Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, Julai 25, 2021

Malaysia Antara 19 Negara Yang Berpotensi ‘Hancur’ Akibat Wabak COVID-19, Lapor Data Antarabangsa



Baru-baru ini kita dilaporkan dengan keruntuhan sistem kesihatan di India yang terkesan dengan lonjakan kes wabak COVID-19. Selain dari India, Biro Kewartawanan Penyiasatan menganalisis data yang disediakan oleh Breath Counts Coalition, NGO Path dan Clinton Health Access Initiative (CHAI) mendapati bahawa terdapat sejumlah negara lain yang bakal menghadapi situasi sama disebabkan peningkatan kes wabak COVID-19 yang tinggi dan kekurangan bekalan oksigen.

Dilaporkan menerusi The Guardian semalam, difahamkan bahawa terdapat 19 negara dari seluruh dunia yang berisiko mengalami ‘kehancuran total’ pada sistem kesihatan akibat daripada situasi yang tidak terkawal. Negara-negara terbabit antaranya adalah India, Argentina, Iran, Nepal, Filipina, Malaysia, Pakistan, Costa Rica, Ecuador dan Afrika Selatan.

Dakwaan ini muncul setelah beberapa negara terbabit mencatatkan peningkatan besar kepada permintaan bekalan oksigen sejak bulan Mac lalu. Difahamkan bahawa terdapat peningkatan sekurang-kurangnya 20 peratus ditengah-tengah situasi kekurangan program vaksinasi di negara-negara terbabit.

Sebilangan besar negara-negara ini menghadapi kekurangan oksigen sebelum wabak COVID-19, kata Leith Greenslade, koordinator Koalisi Every Breath Counts. Keperluan tambahan telah mendorong sistem kesihatan ke ambang bahaya. “Situasi tahun lalu, dan sekali lagi pada Januari tahun ini di Brazil dan Peru, seharusnya menjadi peringatan,” kata Greenslade.

“Tetapi, dunia tidak sedar. Kita harus tahu apa yang akan berlaku di India, setelah melihat apa yang berlaku di Amerika Latin. Dan sekarang melihat Asia, kita harus tahu ini akan berlaku di beberapa bandar besar di Afrika,” sambungnya.

Bagi Robert Matiru, yang mengetuai Pasukan Petugas Kecemasan Oksigen COVID-19 bagi Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), mengatakan bahawa kesan lonjakan wabak COVID-19 akan menghancurkan sistem kesihatan di beberapa negara yang mempunyai sistem yang sangat rapuh.

Di India ketika ini telah melaporkan kekurangan oksigen yang sangat ketara. Melalui data yang dikeluarkan, India memerlukan tambahan 15.5 juta meter padu oksigen sehari untuk pesakit COVID-19, lebih dari 14 kali ganda yang diperlukan pada bulan Mac, menurut kajian tersebut.

Akibat daripada gelombang kedua wabak COVID-19 di India, negara terbabit telah melarang semua eksport keluar bekalan oksigen. Ini memberi kesan kepada negara-negara jiran India seperti Pakistan, Nepal, Bangladesh, Sri Lanka dan Myanmar yang bergantung harap pada bekalan oksigen dan peralatan perubatan buatan India.

Di Nepal, data menunjukkan bahawa mereka memerlukan lebih dari 100 kali ganda lebih banyak bekalan oksigen. Sri Lanka pula mencatatkan peningkatan sebanyak 7 kali ganda. Manakala Pakistan yang menderita dengan gelombang ketiga wabak COVID-19 merekodkan hampir 60 peratus lebih banyak pesakit yang menggunakan oksigen di hospital.

Greenslade menyatakan bahawa permintaan oksigen yang tinggi telah memberi tekanan kepada sistem kesihatan dan akan memberi kesan kepada pesakit apabila ia tidak dapat dipenuhi. Dia turut menyatakan bahawa negara-negara miskin yang memiliki sistem kesihatan yang lemah tidak mampu untuk berdepan dengan situasi seperti sekarang.

