Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Oktober 07, 2016

13 CAWANGAN BANK PUN TEWAS OOO

KES RASUAH RM117 JUTA, SIMPAN CASH 52 JUTA KAT RUMAH 😡

Mesti anda tak tahu kan? Jumlah cash yg dijumpai di rumah si perasuah durjana tersebut adalah bersamaan 13 buah cawangan bank? Ya, on average, sebuah branch bank ada dalam 2-4 juta sahaja atau mungkin kurang dari itu. Rumah dia dah mengalahkan bank. 😈 (based on pengalaman saya jaga branch bank sebelum ni)
.
Siang malam kita semua rakyat marhaen bekerja. One way or another, semua orang kena cukai. GST semua kena. Duti hiburan, road tax, import duty etc. Dulu income yg layak saja kena income tax. Now everyone kena tax! 😤 Income kerajaan akan meningkat, tapi kalau duit sikit pun diseleweng begini, duit banyak nanti makin teruk lah jadinya. 😡
.
Bila keluar berita camni, its heart breaking for the rakyat kan? 😔 Kita menyumbang kepada kerajaan tapi begini jadinya. Memanglah bukan semua orang kerajaan macam tu, masalahnya ini yang kantoi. Yang masih bebas di luar sana tu tentu lagi ramai yg buat kerja terkutuk macam ni. 😤
.
Kronisme, projek pass kat adik beradik, pakai proxy, rasuah terima cash (supaya tak boleh trace). Apa bodoh sangat auditor kerajaan tak boleh hidu benda ni selama bertahun-tahun? Harap organisasi luar jabatan (SPRM) jugak yang tangkap. 😡
.
Bab-bab tender kerajaan ni bukan saya tak tau semua wayang jer. 1 individu buka 5 syarikat. Bila submit tender, buat harga lain-lain supaya nampak macam ramai orang submit proposal padahal orangnya sama. Baru nak submit tender, kerani bilis dah mintak percent. Macam mana kerajaan boleh kata Malaysia ni index rasuah rendah? Tak paham aku 😓
.
Tak sedarkah semua tu DUIT HARAM?! Bagi anak-anak & pasangan makan sumber haram. Tak rasa bersalah ke? Buatlah jahat macam mana pun. Dunia mungkin boleh lepas. Akhirat tak lepas boss. Kalau semua orang bertanggungjawab buat kerja benda ni tak jadi. Masalahnya sekarang ada yg tak buat kerja! 👊🏻
.
1MDB (1 Malaysia DiBodohkan) & derma RM2.6 billion tu lagi lah tak yah citer. Anda makan duit haram hasil penganiayaan pihak lain, hidup anda takkan tenang. Kaya kejap je tu. Duit tak berkat memang cepat habis dan takkan pernah cukup. Betul? 😡
.
Manusia tak nampak, tapi TUHAN NAMPAK WOI! What you give, you get back! Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya tersungkur ke tanah juga.
.
Kita ni kalau boleh nak hidup lama (selagi Tuhan izinkan). Jangan lupa kalau kita buat taik, mak ayah, isteri, suami, anak-anak, cucu, cicit, kawan-kawan semua terpalit sama sampai bila-bila. Ingatlah, hidup ni sementara je boss. Kat "SANA" tu destinasi kita semua akhirnya. Biarlah pengakhiran kita ni semua baik-baik. Mati ni anytime boleh datang. Jangan lupa tuh...
.
Silakan SHARE jika setuju. 👍🏻
.
Bersama membenci & membanteras rasuah tak kira pihak swasta mahupun awam. 💪🏻
.
.
KHALID HAMID @ ABANG LID
www.kayamuda.com
www.forexsebenar.com
.
P/S - Baru 5 hari lepas bayar income tax lebih RM10k. Hujung bulan ni syarikat saya kena bayar GST almost RM25k. Baca kes rasuah ni ingat nak suruh LHDN amik duit dari situ lah. Boleh tak? Dapat kat gomen balik juga kan? 🤔


Khamis, Oktober 06, 2016

JAMAL TUNJUK HERO DALAM JAMBAN

Jamal campak surat saman BERSIH ke lubang tandas

Berang dengan tuntutan undang-undang BERSIH 2.0 agar dirinya memohon maaf dalam tempoh 48 jam atau berdepan saman, Datuk Seri Jamal Md Yunos bertindak mencampakkan surat tuntutan tersebut ke dalam lubang tandas.

Ini kerana Ketua Bahagian Umno Sungai Besar itu menyifatkan surat saman daripada Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah sebagai 'najis'.

"Saya anggap saman itu najis," tegas Jamal.

Terdahulu Jamal memanggil sidang media di bangunan Umno Selangor di Shah Alam sekitar jam 4.45 petang.

Bagaimanapun setibanya Jamal di bangunan itu, beliau membawa sekumpulan media yang hadir ke salah satu tandas lelaki.

Setibanya di situ, Jamal memulakan sidang medianya serta bertindak mengoyak surat tuntutan saman Maria dan mencampakkannya ke dalam lubang tandas berkenaan.

Maria semalam meminta Jamal memohon maaf kepadanya dalam tempoh 48 jam atau berdepan saman.

Ini susulan kenyataan Jamal dalam satu sidang media hujung bulan lalu yang medakwa badan reformasi pilihan raya itu diserapi kumpulan militan IS dan merancang untuk mengepung lapangan terbang KLIA1, KLIA2 dan Putrajaya.

Mengulas lanjut, Jamal berkata, beliau tidak akan sesekali memohon maaf kepada BERSIH malah berjanji akan bertindak lebih agresif lagi selepas ini.

"Bukan setakat minta maaf tapi saya anggap tuntutan beliau itu ibarat najis.

"Apa jua tuntutan tindakan provokasi yang mereka lakukan kami kumpulan baju merah yang memperjuangkan demokrasi akan terus tentang mereka. Di mana mereka turun kami tetap akan ada. Kami akan tentang.

"Mungkin kaedah dan caranya akan lebih agresif dari apa yang berlaku minggu lepas. Saya juga nak ingatkan peserta himpunan baju kuning supaya hormat undang-undang," tegas Jamal.

Selain itu, ditanya tentang penafian Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli yang berkata beliau tidak mengenalinya, ini jawab Jamal:

"Dia ni memang pemfitnah, dalam kenyataan-kenyataan beliau pun kita tahu apa dia kata," kata Jamal.

Tambah Jamal, beliau tetap akan mempertahankan apa yang dinyatakan beliau sebelum ini kerana mendakwa ia dari sumber sahih.

"Saya juga tetap pertahankan maklumat yang saya dapat dari sumber-sumber yang sahih itu adalah sumber benar yg saya dah serah pada polis. Biar polis jalankan siasatan. Saya yakin apa saya dapat adalah benar dan sumber-sumber itu juga sumber dalaman mereka sendiri," kata Jamal.

MK

Rabu, Oktober 05, 2016

KES SAMAN FITNAH: UTUSAN NYATAKAN KESAL KEPADA ANWAR



Saman fitnah RM100 juta Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas Utusan Melayu hari ini diselesaikan secara baik selepas syarikat akhbar milik Umno itu membaca kenyataan kesalnya.

Ia berhubung laporan yang mengaitkan bekas ketua pembangkang itu dengan isu pencerobohan oleh sekumpulan lelaki asing bersenjata di Lahad Datu, Sabah pada Mac, 2013.

Sehubungan itu, kenyataan kesal itu perlu diterbitkan di muka surat dua atau tiga akhbar Utusan Malaysia dalam masa dua minggu dari tarikh hari ini.

Penyelesaian itu direkodkan oleh Hakim Datuk Noraini Abdul Rahman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Anwar diwakili oleh peguam Datuk S Ambiga manakala Utusan oleh Wan Aziz Wan Majid.

Pada 8 Mac 2013, selain menamakan Utusan dan Abdul Aziz sebagai defendan pertama dan kedua, Anwar selaku plaintif turut menamakan TV3; Pengarang Urusan Kumpulan, Berita dan Ehwal Semasa, Rangkaian Televisyen dan Radio Media Prima Bhd, Datuk Shaharudin Abd Latif dan Pengarang Berita Buletin Utama, Ing Boon Seng sebagai defendan ketiga hingga kelima.

Dalam kenyataan tuntutannya, Anwar menyatakan Utusan Malaysia bertarikh 2 Mac 2013 di muka hadapannya menyiarkan artikel bertajuk 'Ketua Pembangkang dikaitkan dengan pencerobohan?' dan di muka surat sembilan pula bertajuk 'Tiga kumpulan jadi dalang'.

Menurut tuntutan itu, defendan ketiga hingga kelima antara jam 8 dan 9 malam hari yang sama menerusi Buletin Utama, TV3 menyiarkan berita mengenai pencerobohan di Lahad Datu.

Beliau mendakwa berita di rangkaian televisyen swasta itu adalah berdasarkan laporan berita yang dikeluarkan oleh defendan pertama dan kedua.
Sehubungan itu, Utusan dan Abdul Aziz akan membayar RM50,000 kepada Anwar bagi menyelesaikan saman fitnah berkenaan.

Bagaimanapun bagi TV3 pula, Ambiga memberitahu saluran televisyen swasta itu akan melalui perbicaraan lain bagi menyelesaikan kes saman berkenaan.

"TV3 akan ada trial lain. Mereka tidak keluar kenyataan kesal," katanya.


MK



LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive