Selasa, September 29, 2015
BERUK PUN AKAN MENANGIS KALAU DEPA PANDAI BACA
SEBAB TU DIA TULIS 12 BULAN NAK BAGI NAMPAK BANYAK
KAH! KAH! KAH!
Isnin, September 28, 2015
GADIS 14 TAHUN DIKURUNG DAN DIROGOL BERGILIR-GILIR
Sekadar gambar hiasan
SEGAMAT - Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun menerima nasib malang apabila menjadi mangsa rogol dan dikurung selama lima hari oleh dua lelaki yang baharu dikenalinya selama sebulan.
Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, mangsa berjaya melarikan diri dan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat bersama keluarganya pada 25 September lalu.
"Mengikut keterangan mangsa, kali terakhir dia dirogol oleh suspek secara bergilir-gilir pada 25 September di sebuah rumah tumpangan di Jalan Genuang selepas diambil oleh suspek menaiki kereta di sekitar bandar Segamat pada 21 September lalu.
"Mangsa melarikan diri semasa suspek tidur sebelum pulang ke rumah keluarganya. Pada awalnya, keluarga mangsa menyangkakan anaknya itu pergi ke rumah salah seorang saudaranya memandangkan cuti sekolah dan tidak menyangka suspek dikurung dan menjadi mangsa rogol," katanya.
Menurutnya, kedua-dua suspek yang berusia 22 dan 26 tahun dan mempunyai ikatan kekeluargaan itu kemudiannya ditahan di rumah mereka di Jalan Buloh Kasap, di sini, sejurus laporan polis dibuat.
Katanya, siasatan awal juga mendapati suspek menyewa sebuah rumah tumpangan sejak beberapa hari lalu dan mengawasi mangsa secara bergilir-gilir supaya mangsa tidak melarikan diri selain turut memberikan suspek makan dan minum.
"Siasatan lanjut juga sedang dijalankan sama ada mangsa telah dirogol di tempat lain sebelum itu dan mangsa juga turut diarahkan menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Daerah Segamat (HDS).
"Kedua-dua suspek juga tidak mempunyai pekerjaan tetap dan hasil pemeriksaan air kencing turut mendapati salah seorang suspek positif dadah jenis Amphetamine," katanya.
Menurutnya, suspek kini direman selama tujuh hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
Sinarharian
SEGAMAT - Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun menerima nasib malang apabila menjadi mangsa rogol dan dikurung selama lima hari oleh dua lelaki yang baharu dikenalinya selama sebulan.
Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, mangsa berjaya melarikan diri dan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat bersama keluarganya pada 25 September lalu.
"Mengikut keterangan mangsa, kali terakhir dia dirogol oleh suspek secara bergilir-gilir pada 25 September di sebuah rumah tumpangan di Jalan Genuang selepas diambil oleh suspek menaiki kereta di sekitar bandar Segamat pada 21 September lalu.
"Mangsa melarikan diri semasa suspek tidur sebelum pulang ke rumah keluarganya. Pada awalnya, keluarga mangsa menyangkakan anaknya itu pergi ke rumah salah seorang saudaranya memandangkan cuti sekolah dan tidak menyangka suspek dikurung dan menjadi mangsa rogol," katanya.
Menurutnya, kedua-dua suspek yang berusia 22 dan 26 tahun dan mempunyai ikatan kekeluargaan itu kemudiannya ditahan di rumah mereka di Jalan Buloh Kasap, di sini, sejurus laporan polis dibuat.
Katanya, siasatan awal juga mendapati suspek menyewa sebuah rumah tumpangan sejak beberapa hari lalu dan mengawasi mangsa secara bergilir-gilir supaya mangsa tidak melarikan diri selain turut memberikan suspek makan dan minum.
"Siasatan lanjut juga sedang dijalankan sama ada mangsa telah dirogol di tempat lain sebelum itu dan mangsa juga turut diarahkan menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Daerah Segamat (HDS).
"Kedua-dua suspek juga tidak mempunyai pekerjaan tetap dan hasil pemeriksaan air kencing turut mendapati salah seorang suspek positif dadah jenis Amphetamine," katanya.
Menurutnya, suspek kini direman selama tujuh hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
Sinarharian
Rabu, September 23, 2015
NAJIB KINI BERDEPAN SIASATAN RASUAH AS
Badan kehakiman Amerika Syarikat (AS) kini menyiasat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke atas pembelian hartanah di sana oleh anak tirinya Riza Aziz dan ahli perniagaan Low Taek Jho, lapor The New York Times (NYT) hari ini.
Sebuah unit di Jabatan Kehakiman AS yang menyiasat kes rasuah antarabangsa sedang menjalankan siasatan itu, lapor NYT memetik sumber tanpa nama.
Siasatan itu memberi tumpuan kepada pembelian hartanah di AS sejak beberapa tahun kebelakangan dilakukan “syarikat bayangan”.
NYT melaporkan pada Februari mengenai pembelian ini yang menggunakan “syarikat bayangan” daripada pelbagai tokoh antarabangsa, termasuk Riza dan Low, juga dikenali sebagai Jho Low.
NYT juga melaporkan selain pembelian hartanah, siasatan rasuah itu juga akan melihat dakwaan AS$681 juta yang merupakan sebahagian daripada RM2.6 bilion didakwa didepositkan ke dalam akaun peribadi Najib - pertama kali dilaporkan oleh The Wall Street Journal (WSJ) dan kemudiannya disahkan pihak berkuasa anti-rasuah Malaysia sebagai "derma politik".
Pemindahan dana adalah di bawah bidang kuasa AS kerana ia melalui bank Amerika Wells Fargo, kata akhbar itu.
Dalam laporan NYT pada Februari, akhbar berpengaruh itu mendapati hartanah mewah bernilai lebih RM150 juta dikesan mempunyai kaitan sama ada dengan Low atau Riza.
Ini termasuk "penthouse" bernilai AS$30.55 juta di Time Warner Centre di Manhattan, rumah di Hollywood bernilai AS$39 juta, Hotel L'Ermitage di Beverly Hills dan sebahagian Hotel Park Lane di New York.
Ia juga mengesan sebuah kondominium bernilai AS$33.5 di Laurel Park, Manhattan, di samping hartanah lain di Los Angeles yang turut melibatkan Riza, melalui pelbagai “syarikat bayangan”.
Laporan NYT juga menyebut, bekas eksekutif 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Jasmine Loo Ai Swan menandatangani pembelian kondominium AS$4.5 juta yang dibeli “syarikat bayangan” dikenali sebagai Cricklewood One Madison LLC, tahun lepas.
Penjaga di bangunan itu mengesahkan seorang wanita dengan nama berkenaan tinggal di situ, menurut NYT.
Loo sedang dicari Bank Negara Malaysia bagi mendapatkan bantuan berhubung siasatan ke atas 1MDB.
NYT berkata, ia cuba mendapatkan maklum balas daripada beberapa individu dan syarikat yang disebut dalam laporan itu tetapi semuanya enggan mengulas.
Seorang peguam bagi Cricklewood enggan mengulas, manakala Loo tidak memberi respons kepada nota yang ditinggalkan di kondominium beliau.
Wakil Riza dan Low bagaimanapun memberitahu akhbar itu mereka tidak terlibat dalam apa-apa urusan jual beli tidak sepatutnya.
NYT berkata, Najib bersiap sedia untuk berlepas ke London minggu ini bagi konvensyen perdagangan dan dijangka ke New York selepas itu untuk Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Akhbar itu juga memetik bekas duta Amerika Syarikat ke Malaysia John Malott yang menyatakan Najib "benar-benar menghargai imej antarabangsa" dan mempersoalkan jika perdana menteri kini "dipulaukan".
Najib berada di bawah tekanan yang besar berhubung skandal 1MDB, yang beliau selia sebagai menteri kewangan, dan pemindahan wang ke dalam akaun peribadinya.
Beliau juga merombak Kabinet pada Julai, menggugurkan seorang timbalan perdana menteri dan seorang lagi menteri kerana mengkritik cara beliau mengendalikan syarikat sarat hutang itu, dan menukar peguam negara yang sedang melakukan siasatan terhadap 1MDB dan pemindahan dana ke dalam akaun peribadinya. – 22 September, 2015.
themalaysianinsider
Isnin, September 21, 2015
PEMUDA MCA BAHAGIAN PUTUSKAN HUBUNGAN DENGAN NAJIB
Pemuda MCA Pasir Gudang memutuskan hubungan dengan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak susulan sokongan beliau kepada Himpunan Rakyat Bersatu pada 16 September lalu.
Ketua Pemuda MCA bahagian itu Chia Chow Hui berkata himpunan 'Baju Merah' pada tarikh tersebut menghancurkan keharmonian kaum.
"Kami tidak bersetuju dengan himpunan 16 September yang merosakkan hubungan kaum. Tapi Najib memujinya sebagai perhimpunan aman. Jadi kami buat keputusan (untuk memutuskan hubungan)," kata Chia ketika dihubungi Malaysiakini.
Hal ini bermaksud semua anggota Pemuda MCA bahagian itu tidak akan menghadiri majlis Najib atau menyokong beliau dalam apa cara sekalipun.
Bahagian itu adalah yang pertama berbuat demikian dalam BN.
Ketika ditanya, Chia berkata beliau tidak bimbang jika dikenakan tindakan displin daripada kepimpinan pusat berhubung keputusaan itu.
"Tidak. Setiap orang meraikan kebebasan bersuara.".
Pada Jumaat, Najib mengucapkan penghargaan terhadap peserta Himpunan Rakyat Bersatu dengan menyatakan himpunan Baju Merah berhimun secara aman tanpa sebarang provokasi.
Himpunan itu turut dikenali "mempertahankan maruah Melayu" dan dicemari dengan penghinaan kaum dilemparkan terhadap masyarakat Cina.
Ia sebagai balasan terhadap peserta BERSIH 4 yang kebanyakannya kaum Cina, yang mendesak Najib meletakkan jawatan.
Malaysiakini
Ahad, September 20, 2015
LAWAK AHAD: NAK JADI APA?
Cikgu ; Bila besar, siapa nak jadi pilot ?
Murid ; Taknaklah, takut kapal terbang hilang.
Cikgu ; Siapa nak jadi peguam ?
Murid ; Taknaklah, nanti mati dalam tong simen.
Cikgu ; Siapa nak jadi imam ?
Murid ; Taknaklah, nanti kena tampar.
Cikgu ; Habis, kamu semua nak jadi apa ???
Murid ; Kami nak jadi PM, banyak dapat derma!!!
Labels:
LAWAK AHAD
Sabtu, September 19, 2015
KHAIRUDDIN SEPATUTNYA JUMPA FBI LUSA
Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang kini direman enam hari oleh polis sepatutnya bertemu pegawai Biro Siasatan Persekutuan (FBI) AS Isnin ini.
Bercakap kepada New York Times, peguam Matthias Chang berkata pertemuan itu diatur pihak Kedutaan AS di Kuala Lumpur.
Laporan itu menyebut bekas Naib Ketua Umno Batu Kawan berkenaan bercadang menggesa pihak berkuasa AS menyiasat agensi pelaburan tajaan penuh kerajaan 1MDB, atas dakwaan melakukan pembersihan wang haram.
Bagaimanapun rancangan itu tergendala apabila Khairuddin dan Chang dilarang meninggalkan negara ini oleh Jabatan Imigresen,.
Chang adalah bekas Setiausaha Politik Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kira-kira jam 7.30 malam semalam Khairuddin ditangkap polis atas tuduhan cuba mengancam demokrasi berparlimen.
Sebelum itu Khairuddin bersetuju menemui penyiasat polis di Bukit Aman berhubung dokumen diserahkannya kepada pihak berkuasa Switzerland yang menyiasat isu 1MDB.
Selain Switzerland, Khairuddin juga mengemukakan aduan rasmi kepada pihak berkuasa di London, Singapura dan Hong Kong.
Beliau pernah dikenali sebagai penerbit buku 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Menjadi PM.
Malaysiakini
Rabu, September 16, 2015
Sabtu, September 12, 2015
65 TERBUNUH KREN TUMBANG DI MEKAH
MEKAH 11 Sept. - Sekurang-kurangnya 65 jemaah terbunuh, manakala 154 cedera apabila sebuah kren tumbang dan menimpa bumbung Masjidilharam sebelum menghempap mangsa yang berada di dalamnya, hari ini.
Empat jemaah Malaysia yang berada di dalam masjid itu turut cedera.
Pihak berkuasa Pertahanan Awam Arab Saudi dalam Twitternya mengesahkan kejadian itu.
Menurut jemaah yang berada di tempat kejadian, nahas itu dipercayai berpunca daripada ribut.
Beberapa keping gambar kejadian itu yang disebarkan di media sosial menunjukkan mayat-mayat berlumuran darah bergelimpangan di lantai masjid.
Koresponden Al Jazeera, Hasan patel yang berada di Mekah berkata, saksi memaklumkan, kren tersebut tumbang di tingkat tiga Masjidilharam kira-kira pukul 5.45 petang waktu tempatan (10.45 malam waktu Malaysia).
“Berpuluh-puluh ambulans berkejar ke lokasi nahas bagi membawa jemaah yang cedera ke hospital.
“Pihak berkuasa Arab Saudi kemudian menutup tempat kejadian kepada jemaah.
“Sebelum solat Jumaat, Masjidilharam sesak dengan para jemaah,” katanya. – AFP
Jumaat, September 11, 2015
KISAH PEMBUNUHAN ALTANTUYA, WARTAWAN AL JAZEERA DIUSIR
Wartawan di sebalik pembikinan siri khas Al Jazeera tentang pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu. telah diusir pulang ketika sedang membuat dokumentari tersebut.
Ini didedahkan dalam program mingguan Al Jazeera 101 East, dan usaha susulan terhadap misteri pembunuhan yang terus menghantui Malaysia itu.
Dalam menjalankan siasatannya itu, wartawan Australia Mary Ann Jolley, yang melaporkan berita itu untuk Al Jazeera, tiba-tiba diusir pulang pada 14 Jun dari Kuala Lumpur selepas Kementerian Dalam Negeri menganggap aktiviti beliau sebagai mempunyai "kesan negatif terhadap imej Malaysia" .
Jolley ditunjukkan dengan berkata dalam dokumentari itu, "Saya diusir pulang dari Malaysia. Saya sedang diiringi oleh kira-kira 5 ejen kastam dan seorang lelaki dalam pakaian tentera, jadi saya sedang menaiki penerbangan saya ke Sydney."
Pengusiran Jolley itu tidak menghalang usahanya untuk mendapatkan cerita tersebut kerana dia mengesan kaitan Sirul, yang menceritakan versinya tentang apa yang berlaku pada malam Altantuya dibunuh.
Program itu telah disiarkan hari ini pada jam 6.30 pagi dengan siaran ulangan pada pukul 5.30 petang dan boleh didapati dalam talian di laman webnya.
Malaysiakini
Jumaat, September 04, 2015
NAJIB DAN 3 INDIVIDU DIARAH BELA DIRI
SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi hari ini mengarahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan tiga lagi individu memfailkan pembelaan mereka terhadap saman yang difailkan pembangkang berhubung dakwaan perbelanjaan berlebihan dalam kempen PRU13.
Peguam Choo Shi Jiu yang hadir bersama-sama Datuk Mohd Hafarizam Harun mewakili Najib berkata, anak guam mereka itu perlu memfailkan pembelaan menjelang 1 Oktober, lapor The Malaysian Indsider.
"Timbalan pendaftar (Norfauzani Mohd Nordin) memberikan arahan defendan juga perlu memfailkan permohonan menjelang 9 Oktober," katanya kepada pembeita selepas pengurusan kes.
Beliau berkata, pengurusan kes selanjutkan akan dilakukan di hadapan pesuruhjaya guaman Mohd Zaki Wahab pada 9 Oktober.
Nama lain yang diletakkan sebagai defendan adalah Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan syarikat pelaburan strategik Kementerian Kewangan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), serta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Tengku Adnan diberi tempoh sehingga 15 September, 1MDB sehingga 14 September, manakala SPR diberi tempoh sehingga 14 September untuk mengemukakan pembelaan mereka.
Pada 12 Ogos, PKR memfailkan saman terhadap Najib kerana melanggar undang-undang pilihan raya susulan pendedahan The Wall Street Journal (WSJ) berhubung dana AS$700 juta (RM2.6 bilion) di dalam akaun peribadinya.
Pada 3 Ogos, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataannya berkata, dana itu adalah derma.
Plaintif dalam saman itu adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kini menjalani hukuman 5 tahun penjara atas kesalahan meliwat bekas pembantunya; Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar; Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dan bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail serta ahli Harapan Baru, Dr Dzulkefly Ahmad.
Sinarharian
Langgan:
Catatan (Atom)
LISTEN TO AL-QURAN ONLINE
Blog Archive
-
▼
2015
(150)
-
▼
September
(10)
- BERUK PUN AKAN MENANGIS KALAU DEPA PANDAI BACA
- GADIS 14 TAHUN DIKURUNG DAN DIROGOL BERGILIR-GILIR
- NAJIB KINI BERDEPAN SIASATAN RASUAH AS
- PEMUDA MCA BAHAGIAN PUTUSKAN HUBUNGAN DENGAN NAJIB
- LAWAK AHAD: NAK JADI APA?
- KHAIRUDDIN SEPATUTNYA JUMPA FBI LUSA
- LINTAS LANGSUNG GENG MERAH
- 65 TERBUNUH KREN TUMBANG DI MEKAH
- KISAH PEMBUNUHAN ALTANTUYA, WARTAWAN AL JAZEERA DI...
- NAJIB DAN 3 INDIVIDU DIARAH BELA DIRI
-
▼
September
(10)