“Dari ketua negara, menteri kesihatan, menteri kewangan … negara-negara ini tidak mengutamakan oksigen sebagai peralatan penting. Seperti yang telah kita lihat di India, banyak orang telah terkorban dan terus terkorban setiap hari kerana kekurangan oksigen,” kata Greenslade.

Sementara itu, beberapa negara menuntut agar syarikat yang menghasilkan oksigen mengalihkan produk dari pemain industri kepada hospital. Oksigen perubatan hanya merangkumi 1 peratus pengeluaran oksigen cecair global. Di Iraq sebagai contoh, syarikat gas dapat menghasilkan kira-kira 64,000 meter padu oksigen cair sehari, satu pertiga daripada keperluan pesakit COVID-19 negara itu.


“Kita harus bertanyakan soalan yang sangat kritikal: mengapa sumber penting seperti oksigen terkurung di lombong, keluli, minyak dan gas apabila sistem kesihatan awam yang lemah tidak dapat menyediakan cukup [oksigen] untuk bayi, orang dewasa dan orang tua yang masih hidup.

“Negara-negara ini harus melihat bagaimana mereka melabur dalam oksigen perubatan dalam sistem kesihatan. Jika kapasiti oksigen tersedia untuk digunakan oleh syarikat perlombongan, maka kapasiti yang sama juga mesti ada untuk sistem kesihatan bagi menyelamatkan nyawa.”

Untuk rekod, Pertubuhan Kesihatan Sedunia, UNICEF, Bank Dunia, penderma dan NGO telah menghantar bantuan kepada negara-negara yang terkesan untuk membantu mereka menangani peningkatan keperluan oksigen. Bank Dunia juga telah membuka peluang kepada beberapa negara untuk memohon bantuan pinjaman kewangan bagi menangani wabak COVID-19.

SUMBER: THEVOCKET


Sabtu, Julai 17, 2021

PUSAT PENYEBAR VIRUS?



PUSAT PENJANGKITAN VIRUS - inilah penyebab angka kes di KL dan Selangor naik mendadak. Kenapa tak ada peningkatan mendadak macam ni di negeri lain? Sebab PPV mereka lebih kecil, dan ada juga yang pandu lalu. Tetapi di Lembah Klang, PPV mega dapat boleh muat sampai 20,000 orang sehari, dan ini belum termasuk pekerja dan peneman orang tua dan OKU. Kuman dari 20,000+ orang akan berperap di dalam udara stadium sepanjang hari. Daripada 20,000 manusia ini, berapa ramaikah yang positif tapi tak ada gejala? Dalam seminggu, terdapat kuman 140,000 orang manusia berlegar di sana. Dalam satu bulan, 600,000. Itu baru satu tempat. Apakah kemungkinan ada SATU saja orang yang positif di kalangan mereka?

Tiap2 hari Hisham berleter suruh kita ikut SOP, tapi KKM sendiri tak payah ikut! Kita tak boleh berkumpul, nak makan dalam kereta pun tak boleh, naik basikal seorang diri pun tak boleh, shopping kat pasar malam yg open-air tak boleh, orang mati pun tak boleh tengok walaupun jenazah tidak lagi menghembuskan virus (jkejam!!!), pastu KKM sendiri buat perhimpunan mega di mana 20,000 orang dibiarkan menghirup udara yg sama di ruang tertutup, dan duduk berjam-jam menunggu giliran.

Dan di dalam lautan manusia 20,000 orang ini, kebanyakan adalah orang tua dan orang sakit, sebab mereka disuruh pergi dulu. Kamu ambik orang yg sistem imun dia sudah lemah dan suruh mereka berhimpun dengan 20,000 orang, ramai daripada mereka yg kena Delta. Pastu bila mereka sakit, kamu kata mereka sendiri tak ikut SOP. Pastu kamu tutup kedai dan pasar malam sampai orang bunuh diri dan kanak-kanak terbantut, sementara kamu sendiri mewujudkan "kluster sporadik" pada perhimpunan 20,000 orang. Siapa yang tidak ikut SOP ni har?????

So yg lawak ialah kamu pergi cucuk sebab takut kena Kobid, pastu kamu pergi berhimpun dengan 20,000 orang dan kena Kobid. 🤣

Salah siapa ini?? Siapa yang belanjakan RM333 juta duit kita untuk sewa dewan? Kenapa tak boleh sewa dewan yang lebih kecil atau guna pusat komuniti, bangunan kerajaan, sekolah atau KK? Kenapa tak boleh bagi doktor klinik cucuk? Ada banyak klinik di merata tempat. No... sendiri nak bolot semua!!! Kenapa tak boleh sewa kedai yg sudah lingkup, restoran yang tidak digunakan, dewan badminton? Pemilik pasti lega dapat duit sewa sikit. Kenapa tak boleh gunakan sekolah? Semua daerah ada sekolah dan semua sekolah ada jalan yg yg masuk-keluar. Boleh saja buat pandu-lalu, risiko jangkitan adalah kosong!

Tapi orang KL dipaksa lintas daerah untuk mendapatkan vaksin, ada yang terpaksa pergi sejauh 50km. Apa, ingat semua orang kaya kah??? Apa guna buat PKP kalau kamu bagi puluhan ribu orang lintas daerah setiap hari untuk menyebarkan kuman ke seluruh negeri? Bukankah ini lebih teruk daripada balik kampung?? Kenapa orang tak dapat dicucuk di daerah mereka sendiri? Setiap daerah ada klinik kesihatan, sekolah dan dewan komuniti. Pasang khemah di parking lot, cucuk secara drive-through, senang.

Kenapa kena sewa stadium besar2 dan convention centre yg mewah2? Apakah sebab ia adalah lebih mahal untuk menyewa stadium dan pusat konvensyen, sedangkan bangunan kerajaan free je? Kalau semua free, macam mana nak makannnn???? No project, no makan. Megaproject = mega makan.

Kenapa tak ada peningkatan mendadak di negeri lain? Sebab negeri lain tak ada stadium atau pusat konvensyen besar2 untuk disewa sebagai PUSAT PENJANGKITAN VIRUS !!!!

Jom lihat kapasiti beberapa PPV di KL dan Selangor. Ini adalah bilangan orang yang dicucuk setiap hari:

Putrajaya International Convention Centre - 20,000 orang
KLCC - 15,000 orang
Bukit Jalil Stadium - 10,000 orang
Move N Pick Hotel, Sepang - 9,000 orang
Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) - 8,000 orang
KPJ Klang Specialist Hospital - 6,000 orang
Sunway Convention Centre - 5,000 orang
Mines Convention Centre - 5,000 orang

Sepanjang hari, aircond meniup virus berpusing2 di dalam udara yg sama. Walaupun orang sebelum kamu dah balik, kamu masih boleh menyedut kuman mereka. Pada hujung hari, aircond ditutup. Esok start balik dan sambung pusingkan kuman yang ditinggalkan semalam. Itu belum kira virus yang tersangkut di dalam filter aircond dan ditiup keluar keesokan harinya. Berapa hari kuman boleh hidup di dalam udara dan permukaan benda? Lupa dah, tapi yg ingat ialah paling kurang 3-4 hari.

Jadi siapa yang buat angka naik mencanak macam ni di Lembah Klang? Angka kes sudah naik 2 minggu sebelum Ramadan lagi. Siapa yang belanja RM333 juta duit rakyat untuk sewa stadium dan menghasilkan 84% kes sporadik?? Saya cabar Hisham dedahkan berapa peratus pesakit sudah pun divaksin!!!

Walaubagaimanapun, angka yg naik mencanak tidak akan terhad kepada KL sahaja. Minggu depan, kenaikan serupa akan berlaku di semua negeri. Satu minggu yang lalu, Khairy dan rakan-rakan songlapnya telah mendirikan "PPV Industri" - rakyat akan dihimpun di satu stadium berdasarkan sektor pekerjaan mereka. Apakah kebodohan ini??? Satu PPV untuk pekerja kilang, satu untuk sektor pembinaan dan satu untuk sektor pengangkutan. Ini akan menghimpun sekali pekerja dari kilang yang berlainan di seluruh negeri, pekerja pembinaan dari construction site yang berbeza, dan pemandu bas, teksi, tren dan lori dari seluruh negeri di satu pusat vaksinasi. Mereka akan rentas daerah. Pusat PPV ini akan mencucuk 300,000 orang di 12 buah negeri (kecuali Perlis dan Labuan). Mangsa-mangsa ini kemudian akan balik ke hostel, keluarga dan komuniti mereka masing2. Rasanya apa akan terjadi eh… Lepas tu pemandu lori boleh merentas negeri dan jangkit ke seluruh Malaysia.

(https://www.utusan.com.my/terkini/2021/06/program-vaksin-sektor-industri-kilang-dua-minggu-lagi/)

Kes meningkat 25% di dalam satu minggu yang lepas. Sudah lebih dari seminggu sejak Pusat Jangkitan Virus Industri ini mula beroperasi. Tunggu dah lihat… dalam 2 hari lagi, kita akan melihat angka kes 5 digit. (Kecuali kalau mereka tipu dan kurangkan bilangan ujian.) Kita akan jadi seperti India. Selangor sudah pun jadi India, dalam 2 minggu lagi, seluruh Malaysia akan jadi seperti India. Pastu Hisham akan kata, "Kluster baru dikesan di kilang dan tapak pembinaan, ini kerana korang tak ikut SOP."

Hoi!!!! Siapa yang tak ikut SOP di sini har???????
Siapa yang buat perhimpunan besar-besaran?
Siapa yang suruh orang lintas daerah dan bawa kuman masuk ke daerah kamu?
Siapa yang belanja RM333 juta duit kamu untuk sewa stadium dan convention centre mega-mega apabila sekolah, klinik kesihatan dan pusat komuniti free je?
Siapa yang himpunkan orang dari lain2 kilang dan tapak pembinaan dari lain2 daerah di seluruh negeri dan biarkan mereka bercampur? Apa guna PKP macam ni???

Khairy, Adham, Hisham dan Sabri harus letak jawatan sebab telah melanggar SOP sendiri secar serius. Mereka bukan sahaja gagal membendung wabak ini, mereka lah yang MENCIPTA wabak ini!!!
#copy

Original post:
https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=1472008143150214&id=100010231272002

Jumaat, Julai 02, 2021

KEMPEN BENDERA HITAM PULA MUNCUL

PETALING JAYA: Selepas tular kempen mengibarkan bendera putih untuk membantu masyarakat yang terkesan akibat pandemik Covid-19, kempen mengibarkan bendera hitam pula hadir atas tujuan berlainan. Rakyat negara ini diseru mengibarkan bendera hitam bermula esok di hadapan rumah, kedai, jalan atau tempat sesuai sebagai tanda kekecewaan rakyat terhadap kerajaan. Media Sekretariat Solidariti Rakyat dalam satu kenyataan memaklumkan, orang ramai juga diminta memenuhi tuntutan terhadap kempen tersebut dengan mengambil gambar dan memuat naik di media sosial secara serentak pada pukul tiga petang esok dan menggunakan tanda pagar #Lawan pada setiap hantaran. “Parlimen yang sepatutnya menjadi tempat membincangkan jalan penyelesaian kepada isu-isu kesengsaraan rakyat sehingga hari ini masih lagi gagal bersidang. “Di atas kegagalan kerajaan sekarang, Sekretariat Solidariti Rakyat menuntut Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan Perdana Menteri serta merta, buka parlimen dengan kadar segera dan tamat darurat,” katanya hari ini. Kempen kibar bendera hitam muncul selepas tular kempen mengibarkan bendera putih untuk membantu golongan yang terkesan akibat wabak Covid-19. Dalam pada itu, kenyataan itu berkata, inisiatif bendera putih adalah satu manifestasi daripada keterdesakan rakyat Malaysia untuk melangsungkan kehidupan. “Rakyat terpaksa merayu demi sesuap nasi dikala kerajaan hari ini menggajikan puluhan jemaah menteri dengan bayaran yang tinggi. “Kelembapan pengumuman bantuan kewangan oleh kerajaan walaupun pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini bukan perkara baharu, sama sekali tidak boleh diterima rakyat,” katanya. – UTUSAN ONLINE

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive