereka sudah lupa tentang kebangkitan rakyat yang sudah loya nak termuntah dengan dakyah jahat mereka. Rentetan peristiwa yang tidak terduga seperti kes liwat,akuan bersumpah Bala,akuan sumpah doktor,muzakarah,muhabalah,muqabalah,kuota uitm,sumpah sepol,sumpah najib,sumpah tajol,dan macam-macam sumpah seranah di Permatang Pauh seolah-olah kita tidak ada kerja lain.Yang paling top dan paling lama bertahan dicarta berita tv 3 suku adalah isu sumpah. Sepertinya masyarakat kita sudah dijangkiti virus sesumpah. Kita pun naik malu dengan sesumpah.Kita takut lagi sehari dua sebelum mengundi ni seekor sesumpah akan bersumpah demi mencari kebenaran melalui media pembelit macam sembelit.


Depa kata tak dak motif politik, tapi kenapa tiap-tiap hari dok palu gendang cerita pasal sumpah ni...



Biaq pi la kat depa nak putaq belit, depa memang kaki belit...


Pemimpin sepatutnya buat kerja untuk membangunkan negara bukannya buat kerja untuk membangunkan virus-virus fitnah dan menghentam peribadi orang lain di sana-sini. Rakyat sudah hampa dan kecewa dengan pemimpin semacam ini.Rakyat bukanlah mereka yang harus diperkudakan sebaliknya disantuni.

Dengan tempoh untuk membuang undi di Permatang Pauh tinggal sehari lagi,umno nampaknya sangat fobia dengan DSAI. Tindakan mereka mengedarkan VCD sepol terlewat adalah tanda-tanda betapa terdesaknya mereka untuk menghentam DSAI.Namun mereka lupa mungkin mereka sendiri akan terhentam pada malam 26 Ogos ini.Perbuatan Umno itu jelas melakukan serangan peribadi terhadap DSAI bagi memenangi pilihan raya kecil ini.Mereka terlupa atau buat-buat lupa atau memang pembohong agaknya kerana sebelum ini pernah mengatakan tidak akan menggunakan sumpah sepol sebagai modal berbayar kempen mereka. Mereka ini cakap memang tidak pernah betul.



Semakin DSAI dikekang maka semakin itulah sokongan akan bertambah kepadanya. Berdasarkan faktor itulah kita amat yakin DSAI akan menang besar.Itupun jika tidak ada unsur penipuan. Sementara fitnah dan dakyah umno bn membantu meningkatkan 20% peratus sokongan kepada DSAI, bantuan berkesan dari jentera PAS dan DAP akan memungkinkan peratus sokongan kepada DSAI menjadi hampir 80%. DSAI dijangka akan memperolehi majoriti diantara 18,000 hingga 21,000.

Majoriti yang akan diperolehi juga bergantung kepada peratus orang yang keluar mengundi. Jika diambil kira hari mengundi yang ditetapkan pada hari Selasa juga mungkin menyebabkan peratus keluar mengundi berkurang. Oleh itu usaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengisytiharkan hari Selasa ini sebagai cuti umum amatlah tepat sekali. Ini sedikit sebanyak akan membantu menaikkan peratus keluar mengundi. Jadi kepada anak-anak muda di sana janganlah melepaskan peluang untuk pergi mengundi. Inilah masanya untuk kita menyatakan sokongan kepada DSAI dan Pakatan Rakyat khasnya.Undi golongan muda inilah yang akan banyak membantu kepada kemenangan PKR selain dari golongan pertengahan dan veteran tidak juga kita lupakan. Sekiranya kita dapat maintain macam PRU ke 12 baru-baru ini,syukur Alhamdulillah. Masa itu kita menang dengan majoriti 13,388. Harapan kita agar kali ini kita akan dapat menambah majoriti kemenangan. Ini berdasarkan situasi sekarang di mana rakyat terhimpit dengan kenaikan harga petrol dan diesel. Lebih daripada itu juga, rakyat sudah muak dengan pelbagai janji kosong pemerintah.

Sesungguhnya rakyat sudah tidak sabar untuk berarak ke Putrajaya. Ayuh Permatang Pauh....tunjukkan kuasa rakyat. Hukumlah pemerintah yang banyak memperkudakan rakyat jelata. Lepas ini mereka pula kita kudakan...mari kita lihat sapa yang kena....

KEDAH JUARA LAGI !!!



Kedah yang beraksi dengan kelas tersendiri di perlawanan akhir Piala Malaysia malam tadi mencipta kejayaan ketiga musim ini apabila merangkul Piala Malaysia selepas Piala Juara Liga Super dan Piala FA. Kedah membenam Selangor di Stadium Nasional, Bukit Jalil dengan jaringan 3-2. Jumlah gol yang sama ketika mereka menundukkan gergasi merah itu dalam perlawanan akhir Piala FA baru-baru ini. Perlawanan menarik yang berlangsung malam tadi turut disaksikan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah serta Menteri Besar Kedah Ustaz Azizan Abdul Razak.






















Selangor yang terlebih dahulu membuat Kedah gelisah apabila membuka tirai jaringan pada minit ke 17 oleh Frank Seator setelah mendapat bola muntah yang gagal ditangkap kemas oleh penjaga gol Kedah Helmi Eliza. Skuad Kedah yang kental berjuang akhirnya mendapat habuan apabila Marlon melepaskan rembatan kencang menerjah jaring Selangor pada minit ke 31. Belumpun reda sorakan penyokong setia mereka, Kedah sekali lagi mendapat gol apabila Nelson menjaringkan gol kedua pada minit ke 33. Fadli Baharom pula mengukuhkan kedudukan menjadi 3-1 pada minit ke 38.Kedudukan kekal sehingga perlawanan berhenti rehat.

Kedah yang kelihatan agak selesa dengan jurang gol bermain secara bertahan selepas babak kedua dimulakan.Akibat dari kelalaian benteng pertahanan Kedah,Safee Sali akhirnya berjaya merapatkan jurang gol dengan jaringan kedua pada minit ke 78. Hajat Red Giant ingin membaham Sang Kenari bagaimanapun tidak kesampaian kerana Sang Kenari terbang tinggi sehingga ke wisel penamat.

Perlawanan malam tadi disaksikan lebih 60,000 penyokong yang dikuasai oleh penyokong Kedah yang memenuhi hampir 3/4 stadium.

Khamis, Ogos 21, 2008

PETUGAS KEADILAN TETAP CEKAL

PERMATANG PAUH, Penanti 19 Ogos - Petugas-petugas PKR bersemangat semasa bertugas di JDM Mengkuang.





Unit Perayu Undi yang diketuai oleh Saliha Babjan.

"semakin kuat BN menekan Datuk Seri Anwar, semakin kuat sokongan yang diberikan kepada beliau" tambahnya petugas dari Nibong Tebal serta penduduk sekitar akan terus melaksanakan tanggungjawab walaupun pelbagai fitnah ditomah kepada calon PKR, Anwar Ibrahim.



Naskah Fitnah

Satu lagi naskah UMNO dan BN mengelirukan orang-orang kampung dengan teori-teori tidak bertanggungjawab dikesan, dengan menggunakan latar belakang 'bismillah' malah sengaja tidak meletakan logo BN pada risalah berkenaan.

Petugas-petugas Pakatan yang menyedari kelibat Pemuda UMNO yang datang dengan sebuah kereta yang mencurigakan meletakan naskah tersebut di majid-masjid dan perhentian-perhentian bas, seterusnya melarikan diri memasuki lebuhraya setelah dikerjar.

Pakatan Rakyat tidak akan putus asa untuk mengesan dan menghalang anasir-anasir jahat UMNO.

TIDAK MENJAWAB SOALAN

Oleh: Aiyrie

Soalan: Berikan nama 2 tokoh yang pernah menjadi Perdana Menteri Malaysia.
2 Markah

Contoh Jawapan 1:

1) Tunku Abdul Rahman
2) Tun Abdul Razak

Markah Penuh

Contoh Jawapan 2:

1) Tunku Abdul Rahman
2) Tun Abdul Razak
3) Tun Hussein Onn
4) Tun Mahathir

Tiada markah. Tidak menjawab soalan.


Apakah pendapat anda pada situasai seperti di atas? Adakah wajar atau perlu kepada pertimbangan semula? Bagi saya ia wajar dipertimbangkan.


Dalam Contoh Jawapan 1, tiada masalah. Jawapan diberikan mengikut kehendak soalan. Markah penuh wajar diberikan.

Dalam Contoh Jawapan 2 pula, pemeriksa tidak memberi markah kerana pada hematnya jawapan yang diberi tidak mengikut kehendak soalan. Soalan hanya berkehendakkan nama 2 orang tokoh sahaja, tetapi dalam jawapan diberi sehingga 4 nama. Walaupun kesemuanya betul, tetapi tidak menjawab soalan(?). Pada pendapat saya, ini tidak wajar. Bak kata Abdul Wahub, "saya tidak setuju. Ini tak adil!"

Kenapa saya berpendapat yang ianya tidak wajar? Ini kerana pemarkahan yang sebegini akan menyekat pemikiran. "Jawab hanya apa yang dikehendaki. Jangan tunjuk pandai." Begitulah maksud tersirat yang saya fahami. Selagi kesemua jawapan yang diberikan adalah betul, maka tidak wajar untuk tidak memberi markah pada jawapan tersebut. Berbeza dengan situasi di bawah (masih merujuk kepada soalan yang sama).

Contoh Jawapan 3:

1) Tunku Abdul Rahman
2) Tun Abdul Razak
3) Tun Hussein Onn
4) Tun Mahathir
5) Khairi Jamaludin

Maka, menurut hemat saya ia tidak wajar diberi sebarang markah. Ini bukanlah kerana saya anti KJ, tetapi kerana si penjawab tidak tahu fakta. Mungkin juga dia tidak tahu siapa yang pernah menjadi Perdana Menteri Malaysia, atau mungkin si penjawab tidak serius. Tidak serius menjawab soalan adalah satu kesalahan yang serius. "Ini serius" kata Min Min si anak itik Wonder Pets.


Bagaimana pula dengan ini.

Contoh Jawapan 4:

1) Tun Abdul Razak
2) Khairi Jamaludin

Mungkin wajar diberikan 1 markah atau boleh jadi juga tiada markah jika si pemeriksa menggunakan hukum "semua atau tiada" atau dalam Bahasa Inggerisnya "All or Nothing". Hukum ini juga teraplikasi bagi kesemua contoh jawapan yang telah diberi.



Tujuan entri ini ditulis, bukanlah sekadar untuk melepaskan batuk di tangga (baca sekadar untuk meng"update" blog). Bagi yang berfikir, insyaAllah ada sesuatu di dalamnya. Pandanglah dari pelbagai sudut dan dimensi. Jangan hanya melihat dari mata burung, nanti tak tahu ada katak di bawah tempurung.

Rabu, Ogos 20, 2008

Parti Keadilan Rakyat Tidak Akan Berkompromi Terhadap Insiden Di Permatang Pauh



Saya ingin menjelaskan Parti Keadilan Rakyat tidak akan berkompromi dengan insiden dua jurugambar akhbar yang dipukul di Permatang Pauh baru-baru ini jika perkara ini benar-benar berlaku.

Kenapa salahkan penyokong Pakatan Rakyat atas perkara ini, kerana saya ingin menyarankan agar perkara ini di siasat terlibih dahulu sebelum tuduhan dilemparkan keatas penyokong Parti Keadilan Rakyat. Jika bukti menunjukan penyokong PKR terlibat maka pihak kami akan mengambil tindakan terhapad mereka.

Kita sedang mengumpulkan bukti secara terperinci termasuk gambar gambar yang diambil oleh petugas kita. Kita juga akan menjalankan siasatan yang menyeluruh berkaitan isu ini dan memberi jaminan kepada penyelesaian kepada kes tersebut.

Azmin Ali

Permatang Pauh - "Permata Malaysia" cadangan dan pandangan.





Oleh: -yusmar@perawi-


Setelah membuat tinjauan dari beberapa rakyat Pulau-Pinang ada 1 cadangan dari seseorang yang menggelar dirinya "WHO" dari Permatang Damar Laut, menyuarakan hasrat dan pandangan beliau.

Saya dapati ianya amat menarik, baru serta terlalu unik dan perlu diketengahkan sebagai pandangan serta cadangan sahaja.

Beliau adalah seorang penduduk jati Pulau Pinang mengusulkan agar apabila Dato Seri Anwar Ibrahim menang di Permatang Pauh kelak kemudiannya dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia, alangkah indahnya sekiranya nama Permatang Pauh ini ditukar kepada "Permata Malaysia".

"Permata Malaysia" diambil sempena Merdekanya rakyat Malaysia yang telah bersama-sama berjuang memerah tenaga serta keringat masing-masing.Disamping itu sempena meyambut kemerdekaan pada 31 Ogos ini, Permatang Pauh menjadi Hari Ini Dalam Sejarah Malaysia Baru.

Semuanya turun ke padang tanpa menerima upah atau bantuan wang ringgit, bersama-sama beganding bahu dari segenap lapisan masyarkat dari perbilang kaum semata-mata untuk memberi kemenagan besar kepada Pakatan Rakyat.

Ini juga telah terciptanya satu sejarah Harapan Malaysia Baru, dimana segalanya bermula di Permatang Pauh ke Putra Jaya, insyaallah.

Kesemuanya adalah dengan kerjasama seluruh rakyat Malaysia, yang dianggap sebagai "Permata Malaysia" yang bermaruah lagi berdaulat dimana selama ini pemerintahan kita telah dicemari oleh pemimpin-pemimpin BN-UMNO

Sekali gus "Permata Malaysia" ini telah mengorak satu langkah baru demi Harapan Rakyat Malaysia Baru yang telah dinanti-nantikan selama 51 tahun, dimana selama ini kita dibayangi dan dihantui oleh kuasa-kuasa pemerintah yang membelenggu kebebasan rakyat untuk bersuara.

Setelah terciptanya sejarah baru,dimana segalanya bermula dari Permatang Pauh ke Putra Jaya kini seluruh rakyat dapat megembalikkan harapan sepenuhnya kepercayaan kepada pemimpin-pemimpin baru dari kerajaan baru, Pakatan Rakyat yang berjiwa rakyat.

Dimana selama ini telah dilaung-laungkan untuk menegakkan keADILan, kesejahteraan rakyat, kestabilan ekonomi serta dapat menyatupadukan seluruh kaum dan bangsa lagi berharmoni dan muhibbah,serta dapat memartabatkan kembali Al-Quran dan Hadis-hadis yang sah dimana Konsep Islam sebenar, bukan Islam Hadari dapat diterima oleh semua kaum.

Kerana Konsep Islam ini adalah untuk semua bangsa,kaum dan Agama yang tidak akan mengikut Islam Hadari ciptaan UMNO.

Berjuang,Berjuang Dan Terus Berjuang.PAStikan rakyat menDAPat keADILan.

Sekadar cadangan dan pandangan-pen-

Isnin, Ogos 18, 2008

Tiada di kaca TV Malaysia






Gambar-gambar ini pastinya tiada ruang untuk disiarkan di kaca tv1,tv2,tv3,ntv7,8tv,tv9 serta lain-lain media cetak milik parti pemerintah.Imej dari rakan2 bloggers yang ternyata lebih telus daripada media arus perdana.

Jika imej yang dipaparkan ini adalah dari parti pembangkang nescaya ia akan dipaparkan berkali-kali dan diulas berkali-kali. Sedarlah wahai media pemutar-belit, rakyat sudah muak dengan cerita-cerita begitu. Tidakkah tuan-tuan pemilik media ini sedar gelombang kebangkitan rakyat pada PRU 12 baru-baru ini adalah disebabkan oleh rasa loya nak termuntah dengan cerita-cerita begini? Janganlah memporak-perandakan pemikiran rakyat seolah-olah mereka berada di bawah tempurung kelapa. Rakyat kini sudah tahu mana yang benar dan salah. Ubahlah sikap sebelum 16 September 2008 menjelma. Anda sudah kesuntukan masa. Harapan rakyat amat jelas.Gelombang tsunami kedua akan berlaku pada 26 Ogos ini di Permatang Pauh.

TAK DAPAT DNA, KAMI DAPAT SUMPAH MU PUN JADILAH~ Ref Malaysiakini

Syukur Alhamdulillah, selepas Saiful melaksanakan 'Sumpah Permatang Pauh'nya di Masjid Wilayah, sokongan terhadap DS Anwar semakin bertambah. Mengapa saya menganggap sumpah Saiful tersebut sebagai 'Sumpah Permatang Pauh'? Sebab utamanya saya tidak berani bersubahat dengan mereka-mereka yang jahil, terutamanya Saiful yang berani mempermainkan hukum Allah. Adalah lebih sopan jika saya menganggap sumpah Saiful sebagai 'Sumpah Permatang Pauh' sempena dengan Pilihanraya Kecil Permatang Pauh. Saya harap Saiful bersetuju dengan gelaran itu.

Sejak dari mula isu liwat ini timbul, media-media perdana saban hari menceritakan tuduhan Saiful bahawa DS Anwar melakukan liwat secara paksa berulangkali dengan Saiful dan kali terakhir adalah pada 26 Jun 08. Maka, laporan Polis dibuat oleh Saiful tetapi laporan Polis tersebut tidak diperolehi oleh DS Anwar walaupun berkali-kali diminta. Saiful membuat pemeriksaan perubatan di Hospital PUSRAWI, dan bocor pula maklumat dari hospital tersebut yang mengesahkan tiada kesan liwat ke atas Saiful.

Tidak selesai di situ, beberapa pemimpin UMNO dan menteri-menteri heboh meminta DS Anwar menyerahkan sampel DNAnya. Atas kebijaksanaan DS Anwar yang mendapatkan pandangan pakar undang-undang dan pakar perubatan, kehendak mereka untuk mendapatkan DNA DS Anwar gagal. Setelah Menteri Dalam Negeri mengarahkan agar kes ini diselesaikan secepat mungkin, maka DS Anwar dibawa ke Mahkamah. Pertuduhan di Mahkamah memeranjatkan ramai pihak kerana pertuduhan yang dibacakan bertentangan dengan laporan-laporan media sebelum ini. Maka, timbul kes liwat 'suka sama suka'.

Kununnya untuk mempertahankan maruah dan menegakkan kebenaran, Saiful beralih pentas ke arena 'sumpah menyumpah'. Maka, bagaikan lagak pengantin baru yang akan di akad nikahkan, Saiful bertandang ke masjid bersama beberapa ahli keluarganya dan wartawan untuk melaksanakan 'Sumpah Permatang Pauh'. Saya jangkakan tentu ramai alim ulamak atau para mufti yang akan menyaksikan kejahilan ini, tetapi yang ada cuma dikatakan beberapa kakitangan JAWI dan Imam. Mungkin Saiful beranggapan semua Imam adalah Ulamak. Upacara 'Sumpah Permatang Pauh' tetap dilakukan dengan skrip ditangan, dengan tutur kata kelam kabut, tarikh kejadian berlaku liwat (26 Jun)tersasul disebut tarikh Pilihanraya Permatang Pauh (26 Ogos), maka selesailah hajat Saiful untuk 'bersumpah'.

Sejurus selesai, Saiful membuat kenyataan kepada wartawan dengan menyatakan beliau diliwat secara paksa oleh DS Anwar. Kejadian liwat hanya sekali sahaja berlaku. Maka, kita dikelirukan sekali lagi. Akhir sekali, di dalam berita TV sebentar tadi dimaklumkan bahawa pertuduhan ke atas DS Anwar sebenarnya boleh dipinda sebelum kes tersebut dibicarakan pada 10 Sep 08 nanti. Saya tidak mahu mengulas isu mahkamah, tetapi ianya mengingatkan saya terhadap kes DS Anwar berkaitan isu yang sama 10 tahun dahulu yang mana pindaan terhadap pertuduhan dibuat sebanyak 3 kali. Saya tidak pasti apakah ianya akan berulang lagi. Sekiranya masih berulang juga, rakyat tentu akan mempertikaikan pihak yang menjalankan siasatan kerana tidak cekap dan sempurna atau mungkin ada sesuatu yang kita mungkin tidak ketahui atau kita ketahui.

Sekali lagi kita bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana isu ini mendatangkan hikmah kepada kita semua. Isu ini mengajar kita betapa hukum Islam itu lebih adil daripada hukum-hukum yang lain. Sehari dua ini banyak pemimpin-pemimpin UMNO sudah mula berminat berbicara tentang kaedah Islam seperti sumpah secara Islam, tapi malangnya mereka hanya ambil sebahagian tetapi meninggalkan sebahagian. Mereka ingin berbicara soal Islam, tetapi mereka lah yang menentang hukum Islam dilaksanakan secara syumul di negara ini. Orang yang dahulunya pernah menghina hukum hudud, menghina janggut Nabi dan serban, orang ini mula percaya kepada sumpah secara Islam. Kenapa? Tidak lain hanya keranamu DS Anwar..

W.FAUZDIN NS

Sumber: www.jasindaily.blogspot.com

Ahad, Ogos 17, 2008

KEDAH DAN SELANGOR KE PERLAWANAN AKHIR


Kedah sepertimana yang telah diramalkan melayakkan diri ke Perlawanan Akhir Piala Malaysia walaupun tewas 0 - 2 di tangan Terengganu malam tadi. Kedah yang berbekalkan kemenangan selesa 3- 0 di Alor Setar minggu lepas berkelebihan 1 gol secara aggregat.
Terengganu yang berusaha untuk ke akhir terpaksa menerima kemenangan malam ini dengan kekecewaan menjejak kaki ke perlawanan akhir di Stadium Bukit Jalil sabtu ini.

Kedah yang merupakan juara bertahan,mengiringi Selangor yang telah layak ke perlawanan akhir selepas perlawanan dengan Johor FC semalam walaupun tewas 1-0, tetapi sudah cukup melayakkan diri hasil kemenangan 2-0 di Shah Alam dalam pusingan pertama separuh akhir.

Apa yang pasti kedua-dua pasukan akan bertempur di dalam satu saingan yang menarik untuk disaksikan siapakah yang layak bergelar juara. Sama-samalah kita saksikan kehebatan kedua-dua negeri Pakatan Rakyat ini.

Sabtu, Ogos 16, 2008

PAS Tetap Anggap Anwar Tidak Bersalah Walaupun Saiful Bersumpah

16 Ogos, 2008 13:35 PM

PAS Tetap Anggap Anwar Tidak Bersalah Walaupun Saiful Bersumpah


IPOH, 16 Ogos (BERNAMA) -- PAS tetap dengan pendirian bahawa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah dalam kes liwat walaupun bekas pembantu khasnya Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat beliau bersumpah laknat (mubahalah) di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta petang semalam.

Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan perbuatan Mohd Saiful itu sebagai politik kotor yang didorong oleh pihak tertentu dan menganggap institusi agama telah juga dipergunakan dalam hubungan itu.

"Itu satu kebodohan terhadap hukum Islam, malangnya melibatkan mereka yang memakai jenama agama. Itu (bersumpah) tidak menepati apa yang dikehendaki dalam hukum Islam.

"Yang ada dalam Islam ialah li'an (iaitu sumpah melibatkan suami isteri)... sumpah dengan kitab suci ini ialah amalan kristian yang bersumpah dengan Bible.

"Kita orang Islam mestilah li'an. Li'an ialah dalam tuduhan zina suami kepada isteri (tetapi) Anwar dan Saiful ini bukan suami isteri," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas isu sumpah laknat menggunakan al-Quran oleh Mohd Saiful.

Mohd Saiful, 23, melafazkan sumpah laknat itu dengan disaksikan oleh bapanya, Azlan Mohd Lazim dan salah seorang imam masjid berkenaan, Ramlang Porigi.

Katanya, Pas berpendapat Anwar tidak bersalah selagi belum dibuktikan demikian oleh mahkamah dan beliau berkata adalah tidak wajar masyarakat menghukum Anwar berdasarkan tindakan Mohd Saiful yang `kebetulan' dibuat sehari sebelum proses penamaan calon Parlimen Permatang Pauh berlangsung.

Menurut beliau, perkembangan terbaru itu tetap tidak akan menjejaskan sokongan dan kepercayaan PAS kepada Anwar, sebaliknya parti itu akan terus membantu Anwar untuk menghadapi pilihan raya kecil itu.

Katanya, beliau juga yakin tindakan Mohd Saiful itu tidak akan menjejaskan sokongan pengundi terhadap Anwar.

Abdul Hadi turut menyifatkan Mohd Saiful tidak wajar bersumpah dengan menggunakan al-Quran sedangkan dia sendiri belum tentu mengetahui isi kandungan al-Quran.

"Macam mana dia bersumpah dengan al-Quran. Dia (Saiful) tahu tak isi kandungan al-Quran...Macam mana dia bersumpah kalau dia tidak tahu...Dia boleh buat apa sahaja, tetapi kita kena dengar dari kedua-dua pihak," katanya.

Ditanya apakah langkah terbaik untuk menyelesaikan isu kes liwat yang melibatkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu, Abdul Hadi berkata, kes itu sepatutnya dibawa ke Mahkamah Syariah bersesuaian dengan peruntukan dalam Perlembagaan Perkara 121 (1)(A) kerana ia perkara yang berkaitan dengan orang Islam.

"Pada pandangan PAS, kes itu mesti dirujuk kepada hukum Islam iaitu hukum qazaf zina dan liwat. Walaupun hukum liwat itu tidak ada dalam al-Quran tetapi secara kias ia sama dengan zina yang memerlukan empat orang saksi ataupun ikrar di kedua-dua belah pihak," katanya.

Menurutnya lagi, Anwar tidak perlu untuk melakukan sumpah laknat seperti mana yang dilakukan oleh Mohd Saiful untuk membersihkan namanya.

"Biarlah ia diputuskan oleh Mahkmah Syariah," katanya.

-- BERNAMA

Hari Penamaan Calon Meriah





LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive