Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Januari 15, 2018

Serah kerusi: 'Parti suci, parti sarkas tak akan faham'




Pemimpin pusat Parti Amanah Negara (AMANAH) menolak dakwaan Gombak sebagai kerusi tidak selamat Pakatan Harapan, yang memaksa Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali menyerahkannya Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Bagi saya secara peribadi, dengan pelbagai insentif yang kerajaan Selangor perkenalkan kepada rakyat Selangor dan termasuklah insentif menarik dalam bajet negeri baru-baru ini, MB Selangor tersangat popular untuk ditumbangkan di Gombak meskipun wujud tiga, hatta 10 penjuru sekalipun,” kata Hanipa Maidin.





Azmin pada Sabtu lalu menawarkan calon perdana menteri HARAPAN untuk bertanding di di Gombak dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang jika dipersetujui PKR.

Tawaran itu dibuat selepas Dr Mahathir berkata Azmin berkebolehan menjadi perdana menteri namun tidak terpilih.

Dalam pilihan raya umum lalu, Gombak yang mempunyai 123,290 pengundi dimenangi Azmin pada PRU 2013 dengan majoriti 4,734 atau 51.4 peratus undi.

Menulis di Facebook, Hanipa berkata hanya parti lawan yang melatah apabila Azmin menawarkan kerusi itu kepada Mahathir.

“Bila MB Selangor menawarkan kerusi parlimen Gombak kepada Tun M, nampaknya yang bertempik kuat dan melatah adalah parti suci dan parti sarkas.

“Kedua-dua parti suci dan parti sarkas ini mendakwa kononnya MB Selangor itu sengaja tawarkan kerusi Gombak sebab beliau rasa ianya kerusi yang tak selamat bagi beliau,” katanya.

Hanipa berkata beliau bersetuju dengan pandangan anggota parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar bahawa tawaran itu adalah manifestasi pengorbanan dan kesepaduan dalam HARAPAN “yang mungkin sukar difahami oleh parti suci dan parti sarkas.”

Pemimpin Umno dan PAS dilaporkan sinis dengan tawaran Azmin itu dan mendakwa ia hanya alasan untuk lari daripada 'kegagalan' berkhidmat kepada penduduk dan bersifat 'sabota


Read more at https://www.malaysiakini.com/news/408703#RdL37lbrVhQtWqbO.99










Khamis, Januari 11, 2018

'JIka Anwar banduan, kenapa PM jumpa dengannya?'


Jika Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah seorang banduan, mengapa perdana menteri Malaysia menemuinya, soal peguam kepada bekas ketua pembangkang itu.

N Surendran merujuk kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed yang menggambarkan Anwar sebagai banduan susulan tindakan pihak penjara melarang Tun Dr Mahathir Mohamad menemui anak guamnya itu.

"Sekiranya beliau hanya seorang banduan, mengapa perdana menteri Malaysia melawatnya," soal Surendran.

November lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melawat Anwar selepas ketua umum PKR itu menjalani pembedahan di Hospital Kuala Lumpur.

Menyifatkan tindakan Nur Jazlan sebagai "memalukan dan terdesak oleh seorang menteri junior", Surendran juga mendakwa ia mendedahkan ketakutan Umno terhadap Anwar.

"Itulah yang Umno rasakan perlu menggelarnya sebagai banduan yang hanya mendedahkan ketakutan Umno terhadap Anwar sebagai lawan politik," katanya.

Tambahan pula, Surendran mendakwa tiada seorang di Malaysia menganggap Anwar sebagai "banduan" melainkan menganggap beliau sebagai seorang "tahanan hati nurani".

"Sabitan dan pemenjaraannya telah menerima kutukan yang meluas di dalam negara kita dan di seluruh dunia. Pertubuhan Bangsa-Bangsa, organisasi dan individu terkenal di seluruh dunia menganggap pemenjaraan beliau adalah salah dan menggesa pembebasannya tanpa syarat.

"Bahkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, melalui Kumpulan Kerja Penahanan Arbitrari menyebut pemenjaraan Anwar dilakukan sewenang-wenang dan mendesak pembebasannya segera," tambahnya.

Beliau juga menegaskan bahawa faktor Anwar terus mempengaruhi perbincangan mengenai Pilihan Raya Umum Ke-14.

"Selain menafikan lawatan Mahathir untuk bertemu Anwar, menggelarnya sebagai banduan adalah lebih buruk lagi," katanya.


Mengulas mengenai keputusan pihak penjara tidak membenarkan lawatan Mahathir semalam, Nur Jazlan dilapor berkata bahawa Anwar, sebagai "banduan", masih tertakluk kepada peraturan penjara.

Anwar menjalani pemulihan selepas melakukan pembedahan di Hospital Rehabilitasi Cheras di Kuala Lumpur.

Bekas pemimpin pembangkang itu menjalani hukuman penjara selama lima tahun kerana kesalahan liwat yang didakwanya merupakan konsipirasi politik.


Read more at https://www.malaysiakini.com/news/408333#TEuyo9A0RGXKUFbD.99





LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive