Rabu, September 09, 2020
WOW GILA BABAS!!! PROMOSI DENGAN DISKAUN RM200
Promosi Pemasangan CCTV bermula dari 9.9.2020 hingga 10.10.2020 dengan diskaun RM200 bagi Pakej 8 kamera dan Pakej 4 kamera.
Harga asal bagi Pakej 8 kamera adalah RM2400. Harga selepas diskaun RM200 adalah RM2200. Bagi Pakej 4 kamera pula harga asal adalah RM1500 dan harga selepas diskaun RM200 adalah RM1300.
Pelanggan boleh menempah pemasangan bermula dari
9.9.2020 sehingga 10.10.2020.
Sebarang pertanyaan anda boleh menghubungi: 0133876000.
Anda cuma perlu klik DI SINI untuk berhubung dengan kami melalui applikasi whatsapp.
*Tertakluk pada terma.
Isnin, September 07, 2020
PELUANG KERJA DI MEKAH
Kuala Lumpur: Bukan mudah bergelar pemandu tren monorel. Tambahan pula, perkhidmatan pengangkutan awam itu masih menggunakan 100 peratus khidmat pemandu dari segi kawalan.
Berkongsi pengalaman, seorang pemandu tren monorel Ramli Masdar berkata, dia bertanggungjawab menjaga kawalan seperti mengemudi dan had kelajuan, melakukan pengumuman stesen dan mengawal sistem pintu serta penumpang.
"Apa yang penting fokus dan tumpuan ketika memandu. Ia sama seperti apabila kita memandu di jalan raya, tidak boleh leka supaya sebarang rintangan atau masalah dapat diatasi dengan baik," katanya.
Jelasnya, ia berbeza dengan tren yang bergerak secara automatik yang dikendalikan sepenuhnya oleh menara kawalan, sekali gus lebih memudahkan.
"Namun, saya masih perlu berhubung dengan menara kawalan bagi melaporkan maklumat," katanya.
Ramli antara pemandu terawal tren monorel sejak perkhidmatan itu mula beroperasi pada 31 Ogos 2003.
Kini, monorel dengan jajaran sepanjang 8.6 kilometer (km) yang menghubungkan laluan dari KL Sentral ke Titiwangsa masih lagi menggunakan sistem sama walaupun sudah beroperasi 17 tahun.
"Jika dulu, memang ada banyak masalah, tetapi sekarang semua operasi bertambah baik. Setiap hari kita buat penyelenggaraan kerana keselamatan penumpang keutamaan. Inilah kelainan bagi monorel berbanding pengangkutan awam lain mengikut kesesuaian jaraknya," katanya.
Bagaimanapun, pengalaman anak jati Batu Pahat, Johor selama 16 tahun itu turut membawanya menjadi antara lebih 500 petugas Malaysia yang terbabit dalam pengendalian selama tiga tahun pengoperasian tren Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro Southern Line (MMMSL), Makkah bermula 2015.
"Apabila ditawarkan untuk bekerja di Makkah, saya terus merebutnya tanpa berfikir panjang. Saya sangat bersyukur kerana diberi peluang untuk berkhidmat di sana.
"Kerana itu, saya sentiasa bersedia untuk bertugas di Makkah bagi mengendalikan operasi haji sekiranya terdapat lagi peluang seperti ini pada masa hadapan," katanya.
MMMSL membabitkan jajaran sepanjang 18.1 km merentasi sembilan stesen yang menghubungkan Arafah, Muzdalifah dan Mina, diiktiraf sebagai pengangkutan paling padat dan tersibuk di dunia.
Istimewanya, ia hanya beroperasi khusus untuk musim haji bagi membawa kira-kira dua juta jemaah dari Dunia Arab dan Asia Selatan, yang ditempatkan berhampiran stesen.
"Tren beroperasi 24 jam, tetapi hanya bagi tempoh tujuh hari. Memang singkat, tetapi sangat mencabar bukan sahaja kerana jumlah penumpang yang ramai pada satu-satu masa, tetapi juga cuaca panas.
"Berbeza dengan tren monorel, MMMSL tren yang panjang kerana mempunyai 12 gerabak dan secara keseluruhannya terdapat 120 pintu keluar masuk," katanya.
Bukan itu sahaja, bekas tentera ini juga berkesempatan menunaikan ibadah haji sepanjang tempoh berkhidmat di sana.
"Alhamdulillah, ia (tunai haji) kenangan manis yang paling tidak boleh lupakan. Mungkin berkat berkhidmat memudahkan tetamu Allah SWT, Allah SWT juga mempermudahkan urusan saya," katanya.
Langgan:
Catatan (Atom)
LISTEN TO AL-QURAN ONLINE