Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Oktober 31, 2014

VIDEO PUTING BELIUNG DI KEDAH





Kejadian 31/10/14



Sebanyak 71 rumah dan sebuah klinik bidan rosak dalam kejadian puting beliung yang berlaku di beberapa kawasan di daerah Kota Setar petang tadi.

Sehingga kini, kawasan yang dikenal pasti terlibat dalam kejadian kira-kira 5 petang itu ialah Kampung Mergong Hilir, Kampung Batin, Kampung Sungai Baru, Taman Inang dan Taman Mergong Jaya.

Tinjauan Bernama di kawasan terlibat mendapati banyak rumah penduduk rosak teruk dengan bumbung rumah diterbangkan angin dan ada rumah yang ranap.

Sebanyak 25 rumah terlibat di Taman Mergong Jaya manakala di Kampung Sungai Baru, ia melibatkan 22 buah rumah, dengan satu daripadanya ranap, serta sebuah klinik bidan. Di Kampung Mergong Hilir, enam buah rumah terlibat manakala Kampung Batin (10 rumah) dan Taman Inang (8 rumah).

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Kota Setar berkata pihaknya menerima panggilan awal daripada orang ramai yang memaklumkan mengenai kejadian itu pada pukul 5.22 petang.

"Pihak kami dan beberapa agensi berkaitan sedang memberikan bantuan yang perlu kepada penduduk yang terlibat. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku," katanya ketika dihubungi.

Kejadian yang berlaku dalam tempoh 10 minit itu juga menyebabkan beberapa pokok tumbang.

Seorang mangsa di Kampung Sungai Baru, Mohd Nizam Hamzah, 46, berkata dia melihat sendiri pusaran puting beliung kira-kira 100 meter dari rumahnya, yang kemudian menghampiri rumahnya.

Katanya tidak lama kemudian hampir keseluruhan bumbung rumahnya diterbangkan angin kencang.

"Saya juga nampak angin kencang menerbangkan banyak zink dalam masa kira-kira 10 minit sebelum ia bergerak ke arah Mergong," katanya kepada Bernama ketika ditemui di tempat kejadian.

Seorang lagi mangsa, Mohd Syafik Abdul Kadir, 15, berkata dia terdengar bunyi kuat di bahagian atas rumahnya dan kemudian rumahnya bergegar.

"Papan bahagian atas rumah saya mula jatuh. Saya berlari keluar rumah dan berlindung di tempat letak kereta rumah jiran sebelah. Saya dapat lihat pokok mangga tumbang ke atas rumah saya dan meranapkannya," katanya.

Mohd Saad Mad Isa dari Kampung Batin pula berkata ketika kejadian dia berada di dalam rumahnya apabila terdengar bunyi bising dari atas bumbung rumahnya.

"Masa itu saya dengar bunyi zink dan bila saya tengok di luar rumah, saya nampak zink bumbung rumah saya terangkat. Saya tengok rumah jiran saya pun bumbung rumahnya sudah tiada," katanya.

Difahamkan mangsa-mangsa yang terlibat dengan kejadian itu dipindahkan ke pusat penempatan sementara dan ada juga yang berpindah ke rumah saudara mara.

- Bernama





LARANG KENCING BERDIRI

Sebab Rasulullah SAW melarang kencing berdiri



Kencing atau bahasa sopan membuang air kecil ini sudah bukan suatu perkara yang asing lagi bagi umat manusia. Setiap manusia melakukan aktiviti ini untuk mengeluarkan sisa-sisa metabolisme tubuh (mengeluarkan kotoran tubuh). Dalam melakukan aktiviti inipun kita dituntut melakukannya dengan benar dan sesuai aturan.

Hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah RA berkata bahawa Rasulullah SAW tidak pernah kencing sambil berdiri semenjak diturunkan kepadanya Al-Quran.

Secara kesihatan kencing berdiri adalah penyebab utama penyakit batu karang karang pada semua penderita penyakit tersebut dan merupakan salah satu penyebab penyakit lemah syahwat bagi sebagian lelaki.

Dari segi agama, kebanyakan orang yang biasanya kencing berdiri kemudian mereka akan mendirikan solat, ketika akan rukuk atau sujud maka terasa ada sesuatu yang keluar dari kemaluannya, itulah sisa air kencing yang tidak habis keluar ketika kencing sambil berdiri, apabila perkara ini terjadi maka solat yang dikerjakannya tidak sah kerana air kencing adalah najis dan salah satu syarat sahnya solat adalah suci dari hadas kecil maupun hadas besar.

Umumnya kita memandang ringan terhadap cara dan tempat buang air, mungkin kerana pertimbangan waktu atau situasi dan kondisi yang mengharuskan (terpaksa) untuk kencing berdiri tanpa menyangka keburukannya dari sisi sunah dan kesihatan. Orang dulu mempunyai budaya melarang anak kencing berdiri sehingga kita sering mendengar pepatah “Guru kencing berdiri, murid kencing berlari”, kerana memang terdapat efek negatif dari kencing berdiri.

Kebiasaan orang kencing berdiri akan mudah lemah batin, kerana sisa-sisa air dalam pundi-pundi yang tidak habis terpancar menjadikan kelenjar otot-otot dan urat halus sekitar zakar menjadi lembik dan kendur. Berbeza dengan buang air mencangkung, dalam keadaan bertinggung tulang paha di kiri dan kanan merenggangkan himpitan buah zakar.

Ini memudahkan air kencing mudah mengalir habis dan memudahkan untuk menekan pangkal buah zakar sambil berdehem-dehem. Dengan cara ini, air kencing akan keluar hingga habis, malahan dengan cara ini kekuatan sekitar otot zakar terpelihara.

Ketika buang air kencing berdiri ada rasa tidak puas, kerana masih ada sisa air dalam kantong dan telur zakar di bawah batang zakar. Ia berkemungkinan besar menyebabkan batu karang. Kenyataan membuktikan bahawa batu karang yang berada dalam ginjal atau kantong dan telur zakar adalah disebabkan oleh sisa-sisa air kencing yang tidak habis keluar. Endapan demi endapan akhirnya mengkristal/mengeras seperti batu karang.

Jika anda meneliti sisa air kencing yang tidak dibersihkan dalam bilik mandi, anda bayangkan betapa keras kerak-keraknya. Bagaimana jika itu ada di kantong kemaluan Anda?? perkara ini juga merupakan salah satu yang menyebabkan penyakit lemah syahwat pada lelaki selain dari penyebab batu karang.

Demikian hikmahnya Rasulullah SAW melarang kencing berdiri.

Sehingga Nabi Saw sering mengingatkan dalam sabdanya: “Hati-hatilah dalam masalah kencing kerana kebanyakan siksa kubur dikeranakan tidak berhati-hati dalam kencing”.

Hadis riwayat Ibnu Abbas ra., ia berkata:

Rasulullah saw. pernah melalui dua buah kubur, lalu beliau bersabda:

Ingat, sesungguhnya dua mayat ini sedang disiksa, namun bukan kerana dosa besar. Yang satu disiksa kerana dia dahulu suka mengadu domba, sedang yang lainnya disiksa kerana tidak membersihkan dirinya dari air kencingnya. Kemudian beliau meminta pelepah daun kurma dan dipotongnya menjadi dua.

Setelah itu beliau menancapkan salah satu pada sebuah kuburan dan yang satunya lagi pada kuburan yang lain seraya bersabda: Semoga pelepah itu dapat meringankan siksanya, selama belum kering. (Shahih Muslim No.439)


Adab Buang Air Kecil Dan Memasuki Tandas

Maka ada baiknya kita belajar adab-adab dan sunnah-sunnah di tandas (bilik air) berikut agar kita banyak mendapatkan manfaat baik di dunia (kesihatan) maupun di akhirat (agama) yang telah diajarkan Rasulullah SAW:

1. Buang air mencangkung (tidak berdiri jika tidak terpaksa/darurat), agar kotoran boleh keluar lancar sehingga tidak menjadi penyebab batu karang mahupun lemah syahwat

2. Menggunakan alas kaki

Menurut kajian di Amerika Syarikat di dalam kamar mandi/bilik air ada sejenis virus dengan type Americanus yang masuk melalui tapak kaki orang yang ada di bilik air tersebut. Dengan proses waktu yang panjang virus tersebut naik ke atas tubuh dan ke kepala merosak jaringan otak yang menyebabkan otak lemah tak mampu lagi mengingat, blank semua memori otak sehingga nyanyuk. Sandal hendaknya diletakkan di luar bilik air, jangan di dalam bilik air, kerana semakin kotor, lembab dan tidak mengenai sasaran kebesihan.

3. Masuk kamar mandi /bilik air dengan kaki kiri dan keluar dengan kaki kanan

Inilah sunnah yang diperintahkan oleh Nabi, dan juga disunnahkan untuk membaca doa sebelum masuk kamar mandi (doa dibaca di luar bilik mandi) dan setelah keluar dari bilik mandi. Berbeza jika kita masuk masjid dan rumah, masuk masjid atau rumah dengan kaki kanan dan keluar dengan kaki kiri.

4. Beristinjak dengan air dan dengan tangan kiri

Beristinjak (bersuci dan membersihkan kotoran) dengan air, bukan dengan tissue atau lainnya kecuali jika tidak ditemukan air ketika dihutan, padang pasir dsb. Boleh gunakan tissue tapi harus dibilas lagi dengan air setelahnya. Syarat kebersihan dan kesucian dari najis menurut syariat adalah hilang warna, hilang bau, dan hilang rasa dari najis tersebut. Beristinjak juga disunnahkan dengan tangan kiri, inilah pembahagian tugas dari tangan, bagaimana tangan kiri untuk urusan ‘belakang’ sedangkan untuk makan & minum disunnahkan dengan tangan kanan, jangan dicampuradukkaan, tangan yang untuk urusan belakang itu juga untuk makan. Dan Nabi melarang makan & minum dengan tangan kiri.

5. Jangan merancang/merencana sesuatu di bilik air

Nabi sangat melarang merancang atau membuat suatu rancangan/idea/inspirasi di dalam bilik air, kerana bilik air adalah markas syaitan sebagaimana doa kita ketika hendak masuk bilik air: “Allahumma inni a’udzubika minal khubutsi wal khabaits”, Yaa Allah, aku berlindung kepada-Mu dari godaan syaitan laki-laki maupun perempuan”.

Kerana dikhuatiri rancangan / idea / inspirasi yang didapati berasal dari bisikan syaitan yang kelihatannya baik tapi setelah dijalankan ternyata banyak mudarat/keburukannya. Begitu juga setelah keluar bilik air, baca istighfar dan doa keluar bilik air. Secara adab dan budaya pun sangat tidak baik, sambil buang kotoran mencari idea/inspirasi atau merancangkan sesuatu yang baik apalagi sesuatu itu menyangkut hajat hidup orang ramai. Disunahkan juga untuk menyegerakan keluar bilik air apabila hajat sudah selesai, bukan malah bernyanyi-nyanyi apalagi sambil baca buku atau akhbar.

6. Ketika buang air dilarang menghadap atau membelakangi kiblat, apabila lubang bilik air menghadap kiblat hendaklah ketika buang air badan agak diserongkan sedikit

Apabila sunnah diamalkan walaupun dalam bilik air maka kita ini juga namanya ibadah. Betapa sayangnya setiap hari kita ke bilik air beberapa kali tapi tidak mendapatkan pahala ibadah dengan menghidupkan sunnah. Padahal salah satu maksud dan tujuan manusia diciptakan adalah untuk ibadah.

Wallahualam,

*Sumber dari dirihamba.blogspot.com


detikislam



Khamis, Oktober 30, 2014

JAWAPAN PALING NGERI DALAM PEPERIKSAAN

PANAS!!!! AZMIN ALI KENA MASUK CAMPOQ NI....

POKOK-POKOK HIJAU HABIS DITEBANG....
INIKAH YANG MPAJ MAHUKAN DALAM RANCANGAN PEMBANGUNANNYA?

Penduduk kecewa, tak puas hati

HIDAYAH HAIROM
30 Oktober 2014


AMPANG - Suasana kawasan kediaman bagi kira-kira 500 penduduk di Taman Pandan Indah, didakwa bakal terjejas dengan kelulusan projek pembinaan tiga blok bangunan rumah bandar yang akan menggunakan kawasan perumahan mereka.

Projek berkenaan pernah mendapat bantahan penduduk pada 2009 disebabkan isu sama namun dibatalkan pada 2011.

Bagaimanapun, tanpa sebarang perbincangan bersama penduduk, projek berkenaan telah diluluskan kembali pada Julai dengan mengguna pakai laluan perumahan sama.

Pengerusi Persatuan Penduduknya, Mahadzir Ibrahim, 45, berkata, kelulusan berkenaan dilihat membelakangkan penduduk tambahan pula ia pernah mendapat bantahan.

Menurutnya, berdasarkan syarat kelulusan, laluan perumahan berkenaan perlu dilebarkan sehingga 50 kaki, sedangkan jarak antara longkang ke longkang di lorong perumahan hanya kira-kira 35 kaki.

“Bagaimana ia boleh diluluskan? Di kawasan sungai juga zon penampan sudah tiada dan boleh menyebabkan air melimpah ke kawasan perumahan.

“Selain itu, apabila pelebaran jalan mahu dibuat, pokok-pokok akan ditebang, akan memberi kesan persekitaran di kawasan ini,” katanya.

Tambah Mahadzir, dua laluan utama keluar ke Jalan 1/91 juga amat terhad untuk penduduk, apatah lagi apabila ia digunakan oleh lori-lori projek.

“Laluan keluar terus ke jalan utama, sekarang ini pun ada berlaku kemalangan kecil,” katanya.

Sementara itu, Abdul Samad HM Said, 55, berkata, kepadatan kawasan berkenaan kelak tidak sesuai dengan akses yang ada.

Dia yang tinggal di Jalan Pandan Indah 2 berkata, kebarangkalian untuk lori melalui lorong rumahnya adalah tinggi kerana lebih mudah keluar ke jalan utama.

“Jalan yang ada sudah sempit, dengan keadaan parkir kenderaan penduduk yang terhad. Apabila projek siap nanti juga sudah tentu ia akan menggunakan laluan sama ,”katanya.

Husni Abdul Rahman, 58, pula menyifatkan penggunaan laluan perumahan itu hanya akan mendatangkan kesan negatif kepada penduduk.

Dia yang menetap di situ sejak 20 tahun lalu khuatir perkara itu akan menjejaskan struktur rumah.

“Apabila lori lalu, akan ada gegaran. Jadi kita bimbang rumah tak mampu tampung. Ia juga akan ganggu ketenteraman penduduk ,”katanya.

Seorang lagi penduduk, Renganathan, 34, pula mencadangkan agar susur khas dibina dengan disambung terus dari Lebuh raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), tanpa perlu menggunakan laluan perumahan.

Katanya, perkara itu pernah dicadangkan kepada pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) namun tiada sebarang tindakan positif sebaliknya laluan perumahan yang diluluskan.

“Sepatutnya pemaju boleh buat susur, untuk pembinaan baru tanpa libatkan penduduk di sini,” katanya.

Projek pembinaan tiga blok kediaman (rumah bandar) itu bermula pada Ogos lalu dan dijangka siap pada Ogos 2016.


Usahakan laluan alternatif

Perbincangan bersama pihak Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dan pihak-pihak berkaitan akan dibuat minggu hadapan untuk cadangan laluan alternatif berhampiran Stesen LRT Pandan Indah.



Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Negeri Selangor, Iskandar Abdul Samad berkata, beliau maklum berhubung rasa tidak senang penduduk kawasan itu, namun kelulusan laluan alternatif memerlukan masa.

Menurutnya, sebelum ini MPAJ telah meminta pemaju menurunkan kepadatan projek dan ia telah diturunkan daripada 14 tingkat (242 unit) ke empat tingkat (102 unit).

“Jadi perkara itu telah selesai. Namun berkaitan laluan alternatif, kita perlu minta kebenaran pihak Prasarana untuk menggunakan tanah bagi laluan lori di situ.

“Selain tanah Prasarana yang juga parkir LRT, ada penduduk lima blok perumahan pangsa dan juga kawasan perniagaan pasar. Jadi kita perlu bincang dahulu dengan mereka,” katanya.

Beliau yang juga Adun Cempaka berkata, untuk sementara waktu lori projek tidak akan menggunakan laluan perumahan itu tetapi menggunakan akses bawah jejambat MRR2.

“Ada juga yang bantah projek berkenaan namun ia tidak boleh dihentikan kerana ia bukan tanah kerajaan negeri, sebaliknya adalah tanah pemaju.

Malah kedua-dua kawasan adalah tanah pembangunan, namun menjadi masalah adalah ia tidak dibangunkan serentak, membuatkan penduduk sedia ada akan terjejas,” katanya.

SH



Rabu, Oktober 29, 2014

HAIWAN ANEH DITANGKAP DI PADANG PASIR

Tangkap haiwan aneh di padang pasir

Jeddah: Seorang lelaki Saudi menangkap seekor haiwan menyerupai anjing di padang pasir dan berkata, tidak seorang pun dapat mengenal pasti jenis binatang itu.

Mutammam Al Rabei memberitahu akhbar Sabq, dia memandu melintasi padang pasir itu di Jeddah apabila melihat binatang berkenaan berlari di depan keretanya.

“Saya menangkapnya hidup-hidup. Kepalanya seperti anjing tetapi binatang itu lebih kecil dan mudah takut.

“Saya bertanya penduduk di kawasan itu, tetapi tidak seorang pun pernah menemuinya. Agak ganjil dan ini kali pertama saya menemui binatang seperti ini,” katanya.- Agensi

hmetro


PENDEDAHAN TERBARU TONG SAMPAH SPEED TRAP ???

Ahad, Oktober 26, 2014

LAWAK AHAD: MADE IN JAPAN


Seorang pelancong Jepun menahan teksi di depan hotel penginapannya untuk ke lapangan terbang.

Setelah menekan butang meter tambang, teksi tu mula bergerak dengan perlahan. Di lebuh raya, pemandu teksi tadi memandu dengan kelajuan yang sederhana. Tiba2, sebuah kereta memotong.

"Ah, Nissan. Made in Japan. Very fast", kata pelancong Jepun tadi.

Kemudian sebuah lagi kereta memotong dengan laju.

"Ah, Toyota. Made in Japan. Very fast", kata pelancong Jepun tu lagi.

Kemudian sebuah lagi kereta memotong, lebih laju.

"Ah, Mitsubishi. Made in Japan. Very fast", kata pelancong itu lagi, bangga dengan keluaran negaranya.

Sampai di lapangan terbang.....ketika pelancong itu ingin membayar tambang teksinya..

"RM100 please..." kata pemandu teksi selamba.

"What? RM100? it's not that far from the hotel?", pelancong tu tak puas hati.

"Ah. Agrometer (meter teksi). Made in Japan. Very fast", jawab pemandu teksi tersebut dengan selambanya.



Jumaat, Oktober 24, 2014

"SAMSENG" ANGKAT KERETA GUNA JENTOLAK




KUALA LUMPUR 23 Oktober 2014: Dengan menggunakan jentolak "Backhoe" pihak kontraktor pemaju Trans Loyal telah mengangkat dua buah kenderaan yang diletakkan di tepi Jalan Pandan Indah 8, Taman Pandan Indah di sini. Kerja-kerja mengubah kenderaan ini dilakukan tanpa notis kepada penduduk. Kontraktor yang melakukan kerja melebarkan jalan di tepi sungai ini bertindak bagai samseng dengan tidak mempedulikan bantahan penduduk setempat. Pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) juga seolah-olah menyebelahi pihak pemaju kerana tidak mendengar bantahan penduduk terhadap penggunaan jalan-jalan di Taman Pandan Indah sebagai jalan keluar masuk ke tapak pembinaan milik pemaju Trans Loyal.

Difahamkan MPAJ pernah membatalkan projek ini pada tahun 2011 akibat bantahan dari penduduk kerana pihak pemaju gagal menyediakan laluan keluar masuk.Namun projek ini diluluskan semula oleh MPAJ pada bulan Julai 2014 walaupun pihak pemaju masih gagal menyediakan laluan keluar masuk. Ini yang menjadi pertanyaan penduduk di sini,bagaimana projek yang telah dibatalkan boleh diluluskan semula tanpa perbincangan dan persetujuan dari semua penduduk.

Untuk rekod,pada 26 Ogos 2014 pihak MPAJ ada mengeluarkan surat "Arahan Berhenti Kerja" kepada kontraktor pemaju kerana telah melanggar beberapa syarat pembinaan namun pihak kontraktor pemaju terus melakukan kerja tanpa apa-apa halangan daripada bahagian penguatkuasa MPAJ.Apabila ditanya oleh penduduk,bahagian penguatkuasa berkata bukan mereka yang keluarkan surat itu tetapi jabatan kejuruteraan MPAJ yang keluarkan.



Papan tanda JPS turut ditumbangkan oleh kontraktor pemaju.

Di bawah ini kerosakan awal yang dikesan pada kereta penduduk.





Satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Pandan Indah lewat malam tadi oleh beberapa orang penduduk. Ini kerana pemilik kenderaan ini tidak mengetahui kejadian tersebut kerana beliau berada di wad Hospital Ampang sejak seminggu lepas.




MATAHARI TELAH TERBIT DARI SEBELAH BARAT



Cuba kita bayangkan pada suatu hari pukul 6:00 am kita bangun solat subuh, kemudian kita bersiap2 utk ke tempat kerja, sampai ofis jam 7:00 am, hari masih gelap.


Maybe kita anggap hari nak hujan, so abaikan.
Masuk ofis, buat kerja apa yang patut, dan kita tengok jam 9:00am, sudah time nak pergi breakfast.
Keluar pintu ofis, suasana masih lagi gelap, hitam pekat macam malam….mungkin masih boleh dianggap hari nak hujan lagi. So abaikan.

Tapi kalau jam 12:00pm pun hari masih gelap..apakah petanda itu?
Keesokan haripun sama, buka tv semua orang kelam kabut menceritakan bahawa dunia ini sudah tiada lagi siangnya..dan begitu juga dengan lusa..masih tiada lagi matahari.

Tetapi pada hari keempat kita bangun pagi, kita dapat melihat matahari, tetapi jangan terkejut kerana matahari telah terbit dari sebelah barat..

Kehebatan ahli dunia akan mengatakan itu fenomena alam, tapi sedarkah kita itulah petanda besar yang paling awal sebelum tibanya hari kiamat!!!!

Maka telah tertutuplah pintu taubat..yang bertaubat tapi Allah masih belum terima taubatnya juga akan ditutup pintu taubat..

Saat itu, kita akan lihat satu fenomena luar biasa di mana golongan kaya akan keluarkan semua harta utk diinfakkan, golongan yang tidak pernah baca quran, 24 jam baca quran, golongan yang tak pernah solat jemaah akan berlari2 menunaikan solat secara berjemaah..golongan yang tidak menutup aurat, segera bertudung labuh.

Tetapi sayangnya segalanya sudah tidak berguna lagi.. Mari sahabat-sahabat, kita mencari redha Allah dalam hidup kita.

Segera bertaubat dan memohon keampunan dariNya.

Fokuslah kepada kehidupan akhirat yang kekal abadi.

Sesungguhnya Allah masih memanjangkan umur kita sehingga saat ini adalah supaya kita sempat BERTAUBAT.

-Sumber Facebook

Selasa, Oktober 21, 2014

KEMPEN SENTUH ANJING DAN ULAMA BAGAI ANJING - DR ASRI


Bekas mufti negeri Perlis, Dr Asri memang menonjol dalam melaksanakan kerjanya sebagai pemikir dan ilmuan Islam. Baru-baru ini dia ada berikan komen berkenaan tak salah pegang anjing walaupun anjing dikategorikan sebagai najis.



Dr Asri memberikan penjelasan bukan haram pegang najis secara mutlak. Bila ada keperluan, najis ada kalanya terpaksa di sentuh. Bila basuh berak anak, kena sentuh najis, bila basuh berak sendiripun kena sentuh najis juga.

Kempen sentuh anjing dan ulamak bagai anjing - Dr Asri


Oleh itu kita perlu melihat sentuh anjing ini dalam konteks keperluan dan bukannya sebagai suka-suka main sedap akal saja. Mazhab Shafie yang merupakan mazhab popular ikutan rakyat Malaysia agak keras dalam hal anjing ini, tapi tidak dalam mazhab lain seperti Maliki.



Ada yang kecam Dr Asri bila dia tulis pada wall FB berkenaan masalah sentuh anjing sedangkan dia bukannya nyatakan samada boleh atau tak boleh penganjuran kempen jom sentuh anjing. Berikuttan itu, dia buat satu lagi ulasan panjang berkenaan isu sentuh anjing dan perkara yang berkaitan dengan anjing... jom baca:



KEMPEN 'I WANT TO TOUCH A DOG' DAN ULAMA BAGAIKAN ANJING

Sesetengah media menggambarkan seakan saya menyokong kempen menyentuh anjing yang dianjurkan oleh sesetengah pihak. Padahal saya hanya bercakap dari dimensi teks yang ada dalam Islam berkaitan anjing bukan tentang kempen memegang anjing tersebut. 


Saya tidak menyatakan sokongan ataupun bantahan kepada kempen tersebut kerana saya tidak jelas apakah tujuan kempen sentuh anjing itu dianjurkan. Apakah keperluan program seperti hendak dianjurkan?!!


Ini seperti mana saya juga tidak jelas mengapakah jutaan ringgit dibelanjakan untuk membolehkan rakyat melihat PANDA dari China. Jika saya ingin menyokong ataupun membantah, saya hendaklah jelas dan adil ke atas kedua-dua kes ini.


Isu anjing itu telah saya tulis beberapa tahun lepas. Ini kerana pengalaman saya yang sering ditanya oleh 'muslim bandar', muslim yang baru menganut Islam dan bukan muslim mengenai sikap Islam terhadap anjing.


Tulisan saya untuk menghilangkan persepsi negatif terhadap ajaran Islam berkaitan dengan anjing. Sesiapa yang hidup di Barat akan lebih terasa persoalan ini dibangkit oleh saudara-saudara baru muslim.




ULAMA YANG BAGAIKAN ANJING

Dalam kesibukan membincangkan isu sentuh anjing, kita jangan lupa mengingati diri bahawa ada isu yang lebih besar yang dibangkitkan oleh al-Quran berhubung dengan anjing, iaitu ULAMA YANG BERSIKAP BAGAIKAN ANJING.


Ini al-Quran sebut dalam Surah al-A'raf ayat 175-176.
Firman Allah: (maksudnya) 


“Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat kami. kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar darinya, lalu syaitan mengikutnya, maka jadilah dia daripada orang-orang yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia mahu kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya seperti ANJING, jika engkau menghalaunya, dia menjelirkan lidahnya, dan jika engkau membiarkannya: dia juga menjelirkan lidahnya. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir”. 
(Surah al-A’raf: ayat 175-176).


Ayat ini menceritakan perihal kisah seorang ilmuwan agama yang meninggalkan ajaran Allah semata-mata kerana keinginannya kepada dunia. Riwayat-riwayat Israiliyyat menyebut nama orang tersebut ialah Bal'am. 


Apa yang penting, ayat ini telah menyamakan ulama yang menjual nilai ajaran Allah hanya untuk kepentingan dunianya sama seperti anjing yang sentiasa menjelirkan lidah. Padahal jika dia berpegang atas prinsip ilmu dia tetap akan mendapat kemuliaan. 


Namun, dia gopah dengan silauan tawaran dunia. Samalah dia seperti anjing yang sentiasa menjelirkan lidah.
Anjing menjelirkan lidah disebabkan kepanasan badannya, atau oksigen yang tidak cukup bagi tubuhnya.



Demikian ilmuwan yang sentiasa kepanasan kerana gilakan dunia, atau sentiasa merasa tidak memadai dengan kedudukan mulianya sebagai ilmuwan, lalu dia menjelirkan lidahnya yang hodoh mencari yang lain habuan yang lain.


Pelbagai fatwa mengampu dikeluarkan. Jika pihak yang diampu membuat salah, dia mencari dalil menjustifikasikannya. Jika musuh pihak yang diampu membuat salah, dia mencari puluhan dalil yang memasukkan mereka ke dalam neraka.


Jika pihak yang diampu itu betul, berlebih-lebihan dia memuji dengan segala dalil agama. Jika musuh pihak yang diampu betul, dia cuba mencari dalil agama untuk melihat kelemahan dari sudut yang lain.


Maka Allah menjanjikan bagi ulama yang menyembunyikan kebenaran balasan yang dahsyat. Allah berfirman: (maksudnya) 

“Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa-apa keterangan Kitab suci yang telah diturunkan oleh Allah, dan membeli dengannya harga yang sedikit, mereka itu tidak mengisi dalam perut mereka selain daripada api neraka, dan Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka pada hari kiamat, dan ia tidak membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab yang perit”.
(Surah al-Baqarah: ayat 174)


Ya! ulama itu bukan malaikat atau nabi yang maksum. Mereka seperti insan lain yang terdedah kepada salah dan dosa. Namun walau apapun keadaannya, mereka tidak boleh menyelewengkan fakta, atau menyembunyikan kebenaran sehingga mengelirukan manusia tentang hakikat ajaran Allah S.W.T. 


Ini kerana yang menyebabkan mereka itu dianggap ulama kerana ilmu yang dimiliki oleh mereka. Peranan mereka adalah menjaga ilmu dan memastikan ilmu itu berfungsi untuk kemaslahatan manusia. 


Menjadi mat rempit, atau perompak, atau pemimpin yang tidak jujur tidak lebih buruk daripada ulama yang menyembunyikan kebenaran atau menyelewengkan fakta sehingga manusia tersesat. 


Maka al-Quran menyamakan ulama yang memutarkan kebenaran itu seperti anjing yang menjelirkan lidah.




Bab sentuh anjing jelas

Siapakah agaknya ulama yang macam anjing yang dimaksudkan oleh Dr Asri perlulah kita perhatikan sendiri. Perhatikan dalam skop terbukan dan bukannya berlandaskan kumpulan mana kita duduk. Kalau kita tidak terbuka, kita juga akan tertutup dari melihat kebenaran.



Rasanya bab sentuh anjing ini amat jelas dan ramai pembahas dalam artikel yang lalu rasanya memahaminya. Cuma ramai tak dapat atasi nafsu amarah bila komen dengan menggunakan nafsu tersebut. Hanya kerana bab sentuh anjing kita dah gagal mengawal perasaan, bagaimana agaknya dalam isu-ius lain yang lebih berat... atau kita sebenarnya hanyalah perasan?

pendapatanda

JANA PENDAPATAN TANPA HENTI WALAUPUN ANDA TELAH BERHENTI! PERCUMA BUKU PANDUAN! SILA KLIK SINI!

PEKERJA KEDAI MAKAN DITUMBUK KERANA KENAKAN CUKAI GST


KUALA LUMPUR - Seorang pekerja kedai makan di Kampung Bharu ditumbuk apabila pelanggan kedai itu tidak berpuas hati kerana dikenakan caj tambahan sebanyak enam peratus.

Menceritakan keadaan itu, pengurus kedai makan berkenaan berkata, majikannya terpaksa menghentikan caj enam peratus itu setelah mendapat rungutan pelanggan.

“Ramai marah apabila caj tambahan itu dikenakan, mereka kata tidak patut kedai kami kenakan cukai itu. Mereka merungut ‘kedai nasi campur pun nak kenakan GST (cukai barangan dan perkhidmatan) ke?

“Sebenarnya caj berkenaan baru dikenakan sekitar dua minggu lalu kepada pelanggan setelah didenda sebanyak RM23,000 akibat tidak memulakan operasi memungut cukai sebaik mendaftar dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bulan enam lalu,” dakwanya yang enggan dikenali.

Dakwanya lagi, bukan mahu mengambil kesempatan tetapi itu adalah syarat yang ditetapkan kerajaan.

Pengurus kedai itu mendakwa menerima arahan untuk memungut cukai itu sebagai langkah persediaan kepada pelaksanaan GST.

“Kami mendaftar kerana tidak mahu lari daripada membayar cukai, bersikap bertanggungjawab atas perniagaan ini. Namun ramai yang menyangka kami telah laksanakan GST lebih awal,” katanya.

Ditanya adakah kedainya itu mencatatkan pendapatan melebihi RM500,000, pengurus itu bagaimanapun kurang pasti mengenai perkara itu.

Sinarharian


JANA PENDAPATAN TANPA HENTI WALAUPUN ANDA TELAH BERHENTI! PERCUMA BUKU PANDUAN! SILA KLIK SINI!

Ahad, Oktober 19, 2014

LIVE 19/10/14 : KEDAH VS PAHANG


PIALA MALAYSIA 2014: SEPARUH AKHIR 1
KEDAH VS PAHANG
STADIUM DARULAMAN


KLIK DI SINI UNTUK MENONTON


GAMBAR MOTOSIKAL TERBAKAR DALAM KEMALANGAN DI KARAK

Gombak: Dua penunggang motosikal berkuasa tinggi maut manakala seorang lagi parah selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 25 Lebuhraya Karak kira-kira jam 11.15 pagi ini.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selayang, kemalangan itu turut membabitkan sebuah kereta yang mana mengakibatkan seorang penunggang motor rentung manakala rakannya maut dirempuh dalam kemalangan itu.

Jurucakap itu berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 11.22 pagi sebelum tiba lima belas minit kemudian bagi memadamkan kebakaran motosikal.

"Seorang mangsa yang parah sudah dikejarkan ke hospital manakala dua yang lain maut ditempat kejadian," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Punca sebenar kemalangan masih lagi disiasat dan tidak menolak kemungkinan ia mungkin berlaku ketika motosikal dan kereta itu menuruni selekoh curam di lebuhraya berkenaan, kata jurucakap itu.

hmetro










LAWAK AHAD: KONFIUS


Gambar Hiasan

Confusing Chinese Names

Caller : Hello, can I speak to Annie Wan (anyone)?

Operator : Yes, you can speak to me.

Caller : No, I want to speak to Annie Wan (anyone)!

Operator : You are talking to someone! Who is this?

Caller : I'm Sam Wan (Someone). And I need to talk to Annie Wan (anyone)! It's urgent.

Operator : I know you are someone and you want to talk to anyone! But what's this urgent matter about?

Caller : Well... just tell my sister Annie Wan (anyone) that our brother Noel Wan (no one)has involved in an accident. Noel Wan (no one)got injured and now Noel Wan (no one) is being sent to the hospital. Right now, Avery Wan (everyone) is on his way to the hospital.

Operator : Look if no one was injured and no one was sent to the hospital, then the accident isn't an urgen t matter! You may find this hilarious but I don't have time for this!

Caller : You are so rude! Who are you?

Operator : I'm Saw Lee (Sorry).

Caller : Yes! You should be sorry. Now give me your name!

just for laugh...

JANA PENDAPATAN TANPA HENTI WALAUPUN ANDA TELAH BERHENTI! PERCUMA BUKU PANDUAN! SILA KLIK SINI!

Sabtu, Oktober 18, 2014

SMS DARI KUBUR


South Tyneside: Sudah menjadi kebiasaan apabila seseorang yang dikasihi meninggal dunia, timbul persoalan mengenai apa yang hendak dibuat dengan nombor telefon bimbitnya.

Ada yang enggan memadamkan nombor telefon itu sementara ada yang berasa selesa menghantar mesej pesanan ringkas (SMS) kepada orang yang pernah mereka sayang.

Bayangkan apa yang berlaku jika SMS yang dihantar itu dijawab.

Sheri Emerson menghantar mesej pesanan ringkas kepada mendiang neneknya, Lesley, yang dikebumikan bersama-sama telefon bimbitnya.

Tetapi sehari kemudian, dia menerima jawapan: "Saya memerhatikan anda. Jangan risau. Anda akan berjaya mengatasinya. Anda akan selamat."

Sheri yang terkejut menerima mesej itu, menelefon nombor berkenaan dan orang yang menjawabnya mengaku menghantar mesej berkenaan.

Sebenarnya, syarikat telekomunikasi 02 menjual nombor yang pernah digunakan nenek Sheri kepada pelanggan lain selepas ia tidak digunakan selama tiga tahun.

"Saya terkejut menerima jawapan itu. Saya menghantar mesej Rabu lalu, menceritakan mengenai keluarga kami dan keesokannya, saya mendapat jawapan. Saya tahu nenek tidak akan menjawab. Tetapi, tiba-tiba saya menerima jawapan daripada nombornya.

"Anda sendiri boleh bayangkan keadaan saya ketika itu," katanya.

Sementara itu, 02 mengesahkan ia menjual nombor Lesley kepada seorang pelanggan barunya.-AFP

HMetro


JANA PENDAPATAN TANPA HENTI WALAUPUN ANDA TELAH BERHENTI! PERCUMA BUKU PANDUAN! SILA KLIK SINI!

Jumaat, Oktober 17, 2014

GAMBAR BANJIR KILAT DI RAWANG

MUDAHNYA KITA BERDUSTA ATAS NAMA NABI MUHAMMAD S.A.W



Muhammad Rasulullah s.a.w

Selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad. [IslamicEconomy]
Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi Wa Sallam. Setiap kali namanya disebut dalam tulisan ini, kita sama-sama berselawat kepadanya.
“Berdusta atas nama Nabi? Eh, saya mana pernah berdusta atas nama Nabi Muhammad. Saya sayang Nabi saya.”
Benarkah? Anda yakin tidak pernah berdusta atas nama Nabi?
Saya tidak mahu membuat tuduhan melulu. Mungkin ya, mungkin pernah, mungkin tidak. Tetapi rata-rata kebanyakan orang tidak sedar mereka telah berdusta atas nama Nabi Muhammad, Rasul kesayangan umat akhir zaman.
“Betulkah begitu? Mohon jelaskan.”
Baik. Saya tidak mahu memanjangkan mukadimah artikel ini. Saya akan terus menyatakan apakah kesilapan besar, bahkan boleh jatuh sebagai DOSA BESAR terhadap Nabi Muhammad yang kebanyakan orang telah lakukan, termasuklah saya pada satu ketika dahulu.
Malah mengejutkan juga, kesilapan ini ada dilakukan oleh mereka yang dipandang tinggi oleh kita sama ada mereka sedar, sengaja ataupun tidak.
“Oh, takutnya. Cepatlah beritahu saya.”
Semua orang sayang Nabi. Saya juga sayang Nabi. Anda para pembaca juga sayang Nabi. Tidak ada orang yang tidak sayang Nabi. Malah saya yakin, kalau Nabi masih ada, para pencuri, perompak, pasti akan tunduk takut, hormat dan menangis apabila Nabi di sisi mereka.
Apatah lagi kita yang berhati lembut dan bukan pesalah besar, pasti tidak mahu Nabi pergi dari sisi kita. Allah… Hebatnya aura Rasulullah.
Namun realitinya, Rasulullah telah tiada di dunia ini. Tetapi Rasulullah akan menunggu umatnya di akhirat nanti.
Rasulullah sayang kita, tetapi adakah kita benar-benar menyayangi Rasulullah? Semua pasti jawab “Ya, sudah pasti!” Seperti soalan saya di awal tulisan ini, adakah kita yakin kita sayang Nabi?
Sebelum saya menyatakan apakah dosa yang paling mudah yang mungkin kita telah lakukan terhadap Nabi kesayangan, saya ingin memberitahu bahawa untuk sayang Rasul, ia bukan hanya di lidah dan ucapan sahaja. Bukan dengan hanya menghadiri majlis-majlis selawat dan kemudian balik berbuat salah kembali kepada Rasul.
Tidak guna semua itu jika kita terus menerus membuat salah kepada Nabi Muhammad. Sayang kepada Nabi perlu dengan ilmu.

Berdusta Atas Nama Nabi

Baiklah, maafkan saya jika melengah-lengahkan menjawab persoalan, “Apakah pendustaan ke atas Nabi?
Jawapannya mudah sahaja. “Kita menyatakan Rasulullah berkata sesuatu, tetapi hakikatnya Rasulullah tidak ada pun berkata begitu.
Untuk dimudahkan cerita, kesalahan dan dosa besar kita kepada Nabi Muhammad adalah dengan berkata seperti, “Nabi ada cakap dalam satu hadis, begini begini begini….“. Hakikatnya, hadis itu hadis palsu. Hadis yang direka-reka oleh musuh Islam dan juga orang Islam yang munafik. Termasuklah juga hadis-hadis dhaif yang disepakati oleh ulama-ulama hadis yang muktabar.

Berdusta
Masih ramai yang menggunakan hadis palsu sebagai menguatkan hujah mereka. [MOC]
Namun, perbahasan mengenai hadis dhaif saya akan tulis dalam artikel akan datang kerana huraiannya (perbahasan) begitu panjang dan ada situasi tertentu hadis dhaif boleh digunakan tetapi tidak untuk membuat sesuatu hukum, malah hadis dhaif juga banyak jenisnya pula. Jika ingin menggunakan hadis dhaif dalam penulisan dan penyampaian, kita wajib menyatakan ia hadis dhaif.
Fokus utama dalam artikel ini adalah hadis palsu yang jelas palsu, semua ulama dan ahli ilmu sepakat mengharamkannya. Kita tidak boleh menggunakan hadis itu dengan berkata, “Ini Nabi yang cakap.
Andaikata Nabi masih hidup dan kita berkata Nabi ada berkata sesuatu tetapi ia bukan daripada Nabi, alangkah terlukanya hati Rasulullah. Begitu juga dengan kita. Apabila ada orang lain berkata, “Si A itu ada berkata begini…” Padahal anda tidak ada pun berkata demikian.
Apakah perasaan anda? Sakit hati bukan? Malah begitu kecewa jika ia dikatakan oleh orang yang dipercayai seperti rakan baik kita. Jika kita manusia biasa ini pun rasa begitu, apatah lagi junjungan Nabi Muhammad.

Contoh Hadis Palsu & Lemah Yang Popular

Apakah contoh-contoh hadis palsu dan lemah yang popular di kalangan umat Islam?
1. “Tuntutlah ilmu sampai ke negara China.” Ini adalah hadis PALSU. Sebahagian besar ulama hadis menyatakan ia adalah palsu. Ini adalah kata-kata rekaan dan kemudian pencipta hadis ini mengatakan ia adalah “sabda” Rasulullah.
2. “Sembilan per sepuluh rezeki adalah dalam perniagaan.” Ini adalah hadis lemah (tidak sahih). Seorang ahli hadis iaitu Al-Albani menyatakan hadis ini sebagai dhaif (Silsilah No. 3402).
3. “Kita (kaum muslimin) adalah kaum yang hanya makan apabila lapar dan berhenti makan sebelum kenyang.” Hadis ini adalah hadis lemah (dhaif). Rujuk Zaadul Ma’ad dan Al Bidayah Wan Nihayah.
Nabi Muhammad pernah makan kenyang, tetapi tidak terlampau kenyang dan membahayakan diri (kesihatan). Ada hadis-hadis yang menjadi sokongan sebagai dalil untuk makan ataupun minum sampai kenyang (puas).
4. “Barangsiapa yang solatnya tidak dapat mencegahnya dari perbuatan keji dan mungkar maka tidak akan bertambah kecuali semakin jauh dengan ALLAH.” Ini adalah hadis palsu.
5. “Seandainya hati orang ini khusyuk nescaya akan khusyuk juga anggota badannya.” Ini adalah hadis palsu. Salah seorang perawi (penyampai) dalam ‘sanad’ hadis ini dikatakan seorang pemalsu hadis. Malah ada ulama mengatakan ‘hadis’ ini sebenarnya adalah kata-kata seseorang.
Nah, terkejut bukan? Itu baru lima “hadis”. Belum lagi hadis-hadis palsu lain yang mungkin kita telah sebarkan, malah menulisnya. Selama ini kita berkata Nabi ada cakap, Nabi ada kata, Nabi berkata begini.. Tetapi hakikatnya ia bukan daripada Nabi, sebaliknya ia adalah kata-kata ciptaan manusia yang munafik.
Begitu besarnya salah (dosa) ini, malah lagi besar jika ia dilakukan secara sengaja (sudah tahu ia palsu, tetapi masih kata ia daripada Nabi).

Rasulullah Telah Lama Memberi Amaran

Asas penulisan artikel ini adalah hadis berikut yang dituturkan sendiri oleh Nabi Muhammad. Hadis yang sahih dan terkandung dalam kitab Sahih Muslim dan Bukhari. Sebuah hadis yang terkenal di kalangan ulama dan ahli ilmu yang soleh.

Kitab Sahih Bukhari
Fathul Bari bisyarhi Sahih Al-Bukhari Imam Khairul Annas. [Wikipedia]
Dari Anas bin Malik radiyallahu anhu meriwayatkan, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wa Sallam berkata:
“Barangsiapa yang sengaja berdusta atas namaku dengan sengaja, maka hendaklah dia mempersiapkan tempat duduknya di neraka.” Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim
Al-Mughirah radhiallahu anhu berkata: Saya mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Sesungguhnya berdusta atas namaku tidaklah sama dengan berdusta atas nama orang lain. Kerana barangsiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja maka hendaklah dia mempersiapkan tempat duduknya di neraka.” Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim
Para ulama meletak hadis ini sebagai hadis ancaman. Rasulullah mengancam sesiapa yang berdusta atas namanya dengan balasan neraka. Hanya dengan berdusta atas nama Nabi, kita seolah-olah telah menempah tiket ke neraka. Begitu mudah.

Jadi, Apa Yang Perlu Saya Lakukan?

Maka setelah kita mengetahui perkara yang “remeh” dan kecil ini, tetapi ancamannya begitu besar iaitu neraka, apa yang perlu kita lakukan mulai sekarang?

Pertama, rujuk kitab sahih.

Sebelum kita menyebarkan apa-apa hadis ataupun artikel yang mempunyai hadis-hadis, semak dahulu kedudukan (status) hadis itu sahih ataupun tidak. Bagaimana mahu semak? Mudah sahaja. Rujuk kitab-kitab hadis yang sudah terbukti sahih hadis-hadis di dalamnya seperti sahih Bukhari dan Muslim.
Alamak, susahlah perlu semak satu demi satu. Lagipun bukan semua ada kitab hadis sebegitu. Kami ini bukan pelajar pengajian Islam pun.
Baiklah, saya berikan satu cara paling mudah dan hanya di hujung jari sahaja. Gunakan Google.com. Caranya adalah anda taip sedikit bahagian hadis berkaitan dan diakhiri dengan tanda + dhaif. Kemudian ulangai dengan + palsu, + hasan dan kemudian + sahih.
Jika nasib anda baik, adalah pihak yang menulis mengenai taraf hadis itu sama ada dhaif, palsu ataupun sahih. Sebaiknya lihat juga siapa penulisnya. Utamakan mereka yang mempunyai kelayakan untuk mengulas kedudukan sesebuah hadis.
Terdapat empat taraf hadis iaitu sahih, hasan, dhaif dan maudhuk (palsu). Insya-Allah pada artikel akan datang kita akan belajar mengenali jenis-jenis hadis ini. Artikel ini lebih memfokus kepada pendustaan terhadap Nabi.

Kedua, rujuk ahli ilmu, pihak berautoriti atau pakar hadis.

Mungkin cara ini sedikit sukar kerana tidak semua di kalangan kita mempunyai kenalan ahli ilmu hadis. Merekalah yang paling layak dirujuk kerana mereka memang mendalami bidang hadis. Sebolehnya usahakan walaupun paling kurang bertanya melalui Internet.
Boleh bertanya pihak berautoriti seperti JAKIM (Jabatan Agama Islam Malaysia) dan juga menggunakan portal e-Fatwa (www.e-fatwa.gov.my). Hubungi pihak e-Fatwa dengan menggunakan ruangan Hubungi Kami. Malah pihak e-Fatwa juga membuka talian Hotline untuk umat Islam di Malaysia menghubungi mereka bagi bertanya apa jua persoalan hukum.

Ketiga, belajar.

Usahakan diri untuk belajar mengenai asas-asas hadis. Saya yakin, begitu banyak kelas-kelas berkaitan hadis diadakan di kebanyakan tempat di seluruh Malaysia. Ada yang berbayar dan ada yang percuma. Jika boleh, utamakan pengajar yang memang mendalami bidang hadis.

Maulana Asri
Maulana Asri salah seorang rujukkan berautoriti dalam bidang hadis. [FB Maulana Asri]
Salah seorang ahli ilmu yang saya tahu adalah seperti Ustaz Maulana Muhammad Asri (Kelantan). Banyak video-video beliau di Youtube. Beliau banyak melakukan syarah-syarah hadis. Saya yakin ramai lagi ahli ilmu yang pakar mengenai hadis.

Keempat, beli kitab-kitab hadis yang sahih.

Walaupun kita bukan pelajar pengajian Islam, ataupun bukan bekerjaya sebagai ulama, letakkan niat memiliki beberapa buah kitab hadis sahih itu sebagai tanda kecintaan kita kepada Nabi Muhammad. Tidak berbanggakah kita menyimpan kata-kata Nabi kesayangan kita di rumah? Paling kurang pun melihat sahaja pun jadilah daripada tiada langsung. Selain sebagai rujukan, kita juga boleh menjadikan sebagai satu amalan membaca satu hadis setiap hari, selain membaca al-Quran setiap hari.
Barulah “lengkap” bukti kita sayang Allah (baca al-Quran) dan sayang Nabi (baca hadis). Jika kita boleh membelanjakan ribuan ringgit untuk membeli buku-buku (termasuk penulis orang bukan Islam), mengapa tidak kitab hadis yang mengandungi kata-kata Nabi Muhammad, manusia terulung di dunia ini?

Kelima, beli buku-buku syarah hadis.

Setiap kitab-kitab hadis yang sahih akan ada buku-buku syarah hadis yang ditulis oleh ramai ulama. Kita boleh faham maksud hadis, tetapi untuk mengulasnya (membuat tafsiran) hanya ulama dan ahli ilmu sahaja yang boleh melakukannya. Jadi beli kitab hadis yang sahih dan juga buku syarahannya / kupasannya.
Bagaimana ingin mengenali kitab (buku) itu mensyarahkan hadis? Mudah sahaja. Biasanya tajuknya bermula dengan Syarah __(nama kitab hadis)__. Contohnya Syarah Shahih Muslim. Ramai ulama melakukan syarah dan meletak tajuk yang sama. Salah satu yang tersohor adalah Syarah Shahih Muslim oleh Imam an-Nawawi.

Langkah Penting Seterusnya

Luangkan masa untuk mengenali apa itu hadis. Beli sekurang-kurangnya satu buku, tetapi pastikan penulisnya adalah ahli (pakar) dalam bidang hadis. Ada juga buku-buku yang menyenaraikan hadis-hadis palsu dan dhaif. Dan seterusnya, luangkan masa untuk pergi belajar agama secara berhadapan dengan guru. Bukan hanya bergantung kepada buku, “Tok Guru Google” dan “Ustaz Youtube” sahaja.
Akhir sekali, sebarkan artikel ini dengan doa kita agar lebih ramai umat Islam mengetahui perkara yang tidak diketahui oleh kebanyakan orang selama ini. Kita cintakan Rasul, tetapi tidak memadai sekadar ucapan sahaja. Ia perlu dengan ilmu. Tidak hafal ratusan hadis pun tidak mengapa, asalkan sekurang-kurangnya kita tidak berdusta atas nama Rasul.
Artikel ini ditulis secara mudah, bahasa yang ringkas dan tidak banyak istilah-istilah Arab dengan tujuan agar pembaca yang pelbagai tahap (level) lebih mudah memahami. Sebarkan kebenaran ini sebagai tanda sayangnya kita kepada Nabi Muhammad, Rasul yang akan menanti kita di telaga Kautsar di Padang Mahsyar kelak.
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi Wa Sallam bersabda: “Benar-benar akan dihalau dariku sekelompok orang dari sahabatku ketika hendak mendekati telagaku (telaga Kautsar), walaupun aku mengenali mereka, mereka diusir dariku sehingga aku berkata, “Mereka adalah sahabatku!” Kemudian dikatakan kepadaku (Allah berkata), “Kamu tidak tahu apa yang mereka kerjakan selepas kewafatanmu.” Hadis Riwayat Bukhari
“Wahai Rasul kesayanganku, maafkan diriku kerana satu hadismu pun tidak upaya untuk aku hafal pada lidah dan hatiku, kerana jauhnya kakiku melangkah mengejar syurga duniawi.”


tazkirah.net

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive