Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, September 29, 2008

SALAM AIDIL FITRI KEPADA SEMUA

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI...
MAAF ZAHIR DAN BATIN




Ucapan Salam Aidil Fitri kepada semua pengunjung blog ini tidak kira di mana juga anda berada. Dalam kita bergembira jangan lupa kepada yang berduka. Hulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukannya. Bersama-samalah kita merayakan hari yang mulia ini dengan penuh keimanan. Maafkan di atas segala kesalahan lalu.

Aidil Fitri hari kemenangan untuk semua.


Wassalam

Jumaat, September 26, 2008

TANDA-TANDA AWAL UMNO AKAN JADI PEMBANGKANG


Kelmarin, Barisan Bertindak Gombak yang diwakili beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dan sebuah parti politik dari daerah itu membuat laporan polis terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa mengganggu-gugat kestabilan negara.

Barisan itu tidak lain dan tidak bukan adalah diwakili Umno Bahagian Gombak, Majlis Belia Daerah Gombak, Rukun Tetangga Gombak Setia dan Persatuan Silat Cekak Malaysia cawangan Gombak.

Percayalah, demonstrasi puak-puak begini akan mula beroperasi semula di jalan-jalanraya sekiranya Pakatan Rakyat dapat mengambil alih pemerintahan Malaysia. Itu adalah tanda-tanda awal bahawa Pakatan Rakyat sudah hampir ke matlamatnya dan UMNO akan mengambil alih kerusi pembangkang. Banyak lagi siri demonstrasi akan berlaku sekiranya Pakatan Rakyat berjaya membentuk majoriti di Parlimen dan mengambil alih tampuk pemerintahan. Lihatlah baru-baru ini selepas PRU 12,setelah PR menang di Penang,UMNO juga yang berdemo di sekitar Komtar.Begitu juga di Perak.

Kita tidaklah perlu risau dengan demo sebegini kerana ia bagaikan sebuah sketsa komedi yang tiada berpenonton.Segala gelak ketawa yang didengar hanyalah suara dari alat pemain audio.....

Khamis, September 25, 2008

SOKONGAN TURUN MINYAK TURUN


Masih kah kau ingat, semasa harga minyak naik bulan Jun lalu? Masa tu harga minyak naik mendadak secara tiba-tiba tanpa ada isyarat. Maka demo memprotes kenaikan harga minyak pun mula dilakukan di beberapa tempat. Rakyat mula marah dengan kerajaan yang menaikkan harga bahan bakar itu ke tahap yang tidak munasabah.Ada yang marah pergi buat demo dan ada juga yang hanya berdiam diri walaupun turut mempunyai perasaan serupa. Hinggakan harga barang-barang makanan dan lain-lain keperluan turut berjangkit dengan virus naik minyak ini. Harga beras turut naik menggila walaupun kualiti beras tidak sepadan dengan kenaikan tersebut. Saiz kuih muih di bazar Ramadhan turut menjadi ciput (kecil) walaupun harganya naik melambung.



Berdasarkan pemerhatian,aktiviti merempit juga menerima kesan akibat kenaikan harga minyak ini.Aktiviti merempit oleh mat-mat rempit terpaksa dikurangkan atau dibekukan buat sementara waktu.Kenaikan harga minyak rupa-rupanya berguna juga untuk mengurangkan gejala merempit dan lumba haram.Itulah satu-satunya manafaat kesan dari kenaikan harga minyak.

Selepas 3 bulan habis edah naik minyak dan di kala sokongan terhadap kerajaan BN yang turun merudum maka harga minyak pun turut diturunkan secara berkadar terus dengan harga minyak dunia. Namun siapakah yang mahu menurunkan kembali harga beras,tiket bas,lepat pisang,buah melaka serta roti john???
Sehingga pukul 12 tengah malam tadi tiada tanda-tanda yang barang2 ini akan diturunkan harganya. Padah kenaikan harga minyak bulan Jun lalu masih berkulat lapuk di persada pasar basah dan kering,pasaraya borong dan runcit. Amat sukar untuk menurunkan harga setelah kenaikan melanda. Ternyata percaturan yang digunapakai amatlah tidak memandang jauh ke hadapan.Segala tindakan ad hoc yang diambil hanyalah mencerminkan betapa lemahnya strategi yang diilhamkan.

Kekalahan besar pada pilihanraya P44 Permatang Pauh baru-baru ini, menyebabkan BN mula risau dengan kuasa rakyat. Sebarang tindakan yang menimbulkan kesusahan pada rakyat akan menyebabkan sokongan makin menurun. Melihat kepada situasi semasa rakyat masih lagi tidak berpuashati dengan harga barangan lain yang terus tidak turun-turun walaupun harga minyak sedikit turun, maka janganlah diharap sokongan kepada Barisan Nazak (BN) akan naik semula selepas harga minyak diturunkan sekupang ini.

Rabu, September 24, 2008

PINDAH KES: TUNGGU KEPUTUSAN 7 OKTOBER

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur :

Hakim SM Komathy Suppiah akan memutuskan pada 7 Oktober depan sama ada perbicaraan kes Dato' Seri Anwar Ibrahim akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Terdahulu, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini mendengar hujah berhubung permohonan pendakwaan untuk memindahkan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Mahkamah Tinggi.

Anwar, tiba di pekarangan mahkamah pada pukul 10 pagi bersama isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Penyokong dan wartawan telah mula memenuhi kawasan mahkamah seawal jam 7 pagi.

Takut punca PM enggan temui pemimpin Pakatan Rakyat - Anwar


Salmah Mat Husain I Foto Rizal Tahir
Tue | Sep 23, 08 | 6:33:57 pm MYT
KOTA BHARU, 23 Sept (Hrkh) - Dato' Seri Anwar Ibrahim memberitahu beberapa langkah lain terpaksa diambil berikutan keengganan Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi bertemu dengan pemimpin Pakatan Rakyat.

Ketua Pembangkang itu melahirkan rasa dukacita terhadap keengganan Perdana Menteri bagi membincangkan perkara penting berkaitan politik negara.
"Saya tidak mengerti kenapa pertemuan yang begitu penting untuk rakyat ditolak. Kenapa Perdana Menteri sukar ditemui untuk berbincang dengan pembangkang.

"Janganlah kerana rasa takut kepada penyokong sendiri maka pertemuan itu ditolak, gunakan kedudukan dan kuasa kita sebagai seorang Perdana Menteri jangan sekali-kali dipengaruhi pihak lain," ujarnya pada persidangan media di sini, hari ini.

Sebelum itu beliau mengadakan pertemuan tertutup dengan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Abdul Hadi Awang di JKR 10.

Perdana Menteri baru-baru ini menolak untuk berjumpa dengan pemimpin Pakatan Rakyat selepas dihantar surat bagi diadakan pertemuan tersebut.

Anwar yang juga anggota parlimen Permatang Pauh berkata, selain menolak pertemuan dengan pemimpin Pakatan Rakyat, cadangan persidangan khas parlimen pada 13 Oktober depan juga tiada sebarang reaksi daripada Perdana Menteri.

"Sudahlah pertemuan ditolak, persidangan khas parlimen juga tak nak buat, mungkin takut ada undi tidak percaya, atau undi percaya," ujarnya.

Beliau juga berkata, Pakatan Rakyat membantah keras tindakan Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Syed Hamid Albar terus menahan penulis blog Malaysia-Today, Raja Petra Kamaruddin di bawah ISA kerana hanya mendedahkan kepincangan pemimpin kerajaan.

Katanya,?kerajaan sepatutnya membebaskan Raja Petra sebagaimana pembebasan yang dilakukan ke atas anggota Parlimen Seputih, Teresa Kok dan wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng yang juga turut ditahan di bawah ISA.

"Tindakan itu sebagai satu ugutan kerajaan untuk menakutkan rakyat. ISA sebenarnya akan memburukkan lagi imej pentadbiran pemimpin negara di bawah Barisan Nasional," katanya.

Ditanya pertemuan tertutup dengan dua pemimpin tertinggi PAS, beliau berkata, ia banyak menyentuh mengenai perkembangan semasa dan mencari titik pertemuan untuk meneruskan langkah-langkah lebih baik dalam parti.

Beliau juga tidak menafikan perbincangan ke arah pembentukan kerajaan baru. - mj _

Selasa, September 23, 2008

HANGAT DI KANGAR PERLIS





Cuaca panas terik memang mengeringkan tekak ketika memandu di bawah terik mentari dari Bukit Kayu Hitam menuju ke Kangar Perlis.... Gambar ini dirakam sekitar pukul 3 petang tadi.




Selepas berehat kira-kira 2 jam di bilik hotel aku pun keluar untuk mencari tempat berbuka puasa.Masa tu dah pukul 6:30 petang.Sepertimana hangatnya siang di Kangar,berbuka puasa hari ni paling menghangatkan hati aku. Mana mungkin tak hangat,aku sampai kat kedai makan di tepi jalan Kangar-Alor Setar lebih kurang pukul 7 malam. Lebih kurang 5 minit aku duduk kat kedai tu, pelayan datang ambik order. Suasana dalam kedai tu ada la dekat 30 orang. Ada yang datang dengan keluarga dan ada yang datang berpasangan. Dah hampir nak azan batang hidung air pun tak nampak.Tunggu punya tunggu azan pun bergema pukul 7:15 malam. Sampai habis azan,air pun tak sampai-sampai,aku tengok ada la 3,4 buah meja tak dapat makanan maupun air lagi.Lembab betul pelayan kedai tu.Patut hantar la air suam ke,air reverse osmosis ke, dapat jugak aku teguk.


Tiba-tiba awek berbaju hitam(Gambar atas)yang duduk bersama keluarga kat sebelah depan meja aku pelawa buah kurma sebab tengok aku melopong je. Aku refuse je sebab segan nak bangun pi kat dia.Aku kata makan la dulu,terima kasih je.Mau tak malu,satu family dah pusing kepala tengok aku melopong takdak makanan.Dalam dok tunggu tu sempat aku shoot lensa kamera kat family yang baik hati tu. Sebagai penghargaan aku masukkan la gambar depa kat blog ni sebagai kenangan untuk tatapan sahabat bloggers united.

Lepas tu baru la air aku sampai.Dah pukul 7:25 baru aku buka posa. Fuh! mendidih betul.Lepas tu tunggu pulak nasi.Dalam 20 minit lepas aku teguk air baru la nasi sampai. Menyirap betul aku kena kedai macam ni. Nak meniaga ke nak menyirapkan orang ni.Lepas ni aku nak blacklist semua kedai makan kat Kangar ni selama sebulan.Biar ambik obat sikit depa ni....

DSAI BERTEMU TGNA,DSAHA DI KOTA BHARU



KOTA BHARU, 23 Sept: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan khas dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di sini hari ini.

Pertemuan itu bermula jam 12.05 tengahari tadi di rumah rasmi MB Kelantan, JKR 10.

Presiden PAS, Abdul Hadi kelihatan mula-mula sampai di situ iaitu kira-kira jam 11.50 pagi diikuti Nik Aziz yang sampai kira-kira jam 11.55 pagi. Anwar pula tiba kira-kira jam 12.05 tengahari.

Hanya mereka bertiga sahaja terlibat dalam pertemuan tertutup itu.

Turut mengiringi Anwar ke JKR 10 adalah anggota Parlimen dari PKR Saifuddin Nasution Ismail, Amran Abdul Ghani dan Abdul Aziz Abdul Kadir.


SIASAHDAILY

Isnin, September 22, 2008

DAP akui 23 Sept sangat mustahil

22 Sep 2008 12:28AM
KL: DAP mengakui langkah Pakatan Rakyat mengharapkan sidang khas Parlimen Selasa ini "sangat mustahil", lebih-lebih lagi selepas Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menolak permintaan pembangkang itu pada hari yang sama Khamis lalu.

Sambil melahirkan hakikat itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang hari ini mengesyorkan agar sidang khas Parlimen diadakan 29 September.

Bagaimanapun beliau enggan menyatakan sama ada 29 September boleh dianggap sebagai tarikh akhir yang baru bagi merealisasikan hasrat Pakatan Rakyat membentuk kerajaan persekutuan.

"Saya mengesyorkan agar permintaan Anwar supaya diadakan mesyuarat khas Parlimen dibincangkan di Kabinet Rabu ini dan diluluskan agar kita boleh mengadakan sidang khas pada 29 September," katanya di sini.

Pada Khamis lalu, Abdullah menolak cadangan untuk diadakan sidang khas Parlimen seperti yang digesa Anwar, yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen.

"Saya tidak nampak apa perlunya untuk diadakan, sebab Parlimen akan kembali bersidang tak lama lagi selepas habisnya bulan Ramadan.

"Jadi gunakan masa itu untuk buat apa pun," kata Abdullah.

Anwar mahu satu sidang khas Parlimen diadakan bagi membolehkan pembangkang membuat usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri.

Menurut Lim, sidang khas berkenaan boleh menentukan sama ada Pakatan Rakyat ataupun Barisan Nasional (BN) yang mempunyai majoriti di Parlimen.

Katanya, Pakatan Rakyat akan menerima hakikat jika BN membuktikan ia benar-benar mempunyai bilangan Ahli Parlimen yang mencukupi untuk kekal berkuasa.

"Jika Pakatan mempunyai majoriti (anggota Dewan Rakyat), maka saya meminta Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi secara aman dan demokratik menerima Anwar sebagai Perdana Menteri yang baru," kata Lim.

Lim menambah, Pakatan Rakyat mahu perkara tersebut diselesaikan secepat yang mungkin sebelum Aidilfitri dan tidak perlu menunggu sehingga Parlimen bersidang pada 13 Oktober ini. / Mstar

Agen Amerika: AMK bidas kenyataan biadap Rais Yatim

Salmiyah Harun
Sun | Sep 21, 08 | 3:53:46 pm MYT
KUALA LUMPUR, 21 Sept (Hrkh) -Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) menyelar kenyataan biadap dan dangkal yang dikeluarkan oleh Menteri Luar Negeri,Dato' Seri Dr Rais Yatim hari ini yang cuba menimbulkan spekulasi mengenai hubung kait Amerika Syarikat dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Dalam laporan tersebut, Rais dipetik sebagai berkata Wisma Putra memperoleh maklumat bahawa ada pihak tertentu dari Amerika Syarikat dan Anwar Ibrahim untuk memperkotak-katikkan dan menghuru-harakan Malaysia.

Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin, berkata, kenyataan biadap itu dipercayai usaha terdesak Umno-BN melalui propaganda murah akhbar arus perdana yang dilihat mahu merosakkan sokongan rakyat di sebalik kemelut kepimpinan negara yang dihadapi oleh Umno khususnya.

Katanya, propaganda murahan mengaitkan 'Anwar Agen Amerika' ini telah disebar luas sebegitu lama, terutama sewaktu kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh pada bulan Ogos lepas.

"Tanpa mereka sedari, di bawah kerajaan Umno-BN jugalah Perjanjian Dagangan Bebas (FTA) antara Malaysia-Amerika Syarikat begitu hebat digerakkan dalam keadaan FTA ini ditentang oleh kebanyakan ahli ekonomi dan rakyat peringkat pertengahan," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Jelasnya, kebergantungan ekonomi Malaysia ke atas Amerika Syarikat juga memperlihatkan ia menyumbang hampir 53.2 peratus jumlah eksport Malaysia sehingga Jun 2008. Ini pastinya berlaku di bawah pentadbiran Umno-BN tanpa sebarang campur tangan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malah, Shamsul juga berkata, tahun 2002 Umno sendiri sanggup menggadai sebanyak RM4.6 juta wang rakyat hanya semata-mata mahu mengupah pelobi Yahudi, Jack A. Abramoff untuk mengatur pertemuan antara Mahathir Mohamad dengan Presiden George Bush.

AMK yakin dan percaya propaganda murahan begitu terdesak direncanakan memandangkan mereka gagal menyekat kemaraan Pakatan Rakyat untuk menguasai Putrajaya dalam tempoh terdekat.

"AMK mendesak agar Rais Yatim memberikan justifikasi jelas mengenai tuduhan palsu beliau dengan kadar segera. "AMK juga tidak teragak-agak untuk menyaman akhbar terbabit kerana bertindak mengapi-apikan sentimen rakyat dengan nilai pemberitaan yang rendah dan jumud sekiranya mereka gagal menarik balik berita tersebut dalam tempoh 24 jam,"tegasnya. - mks. _

Ahad, September 21, 2008

LEBUHRAYA PERSEKUTUAN FANATIK DENGAN SIGNBOARD



Menyusur melalui Lebuhraya Persekutuan dari Angkasapuri ke Shah Alam kita seolah-olah berada dalam kawasan perang papan tanda atau signboard dan billboard. Nasib baik boleh baca dalam hati atau sekadar menjeling saja.Kalau tidak, tak kering gusi dibuatnya untuk membaca semua papantanda ini. Melepasi sahaja pintu gerbang Kota Darul Ehsan maka bertambah meriah suasana perang papan tanda ini.





Begitu fanatik hinggakan melintang di atas kepala bagi sesiapa saja yang melalui lebuhraya ini.Kesesakan lalulintas yang berlaku setiap hari di lebuhraya percuma ini rupa-rupanya dieksploitasi sepenuhnya oleh syarikat pengiklanan untuk menjaja barangan yang mereka pamerkan. Sambil pemandu memakan roti bersama jem dapat juga mereka memerhati kepada setiap papan tanda yang terpampang di kiri kanan atas dan bawah lebuhraya tersebut. Teruja sejenak untuk melupakan bumper kereta yang
cium - mencium itu.



Selalu juga terfikir di kepala otak, saban masa ketika di mana juga kita berada iklan mesti menghambat kita. Tengok tv,dengar radio,baca suratkhabar,layar internet,buka email,terima sms,semua nak iklan macam-macam kat kita. Kadang-kadang berbunyi telefon di tengah-tengah malam ingatkan ada mesej penting, rupa-rupanya iklan info itu-inilah. Musibat betul!,kalau nak hantar sms iklan pun tunggulah waktu yang sesuai sikit. Orang tengah tido pun nak kacau.Pendek kata asal barang jadi duit. Pedulikan tentang keselesaan orang ramai.



Sebenarnya pengguna juga yang bayar kos pengiklanan itu kalau nak tau. Sebab tu barang yang berjenama harganya mahal demi untuk menampung kos iklan mereka.Sedangkan barang yang murah dapat dijual dengan harga murah sebab tak memerlukan kos pengiklanan.Tidak semestinya juga harga mahal barangnya baik. Oleh itu jangan mudah terpedaya dengan iklan-iklan yang terpampang di jalanraya,ditonton di tv,didengar di radio atau di mana-mana saja. Sebagai pengguna bijak kita yang perlu menilai baik buruk sesuatu barangan itu.

Sabtu, September 20, 2008

SEBAB APA ANWAR MINTA SIDANG TERGEMPAR?


Mana la aku tau sebab apa. Awat kalut sangat.Pasai apa tak tunggu 13 Oktober bilamana dewan menyambung sidangya? Masa tu boleh la buat usul tak percaya.Kenapa? tak percaya? memang tak boleh percaya pun...

Aku agak la, ini mesti dia nak tolong rakyat yang nak balik kampung beraya. Kalau 23 September dapat bentuk kerajaan baru (sapa tak nak benda baru beb),24 September harga minyak dah boleh turun kasi rakyat suka hati balik kampung. Bagus juga idea ni. Sekarang harga minyak dunia dah turun. Kita masih lagi dok bayar rm 2.55 seliter. Mengikut pakar ekonomi Prof. MadYa Raktamrittika kita kena penaya sebenarnya. Sila rujuk pengiraan ini:

1 barrel (tong) = 159 liter
1 USD = RM 3.45 (semasa)

Harga minyak dulu = USD145 x 3.3 (masa naik) / 159 liter = RM3 – (Subsidi) RM0.30 = RM2.70

Harga Minyak Semasa = USD92.7 per tong
Nak senang kira = USD93 x 3.45 (Rate semasa) / 159 liter = RM2 – RM0.30 (Subsidi) = RM1.70

Kita bayar = RM2.55/liter
Harga tanpa subsidi = RM2.00/liter

Kita kena penaya hidup-hidup = RM0.55 per liter.
Kita kena penaya hidup-hidup + subsidi = RM0.85 per liter.

Aidil fitri tahun ini akan lebih bermakna jika dapat berpakaian serba baru beserta dengan kerajaan baru.Penganalisis ekonomi juga berpendapat sekiranya harga minyak dapat diturunkan sebelum hari raya, ledakan daya membeli baju raya serta kelengkapan untuk beraya akan mencapai sekitar 90% untuk tahun ini. Ini belum lagi lebihan wang yang akan digunakan untuk membeli mercun dan bunga api.

Usaha Pakatan Rakyat ini amat ditunggu-tunggu oleh rakyat jelata yang kian terbeban dengan kenaikan harga minyak beserta tambahan surcaj bas ekspress untuk membayar tambang bas balik kampung bagi mereka yang enggan berkenderaaan sendiri ataupun tidak menggunakan kenderaan sendiri dengan alasan tersendiri.

Kalau betullah agak-agak aku ni, memang baguih sangatla Pakatan Rakyat ni. Sama-sama kita berdoa supaya cepat-cepat kerajaan baru dapat dibentuk.Rakyat sudah tak nak Barang Naik. Rakyat nak Power Rangers.

Pak Lah 'reject', Anwar tinggal satu pilihan menghadap Yang di-Pertuan Agong buktikan beliau punya majoriti


KLPOS

19 Sep 2008 10:59AM
KL: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, semalam menolak tuntutan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, agar Parlimen mengadakan sidang tergempar Selasa ini untuk membahaskan usul tidak percaya terhadap kerajaan.
'Saya tidak nampak keperluannya kerana Parlimen akan bersidang selepas Ramadan,' kata Abdullah kepada pemberita selepas mempengerusikan satu mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di PWTC semalam.

Parlimen dijadual bersidang semula pada 13 Oktober ini.

Abdullah juga berkata beliau tidak ada rancangan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 'terhadap Anwar atau sesiapa pun'.

Sebelum itu, Anwar berkata beliau telah menghantar surat kepada Abdullah supaya mengadakan sidang tergempar Parlimen bagi membahaskan usul tidak percaya terhadap kepimpinannya, selewat-lewatnya 23 September ini.

Seorang peguam dan pakar perlembagaan berkata Anwar tidak boleh memaksa Parlimen bersidang.

'Itu kuasa Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Perdana Menteri,' kata Shad Saleem Faruqi kepada agensi berita Reuters.

Anwar kini mempunyai satu pilihan sahaja, yakni menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin, untuk membuktikan beliau mempunyai majoriti dalam Parlimen.

Faruqi berkata Yang di-Pertuan Agong 'boleh menggunakan pengaruhnya untuk memujuk Perdana Menteri mengadakan sidang Parlimen'.

Anwar berkata keputusan itu hanya akan dibuat selepas mesyuarat Pakatan Rakyat.

Abdullah semalam menegaskan bahawa sebarang perubahan pada pelan peralihan kuasa akan beliau bincangkan dengan Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak, sebelum dibawa kepada makluman Majlis Tertinggi. / Agensi

Karpal saman fitnah RM10 juta terhadap Utusan

KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh hari ini menyaman Utusan Malaysia sebanyak RM10juta berhubung artikel fitnah mengenai ulasannya tentang Islam.


Writ saman itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di Kompleks Mahkamah Jalan Duta melalui syarikat peguam Karpal Singh & Co.


Karpal, yang juga seorang peguam mendakwa artikel yang diterbitkan pada 25 Ogos bertajuk:"DAP diingat jangan bakar perasaan Melayu" telah menyebut bahawa Karpal membuat kenyataan mengenai Islam dalam ucapan aluannya pada Kongres Kebangsaan DAP ke15 pada 24 Ogos.


Beliau mendakwa perkataan-perkataan fitnah itu yang difahaminya membawa makna antara lain bahawa Karpal adalah ahli politik yang berniat jahat di kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini, adalah salah dan berniat jahat untuk menjejaskan karier politik dan profesionalnya.


Karpal yang juga Pengerusi DAP Kebangsaan itu berkata beliau telah secara konsisten mempertahankan dalam ucapannya di khalayak dan semasa menjadi anggota Parlimen di Dewan Rakyat lebih 26 tahun lalu bahawa Islam adalah agama rasmi negara ini seperti yang termaktub di bawah Artikel 3 (1) Perlembagaan Persekutuan.


Karpal berkata beliau telah memberikan notis kepada Utusan untuk menarik balik dan meminta maaf tanpa menjejas haknya dalam prosiding undang-undang terhadap akhbar itu dan menyatakan bahawa demi kebaikan Utusan, akhbar itu perlu mengikut kehendaknya untuk tujuan pengurangan gantirugi yang mana akhirnya akan diarahkan oleh mahkamah terhadap akhbar itu.


Katanya Utusan akur permintaan itu dan telah menerbitkan Ralat pada 26 Ogos dan memberikan permohonan maaf tanpa syarat kepada beliau dan menerima bahawa perkara yang diadukan tidak berasas.


Katanya penerbitan perkataan fitnah itu oleh Utusan sehari sebelum hari mengundi pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh bertujuan memalukan beliau dengan kedudukannya sebagai pemimpin gabungan Pakatan Rakyat dalam usaha memastikan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim akan kalah dalam pilihan raya itu.


Beliau menuntut RM10 juta bagi ganti rugi am, gantirugi teruk, faedah gantirugi teladan, kos dan sebarang relif yang dianggap patut oleh mahkamah. BERNAMA

Jumaat, September 19, 2008

Empat Anggota Umno Dipecat Kerana Sokong Pembangkang

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Empat anggota Umno dipecat setelah didapati menyokong dan menyertai parti pembangkang semasa pilihan raya umum Mac lepas.

Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata Jawatankuasa Pengurusan Umno telah mengesahkan mereka yang terlibat itu terdiri daripada seorang anggota bahagian Beluran dan tiga lagi daripada bahagian Beaufort di Sabah.

"Surat akan dihantar kepada anggota berkenaan," kata Perdana Menteri kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di sini, Khamis.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat MT Umno itu berkata keempat-empat mereka itu telah dikenalpasti bertanding menentang anggota Barisan Nasional (BN) di Sabah pada pilihan raya umum 8 Mac lepas.

"Keempat-empat mereka akan dipecat kerana bertanding menentang anggota BN semasa pilihan raya ke-12," katanya.

Abdullah berkata mesyuarat MT Umno hari ini turut membincangkan persiapan bagi menghadapi pilihan raya kecil Parlimen Pensiangan, Sabah.

Ditanya mengenai calon yang akan diketengahkan pada pilihan raya kecil itu, Abdullah berkata: "Belum lagi. Kita sedang membuat rayuan."

Pada 8 Sept lepas, kerusi Parlimen Pensiangan dikosongkan selepas Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu mengisytiharkan kemenangan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah Tan Seri Joseph Kurup pada pilihan raya umum 8 Mac lepas, batal dan tidak sah.

Ditanya sama ada mesyuarat Majlis Tertinggi hari ini membincangkan mengenai hasrat mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyertai semula Umno, Abdullah berkata: "Ia tak dibawa untuk dibincang."

Tengku Adnan menjelaskan isu kemasukan semula Tun Mahathir Mohamad ke dalam Umno tidak dibincangkan pada mesyuarat itu memandangkan Umno belum lagi menerima borang pemohonan daripada Dr Mahathir.

"Permohonan masih belum diterima, jadi tidak bawa ke MT. Kalau terima kita bawalah," katanya.

-- BERNAMA

Rona-Rona Dunia

Ronasina

Khamis, September 18, 2008

Pakatan hantar surat pohon sidang tergempar Dewan Rakyat


KLPOS

18 Sep 2008 2:42PM

KETUA Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi telah mengumumkan Pakatan Rakyat telah menghantar surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menuntut supaya diadakan sidang tergempar Dewan Rakyat, selewat-lewatnya pada hari Selasa 23 September ini kerana mendakwa dewan telah hilang kepercayaan kepada perdana menteri dan kerajaan pimpinannya.

Anwar berkata, surat itu dibuat mengikut Peraturan 11 (3) Parlimen dan menuntut tindakan segera diambil kerana permasalahan politik yang berpanjangan.

Katanya, surat tersebut ditandatangani oleh beliau sendiri, pemimpin DAP, Lim Kit Siang dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Wartawan sekali lagi menggesa Anwar mendedahkan senarai Ahli Parlimen (MP) yang akan berpaling tadah dari Barisan Nasional tetapi beliau tetap enggan mendedahkan atas alasan pihak MP itu sendiri mahu identiti mereka dirahsiakan untuk tujuan keselamatan.

Senarai tersebut akan didedahkan pada masa yang tepat.

Anwar turut memberitahu wartawan beliau akan mendedahkan senarai tersebut kepada Perdana Menteri sendiri dan menuntut peralihan kuasa secara aman.

Kelmarin, Abdullah telah menolak permintaan Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat, untuk membincangkan soal peralihan kuasa dan pembentukan kerajaan baru secara aman.

Mengikut jadual asal Parlimen hanya akan bersidang selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Pihak pembangkang akan membawa usul yang berbunyi "Bahawa Dewan yang mulia ini telah hilang kepercayaan kepada Perdana Menteri dan kerajaan pimpinannya." / KLpos, Malaysiakini, Mstar

KATAK IS WONDERFULL ,CAREFULL & THINKFULL

TASIK PUTRAJAYA (18 SEPTEMBER):





ISA kejam, Islam bukan agama yang bacul - Mufti Perlis

KLPOS
17 Sep 2008 1:12PM
MUFTI Perlis, Dr Muhd Asri Zainul Abidin, kelmarin mengkritik penahanan tiga orang di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sambil berkata orang yang tertuduh harus diberi peluang menjelaskan kesalahan mereka.
Beliau berkata Islam tidak memerlukan ISA untuk mempertahankan kemurnian agama itu, sambil menambah bahawa Al-Quran dan hadis harus digunakan sebagai panduan untuk menyiasat jika seseorang didakwa menghina Islam.

'Jadi tidak ada alasan menahan orang dengan tidak memberi peluang membela diri. Ini adalah satu tindakan yang salah. Sekiranya orang itu bersalah dari segi hukum agama, buktikan dari segi dalil-dalil agama,' kata Dr Asri.

'Cara kita tangkap orang guna ISA atas kesalahan agama tidak akan menghilangkan salahfaham terhadap Islam. Seharusnya diperjelaskan dulu apa kesalahan itu.

Kalau misalnya orang itu menghina Islam atau menyeleweng, buktikan dulu berdasarkan Quran dan hadis,' jelasnya lagi.

Menurutnya, Islam 'bukan agama yang bacul' tetapi tindakan ISA itu atas kesalahan yang berkaitan dengan agama tersebut 'seolah-olah menggambarkan orang Islam tidak mampu berhujah, terus tangkap orang'.

Sambil mengingatkan bahayanya tindakan ISA itu, Dr Asri berkata adalah 'kejam' menahan seseorang selama dua tahun tanpa menjalani proses kehakiman terdahulu dan menggesa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memainkan peranan lebih aktif dalam memberi penjelasan mengenai Islam. / The Star

Rabu, September 17, 2008

Tidak perlu cuti kerana saya bukan penat, saya kecewa - Zaid

KLPOS
17 Sep 2008 1:15PM
PUTRAJAYA: Rasa kecewa terhadap kabinet Barisan Nasional (BN) telah mendorong Menteri di Pejabat Perdana Menteri Malaysia, Datuk Zaid Ibrahim, memutuskan meletak jawatannya, menurut laporan media tempatan semalam.

Beliau membuat keputusan itu kurang setengah jam selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi, memberitahu wartawan senator itu diminta mengambil cuti selama dua minggu untuk menimbangkan semula keputusannya petang kelmarin, kata laman web berita The Malaysian Insider.

'Saya bukan penat. Saya hanya kecewa,' kata Datuk Zaid kepada pemberita dalam satu sidang akhbar di Putrajaya pagi semalam.

Beliau menambah, penahanan tiga orang di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) minggu lalu turut menjadi faktor utama yang menyumbang kepada keputusannya itu.

Datuk Zaid menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Datuk Seri Abdullah di kediamannya di Seri Perdana petang kelmarin.

Dalam suratnya, Datuk Zaid mendedahkan kekecewaannya terhadap usaha mencapai pembaharuan, khususnya di bidang kehakiman.

Datuk Zaid mengakui bahawa beliau banyak menerima tentangan di kalangan anggota BN mengenai rancangan pembaharuannya itu sehingga beliau beberapa kali memikirkan untuk meletakkan jawatannya.

Namun, berita penahanan Ahli Parlimen (AP) Parti Tindakan Demokratik (DAP), Teresa Kok; blogger Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin; dan wartawan akhbar Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng, di bawah ISA menjadi mangkin bagi keputusannya itu.

Datuk Zaid juga berkata beliau telah diundang oleh pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyertai Pakatan Rakyat tetapi masih bersikap terbuka terhadapnya.

'Saya tidak kenal PKR dengan baik. Terlalu awal untuk berbuat sesuatu. Saya berfikiran terbuka dan belum lagi membuat apa-apa keputusan menyertai sesiapa,' kata beliau, seperti dipetik laporan The Malaysian Insider.



BUKAN OMONG KOSONG, HE GOT SOMETHING LAH PAK LAH...


Surat telahpun dihantar kepada Pak Lah, tapi dapatkah Anwar berjumpa Pak Lah untuk memastikan peralihan kuasa berlaku secara aman dan demokratik. Pak Lah kata dia tak nak jumpa.Tengok riak muka dia aku rasa macam mati-mati dia taknak jumpa. Taknak..taknak..taknak...Tengok tu bukan senang nak jumpa PM. Hari tu,budak sepol tu bukan main senang pulak jumpa TPM walaupun dia sekadar budak pembancuh teh.Tak payah bagi suratpun boleh jumpa. Tapi tak taulah kalau besok masa bangun sahur dia terbuka hati nak jumpa Anwar. Sama-samalah kita berdoa ke hadrat Allah supaya Pak Lah diberikan kekuatan untuk berjumpa dengan Anwar dan Pakatan Rakyat....

Anwar berkata beliau memberikan masa kepada PM beberapa hari ini untuk membuat keputusan bertemu dengan Pakatan Rakyat dengan seberapa segera.



Katanya lagi dalam pertemuan itu nanti, beliau akan mengemukakan senarai nama-nama Ahli Parlimen Barisan Nasional yang telahpun memberikan komitmen untuk bersama-sama membentuk Kerajaan Pakatan Rakyat.

Dalam buletin tv Pak Lah kata Anwar sedang bermimpi fatamorgana.Pembaca berita tu pun turut kutuk Anwar pinjam ayat fatamorgana dari Pak Lah.Karpoyooo...Biaq pi la kat depa...

Pak Lah cabar Anwar tunjukkan senarai nama MP yang nak bergabung tu supaya satu dunia boleh tau.Najib juga tak melepaskan peluang hentam Anwar berkaitan 16 September dalam buletin tv tu.Najib dilihat dalam keadaan teramat bersyukur kerana tarikh keramat itu tidak menjadi kenyataan...kalau tidak hancur beb..tak dapatlah nak merasa peralihan kuasa lagi 2 tahun.

"Ini bukan omong kosong. Kita ada jumlah yang mencukupi. Kita sudah bersedia untuk melakukannya," tegas Anwar.



Selepas bertemu dengan PM, Pakatan Rakyat akan memohon untuk mengadap Yang Di-Pertuan Agong bagi mendapat mandat penubuhan kerajaan baru.Ini bukan lawak ni.Ingat main-main ka nak tubuh kerajaan.

Maka semakin berpanjanganlah kabus politik yang berarak di ruang kepala minda kita semua. Mungkin juga ia akan berakhir dalam beberapa minggu terakhir ini memandangkan suasana semakin genting bagi Pak Lah untuk terus berada di kerusi yang menjadi rebutan kini. Bak kata Anwar, masa yang cukup perlu diberikan kepada Abdullah kerana Presiden Umno itu kini merupakan ahli politik yang kini dalam keadaan genting.

Krisis kepimpinan yang terus memuncak kini antaranya Zaid yang mempertikaikan penggunaan ISA,kemudiannya meletak jawatan sebagai menteri terus membuatkan Pak Lah semakin pening kepala. Tak sempat Pak Lah nak warning dia sebab buat kenyataan mempertikai ISA,dia dah hantar surat resign.Walaupun Pak Lah cuba memujuknya supaya pergi bercuti dan memikirkan semasak-masaknya sebelum membuat keputusan untuk meletak jawatan.

Tidak dapat tidak kita harus terus bersabar menanti dengan dengan tekun dan penuh tertib tanpa menimbulkan huru-hara supaya proses pengambilalihan tampuk pemerintahan negara dapat berjalan secara teratur, aman dan demokratik menurut lunas-lunas Perlembagaan Negara. Mesti Anwar ada "pelan-pelan baru DIGI",takkan la dia berani mati nak klentong sampai ke tahap buat sidang media khas.INI BUKAN OMONG KOSONG, HE GOT SOMETHING LAH PAK LAH...

Selasa, September 16, 2008

Anwar: Lebih 31 MP BN sertai Pakatan


MALAYSIAKINI
Muda Mohd Noor | Sep 16, 08 1:11pm
Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan lebih daripada 31 ahli parlimen Barisan Nasional telah menyertai Pakatan Rakyat dan menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya tidak menguatkuasakan undang-undang darurat untuk menghalang peralihan kuasa.

Beliau memberitahu demikian dalam satu sidang akhbar yang penuh sesak di pejabat PKR di Tropicana pada jam 2 petang tadi.
Beliau bagaimanapun tidak mendedah sebarang nama ahli parlimen BN yang menyertai Pakatan.

"Kami mahu peralihan kuasa secara aman. Kami berharap Barisan tidak menguatkuasa undang-undang darurat untuk menyekat ahli-ahli parlimen pergi ke Dewan Rakyat atau menahan ahli-ahli parlimen (kerajaan) atau menghalang mereka daripada menyertai Pakatan Rakyat," katanya.

Kerana itulah, tegas mantan timbalan perdana menteri itu, pihaknya mengambil pilihan yang lembut.

"Saya bukan mahu memberi alasan. Kita ada jumlah yang mencukupi. Kita boleh dan bersedia untuk melakukannya. Jika selepas beberapa hari, tidak ada respons, pemimpin Pakatan akan bertemu dan menentukan tindakan selanjutnya," katanya.

Semalam, Pakatan Pakatan yang diketuai Anwar telah menghantar surat kepada Abdullah semalam untuk mengadakan pertemuan.
Anwar berkata, mereka memberi masa kepada perdana menteri untuk berbincang dan mengambil tindakan sewajarnya untuk menerima kehendak rakyat.

"Saya percaya beliau akan bertemu dan kita perlu menunggu hari ini atau esok," katanya sambil menambah bahawa Abdullah kini merupakan ahli politik yang kini dalam keadaan genting.

"Jadi, anda harus memaafkan beliau kerana beliau dalam keadan terdesak," katanya.

Pakatan mempunyai 81 daripada 222 kerusi parlimen. Anwar berusaha supaya ahli-ahli parlimen BN melompat menyertai Pakatan untuk mendapatkan majoriti di Dewan Rakyat.

Ia mungkin berlaku beberapa hari lagi (peralihan kuasa dalam kerajaan)," katanya.

Pakatan Rakyat Sedia Mengambil Alih

Hari ini rakyat Malaysia menyambut Hari Malaysia- hari di mana negara kita menjadi satu dan rakyatnya bersatu. Hari ini mempunyai makna baru. Selepas bertahun berjuang, melawan sistem yang dilanda dan mengabaikan prinsip keadilan- kita sekarang berada diambang kemenangan. Hasrat kita untuk membina semula negara dan menyatu padukan rakyat Malaysia sebagaimana yang dicita-citakan oleh pejuang-pejuang kemerdekaan sudah semakin dekat.

Keadaan ekonomi yang merudum jatuh dengan kadar pengangguran dan inflasi yang tinggi telah menyebabkan rasa tidak puas hati rakyat yang meluap-luap. Hubungan antara kaum menjadi tegang, diburukkan lagi dengan propaganda oleh media yang dikawal oleh kerajaan. Pentadbiran sekarang gagal untuk menawarkan jawapan buat negara kita keluar dari kedudukan sukar ini.

Pakatan Rakyat yakin dapat menyelamatkan Malaysia dari masalah ekonomi dan politik berbaur perkauman. Kami akan melaksanakannya secara bertanggungajwab, menuruti prinsip undang-undang dan tidak akan sama sekali menjejaskan keselamatan dan kestabilan negara dan rakyat negara ini.

Pakatan Rakyat kini memiliki majoriti yang selesa untuk membentuk sebuah kerajaan baru yang stabil. Kerajaan baru yang mencerminkan masyarakat Malaysia yang majmuk.

Jesteru itu kami ingin duduk semeja dengan Perdana Menteri Abdullah Badawi untuk melaksanakan peralihan kuasa secara bertanggungjawab, lancar dan aman. Hasrat ini telah kami sampaikan kepada Perdana Menteri melalui surat yang dikirimkan jam 2.30 petang semalam.

Dengan mandat ini kami bertekad untuk melaksanakan peralihan kuasa yang aman. Kami tidak ingin berulangnya peristiwa yang berlaku sewaktu mengambil alih kuasa di negeri Perak dan Selangor, di mana dokumen milik kerajaan negeri di lupuskan oleh pentadbiran terdahulu.

Kami mengingatkan kepada elemen radikal di dalam Barisan Nasional agar tidak menyalahgunakan kuasa serta menahan para penyokong Pakatan Rakyat. Penyiasatan yang dibuat secara tergesa-gesa oleh BPR terhadap Dato Seri Yong Teck Lee selepas mengumumkan akan membuat undi tidak percaya terhadap Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi merupakan di antara taktik yang kita tolak. Penggunaan ISA terhadap Ahli Parlimen Teresa Kok merupakan contoh untuk menghalang perubahan dengan tidak mengikut lunas-lunas perundangan.

Jesteru itu kami ingin duduk semeja dengan Perdana Menteri Abdullah Badawi untuk melaksanakan peralihan kuasa secara bertanggungjawab, lancar dan aman. Hasrat ini telah kami sampaikan kepada Perdana Menteri melalui surat yang dikirimkan jam 2.30 petang semalam dan kami menuntut beliau memberi perhatian terhadap beberapa perkara seperti berikut :

1) Agar Barisan Nasional tidak menghalang ahli parlimennya dari bertindak menurut suara hati mereka, hak yang dijamin undang-undang serta keputusan yang mereka buat tanpa paksaan.
2) BN tidak boleh menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri untuk menahan ahli parlimen yang berhasrat untuk menyertai Pakatan Rakyat atau ahli parlimen Pakatan Rakyat yang berjumlah 82 itu.
3) Kerajaan BN tidak seharusnya menggunakan kuasa darurat, kuasa polis, atau menggantung perlembagaan mahupun membubarkan parlimen di dalam usaha mereka untuk menghalang Pakatan Rakyat dari berkuasa.
4) Dan Kerajaan Barisan Nasional tidak membuat sekatan jalan raya dan menghalang ahli parlimen, dari memasuki parlimen dan juga institusi-institusi kerajaan lainnya.

Kami yakin Perdana Menteri berkongsi keperihatinan yang sama terutamanya berkenaan kebajikan rakyat dan keselamatan negara. Kami percaya beliau akan memastikan Barisan Nasional bertindak mengikut perlembagaan dan prinsip-prinsip demokratik demi memastikan peralihan kuasa yang aman, serta tiada tindakan sabotaj untuk menghalang hasrat rakyat ataupun menggunakan retorik berbaur perkauman.

Kami menyeru masyarakat di semua lapisan agar memahami hasrat kami semata-mata untuk kebaikan negara ini. Saya juga ingin mengingatkan media massa jangan lagi berada di dalam penafian dengan meneruskan propaganda bahawa kami berbohong. Kita sekarang berada dalam era baru maka saya menyeru media massa meninggalkan tabiat lama dan mengambil iltizam untuk meningkatkan professionalisme kewartawanan.

Selepas pertemuan dengan Perdana Menteri, kami berhasrat untuk meneruskan gerak kerja kami sebagaimana yang digariskan oleh Perlembagaan Persekutuan di dalam kami membentuk kerajaan baru dengan perkenan Yang Di-Pertuan Agong.


ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat

LIVE : SIDANG MEDIA DSAI



Watch live video from anwaribrahim’s channel on Justin.tv


Siaran Langsung Sidang Media Datuk Seri Anwar Ibrahim


Tempat : PKR HQ, Tropicana

Masa    : 2.00 P.M

Tarikh : 16 September 2008



16 SEPTEMBER MENJADI BEB!!!


KUALA LUMPUR (16 September) Hari ini,Anwar akan mengumumkan bahawa lebih 32 Ahli Parlimen BN telah mempersetujui untuk bergabung dengan Pakatan Rakyat.Bilakah sidang media khas akan diadakan juga masih tidak dinyatakan.

DSAI menyatakan pihaknya mempunyai bilangan Ahli Parlimen yang mencukupi untuk membentuk kerajaan di dalam ucapannya di Stadium MBPJ sempena masjlis Sambutan Hari Penubuhan Malaysia malam tadi.

Manakala Saifuddin Nasution berkata semua perancangan sudah selesai dan DSAI akan mengumumkan secara rasmi hari ini.Walaubagaimanapun kerajaan baru tidak akan dibentuk secara rasmi pada hari ini,tetapi dalam masa terdekat.

Sementara itu Pak Lah menyifatkan rancangan pembangkang untuk menubuhkan kerajaan baru hari ini sebagai sesuatu perkara yang karut.

Hari ni kita dapat tengok mana satu yang betul dan mana satu yang tak betul supaya kita betul-betul jadi orang yang tidak percaya betul-betul secara betul bendul. Ini baru betul. Semoga POWER RANGERS (PR) berjaya bergabung untuk melawan raksaksa BN....Biar betul?

Isnin, September 15, 2008

SKETSA 15 SEPTEMBER

OLEH RONASINA

Nurul Izzah diserang


KUALA LUMPUR (14 Sept) : Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar diberitakan telah diserang oleh sekumpulan lelaki ketika melawat Pasar Ramadhan di Kg. Kerinci jam 5 petang tadi.

Aktivis parti, Sdr. Partibhan, Sdr Amin Mian dan beberapa lagi pendokong Keadilan Lembah Pantai telah cedera dibelasah ketika cuba menyelamatkan Nurul Izzah. Beliau kini selamat.

Siasatan sedang dibuat untuk mengenalpasti identiti penyerang.

Ahad, September 14, 2008

Tidak perlu guna ISA terhadap orang awam - Zaid

MSTAR ONLINE
14-09-2008 05:40:54 PM

(Dikemas kini) KOTA BAHARU: Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak harus digunakan terhadap orang awam seperti wartawan dan ahli-ahli politik, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim (gambar).

Menteri yang bertanggungjawab berkaitan soal perundangan dan kehakiman itu berkata, akta tersebut seharusnya hanya digunakan terhadap pengganas ataupun ke atas mereka yang cuba menggulingkan kerajaan menerusi kekerasan.

Kata beliau, sudah tiba masa bagi kerajaan Persekutuan kembali kepada matlamat asal penggubalan ISA, yang digubal untuk mengawal komunis, ataupun pada hari ini untuk menangani pengganas ataupun mereka yang hendak menggulingkan kerajaan menggunakan kekerasan.

"Saya tidak meminta supaya ISA dimansuhkan tetapi hanya menggunakannya apabila wujud ancaman ke atas keselamatan negara seperti pengganas dan bukan orang awam," kata beliau kepada wartawan di rumahnya di sini hari ini.

"Saya akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawui untuk mengadakan perbincangan terus terang bagi mendapatkan pandangan beliau dalam isu ini secepat yang mungkin," jelas beliau.

Kata Zaid, dengan memberikan pandangan sedemikian beliau kemungkinan dilihat bertindak bertentangan dengan 'dasar kerajaan' tetapi bersedia untuk menghadapi kesannya.

"Jika saya perlu meletakkan jawatan (kerana memberikan pandangan ini), saya akan berbuat demikian," katanya.

Tambah Zaid, beliau bukan pencetus masalah dan tidak mahu menyusahkan Perdana Menteri dalam isu berkenaan.

Sebaliknya, katanya, beliau mempunyai prinsip dan sentiasa memberikan pendirian kritikal dalam soal penggunaan ISA.

Kata beliau lagi, kerajaan mempunyai undang-undang secukupnya untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang melakukan didapati kesalahan, antaranya Kanun Keseksaan dan Akta Hasutan.

Kelmarin, tiga orang iaitu masing-masing seorang penulis blog, wartawan dan ahli politik ditahan di bawah ISA.

Penulis laman blog Raja Petra Kamaruddin yang pertama ditahan di rumahnya pada pukul 1.50 tengah hari di Sungai Buloh dekat sini berkaitan artikel yang disiarkan dalam laman webnya yang bertajuk "I promise to be a good, nonhypocritical Muslim" dan juga
"Not all Arabs are descendants of the Prophets".

Kedua-dua artikel itu didakwa menggunakan ayat yang menghina orang Islam dan Nabi Muhammad S.A.W.

Ini adalah kali kedua Raja Petra ditahan di bawah ISA.

Beliau pertama kali ditahan pada April 2001 kerana penglibatannya dalam gerakan reformasi dan ditahan selama 53 hari di Pusat Tahanan Kamunting, Taiping.

Selepas penahanan Raja Petra, polis menahan pula wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng di rumahnya di Taman Permai, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Tan ialah wartawan yang menulis berita yang mendakwa Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail semasa memberi ceramah dalam kempen pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos lalu, telah melabelkan masyarakat Cina di negara ini sebagai "penumpang."

Selepas Tan, Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Anggota Parlimen Seputeh, Teresa Kok, turut ditahan di bawah akta sama di hadapan kondominiumnya di Kuala Lumpur.


Bagaimanapun Tan telah dibebaskan petang semalam.

JANGAN

Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.



Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas
kaki (selipar).
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,
mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam
bekas yang pecah atau sumbing.
Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah
digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti
rezeki mahal
(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu
berkat).



Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam
perjalanan.

Jangan pakai sepatu atau selipar yang
berlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap
diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat
dosa kerana mati boleh datang
bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada
ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan
taulan. Nanti rosak persahabatan kita
hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.



Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur
dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah
ciri-ciri munafik dan
menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa
makhluk yang teraniaya
cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih
lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
untuk hamba ciptaanNya.

Jangan biarkan SAJE info ni. Sebarkan kepada semua saudara Islam di mana jua!!

Wasalam




"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW)


"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."

PERHIMPUNAN PERDANA SAMBUTAN HARI MALAYSIA

Tarikh: Isnin, 15 September 2008
Tempat: Stadium MBPJ, Kelana Jaya
Masa:7.00 Ptg

Antara Programnya adalah Solat Maghrib, Solat Isyak serta Solat Tarawikh berjemaah di lapangan Stadium tersebut dan sejurus itu ceramah dari Pemimipin Pakatan Rakyat.


Y.B Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Y.B Tuan Guru Dato’ Seri Haji Awang

Y.B Lim Kit Siang

Sabtu, September 13, 2008

Misi buru 5 pemimpin PKR di Taiwan bermula, BN-BBC 'ubah haluan'


MSTAR ONLINE

13-09-2008 12:44:37 AM
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK dan ZANARIAH ABD. MUTALIB

(Dikemas kini) PETALING JAYA: Ketika lima pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tiba di Taiwan dengan mendakwa sekumpulan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) telah pun bersetuju mengadakan perbincangan melompat parti, anggota BN-BBC terbabit dipercayai akan meninggalkan negara itu awal pagi esok.

mStar Online difahamkan sebahagian anggota BN-BBC akan berlepas ke Hong Kong manakala beberapa Ahli Parlimen akan kembali ke tanah air.

Dalam pada itu, Timbalan Pengarah Pilihan Raya PKR, Fuziah Salleh ketika dihubungi sebentar tadi berkata, misi mengadakan perbincangan dengan beberapa Ahli Parlimen BN bermula malam ini.

Kata Fuziah, beliau akan menggunakan masa dengan sebaik mungkin bagi memastikan matlamat mereka 'menjejaki' Ahli Parlimen BN di sana mencapai sasarannya.

"Kami dimaklumkan mereka (Ahli Parlimen BN) telah tukar rancangan asal dan akan 'melarikan diri' ke Hong Kong esok pagi," kata beliau ketika dihubungi di Taipei malam ini.

Ditanya sama ada beliau dan empat lagi wakil PKR punyai masa yang cukup untuk mengadakan pertemuan dengan Ahli Parlimen BN, beliau berkata perkara itu bukan satu masalah.

"Walaupun mereka nak 'lari' esok, tapi kita ada banyak masa untuk bincang. Tengah malam ini dan awal pagi esok selepas sahur pun boleh bincang lagi," katanya dengan yakin.

Malam ini wakil PKR akan menghadiri majlis makan malam bersama pejuang reformis Taiwan, Simyntec.

Fuziah berkata, tindakan Ahli Parlimen BN yang akan ke Hong Kong itu menunjukkan seolah-olah mereka mengiakan bahawa penubuhan kerajaan pada 16 September akan benar-benar berlaku.

"Kalau mereka kata lawatan mereka itu sebagai lawatan yang normal, mengapa perlu tukar rancangan di saat-saat akhir?," katanya.

Ditanya sama ada wakil PKR akan turut mengekori Ahli Parlimen BN ke Hong Kong beliau berkata: "Tidak perlu rasanya, kita mampu laksanakan tugas kita di sini."

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong-penyokong Barisan Nasional (BN-BBC), Datuk Bung Moktar Radin pula menafikan rombongan mereka akan menuju Hong Kong esok.

"Mana ada kita ke Hong Kong (esok). Lawatan kita sudah habis hari ini.

"Esok dan lusa sudah ada Ahli Parlimen kita yang mula pulang (ke Malaysia)," katanya.

Bung berkata, dua ahli Parlimen akan pulang esok namun enggan mendedahkan nama mereka.

Selain Fuziah, empat wakil PKR yang kini berada di Taiwan ialah Pengarah Strategi PKR, Saifuddin Nasution, Ketua Penerangannya, Tian Chua serta Ahli Majlis Tertinggi. Low Chee Chong dan Ketua Penerangan Wanita PKR, Elizabeth Wong

Tian berkata, sehingga kini Pakatan Rakyat berkeyakinan bahawa pada 16 September ini kerajaan baru persekutuan akan dibentuk.

“Hingga kini kami telah berjaya... langkah seterusnya berkaitan dengan perkara-perkara teknikal iaitu sama ada kita berjaya mengadakan pertemuan dengan Agung dan juga memastikan proses peralihan itu berlaku dengan aman dan teratur,” kata beliau ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang hari ini.

Tambah beliau, setelah wakil PKR pulang Ahad ini, kepimpinan PR boleh membuat satu rumusan dan membuat pengumuman bahawa "kita telah berjaya dalam agenda 16 September."

Dalam pada itu, beliau juga mengesahkan akan mengadakan perbincangan dengan sebahagian Ahli Parlimen BN mengenai pelan transfomasi kerajaan pada 16 September seperti yang dirancangkan.

Rombongan seramai 49 Ahli Parlimen iaitu anggota Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BN-BBC) kini berada di Taiwan sempena lawatan sambil belajar pertanian berteknologi tinggi.

Mereka dijadual pulang ke tanah air pada 17 atau 18 September ini.

PKR, salah satu parti komponen Pakatan Rakyat, memutuskan untuk menghantar kumpulan lima wakil itu pagi semalam.

MAKIN DEKAT MAKIN KERAMAT

Tarikh keramat 16 Sepetember semakin hampir. Seluruh negara pasti gempar dengan penahanan tanpa bicara bukan bisu di bawah ISA.Operasi penahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menyaksikan tiga orang ditahan dalam tempoh 12 jam sejak tengah hari semalam. Alangkah terkejutnya kejutan yang menimpa mereka bagi kita pencinta kedamaian tulin lagi original ini. Semakin jadi tak keruan politik Malaysia kini. Semakin tergugat nampaknya kuman di seberang laut. Meninggalkan gajah di depan mata tidak kelihatan. Mungkinkah sudah tiada jodoh kerana tidak beriman.Yang pasti titik-titik hitam semakin menodai senario politik tanahair yang sudahpun kelabu taik anjing itu.

Sebut pasal taik anjing ni aku terbaca satu lawak humor batak oleh Mula Harahap.

Konon kabarnya, T.D. Pardede–konglomerat Sumatera Utara di tahun 60an itu pernah marah besar kepada seorang pemain bolanya karena membuat blunder dan menyebabkan Pardedetex,kesebelasan kebanggaannya itu kalah.

“Anjing kau,” katanya, lalu mengumbar berbagai kekesalan hatinya kepada si pemain.

Seorang pembantu “Pak Ketua” terkejut mendengar ucapan itu dan berkata, “Pak, janganlah sekasar itu. Janganlah sebut dia anjing..”

T.D. Pardede balik melotot kepada pembantunya dan berkata, “Sudah bagus dia kubilang anjing. Kalau kubilang taik? Dimakan anjinglah dia…”


Nun di BSKL,bursa saham juga pastinya tersentak sehari dua ini dengan perkembangan terbaru. Anak panah pasti menjunam ke lantai bangunan.Aduh..malangnya para pelabur muda seperti bewak kudung masuk kampung. Kaunter rugi mengatasi untung.Kaunter bas ekspres juga yang untung banyak di musim perayaan ini. Semakin botaklah ahli korporat,macam burung tiung terlebih menterkedarah maggie.Lebih baik mentekedarah tembikai macam budak ni.


Nun di hutan,mawas,kera,monyet,beruk,biawak bebas bergerak tanpa isa. Burung-burung murai bebas berkicau memprotes raja di hutan.Mereka bebas kerana mereka binatang. Tiada undang-undang tapi hidup aman tenteram.Tiada cukai jalan,tiada tol,tiada smart tag dan touch n go.Barangkali mereka sedang memerhatikan kita yang penuh kekalutan dan ketakutan.Bravo monyet!! Les souvenir ungka!!!

Nun di atas katil ramai di antara kita sedang bermimpi ketika ini (0233 waktu Malaysia). Mimpi menuju Malaysia Baru.Mimpi yang pasti telah dekat di hati rakyat marhain yang hina ini. Ada juga yang tak dapat bermimpi. Macamana nak bermimpi, nak tido pun tak lena beb! Maka bagi geng2 yang dapat tido sama-sama kita bermimpi dan berdoa.

Berdoalah dan berusaha untuk menghapuskan kezaliman kerana apabila datang kebenaran, kebatilan pasti hilang dan tenggelam.

Pakatan Rakyat yakin bentuk Kerajaan Pusat dalam masa terdekat

Harakahdaily
Fri | Sep 12, 08 | 10:51:53 am MYT
Kepimpinan Pakatan Rakyat yang bertemu hari ini yakin proses pembentukan kerajaan baru yang berlandasan Agenda Reformasi sedang berjalan secara lancar. Kami percaya kerajaan Barisan Nasional akan diganti dalam masa terdekat. Iklan


Pakatan Rakyat yakin mendapat bilangan ahli Parlimen yang mencukupi untuk mempunyai majoriti dalam Parlimen yang membolehkan penubuhan kerajaan baru. Bagaimanapun tarikh sebenar penubuhan kerajaan mungkin terpaksa dilewatkan dari 16 September sebagaimana rancangan awal akibat beberapa ahli Parlimen telah dipaksa ke Taiwan.

Umum mengetahui negara kini masih dicengkam permasalahan politik, ekonomi dan sosial yang getir. Akibat kehilangan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Umno dan BN, timbul percubaan mengalih pandangan kepada isu perkauman sempit.

Masalah perkauman yang diapi-apikan berterusan sehingga kini menunjukkan formula BN yang dihantui kebejatan rasuah dan korupsi gagal mentadbir negara ini. Api perkauman yang cuba dibakar akan mengancam kestabilan negara dan kebajikan rakyat. Kepimpinan BN yang semakin lemah juga menyaksikan parti tersebut semakin berpecah dan semakin hilang arah.

Melihat kepada perkembangan semasa inilah ramai Ahli Parlimen BN telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan BN dan memutuskan untuk bersama dengan Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat menegaskan bahawa kami tidak pernah dan tidak perlu membeli atau menyogok Ahli Parlimen berkenaan untuk menyertai kami.

Mereka didorong oleh kesedaran sendiri serta memberikan komitmen menyokong agenda perubahan.

Kami yakin terdapat segelintir elit pemerintah BN yang diketuai Umno bercita-cita untuk mencipta huru hara agar dapat membantut perubahan, melumpuhkan demokrasi dan merampas hak-hak rakyat Malaysia yang dilindungi Perlembagaan Persekutuan.

Kami khuatir seandainya masalah sengaja dibiar merebak dan berlarutan untuk memberikan alasan kepada pemerintah bertindak keras termasuk penangkapan beramai-ramai menggunakan Undang-undang Darurat untuk membendung kemaraan rakyat yang menuntut pembelaan.

Kami menyeru kepada rakyat Malaysia termasuk penyokong Umno untuk bertenang dan tidak terperangkap dengan retorik perkauman.

Marilah kita rakyat Malaysia bersama-sama berusaha keras untuk memperbaiki keadaan ekonomi kita yang semakin teruk dan menyambut perubahan yang akan memberi harapan baru kepada kita semua.

Kami percaya apa pun jua usaha BN hanyalah dapat melambatkan proses pertukaran kerajaan tetapi tidak dapat menggagalkannya kerana formula BN telah gagal.

Dato? Salehuddin Hashim
Setiausaha Agung PKR

Loke Siew Fook
Pengarah Pendidikan Politik DAP

Dato? Kamarudin Jaffar
Setiausaha Agung PAS. - mr_

Jumaat, September 12, 2008

Pelan sasaran dilewatkan, empat pemimpin PKR mula 'buru' MP BN di Taiwan

MSTAR ONLINE

12-09-2008 12:25:08 AM
Oleh G. MANIMARAN, ARIFFUDDIN ISHAK dan ZANARIAH ABD. MUTALIB
(Dikemas kini) PETALING JAYA: Usaha Pakatan Rakyat 'memburu' ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) supaya melompat parti bagi membentuk kerajaan baru persekutuan menjelang Selasa ini, kini merentasi Laut China Selatan.

Hari ini, Parti Keadilan Rakyat (PKR), salah satu komponen Pakatan Rakyat, akan menghantar empat pemimpinnya ke Taiwan bagi menemui ahli-ahli Parlimen BN di sana.

Perkara itu disahkan oleh Pengarah Strategi PKR, Saifuddin Nasution ketika dihubungi mStar Online.

Mereka dijadual berlepas ke Taiwan 2 petang ini (Jumaat) dan akan tinggal di hotel yang didiami ahli-ahli Parlimen BN.

Saifuddin bersama Ketua Penerangannya, Tian Chua dan Timbalan Pengarah Pilihan Raya PKR, Fuziah Salleh serta Ahli Majlis Tertinggi. Low Chee Chong akan berlepas ke Taiwan bagi meneruskan misi mereka.

"Ya memang betul kami akan ke sana (Taiwan) esok (Jumaat). Ramai kawan saya ada di sana sekarang dan saya hendak bertemu dengan mereka, tugasan saya ialah menemui mereka... misi tugasan saya khusus," kata Saifuddin yang juga anggota Dewan Rakyat.

Saifuddin menambah, beliau telah diarahkan oleh kepimpinan parti petang semalam untuk menjayakan misi berkenaan.

"Berapa lama dan berapa ramai saya akan temui di Taiwan masih terbuka," kata beliau sambil menambah, format dan tujuan pertemuan sama seperti pertemuan-pertemuan sebelum ini antara PKR dan pemimpin-pemimpin dan Ahli Parlimen BN di Hong Kong, Singapura dan Indonesia.

Beliau enggan menyatakan jumlah Ahli Parlimen BN yang akan ditemui di Taiwan.

Khamis, September 11, 2008

APA KES NAK BAWA KES KE TEMPAT LAIN?


Apa nak heran beb. Depa boleh buat apa saja sementara masih berkuasa kuda. Mereka boleh memperkudakan semahu mungkin kuasa kuda yang ada pada mereka. Walaupun depa semakin tak sedar kuda tua yang kian uzur akan pada bila-bila masa rebah tersungkur menyembah lantai bumi yang kian bersopak penuh keladak dan cengkadak serta taik mentadak (Gambar atas). Seharusnya kita tidak terpedaya lagi dengan opera dari satelit berpuaka ini. Sudah sekian kali kita tidak terpedaya, mengapa masih mahu juga mempercayai akan opera dongeng rock kucing zaman jahiliah.

Skrip jalan ceritanya juga kerap ada persamaan walaupun opera ini pernah diterbitkan sepuluh kurun yang lalu.Anak-anak cucu kita yang ketika itu masih kecil telah menjadi sedewasa kita masih terpaksa menonton opera ortodok ini. Akan bercucukah kita jika mereka terus menonton opera mahjung berkepala singa ini. Atau mungkinkah kepala singa itu pula kita jadikan santapan bila sampai masanya nanti. Maka amat beruntunglah kita ketika itu dapat memijak-mijak kepala singa yang sudah tidak berdaya kuasa.

Akan karamkah kapal dilautan jika lautannya sudah kekeringan air?Ataupun akan musnahkah pondok usang terbakar tanpa api? Semuanya tidak perlu kita fikirkan kerana kita adalah pejuang. Bisa belayar tanpa air, bisa terbakar tanpa api.


Opera ini adalah opera terakhir buat sebuah produksi gila kuasa.Kisah karut marut dongengan pujangga berulat yang sekiranya dipertontonkan di hutan rimba sekalipun belum tentu ulat gonggok di lubang banir akan menontonnya malah akan dihilai ketawa secara total oleh mawas-mawas rimba yang ganas bertaring bukan seekor malah berkumpulan.Kerana mereka lebih cerdik menilai bahan ketawa dari perakus kuasa ini.

Percayalah anak cucuku yang kian cerdik diasah mindanya....Desir pasir di pantai sudah anak cucuku tahu jantan betinanya pasir itu.Melihat belon di udara sudah anak cucuku tahu itu sebenarnya GUNI PETAI.

Rabu, September 10, 2008

Kenapa tidak bubar DUN N.Sembilan sekarang ?

Oleh Zulkefly Mohamad Haji Omar

Saya ingin mengulas kenyataan akhbar yang dibuat oleh Datuk Seri Mohamad Hasan dalam akhbar Sinar Harian bertarikh 10 September 2008 yang bercanggah , dimana beliau pada mulanya menyatakan beliau tidak takut dengan 16 September kerana pasti tidak akan ada wakil rakyat BN melompat parti.

Tetapi selanjutnya Datuk Seri Mohamad Hasan menyatakan kalau berlaku juga, kemungkinan pilihan raya akan diadakan semula dan beliau yakin BN akan perolehi kerusi yang lebih besar.

Jika diadakan pilihanraya semula beliau yakin UMNO akan menawan semula Ampangan, Sikamat dan Paroi, manakala MCA dan Gerakan akan menawan semula Chuah, Nilai dan Senawang, serta MIC bagi Port Dickson.

Persoalannya ialah beliau begitu yakin BN akan menawan semula beberapa DUN di Negeri Sembilan ini mengapa perlu tunggu tarikh 16 September 2008 atau menunggu wakil rakyat BN melompat parti ? Beliau sepatutnya membubarkan Dewan Undangan Negeri Sembilan dengan seberapa segera untuk membuktikan bahawa sokongan rakyat kepada BN semakin kuat di Negeri Sembilan ini.

Kenyataan tersebut menggambarkan Barisan Nasional di Negeri Sembilan ini begitu panik dengan perkembangan politik yang berlaku di peringkat pusat.

Malah kekecohan politik di Negeri Sembilan pula tidak menunjukkan Barisan Nasional khususnya UMNO di negeri ini mendapat sokongan majoriti memandangkan beberapa ahli politik di Negeri Sembilan ini menghadapi pertuduhan rasuah. Ini diburukkan lagi dengan beberapa insiden kekecohan semasa mesyuarat UMNO di peringkat cawangan.

Pakatan Rakyat Negeri Sembilan sebelum ini juga telah membantah perjalanan Sidang Dewan Undangan Negeri dimana sistem penggiliran soalan oleh wakil rakyat telah tidak dilaksanakan seperti di parlimen. Ini menunjukkan bahawa wakil rakyat dari Pakatan Rakyat tidak bebas untuk bertanyakan soalan untuk kepentingan rakyat di kawasan yang diwakili mereka.

Walaubagaimanapun bagi pihak PAS Negeri Sembilan kita telah mengarahkan semua jentera pilihanraya di peringkat DUN dan Parlimen untuk membuat persiapan yang rapi dan lengkap untuk menghadapi pilihanraya dalam masa yang terdekat ini serta memberikan kerjasama yang sepenuhnya dalam Pakatan Rakyat untuk mempastikan kemenangan rakyat dan kemajuan negeri ini secara keseluruhannya.

Zulkefly Mohamad bin Haji Omar


* Penulis merupakan Pesuruhjaya PAS N.Sembilan dan blog beliau boleh dilayari di http://zulkeflyomar.blogspot.com - KLPOS

Kalau tak jadi 16 haribulan

OLEH:KLPOS

KETIKA tinggal kurang seminggu, Pakatan Rakyat mengubah tarikh mencapai sasaran membentuk kerajaan persekutuan? Jawapannya nampak menjurus ke arah itu berdasarkan kenyataan terbaru Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi.

Kata beliau, sasaran 16 September bagi membentuk kerajaan yang baru boleh dianjak ke satu tarikh yang lain jika wujud masalah yang boleh menghalang proses peralihan kuasa seperti yang dirancang.

"Walaupun kita sudah ada sasaran iaitu pada 16 September, tapi gambaran setakat ini hasil perbincangan bersama PAS dan DAP, tarikh itu boleh kita anjak... kalau tak jadi 16 haribulan mungkin 20 haribulan kerana tarikh itu juga ada sejarah.

"Tapi saya fikir dalam keadaan sekarang adalah susah bagi mereka (kerajaan Barisan Nasional) untuk gagalkan kehendak dan kebangkitan rakyat," kata beliau semasa menyampaikan ucapan selepas majlis solat tarawih dan hajat di rumahnya di Bukit Segambut malam tadi.

Anwar menyatakan demikian sehari selepas pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mengadakan pertemuan hampir tiga jam pagi kelmarin susulan pertemuan informal lebih dua jam di ibu negara Ahad lalu.

Ketika ditemui semalam, beliau menjelaskan bahawa perancangan untuk membentuk kerajaan berjalan dengan lancar.setakat ini.

Bagaimanapun malam tadi Anwar berkata, perbincangan secara terpeinci akan diadakan bersama pemimpin parti-parti komponen Pakatan Rakyat iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP bagi meneliti sebarang risiko yang bakal terjadi.

"Esok saya perlu ikuti prosedur mahkamah. Jadi kemungkinan pada sebelah petangnya atau hari berikutnya kita akan bermesyuarat mengenai persediaan kita menghadapi 16 September," katanya.

Anwar, bekas Timbalan Perdana Menteri akan muncul di Mahkamah Sesyen Jalan Duta di sini esok bagi mendengar sebutan semula kes liwat melibatkan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari, 23.

Anwar mengumumkan pelan sasaran 16 September enam bulan lalu iaitu sejurus selepas pilihan raya umum ke-12 diadakan.

Tambah beliau, jumlah Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang akan lompat parti menyertai Pakatan Rakyat sudah mencukupi.

"Jumlah mereka kita sudah ada. Tapi disebabkan mereka pergi lawatan 'menghayati Ramadan' di Taiwan kita perlu tunggu dahulu," katanya.

Menurut beliau lagi. ada antara Ahli Parlimen BN yang menyertai lawatan tersebut telah berjanji kepadanya untuk meneruskan matlamat mereka meninggalkan BN.

"Saya ada dapat maklumat bahawa mereka yang pergi itu tidak dibenarkan pulang sebelum 16 September bagi mengahalang sasaran kita," katanya.

Dalam pada itu KLpos sebelum ini melaporkan berita 'terbalik kot' yang mendakwa dua orang MP Pakatan akan melompat ke Umno.

Khabarnya wakil rakyat ini mewakili parlimen di Kelantan. Satu dari PAS dan satu dari PKR.

Menurut blogger 'Kapak Jangak' yang dikendalikan oleh Ramli Abdul Halim, dua ahli parlimen berkenaan akan sertai Umno dan pengisytiharan penyertaan mereka akan dibuat pada 1 Oktober nanti.

Beliau yang juga penerbit akhbar Mingguan Wasilah mendakwa menerima satu panggilan yang memberikan maklumat terpeinci mengenai isu lompat tersebut.

"Pemanggil berkenaan memberikan nama dan biodata penuh kedua-dua ahli parlimen itu dengan seorang daripadanya adalah dari Parti Keadilan Rakyat (PKR). Bagaimanapun saya tidak akan menyiarkan nama mereka berdua buat masa ini", dakwa Ramli dalam blognya.

"Faktor yang mendorong kedua-duanya memilih menyertai Umno adalah bagi memastikan kedudukan kerajaan Umno/BN di pusat terus kukuh dan sekaligus untuk menidakkan dakwaan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa kerajaan yang ada akan bertukar tangan kepada PKR dan beliau yang akan jadi perdana menteri", tambah beliau lagi.

Ramli turut mendakwa pemanggil tersebut memberitahu tidak ada sebarang tawaran harga, jawatan atau pujuk rayu dari mana-mana pemimpin Umno negeri atau pusat yang menyebabkan mereka terdorong mahu menyertai Umno.

Sebaliknya keputusan itu dibuat atas pilihan sendiri demi masa depan agama, bangsa dan negara tercinta dan permohonan rasmi untuk menyertai Umno dikatakan telah pun dibuat dan keduanya kini menunggu keputusan sama ada permohonan mereka diterima atau ditolak.

"Dakwanya, selain dari kedua-duanya, beberapa orang ahli parlimen lain lagi, termasuk dari Pas akan turut sertai Umno, malah ada beberapa ahli dewan undangan negeri juga turut akan berbuat demikian", dakwa Ramli lagi didalam blog tersebut.

Sementara itu penulis politik terkenal Mohd Sayuti Omar yang mengulas isu ini didalam blognya Merah Tinta mendakwa alasan Ramli itu sedap didengar tetapi ada sedikit unsur retorik.

"Saya tidak perlu siasat mengenai laporan berkenaan. Sebagai seorang pengamal media dan menjadi penganalisa kecil politik, mudah saja untuk memberi gambaran atas laporan berkenaan.

Walaupun laporan itu tidak mustahil, tetapi apakah munasabah dalam keadaan semua orang bersemangat tinggi untuk melihat BN jatuh tiba-tiba ada orang seperti dua ahli Parlimen itu hendak menyertai Umno", kata Sayuti didalam blognya.

Sayuti turut menyangkal laporan tersebut dengan memberi alasan langkah menyertai Umno ketika ini adalah langkah songsang dan hanya mereka yang kabur saja bersedia untuk mengikuti Umno.

"Umno dalam keadaan seperti hari ini saya tidak fikir ada orang ingin mencemarkan maruahnya untuk bergelumang di dalam parti berkenaan yang disifatkan oleh Rais Yatim sebagai tidak berbudaya Melayu lagi itu. Saya rasakan kalau rakyat begitu tinggi semangat dan keazamannya hendak lihat BN jatuh, apatah lagi dengan ahli-ahli Parlimen. Mereka tentu lebih bersemangat lagi untuk melihat realiti itu.", tambah Sayuti lagi.

Beliau berpendapat orang yang memberi maklumat kepada Ramli ada agenda tersendiri. Mungkin beliau menggunakan ruang untuk mencuri tumpuan orang dan menimbulkan kegemparan kecil.

Di akhir tulisannya Sayuti tidak menolak kemungkinan pemberi maklumat kepada Ramli itu sudah pun menghubungi akhbar-akhbar dan media eletronik berkenaan.

Namun kerana kesahihannya dan nilai beritanya boleh diketawakan orang maka ia tidak disiarkan. / KLpos, Mstar

Selasa, September 09, 2008

Gerakan P Pinang putus hubungan dengan Umno negeri



Harakahdaily
Tue | Sep 09, 08 | 7:37:49 am MYT
KUALA LUMPUR, 9 Sept (Hrkh) - Gerakan Pulau Pinang mengadakan mesyuarat tergempar semalam ekoran sidang akhbar yang diadakan oleh ketua Umno Bukit Bendera, Dato' Ahmad Ismail di mana seorang pemimpin Umno bertindak mengoyak gambar bekas ketua menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon. Iklan



Malaysiakini melaporkan, dalam mesyuarat tergempar itu, kata Dr Koh, Gerakan Pulau Pinang mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Umno negeri tersebut.

Beliau turut membidas Ahmad yang didakwa membuat kenyataan yang menyinggung orang Cina kerana "telah menukar kesilapan peribadinya kepada konflik dan krisis antara parti-parti komponen BN dan yang paling teruk lagi, antara masyarakat".

Menurut Dr Koh lagi, tindakan penyokong Ahmad menurun, mengoyak dan memijak gambarnya, bukan sahaja dilihat sebagai tindakan yang tidak menghormati dan menghina beliau, tetapi juga keseluruhan parti dan BN.

Dalam sidang akhbar pada jam 10.30 malam tadi, Dr Koh berkata, pemimpin dan ahli Gerakan amat terperanjat dan marah dengan perbuatan tersebut,

Menurutnya, mereka kecewa dan sedih kerana ramai pemimpin badan perhubungan Umno negeri yang hadir di situ, telah membiarkan kenyataan dan perbuatan yang tidak bertanggungjawab seumpama itu.

Dr Koh juga berkata, amaran Ahmad supaya masyarakat Cina tidak bersikap seperti orang Yahudi di Amerika yang mahu menguasai ekonomi dan politik, sebagai tidak bertanggungjawab dan tidak harus dibangkitkan sama sekali. - mks._

Isnin, September 08, 2008

LAWATAN SAMBIL SEMBUNYI


Program lawatan sambil belajar yang diadakan secara tergesa-gesa tanpa mededahkan destinasi yang dituju bolehlah juga kita panggil Lawatan Sambil Sembunyi.

"Kalau mereka nak pergi, biarlah mereka pergi, apa nak hubung kaitkan dengan September. Mereka bukannya orang yang nak melompat daripada BN," kata Pak Lah mengulas mengenai lawatan sambil belajar ke luar oleh anggota Kelab Ahli Parlimen Barisan Nasional dari 7 hingga 15 September nanti, Perdana Menteri berkata program itu tidak perlu dikaitkan dengan penubuhan kerajaan oleh Pakatan Rakyat pada 16 Sept ini.

UMNO nampak begitu-gitu-gitu panik walaupun mereka menegaskan tidak ada MP yang akan bergabung dengan Power Rangers(PR) ataupun Pakatan Rakyat(PR). Berbagai usaha cuba dilakukan secara terang-terangan sebagai contohnya penyerahan satu surat yang mengandungi tandatangan semua anggota Parlimen dari kedua-dua negeri Sabah dan Sarawak kepada Pak Lah sebagai tanda sokongan mereka.

Najib pulak berkata, "Saya tidak tahu lagi (mengenai perkara itu), soal mereka tanda tangan atau tidak itu soal kedua tetapi apa yang penting dalam hati mereka tidak ada
tanda bahawa mereka hendak tinggalkan BN, mungkin mereka tidak setuju dengan kaedah itu," katanya. Dahsyatnya,dalam hati pun boleh nampak tanda?

Lebih kalut lagi bilamana Gerakan pula mengacah untuk keluar dari BN. Pemangku Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata keputusan untuk mengkaji semula kedudukan dalam Barisan Nasional (BN) adalah proses yang berterusan dan ia bukan sesuatu yang luar biasa.Ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Gerakan Kelantan pada 5 September, Koh dilapor berkata parti itu akan mengakaji semula kedudukannya dalam BN jika parti-parti komponennya, terutama Umno, gagal membuat perubahan untuk mengembalikan keyakinan rakyat.

Koh juga ditanya mengenai kenyataan Perdana Menteri bahawa kerajaan '16 September' tidak akan berlaku, Koh berkata masa depan kerajaan dan rakyat tidak boleh ditentukan oleh 30 atau 40 orang yang mungkin membuat keputusan untuk melompat parti dan menyertai pembangkang.

"Sebab sekiranya 40 orang lompat sana, tapi lepas itu dua bulan nanti 20 lompat semula, maka kita akan ubah kerajaan tiap-tiap dua bulan kah?

Kah! Kah! Kah! lawak maksima betul la...

Kepada yang sesiapa juga yang sedang mengikuti lawatan sambil belajar sila dengar ini pantun:

Ikan kelah tak ada gigi
Air mawar dalam peti
Dolah sudah lah nak pergi
Anwar pulak jadi penganti

(Dalam pada kawasan utara tanahair dilanda hujan lebat dan banjir para MP pakat pi lawatan sambil belajar.Kata semua MP BN suka turun tunjuk muka kat tempat bencana seawal mungkin).

Ahad, September 07, 2008

DSAI TETAP YAKIN BOLEH



JAKARTA (6 SEPTEMBER 2008):Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan kepada media tempatan dan antarabangsa di Jakarta bahawa beliau tetap yakin impiannya akan menjadi kenyataan pada 16 September ini.Walaupun beliau tidak dapat memberikan nama-nama ahli parlimen yang bakal menyertai Pakatan Rakyat atas dasar persefahaman dan perjanjian dengan ahli parlimen tersebut tetapi beliau berkata 16 September tetap dalam landasannya.

Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berada di Jakarta Selatan untuk menghadiri majlis yang dianjurkan oleh Ikatan Cendekiawan Muslim Indonesia juga bertukar-tukar pandangan mengenai peranan demokrasi, pemimpin negara, dan etika politik di negara masing-masing.

Beliau turut menegaskan tentang media di Malaysia hanya menyiarkan berita dari sudut pandangan pihak kerajaan yang memerintah sahaja. Beliau juga berkata penghijrahan ahli parlimen BN akan terjadi pada 16 September ini walaupun laporan media di Malaysia mengatakan ianya tidak akan berlaku.

Wartawan Biaqpila yang kini berada di Kuala Lumpur turut teruja mendengar penjelasan terbaru Datuk Seri Anwar Ibrahim ini.

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive