Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Mac 03, 2020

PENGKHIANATAN DAN HIKMAH



La Tahzan

Sebenarnya pengkhianatan ini banyak untungnya
HIKMAHNYA FITNAH AKAN TERLERAI...

La Tahzan... Janganlah bersedih hati. Ambil masa utk tempoh bertenang. Dlm berpolitik tak perlu kita sampai memukul sesiapa. Itu politik rimba...setahu saya ahli atau penyokong PH ini adalah kelompok intelektual politik.

Semalaman saya duduk bersendirian berbicara dgn hati... bukankah agama ku mengajar setiap berlaku pasti byk hikmahnya.

Hampiri Subuh saya menjumpai jawapan untuk diri sendiri. Ya tentunya fitnah yg sukar dijawab selama 2 tahun akan terjawab selepas ini. Bukankah dlm kehidupan membina ketakutan itu lebih mudah dari membina kepercayaan.

Lihatlah hikmah Tuhan...Selama ini umat Melayu percaya Islam terancam, kilang arak, lesen judi, rumah urut, hudud tak boleh dilaksanakan, kes Adib, kes pemandu mabuk, tidak tangkap pengamal LGBT dan bermacam macam isu semuanya kerana kerajaan PH bukannya di bawah kuasa PM Melayu tetapi kononnya dipimpin oleh DAP.

Tun Mahathir dituduh tunduk pada Cina DAP sebab kes Adib tak selesai atau tidak dpt memuaskan hati sesetengah org Melayu, Anwar Ibrahim dituduh barua Cina DAP sebab itu tak layak jadi PM sdgkan di rumahnya Bacaan Yasin dan Bayan setiap minggu...semuanya ini akan mudah dijawab selepas ini.

Mungkin Tuhan mahu hentikan fitnah dan mahu tunjukkan benarkah mereka itu berjuang atas nama agama atau menjual agama ini utk tujuan politik.

Dulu pemimpin Amanah kata hudud buat kemudian dituduh tolak hudud hingga terkeluar mereka dari PAS. Bila Hadi kata hudud sukar dilaksanakan... semua akur. PH letak calon bukan Islam dia kata wajib pilih calon Islam, bila letak calon Islam ( seorang Imam ) dia kata tidak wajib pilih yg Islam. Seolah Islam ini milik eksklusif satu kelompok yg tak boleh berbeza pendapat.

2 tahun mereka tuduh pemimpin Melayu PH tak mahu tutup kilang arak, tidak membela kes Adib, tidak perjuangkan tulisan Jawi... kita tgk selepas ini adalah kilang arak ditutup, kes Ajib selesai dan sekolah Vernakular wajib belajar tulisan Jawi. PAS kini menjadi kerajaan yg mempunyai tempoh 3 tahun. Apa dalil mereka?

Saya memilih menyokong PH bukan kerana sokong Cina, bukan kerana benci ahli UMNO atau PAS tapi kerana bencinya saya pada rasuah. Ahli PAS dan UMNO itu saudara sesama Islam bukannya saya bermusuh dgn mereka apatah hanya kerana politik.

TS Muhyiddin dlm byk video sendiri mengatakan Najib curi duit 1MDB. Malah dlm kenyataannya dia membidas PAS kerana sanggup bekerjasama dgn perompak. Jika pemimpin UMNO itu bersih nescaya saya tidak menulis menentang mereka.

Adakah saya wajib kena pilih Melayu walaupun pemimpin itu merompak wang rakyat. Merompak dana fakir miskin.... ajaran Islam mazhab apa yg mengajar begitu?

Di negara2 maju persaingan parti politik adalah dari manifestonya. Tapi di negara kita manifestonya cukup diperbodohkan dgn isu agama dan bangsa. Hingga perkara dibolehkan dijadikan haram malah diperbesarkan. Contoh isu pemimpin Cina masuk masjid.

Saya masih ingat kata Allahyarham TGNA yg boleh kita baca dlm buku Pemikiran Tuan Guru Nik Aziz. “Mengapa isu membenarkan bukan Islam masuk ke rumah ibadah agama Islam diperbesar-besarkan, sdgkan org bukan Islam yg membina dan membuat mimbar masjid tidak dipersoalkan?”

“Tidak salah..... Saya sendiri sentiasa konsisten bahawa budaya politik rasis sewajarnya layak dibuang terus dari kamus masyarakat Malaysia.

"Cuma apa yang dilihat benda itu sebagai pelik pada zaman ini menunjukkan umat Islam kita terlalu jahil dengan agama," antara petikan kata2 TGNA seorang Ulama yg disayangi pelbagai pemimpin agama.

Saya berhujah dgn ramai kawan.. ya saya setuju ada kata2 segelintir pemimpin DAP yg tidak bijak utk menjaga hati org2 Melayu. Walaupun MCA senada tetapi kerana maklumat yg disabotaj dari dalam atau org Melayu kata musuh dlm selimut.. persepsi mengatasi segalanya.

Puas saya berhujah yg saya menolak kerjsama dgn kerajaan pintu bekalang ini dgn netizen dan rakan2...akhirnya mereka hanya menggunakan ayat bodoh, barua Cina, otak udang, babi dan bermacam macam utk menyakinkan saya agar benci dgn Cina DAP.

Akhirnya saya berhenti berhujah kerana dlm apa situasi dgn saya utk menyakinkan sesuatu perkara mesti dibawa dgn hujah yg menyakinkan. Maki hamun... itu bukan hujah.

Pengajaran juga kpd DAP, mereka selepas ini mesti mendidik pemimpinnya matang dlm berpolitik. Benar DAP banyak memperuntukkan bajet utk agama Islam di PP tetapi dlm pemahaman Melayu kelompok 'malas berfikir' ( kawasan bandar ) dan Melayu yg tidak mampu berfikir ( luar bandar ) DAP ini adalah parti Komunis. Kebaikan kamu dihapuskan hanya dgn persepsi.

DAP kena banyak belajar dgn Inggeris. Bagaimana Inggeris mampu menawan hati org Melayu. Bagaimana org Melayu boleh mentafsir Jepun dan Komunis itu penjajah ( musuh ) tetapi British adalah bangsa yg membangunkan Tanah Melayu. Cukup sekadar permainan persepsi.

Buat pemimpin2 Melayu/ Islam PH pula, tentulah byk perkara yg boleh diambil sebagai hikmah. Pertama jgn mudah percaya kpd kawan yg baru dikenali. Bukan sahaja dlm berpolitik tetapi di mana2. Kena kenal hati budi dulu.

Kedua tentulah jgn lupa kawan lama. Mengapa bila menang , rakan yg berjuang dan susah senang bersama dilupakan. Malah mahu berjumpa pun susah apatah lagi pandangan kawan lama tidak dipedulikan.

Tanya saya situasi politik... tidak mengharap langsung pengundian Dewan Rakyat. Ini kerana semua maklum pemimpin2 negara kita berjuang lebih kpd kepentingan diri. Bila2 masa mereka boleh berubah dgn mudah. Jadi masa 3 tahun yg ada fokus kpd isu.

Pemasalahan yg perlu difikirkan oleh PH ( fokus ) ialah bagaimana menangani persepsi. Ini kerana tanggapan seseorang manusia terpulang tahap suka atau kebenciannya bagaimana kpd individu atau kelompok itu. Kalau dia suka apa saja walau salah akn jadi betul. Kalau benci betul berkata kata sudah mahu disanggahnya.

Walaupun mereka tahu yg jadi PM itu Melayu. Yg mempunyai kuasa perlantikan adalah Ke Bawah Duli Agong juga Melayu. Hanya dgn kuasa PM Melayu maka hilang jawatan2 semua pemimpin2 Cina tetapi masih beranggapan Cina yg menguasai dan memerintah samada tertipu atau dgn niat.

Persepsi kebencian politik telah mengatasi dari kepentingan agama itu sendiri. Contoh apa sahaja yg dibuat Menteri Agama, Dr Mujahid semua tak kena. Mujahid dtg ke sekolah atas isu Tanglung dihentam, tapi apabila Allahyarham TGNA dtg dari Kelantan meraikan ulang tahun mendiang Karpal Singh dipuji. Kenapa tidak dipersoalkan TGNA tidak meraikan birthday Najib.

Mujahid dikata buruk akhlak dan TGNA dipuji baik akhlak walaupun tujuannya sama iaitu menunjukkan ahklak yg baik kpd bukan Islam sepertimana ditunjukkan Rasulullah saw.

Ok saya juga akan berehat dari serius menulis. Dah penat dan saya Redha. Pesanan saya berpolitik cara sihat dan fokus kpd pemasalahan yg lepas. Berlapang dada lah kita semua, bertenang dan ambil ia sebagai hikmah yg baik dari Tuhan.

Kpd pihak yg mengapi api kebencian perkauman cukup2 lah. Mereka pun bukan diminta dilahirkan sebagai Cina, India, Dusun dan sebagainya. Mereka tidak curi duit rakyat tetapi mereka dihina hanya mereka berpolitik bersama DAP ( salah satu parti politik ). Satu pernilaian yg sgt rasis dan tidak adil utk mereka.

Islam agama kasih sayang dan bukan kebencian.
Kata Gus Mus..."Agama itu menerangi, bukan membenci. Agama itu mengajak, bukan menyepak. Agama itu rahmat, bukan kebencian. Agama itu tidak hanya teriak Allahu Akbar di pinggir jalan.

Gus Mus memberitahu lagi bahwa bukan sedikit masyarakat awam yg tertipu dgn penampilan2 org yg mengaku tokoh agama, tetapi perilakunya jauh dari ajaran agama. “Jangan lihat janggutnya, jubahnya, Allahu Akbarnya, tapi lihat perilakunya,”.

Apa salah Anwar dia nak jaga anak Melayu, anak Cina, anak India, anak Dayak, anak Iban, anak Dusun, anak Bugis dan lain2.... bukankah mereka ini anak Malaysia yg wajib pemimpin Islam bela mereka yg miskin, yg perlukan bantuan. Insani...

Wasalam


LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive