Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Oktober 31, 2012

Misteri Payung Terjun Berapi


KOTA BHARU: Kemunculan objek misteri yang dipercayai datang dari udara meresahkan sebuah keluarga di Kampung Kemumin, di sini.

Ilhami Amir Ismail, 32, berkata, objek mengeluarkan api kemerahan berbentuk payung terjun mini itu jatuh menimpa bumbung rumahnya dan hampir memusnahkan rumah yang didiami sejak beberapa tah
“Ketika kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari, saya di tempat kerja sebelum dimaklumkan isteri tentang kejadian aneh itu. “Saya yang terkejut dan kebingungan bergegas pulang sebelum mendapati bahagian bumbung hangus,” katanya ketika berkunjung ke pejabat Sinar Harian di sini, kelmarin.

Ilhami berkata, objek dipercayai terdiri daripada besi dan gentian kaca kabel tahan panas yang memungkinkan rumahnya hangus jika lambat bertindak. “Nasib baik juga isteri dan anak-anak berada di rumah, jika tidak, mungkin kami kehilangan harta paling bernilai, sedangkan ia kesilapan dan kecuaian orang lain,” katanya.

Menurutnya, dia berharap akan ada pihak-pihak tertentu tampil bertanggungjawab kerana jika diperhatikan objek tersebut dibuat dengan ciri-ciri berteknologi.

“Apa yang diharapkan pihak terlibat tampil dan memberi penjelasan serta bertanggungjawab di atas kejadian di luar jangkaan itu, selain menanggung kerugian yang terpaksa dialami kesan daripadanya,” katanya.

sentiasa




PANAS!!! BN KHIANATI JANJI PRK BATU SAPI?

PALSU......Daniel percaya papantanda ini palsu kerana mengikut semakan penduduk kampung mendapati Para Cemerlang Sdn Bhd menafikan mereka mendapat kontrak berkenaan. Siapa betul?

Oleh: SAMSIAH LAMSAH

SELEPAS Pilihanraya Kecil Batu Sapi pada 4 November 2010, penduduk Kampung Lupak Meluas terus menanti Kerajaan Barisan Nasional menunaikan segala janji yang dilafazkan daripada 'lidah tidak bertulang' pemimpin UMNO; sehinggalah mereka sedar bahawa segala janji berkenaan hanyalah 'janji kosong' setelah mereka akhirnya menjadi pelarian di tanah air mereka sendiri.

Jurucakap penduduk Kampung Lupak Meluas, Daniel Abdul Ganih, ketika menghubungi Sabahkini.net pagi tadi mengesahkan bahawa tidak ada satu janji yang dibuat pada PRK Batu Sapi ditunaikan Kerajaan Barisan Nasional sehingga ke hari ini.
"Malah kami dihalau keluar daripada tanah yang kami duduki oleh pemilik tanah setelah Kerajaan BN gagal menunaikan janji membina rumah PPR di tapak yang sebelum ini diwartakan untuk penempatan semula penduduk Lupak Meluas," kata Daniel yang memaklumkan bahawa papantanda janji BN masih berdiri teguh berhampiran tapak cadangan perumahan PPR berkenaan.

Kata Daniel, selepas PRK Batu Sapi, hanya Pesuruhjaya PAS Batu Sapi, Haji Hamzah Abdullah yang datang menjenguk dan membantu mereka setelah pihak tertentu dalam Parti Keadilan Rakyat menipu dan menggelapkan wang saguhati yang dijanjikan kepada mereka oleh pemilik tanah yang dijadikan tapak rumah mereka selepas Kampung Lupak Meluas terbakar.

Dengan bantuan Haji Hamzah, mereka berjaya mendapat sedikit saguhati untuk membolehkan mereka membuka rumah mereka dan mencari tapak baru bagi membolehkan mereka mendirikan rumah baru setelah tidak ada walau seorang pemimpin BN sudi melayan rayuan dan aduan mereka setelah menerima notis perintah mengosongkan tanah daripada mahkamah.

Tetapi kata Daniel, mereka kesal disebabkan ada pihak yang mengambil kesempatan menangguk di air keruh terus menekan mereka agar membayar sejumlah tertentu sebelum boleh membina rumah di kawasan baru sekalipun pemilik tanah telah memberikan mereka kebenaran dan menerima bayaran sewa.

"Malah Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Ketua Menteri Sabah, Adun Sekong dan para pemimpin BN amat mengetahui masalah kami, tetapi tidak ada yang turun padang membantu kami," kata Daniel yang kesal kerana mereka hanya dijadikan umpan untuk mengundi dan memenang BN dalam PRK yang amat genting berkenaan.

Kata Daniel, beliau amat menyesal berkempen bagi pihak BN dan memujuk masyarakat Bajau menyokong BN pada PRK berkenaan sehingga calon BN yang tidak pernah menjejakkan kaki berkenaan ke kampungnya mendapat undi majoriti.

"Selepas PRK Batu Sapi, kami berulang kali mengemukakan masalah ini kepada Datin Linda dan Datuk Samsuddin, tetapi rayuan kami tidak pernah dilayan," kata Daniel lagi.

Menurut Daniel, projek merekabentuk, membina dan menyiapkan 180 unit rumah pangsa 5 tingkat 'walk-up' dan kerja-kerja berkaitan dengannya bagi Program Perumahan Rakyat (PPR) di atas P.T.2010070049 Kampung Lupak Meluas, Batu Sapi, Sandakan telah diluluskan oleh Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Putrajaya.

"Kontraktorpun telah dilantik iaitu kontraktor Para Cemerlang Sdn.Bhd. Tetapi sehingga ke hari ini hanya papan tanda yang berdiri, tetapi rumah kami pula yang dirobohkan," kata Daniel dengan nada kesal kerana Kerajaan BN umpama habis madu sepah dibuang.

SK

BARANG BAIK - BARANG BAIK - BARANG - BAIK BARANG - BAIK BARANG BAIK

PANAS!!! SKANDAL BALAK BAKAL DIDEDAHKAN

Rafizi: Terus terang atau hadapi pendedahan


Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli hari ini memberi kata dua kepada Menteri Besar Negeri Sembilan Mohamad Hasan supaya berterus terang dalam isu konsesi pembalakan negeri atau berhadapan dengan pendedahan lanjut.

"Rakyat berhak tahu siapa yang memiliki konsesi pembalakan, berapa banyak pendapatan kerajaan perolehi dan status pemilikan tanah," katanya dalam kenyataan hari ini.

Rafizi berkata demikian berikutan respons yang didakwa tidak memuaskan oleh Mohamad dalam akhbar Sinar Harian Khamis lalu.

Rafizi mendakwa, kerajaan negeri menyalahi undang-undang dengan membenarkan sebuah syarikat berkaitan Umno memasuki hutan simpan Jeram Padang Selatan.

Katanya, walaupun Mohamad mengatakan bahawa kerajaan negeri telah menggantikan lebih 2,400 hektar tanah untuk dijadikan hutan simpan, ahli dewan undangan negeri Rantau itu sebenarnya tidak mengambil kira aspek keabsahan undang-undang.

"Mohamad telah gagal untuk jelaskan tentang keputusan exco membatalkan status hutan simpan Jeram Padang Selatan yang tidak sah di sisi undang-undang kerana melanggar Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976," katanya.

Mohamad sebelum ini dilaporkan berkata, tanah hutan simpan di Negeri Sembilan tidak pernah diserahkan hak milik kepada individu atau syarikat lain.


"Kalau ada pun, kita hanya pajakkan tanah tersebut untuk melaksanakan tanaman kelapa sawit, jika mereka (syarikat luar) tidak mahu, tanah itu kita akan dapat kembali.

"Kita tidak rugi apa pun, malah tiada risiko dengan perancangan tersebut kerana kerajaan negeri tidak memindahkan hak milik, hanya pajakan sahaja mengikut peraturan yang ditetapkan," beliau dipetik sebagai berkata.

Menurutnya, kerajaan negeri juga telah menggantikan lebih RM2,400 hektar tanah untuk dijadikan hutan simpan, lapor Sinar Harian.

Setiap tahun kerajaan negeri mempunyai kuota untuk mengeluarkan hasil kayu dan sehingga kini baru 3,200 hektar daripada 4,800 yang digunakan.

"Tidak timbul soal hutan diteroka secara haram kerana setiap aktiviti yang dilakukan adalah mengikut undang-undang," katanya lagi seperti dilaporkan harian itu.


MK


GEGAR!!! Konvoi Rakyat dan Himpunan Kebangkitan RakyaT

Selasa, Oktober 30, 2012

Blogger Pro Umno Dedah Dokumen Sulit
















IPOH - PAS Perak menggesa pihak polis menyiasat butiran yang didedahkan oleh dua blogger pro-Umno berhubung isu Rumah Perak di Batu Feringgi, Pulau Pinang.

Koordinator Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Negeri berkata, Blog ‘PerakCyberTrooper.com’ dan ‘Bicara Perjuangan’ telah mendedahkan butiran yang dikatakan perjanjian usaha sama antara Kerajaan Negeri Perak dengan sebuah syarikat untuk menguruskan Rumah Perak selama 30 tahun.


Salman berkata, jika ianya benar butiran perjanjian tersebut adalah sulit serta terikat dan tertakluk atas Akta Rahsia Rasmi (OSA) bermakna ianya tidak boleh didedahkan kepada umum.

Katanya, tindakan mendedahkan dokumen ini ternyata bertentangan dengan akta tersebut dan ianya boleh didakwa.

“Kami hairan bagaimana dokumen rasmi boleh didedahkan secara umum oleh blogger tersebut.

“PAS mempersoalkan bagaimana blogger pro-Umno ini mendapat dokumen tersebut yang diklasifikasikan sulit dibawah kerajaan negeri,” katanya ketika ditemui Harakahdaily selepas membuat laporan di Balai Polis Sungai Senam, Ipoh baru-baru ini.

Beliau yang juga Setiausaha Pemuda PAS Negeri menjelaskan, butiran dokumen tersebut tidak diketahui kesahihannya.

Justeru, Salman berkata, PAS Perak menggesa Kerajaan Negeri Perak yang diketuai Datuk Seri Zambry Abdul Kadir mengesahkan adakah butiran dokumen yang didedahkan oleh blogger tersebut adalah benar atau palsu.

“Kami menggesa pihak polis menyiasat pendedahan ini dan mendakwa kedua-dua blogger itu jika penjanjian tersebut adalah dibawah Akta Rahsia Rasmi.

“Kami mahukan kesahihan butiran dokumen itu kerana ianya membabitkan soal urus tadbir dan harta negeri,” tegas beliau.

Guru wanita buat seks dengan murid



Singapura-Seorang guru wanita berusia 32 tahun dihukum penjara selama setahun di sini semalam kerana melakukan hubungan seks dengan seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun di sekolahnya, lapor media tempatan di sini semalam. Akhbar Straits Times melaporkan, guru berkenaan yang sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak mula menjalin hubungan dengan pelajar itu pada tahun lalu.

Menurut laporan akhbar tersebut, hubungan itu bermula selepas guru tersebut mengendalikan sesi kaunseling pelajar berkenaan. Nama guru dan pelajar itu tidak didedahkan bagi melindungi mereka. Mahkamah diberitahu bahawa wanita terbabit 'memikat' pelajar tersebut dengan beberapa hadiah termasuk sebuah buku terkenal yang berjudul Eat, Pray, Love. Buku itu pernah dijadikan filem yang menampilkan pelakon terkenal, Julia Roberts pada 2010.

Ia mengisahkan tentang seorang wanita Amerika Syarikat yang sudah bercerai. Pelajar dan guru itu menjalin hubungan lebih sebulan dan mereka pernah melakukan hubungan seks di rumah guru terbabit. Bagaimanapun, hubungan berkenaan diketahui oleh ibu bapa pelajar itu sekali gus menyebabkan mereka membuat aduan kepada pihak sekolah. - AFP



32 Rahsia Israel Yang Kita Perlu Tahu


1. Tahukah anda bahawa selain bangsa yahudi, tidak dibenarkan membeli atau menyewa tanah di Israel?

2. Tahukah anda bahawa setiap bangsa yahudi yang ada di setiap Negara di seluruh dunia menjadi warga Negara Israel secara automatik? Sementara warga Palestin yang lahir di tanah negerinya sendiri sejak puluhan abad yang lalu terus diusir ke luar dari Palestin?

3. Tahukah anda bahawa penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel harus menggunakan kenderaan yang dicat dengan warna khas untuk membezakan antara bangsa yahudi dan bukan yahudi?

4. Tahukah anda bahawa Jerusalem bahagian timur, Tebing Barat, Gaza dan dataran tinggi Golan dianggap oleh masyarakat antarabangsa khususnya barat dan Amerika sebagai kawasan yang dijajah Israel dan bukan merupakan sebahagian daripada Israel?

5. Tahukah anda bahawa Israel memperuntukkan 85% air bersih hanya untuk bangsa Yahudi dan membahagikan 15% sisanya untuk seluruh penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel? Secara realiti, Israel memperuntukkan 85% air bersih hanya untuk 400 penduduk yahudi di Hebron, sementara 15% sisanya diberikan kepada 120 ribu penduduk Palestin di daerah itu?

6. Tahukah anda bahawa Amerika menyalurkan dana 5 billion US dari penghasilan hutangnya setiap tahunnya untuk menyumbang kepada Israel?

7. Tahukah anda bahawa Amerika terus memberikan bantuan ketenteraan kepada Israel sebesar 1,8 billion US setiap tahunn? Dan tahukah anda bahawa jumlah sebesar itu sama dengan sumbangan Amerika kepada seluruh Negara di benua-benua Afrika?

8. Tahukah anda bahawa Israel juga menunggu bantuan perang tambahan sebesar 4 billion US dari Amerika yang terdiri dari pesawat pejuang F16, Apache dan Blackhawk? Dan kerana Amerika merupakan Negara gabungan utama bagi Israel, maka ia wajib memberikan semua kemudahan yang diminta Israel untuk menjamin kewujudannya.

9. Tahukah anda bahawa kerajaan Amerika telah menekan Kongres tentang pelanggaran Israel dalam penggunaan senjata yang mereka sumbangkan? Khususnya pada tahun 1978, 1979 dan tahun 1982 pada perang di Lubnan dan penggunaan senjata nuklear pada tahun 1981.

10. Tahukah anda bahawa Israel adalah satu-satunya Negara di Timur Tengah yang menolak menandatangani larangan pembangunan senjata nuklear? Dan menolak Pasukan Siasatan PBB untuk memeriksa tempat persembunyian nuklearnya?

11. Tahukah anda bahawa sebelum Israel wujud pada tahun 1948, mereka telah memiliki kilang pengembangan senjata nuklear?

12. Tahukah anda bahawa Pegawai Tinggi Israel di Jabatan Tentera mereka mengakui secara terang-terangan bahawa tentera Israel membunuh semua tahanan perang Palestin tanpa proses pengadilan?

13. Tahukah anda bahawa Israel telah menyerang tempat kediaman Diplomat Amerika dan menyerang kapal perang Amerika Liberty di perairan antarabangsa pada tahun 1967? Walaupun serangan itu membunuh 33 tentara Amerika dan melukai 177 lainnya, tetapi Amerika sama sekali tidak melakukan sebarang tindakan terhadap Israel? Hanya dengan alasan bahawa tentera Israel tersalah sasaran? Bayangkan kalau serangan itu dilakukan oleh Negara Islam?

14. Tahukah anda bahawa Israel merupakan Negara yang paling banyak mengabaikan resolusi negara PBB? Jumlah resolusi yang diabaikan oleh Israel mencapai 69 buah. Bayangkan seandainya satu Negara Islam mengabaikan 1 resolusi PBB, apa yang akan dilakukan oleh Amerika?

15. Tahukah anda bahawa pemerintah Israel menggunakan system politik pemeliharaan terhadap identiti rakyat yahudi agar tetap menjadi warga Negara itu?

16. Tahukah anda bahawa Mahkamah Agung Israel telah menetapkan Perdana Menteri Ariel Sharon sebagai terkecuali dalam kes pembunuhan Shabra dan Syatilla pada 16 September 1982 di Lebanon yang telah membunuh lebih dari 1000 orang Palestin terdiri dari anak-anak, wanita dan orang tua?

17. Tahukah anda bahawa pada tarikh 20 Mei 1990, seorang tentera Israel menyuruh para pekerja Palestin yang sedang menunggu bus di Halte untuk duduk berbaris di atas tanah, setelah itu ia menembak mereka dari jarah setengah meter? Tahu pulakah anda bahawa pemerintah Israel menyatakan tentera itu tidak bersalah dan bahkan mendapat penghargaan khusus dari pemerintah Israel?

18. Adakah anda tahu bahawa sehingga tahun 1988, semua kilang dan pejabat di Israel hanya boleh melampirkan keterangan pekerjaan dengan kata-kata: “pekerjaan hanya untuk bangsaYahudi”, ” pekerja hanya boleh dipilih dengan syarat dia berbangsa Yahudi”?

19. Tahukah anda bahawa Jabatan Luar Negeri Israel membayar 6 jabatan media Amerika untuk menerbitkan imej positif Israel kepada masyarakat Amerika dan Eropah?

20. Tahukah anda bahawa Sharon mengajak Parti radikal Molodeit untuk menjadi gabungan utama dalam kabinetnya? Padahal parti itu beridealogi radikal dengan tujuan untuk membesihkan Israel dari luar kawasan yahudi dan pengusiran secara paksa seluruh warga Palestin dari Israel?

21. Tahukah anda bahawa Perdana Menteri Israel pertama, David Ben-Gorion sepakat dengan langkah pengusiran secara paksa seluruh rakyat arab dari Israel?

22. Tahukah anda bahawa Rahib besar di Israel Ofadya Yosef yang juga pengasas Parti Syas (parti ketiga terbesar di Israel) menyokong aksi tentera Israel untuk membunuh warga Palestin?bahkan ia mengeluarkan fatwa radikal pada hari raya paskah yang lalu dalam wawancaranya di sebuah rangkaian radio terbesar di Israel: “Tuhan akan membalas semua kejahatan warga arab, Tuhan akan menghancurkan keturunannya, menghabiskannya dan menghancurkan tanahnya dan Tuhan akan membalas mereka dengan azab yang pedih. Oleh itu dilarang semua bangsa yahudi untuk memberikan rasa kasih sayang kepada warga arab, dan wajib bagi setiap yahudi untuk menembak mereka dan senjatanya hendaklah dihalakan ke arah dada dan kepala setiap warga arab untuk menghabiskannya, kerana mereka itu makhluk yang jahat dan terkutuk “… …


23. Tahukah anda bahawa pelarian Palestin terbesar di dunia?

24. Tahukah anda bahawa penduduk Kristian Palestin bersatu dengan penduduk Palestin muslim untuk melawan penjajah yahudi?

25. Tahukah anda, walaupun Mahkamah Agong Israel sudah mengeluarkan keputusan pelarangan penyeksaan dalam proses pemeriksaan, tetapi Shinbet (Badan perisik Israel) tetap terus menyeksa setiap pejuang Palestin dalam proses pemeriksaannya?

26. Tahukah anda bahawa walaupun Israel terus mengganggu proses belajar mengajar dan merosakkan seluruh prasarana pendidikan penduduk Palestin, tetapi penduduk Palestin tetap menjadi Negara terbesar di dunia yang penduduknya bergelar doktor falsafah. Hal ini dilihat dari jumlah purata penduduknya.

27. Tahukah anda bahawa setiap manusia mempunyai hak yang sama yang dijamin oleh undang-undang HAM antarabangsa yang diterbitkan pada tarikh 10 Disember 1948? Tetapi tahukah anda bahawa undang-undang itu sama sekali tidak berlaku bagi penduduk Palestin? kerana dihalang dengan ditandatangani oleh perikatan OSLO?

28. Tahukah anda bahawa majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan bahawa serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri mereka?

29. Tahukah anda bahawa Israel sebagai Negara penjajah sama sekali tidak terikat dengan konvension Geneva untuk menjaga hak-hak dan keselamatan warga awam Palestin?

30. Tahukah anda bahawa perintah Perdana Menteri Israel Ariel Sharon sudah tidak dituruti lagi oleh tentera Israel? Salah satu contohnya adalah ketika ia melarang tentera Israel untuk melakukan genjatan senjata dan dilarang menembak, tetapi tentera Israel terus menyerang, menembak rakyat awam Palestin dan menghancurkan tempat tinggal mereka. Insiden paling memilukan andalah pembunuhan tiga wanita Palestin, padahal mereka sedang berada dalam khemah pelariannya?

31. Tahukah anda bahawa Israel terus melakukan pebagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al-Aqsa dan Qubah As-Sakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?

32. Tahukah anda bahawa Presiden Afrika Selatan Nelson Mandela mengatakan bahawa Israel adalah Negara rasisme dan apartheid seperti keadaan Afrika Selatan sebelum beliau memerintah?

penpatah


BERITA BAIK!!! Semua negeri Pakatan tangguh pasang AES



Empat kerajaan negeri yang ditadbir pakatan pembangkang iaitu Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor bersetuju menangguhkan pemasangan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata sebanyak 331 kamera AES dicadang untuk dipasang di empat negeri itu, namun pelaksanaannya terpaksa ditangguhkan.

"Kami akan bertemu Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Datuk Long See Wool bulan depan bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai AES termasuk kos dan syarikat pengendali," katanya pada sidang media di Lobi Parlimen di Kuala Lumpur, semalam.

Lim berkata pemasangan AES itu seharusnya mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa di peringkat kerajaan negeri terlebih dahulu.

AES adalah sistem kamera automatik berteknologi tinggi yang dipasang di lokasi yang dikenal pasti sering berlaku kemalangan selain bertujuan meningkatkan keberkesanan dan kecekapan sistem penguatkuasaan serta mampu mengurangkan kemalangan maut.

Ia merakam pesalah trafik yang melanggar dua kesalahan utama iaitu memandu melebihi had laju atau melanggar lampu merah.

- Bernama

SH

NOMBOR PLAT UNTUK ELAK KAMERA AES

PUNAH!!! Sumber dari laman web pro Umno




UMNO SUDAH MULA TIKAM MENIKAM SESAMA SENDIRI


Di dalam keghairahan Umno untuk menyebarkan fitnah terhadap Pakatan Rakyat melalui media-media kawalan mereka, terdapat desas-desus di dalam Umno sendiri bahawa Umno juga kini terancam dengan serangan dari dalam parti mereka sendiri.

Ini didedahkan sendiri oleh laman web pro-Umno yang lebih kritikal terhadap parti tersebut iaitu Umno-reform, di SINI...

Terdapat perancangan dari pihak tertinggi dari Umno sendiri yang ingin menjatuhkan kredibiliti penyandang-penyandang kerusi Parlimen dan DUN yang tertentu agar pimpinan atasan dapat menjadikan alasan kukuh untuk menggugurkan beberapa Wakil Rakyat yang tidak sehaluan dengan mereka di dalam PRU ke 13 nanti. Maka, diatur perancangan dengan mengarahkan orang-orang mereka untuk menjalankan propaganda malahan fitnah terhadap Wakil Rakyat Umno/Bn itu sendiri supaya nama baik mereka terjejas. Apabila ini berjaya dilakukan, maka kepimpinan tertinggi Umno lebih mudah untuk menggugurkan nama Wakil Rakyat tersebut dari dicalonkan semula. Calon baru akan dibawa masuk dan sudah tentu calon ini adalah mereka yang menyokong atau terdiri dari tim kepimpinan sekarang.

Begitulah politik cantas-mencantas di dalam Umno yang sudah menjadi tradisi dulu, kini dan selamanya. Ahli-ahli Umno di peringkat bawahan tidak akan dapat menampilkan calon yang baik atau bersih selagi budaya ini berterusan di dalam Umno. Sebab itulah Umno kini semakin teruk dan jijik di pandangan rakyat, bahkan Umno semakin tidak dihormati oleh rakan-rakan mereka sendiri di dalam Komponen Bn.

Ayuh, tinggalkan Umno kerana tanpa Umno Melayu dan Islam boleh bangkit bersama dan kaum lain juga tidak akan merasa terancam.


shalehudin

Noh dan Rosnah ludah ke muka Najib, seleweng fakta tuduh PKNS jual aset

28 Okt - Noh Omar yang melobi kuat untuk menjadi calon Menteri Besar Selangor mengesahkan ketidak mampuan beliau untuk mentadbir dan mengurus negeri paling maju di dalam negara. Salakan Noh ini turut dikokok bersama oleh Ketua Puteri UMNO, Rosnah Shirlin. Kedua-duanya berusaha keras untuk meraih publisiti murahan menjelang PRU-13.

Tindakan Noh yang menuntut penjelasan Menteri Besar Khalid Ibrahim di atas keputusan Lembaga Pengarah PKNS menjual 5 aset komersil merupakan satu manipulasi fakta dan menunjukkan bahawa beliau tidak mampu memberi arah tuju ekonomi yang mantap sebagai pemimpin. Penyakit ini turut dikongsi bersama oleh Rosnah yang mengandaikan kononnya PKNS mengalami kesulitan kewangan.

PKNS telah mencatat keuntungan tertinggi tahun lepas iaitu sejumlah RM420 juta. Nyata sekali, Noh, Rosnah dan para pemimpin UMNO sengaja ingin menidakkan kemampuan agensi profesional sebegini yang berfungsi untuk meningkatkan tahap kemampuan ekonomi bumiputera. Lebih 95% daripada tenaga kerja di dalam PKNS adalah orang Melayu. Manakala, lebih 90% perumahan yang dibangunkan adalah unit kos rendah dan sederhana untuk nikmat orang Melayu sendiri. Ini ditambah dengan fakta bahawa lebih 80% daripada pembeli rumah-rumah PKNS adalah dari kalangan orang Melayu. Bukan seperti projek-projek Ali Baba oleh pemimpin-pemimpin UMNO, PKNS adalah sebuah institusi yang terus menerus mengangkat darjat dan martabat orang Melayu keseluruhannya dan bukan dua tiga kerat elit Melayu.

Fakta yang sengaja disembunyikan oleh Noh dan Rosnah adalah 5 aset milik PKNS iaitu Menara Worldwide, Kompleks PKNS Shah Alam, Kompleks PKNS Bangi, Wisma Yakin dan SACC Mall bernilai RM321 juta hanya dipindah milik kepada sebuah anak syarikat baru milik penuh PKNS iaitu Private Real Estate Company (PREC).

Oleh itu, aset-aset ini masih kekal milik penuh PKNS dan tidak dijual pun kepada pihak luar. Industri korporat melihat tindakan Noh ini sebagai satu tindakan politik yang terdesak dan menunjukkan 'ignorance' Noh dan Rosnah dalam hal-hal ekonomi dan bisnes.

Urusan pindah milik aset-aset tersebut akan membolehkan PKNS menjana pendapatan berterusan (recurring revenue) dengan inisiatif penyelarasan aset-aset Kumpulan PKNS. Ini akan terus menjadikan PKNS berdaya saing dan merealisasikan potensi nilai aset-aset yang dimiliki. Aset-aset ini kekal milik PKNS cuma akan diuruskan dengan lebih baik untuk menjana pendapatan yang berterusan untuk PKNS.

Fakta yang turut disembunyikan adalah bahawa keputusan ini diluluskan oleh Lembaga Pengarah PKNS yang turut diwakili oleh Kementerian Kewangan dan Jabatan Perdana Menteri. Tindakan Noh dan Rosnah ini seakan-akan mencabar keputusan Kementerian Kewangan dan Jabatan Perdana Menteri yang dikepalai oleh Presiden UMNO sendiri, Najib Razak. Noh dan Rosnah seolah-olah meludah ke muka Najib.

Noh Omar sebenarnya tidak layak untuk menjadi Menteri hatta Menteri Pertanian sekalipun kerana kelemahan beliau dalam urusan pentadbiran dan pengurusan ekonomi. Begitu juga Rosnah, jawatan Timbalan Menteri yang disandang beliau harus diberikan kepada mereka yang lebih layak.

Pemimpin-pemimpin UMNO sebeginilah yang terus menerus menjadi bahan lawak dan ditertawakan oleh komuniti bisnes dan para peniaga diatas kedangkalan mereka untuk berpolitik tanpa had.

KL Daily

Isnin, Oktober 29, 2012

Kedudukan Nur Jazlan terumbang-ambing

29 Okt – Datuk Nur Jazlan, Ahli Parlimen Pulai yang juga Pengerusi UDA Holdings diserang kerana beliau tidak membenarkan ahli politik dan oportunis ‘projek’ untuk mendapat habuan daripada UDA Holdings.

Disebabkan itulah, UDA diserang kononnya meminggirkan kontraktor Melayu daripada pemberian projek dan kontrak.

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Perkasa dan organisasi-organisasi Melayu lainnya memainkan isu ini di media sehinggakan projek pembangunan semula Penjara Pudu terpaksa dibatalkan oleh Kementerian Kewangan daripada diberikan kepada syarikat antarabangsa daripada China.

Bidaan daripada syarikat China tersebut merupakan nilai tertinggi yang diterima oleh UDA dan akan memberikan keuntungan lumayan kepada UDA.

Malangnya, konsep merit sebegini ditolak oleh kumpulan-kumpulan yang berkepentingan yang turut didokong oleh pembesar-pembesar dalam UMNO yang mengidamkan jawatan Pengerusi UDA, Ahli Parlimen Pulai dan juga Ketua Bahagian Pulai.

Ini ditambah pula dengan Nur Jazlan yang sememangnya dikenali sebagai seorang ‘lone ranger’ dalam UMNO Johor dan tidak sehaluan dengan warlord-warlord seperti Ghani Othman, Khaled Nordin, Razali Ibrahim dan Muhyiddin Yassin.

Pilihan Raya Umum Ke-13 yang semakin hampir menyebabkan pemimpin-pemimpin UMNO yang mengintai kerusi parlimen Pulai memainkan isu ini untuk menjatuhkan anak bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Mohamed Rahmat ini.

Agenda Melayu merupakan senjata ampuh untuk menyerang kredibiliti sesetengah pihak seperti Khairy yang menjadi Pengerusi PUNB dan Azman Mokhtar yang juga Pengarah Urusan Khazanah.

Sedangkan isu sebenarnya adalah projek dan kontrak yang dikejar dengan didokong oleh kepentingan politik sesetengah pihak.

Politik UMNO tidak lari daripada 3K - kedudukan, kuasa dan kewangan, inilah yang menaikkan UMNO dan ini jugalah yang akan menjatuhkan UMNO.

KL Daily


Cara Terbaik Menghapuskan Cicak Di Rumah




Cara Terbaik Menghapuskan Cicak Di Rumah ,adakah anda suka jika hidup di kelilingi oleh cicak? Persoalannya, kenapa ada cicak di rumah? Jadi kali ini aku ingin berkongsi cara-cara menghapuskan cicak yang berada di rumah. Sebenarnya kita kena soal diri kita sendiri sebab kita sudahpun tahu jawapannya. Saya kongsi sikit-sikit kalau ada yang tidak pasti. Di bawah ini adalah cara menghapuskan cicak yang boleh anda cuba.. Antaranya


Makanan Cicak ialah serangga.
Lagi banyak serangga lagi banyak cicak. Sikit serangga sikit cicak. Kalau nak hapuskan cicak, hapuskan serangga dulu. Cicak akan lari ke tempat lain sebab tak ada rezeki dalam rumah kita. Kenapa ada serangga di rumah? Soalan ini juga boleh dijawab senang oleh kita sendiri. Dari sampah, saki-baki makanan yang tidak dibersihkan, lantai kotor, makanan mentah tidak ditutup rapi, sarang serangga, highway serangga seperti dahan pokok dari pohon rimbun, tempat lembab dan sebagainya. Makanan kegemaran cicak ialah semut, anai-anai dan lipas.


Jaga Kebersihan Rumah
Kalau nak hapuskan cicak, jaga kebersihan rumah supaya serangga dapat dikurangkan. Rumah yang bersih dan kemas tidak digemari serangga.


Cicak Tidak SUka Campuran Air Dan Lada Merah
Bahan apa yang cicak takut atau tak suka? Cicak tidak suka dengan campuran air dan lada merah. Cara-caranya adalah tumbuk 2 biji lada merah atau 4-5 cili padi. Bancuh dengan air. Masukkan dalam Botol Spray. Spray kat tempat mana banyak semut atau selalu nampak cicak duduk berdiskusi dalam group atau menyorok. Tapi ingat.. jauhi dari kanak-kanak.. bahaya..


Cicak tak suka dengan kulit telur ayam
Cara-caranya adalah basuh dan keringkan dalam 2 atau 3 hari. Pecahkan kecil-kecil jadi saiz duit 5 sen atau seposen. Lekatkan berapat-rapat pada kadbod dengan gam. Letak kat mana-mana yang nak elak cicak berkunjung.


Cicak takut dengan kucing
Kucing biasanya bermain-main dengan cicak dan menjadi makanan side-dishnya. Siapa yang bela pernah bela kucing tu mesti pernah nampak kucingnya menangkap cicak.. sampai mati kering cicak tu di buatnya.. tapi bagi cicak yang cerdik, ada juga yang meninggalkan ekornya sebelum melarikan dirinya ke tempat selamat. Jadi kucing tu hanya bermain dengan ekor cicak tersebut yang telah diputuskan..


penpatah

Chua Soi Lek cabar Ulama Umno Jamil Khir berdebat isu Hudud

PORTAL The Star milik parti komponen Barisan Nasional, MCA menyiarkan kenyataan presiden parti itu, Chua Soi Lek yang meminta Menteri Agama di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir membuat "homework" berhubung Hukum Hudud

Ini berikutan Jamil Khir sebelum ini mengeluarkan kenyataan Hukum Hudud yang mahu dijalankan oleh Parti Islam, PAS tidak akan melibatkan atau memberi kesan kepada orang bukan Islam.



Tambah mengejutkan, Chua Soi Lek turut mencabar Jamil Khir untuk berdebat dengannya berhubung isu bagaimana Hukum Hudud akan memberi kesan kepada orang bukan Islam.

Jamil Khir barangkali sudah lupa bahawa United Malays National Organization, Umno yang diterajui Najib Razak sudah awal-awal lagi bersetuju dengan tindakan MCA yang menentang Hukum Hudud.

Malah Najib Razak sebelum ini memberi jaminan bahawa Barisan Nasional tidak akan menjalankan Hukum Hudud di Malaysia. Dengar sendiri jaminan Najib di bawah ini.



Sudah terang lagikan bersuluh, Umno dan MCA sekapal dan sekepala menentang hudud. Kerana itulah tempoh hari Presiden MCA, Chua Soi Lek ini dengan berani dan lantang menghina Hukum Hudud di depan Najib Razak ketika Perhimpunan Agung MCA. Lihat video di bawah.





milosuam


Ikan Sisa Nabi



Ikan Sebelah atau juga dikenali sebagai ikan sisa Nabi, nama saintifiknya Pseudorhombus spp./Achiroides spp. adalah tergolong dalam ikan air masin dan tawar yang terdapat di negara-negara ASEAN termasuk di Malaysia.

Ikan sebelah atau ikan sisa nabi ini menurut sejarah telah dimakan oleh Nabi Sulaiman AS tetapi oleh kerana baginda tidak sempat menghabiskannya, baginda telah melepaskan sebelah lagi ke dalam laut. Dengan kehendak Allah, ikan itu hidup semula dan berenang kembali ke lautan dengan keadaan ikan tersebut yang hanya tinggal sebelah dengan satu mata sahaja.

Bukti kewujudannya kekal sehingga ke hari ini untuk dijadikan iktibar bagi mereka yang masih ragu-ragu dengan kebenaran Islam. [sumber]

malaynews1



PANAS!!! SHAH RUKH KHAN PROMOSI PLURALISME?


KUALA LUMPUR : Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mendakwa wujud penghinaan kepada umat Islam di Malaysia ekoran penayangan filem 'My Name is Khan' lakonan Datuk Shah Rukh Khan oleh stesen TV3 semalam tatkala sambutan Aidiladha berlangsung.

ABIM sebuah badan bukan kerajaan (NGO) mendakwa penayangan filem pada hari kedua raya Aidiladha tersebut tidak wajar ditayangkan oleh sebuah stesen televisyen utama Malaysia kerana cuba mengetengahkan fahaman Islam Liberal dan pluralisme agama yang mengelirukan.
“Penayangan filem tersebut membawa mesej yang mengelirukan,” kata ABIM dalam satu kenyataan dikirm kepada The Malaysian Insider hari ini.

ABIM turut menegaskan filem tersebut tidak mencerminkan imej agama Islam yang sebenar serta bertentangan dengan syariat sambil menyelar pihak TV3 yang tidak terlebih dahulu membuat kajian sebelum menayangkannya.

“Watak utamanya dibawa oleh Shah Rukh Khan jelas menjengkelkan. Aksi beliau dalam cerita itu membayangkan tahap kefahaman pengarah, penulis skrip, dan pelakon mengenai Islam begitu memalukan.

“Sebagai contoh,adegan hero yang berkahwin dengan heroin (dalam filem ini) yang beragama Hindu jelas bertentangan dengan ajaran Islam. Menerima dan mencampuraduk cara penyembahan agama lain dengan Islam sebagai agama adalah sama jelas bercanggah dengan prinsip Islam,” kata ABIM lagi.

NGO tersebut turut mendakwa, filem tersebut akan memberikan kesan buruk kepada masyarakat Islam di Malaysia kerana pendekatan yang digunakan dalam filem tersebut mewujudkan satu lagi kekeliruan menerusi konsep ‘Islam Liberal’.

“Fahaman Islam Liberal ini pekat dengan rasa apologetik dan menenggelamkan sumber asas dan mengenepikan pandangan ulama muktabar. Begitu juga dengan nilai yang cuba disejajarkan dengan selera Barat yang menyisih intipati ajaran Islam itu sendiri.”

Dalam isu berasingan, Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) hari ini dalam satu kenyataan menyeru umat Islam di seluruh negara agar memboikot penyanyi popular Jaclyn Victor kerana menyanyikan lagu “Harapan Bangsa”, sebuah lagu Kristian dalam bahasa Melayu yang mana kumpulan garis keras hak Melayu itu mendakwa merupakan satu penghinaan kepada Islam — dalam ribut antara agama terbaru di negara mempunyai penduduk berbilang kaum dan agama.

Serangan Perkasa timbul sebagai ketegangan agama yang terus dicetuskan di Malaysia menjelang pilihan raya umum ke-13, dengan perdebatan daripada parti politik mengenai kedudukan Islam di negara ini.

Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa Islam adalah agama persekutuan akan tetapi rakyat yang beriman dengan agama lain mempunyai hak untuk menganut dan mengamalkan agama mereka secara bebas.

Victor, seorang penganut agama Kristian baru-baru ini terperangkap dalam kecelaruan antara agama yang muncul diantara Islam dan agama lain. Kumpulan garis keras Islam telah mendakwa penganut Kristian Malaysia bersubahat dengan parti politik pembangkang tertentu untuk melantik seorang perdana menteri Kristian serta menjadikan Malaysia sebagai negara Kristian tanpa mengeluarkan sebarang bukti menyokong tuntutan mereka.

Penyanyi berusia 33 tahun itu berkata lagu “Harapan Bangsa” bukan untuk tujuan komersial dengan mendakwa ia telahpun direkodkan bertahun-tahun lalu.

“Lagu itu saya rakam sekitar 2007 khusus untuk penganut agama Kristian di Sabah dan Sarawak serta pihak gereja. Ia dicipta oleh seorang paderi dengan mesej keamanan Malaysia. Sebagai seorang penganut kristian, rasanya tidak salah jika saya yang beragama Kristian menyanyikan lagu itu.

“Lagipun, ia bukan untuk tujuan komersial. Jadi mengapa perlu mempertikaikan lagu yang sudah lama dirakamkan itu?”

“Saya sedar, mungkin disebabkan lagu itu dinyanyikan dalam bahasa Melayu membuatkan ramai yang melihat perkara ini sebagai tidak sensitif dan menganggap saya cuba menyebarkan fahaman Kristian. Saya menyanyi dalam bahasa Melayu kerana kebanyakan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak bertutur dalam Bahasa Melayu."

SK

Ahad, Oktober 28, 2012

PANAS!!! BUKTI UMNGOK DAH TERDESAK



Nah ambik luuu.... sekarang nih siap dengan sms kemain..., dah nak mampus baru nak meraih simpati,,, ooopppssss... sori... tengah rajin berkempen PRU dah dekat... kah... kah... kah....

Lawak lima tahun sekali.... faham2 jelah.... umnoporno... umnoporno.... ikhlas kononnnnn.... hehehehe.... geli bulu kaki gua.... kah..kah..kah...

ikutsukaakuisa

Aku bukan pencinta Anwar Berahim


Oleh: Abu Nawas

Aku bukan pencinta Anwar Berahim, aku sokong dia hanya sebab dia lawan umno. Tapi hari ni aku nak puji dia sebab dia bijak berpolitik berbanding dengan pemimpin Pas.

Aku cuma nak ambik satu contoh kecil saja sebab aku sekolah tak tinggi nak ambik contoh yang besaq besaq.

Anwar mmg cool bila berada di khalayak ramai. Anwar cool sebab sewaktu berada di tempat awam dia tak bagi pemimpin2 peringkat cabang dan ranting ada di sekelilingnya.

Berapa ramai dia punya bodyguard memerhati dari jauh atau jarak dekat itu dia punya pasal tapi yang penting pembodek pembodek tidak ada di sekelilingnya. Orang ramai boleh duduk melepak bersembang bergambar bersamanya sebab tidak ada pembodek-pembodek berjawatan di peringkat cabang dan ranting pada ketika itu.

Berbanding dengan pemimpin Pas, jika pemimpin besar seperti Tok Guru Nik Aziz dan Ustaz Hadi berada di khalayak ramai di sekelilingnya adalah pemimpin pemimpin peringkat kawasan. Orang ramai tidak berpeluang untuk untuk bermesra dengan pimpinan tertinggi Pas kerana tiada ruang untuk mereka berbuat demikian.

Pakcik pakcik tok wan tok wan kalau dapat bersalam dengan Tok Guru sudah cukup besar hari mereka, apatah dapat bersembang dan bermesra secara berdepan.

Ohh ini semua sukar berlaku kerana di sekeliling Tok Guru adalah pembodek pembodek yang berjawatan di peringkat kawasan. Masa inilah mereka nak tunjuk pada orang orang kampung yang kononnya mereka saja boleh rapat dengan pimpinan sebab mereka berjawatan.

Orang kampung mesti mau tau yang mereka saja yang boleh rapat dengan pimpinan sebab mereka ada jawatan. Orang kampung kalau ada hajat nak sampaikan mesti melalui mereka. Mereka orang besar...

Sebab tu aku kata Anwar mmg cool dalam hal macam ni, nampak saja perkara kecil tapi mendatangkan impak yang besar terhadap masyarakat terutama di kalangan masyarakat luar bandar.

Anwar mmg bijak berkira hatta dalam hal yang sekecil begini... sayangnya pemimpin pas peringkat kawasan tak rela rela beri ruang pada orang ramai mendekati pemimpin mereka..kerana mereka bodoh sombong....


LAWAK AHAD: LAWAN ARUS


Pak Pandir sedang memandu kereta di lebuhraya Utara Selatan, tiba-tiba handphonenya berbunyi, lalu Pak Pandir pun mengangkatnya.

Ia mendengar suara isterinya Mak Andeh memperingatinya supaya berhati-hati, "Pak Pandir, saya baru saja dengar di radio, ada sebuah kereta yang bergerak bertentangan arah di lebuhraya. Tolong berhati-hati!".

"Gila!!!," kata Pak Pandir, "Bukan satu, tapi beratus-ratus!"


Masalah Tak Mampu Nak Tahan Lama? Selesai Serta Merta Dengan Hanya Libido Gel

Nik Aziz puji DAP berani bidas MCA


SEREMBAN, 25 OKTOBER:Keberanian Ahli Parlimen DAP Rasah, Anthony Loke Siew Fook mempertahankan Islam di parlimen daripada penghinaan dan tohmahan bertubi-tubi oleh Presiden MCA, Chua Soi Lek telah menerbitkan rasa terharu di hati Mursyidul-am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato Nik Aziz Nik Mat.

Anthony Loke yang juga Ketua Pemuda DAP, menerima sepucuk surat daripada Pejabat Menteri Besar Kelantan hari ini yang merakamkan ucapan tahniah serta terima kasih Tuan Guru Nik Aziz kepada Anthony atas keberanian beliau berhujah di Parlimen.

Anthony dilaporkan begitu bersemangat mempertahankan Tuan Guru Nik Aziz daripada penghinaan berterusan MCA sehingga menepuk meja Parlimen, menyebabkan Speaker Dewan mematikan mikrofon beliau dan menghalang beliau dari terus berhujah.

Harakahdaily memetik Anthony sebagai berkata bahawa, “Dalam politik kita berbeza pendapat, itu perkara biasa. Umpamanya, kita dalam DAP juga punyai pendapat berbeza dengan PAS dalam soal hukum Hudud. Tetapi kita tidak pergi sampai ke tahap memburuk-burukkan dan menghina Islam.”

Surat penghargaan juga tersebut memetik Tuan Guru Nik Aziz sebagai berkata dengan tegas bahawa, ”DAP berani bidas MCA, tetapi UMNO takut. Tak boleh harap kepada UMNO untuk jaga Islam, jaga Melayu pun tak ke mana.”

Menurut laporan Malaysiakini, dalam sidang Parlimen pada 22 Oktober lalu Anthony telah bangkit mempertahankan Mursyidul-am PAS itu yang dirujuknya sebagai “Tok Guru”, sambil menyifatkan kenyataan Naib Pengerusi Wanita MCA Heng Seah Kie yang disokong Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek itu sebagai “paling biadap”.

“Chua Soi Lek ialah presiden MCA yang paling biadap,” katanya sambil menepuk meja.

Beliau berkata demikian sebagai respon kepada sikap pimpinan MCA yang terus menghina dan memfitnah Islam dan PAS, terutamanya peribadi Tuan Guru Nik Aziz melalui kenyataan Naib Pengerusi Wanitanya yang dilaporkan berkata, “Daripada ucapan Nik Aziz, kami simpulkan bahawa Nik Aziz secara terbuka meminta orang Islam merogol bukan Islam, adakah saya benar?” dalam Persidangan Agung Wanita MCA baru-baru ini.

Di laman sosial Facebooknya Anthony berkata, “Saya amat terharu dan dengan perasaan penuh rendah diri menerima surat penghargaan dari Pejabat YAB Menteri Besar Kelantan Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz berkenaan kenyataan saya di Parlimen beberapa hari lepas.

“Surat dari Tok Guru ini sekali lagi membuktikan kemurahan hati dan kesederhanaan beliau walaupun sudah bergelar YAB MB selama 22 tahun!

“Saya berasa amat kerdil di depan seorang tokoh agama dan politik yang mempunyai jiwa dan hati yang begitu besar seperti Tok Guru Niz Aziz! Semoga Tok Guru sentiasa dalam keadaan yang sihat dan dipanjangkan umur untuk terus memimpin PAS dan PR!”

Roketkini.com


LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive