Jumaat, Julai 31, 2009
RAWANG JEM TERUK
HENTIAN RAWANG ARAH SELATAN 310709 1025 PM: Lebuhraya PLUS dari arah utara ke Kuala Lumpur ketika ini sesak teruk bermula dari hentian Rawang.
Krew BIAQPILA yang dalam perjalanan dari Penang ke KL terpaksa berhenti rehat kerana malas nak jilat jem.Ini kerana baru saja menjilat jem berdekatan Terowong Menora pada malam Isnin lalu.Mana tahan asyik jilat jem saja sedangkan kita bayaq tol.Dahlah kena jilat jem,pundi kencing pun hampir meletup tahan kencing malam tu.
Setakat berita ini ditulis, pihak kami belum mendapat tahu apakah angkara sebenar penyebab jem ini.Adakah kesesakan ini disebabkan oleh perbuatan manusia,jin,setan atau binatang? Sama-sama kita tunggu jawapannya nanti.
E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
Jerangkung Hidup Bermaruah
Bak "Jerangkung Hidup"...teringat aku geng hantu Jepun dalam filem Tan Sri P. Ramlee, Pendekar Bujang Lapuk..."Cobaaaaaaannnn".
Perempuan botak yang disebelah kiri sekali kelihatan tidak bercoli. Mungkin beranggapan tidak perlu dibaluti payudara yang kempis. Sesiapa yang melihat kalau "naik ghairah" bermakna nafsunya perlu dibuat "adjustment dan alignment".
Agak-agaknya berapakah berat mereka? Jarum pengukur yang hanya menimbang tulang-belulang yang menanti retak.
Inilah realiti kehidupan bagi sesetengah masyarakat di dunia. Tanpa program "diet" mereka sudah semulajadi kurus kerana faktor kemiskinan. Organ badan dan urat nadi yang dilapik kulit nipis tanpa isi.
Mereka tetap tabah meneruskan kehidupan. Kekal bernyawa selagi ada udara percuma. Si Ibu dengan naluri keibuan menyusukan anak dipangkuan "keras". Walaupun sedar hanya "darah pahit" yang dihisap, Si Ibu percaya Si Anak tetap bermimpi indah. Cukup terharu.
Mereka tetap manusia bermaruah!
Coretan "Kemanusiaan" oleh:
Zamer Rizal Osman @ ZoRrO
Bandar Kinrara, Puchong, Selangor
E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
UMNO PAS : ANAK HARAM DAN PERHIMPUNAN HARAM
KITA LEBIH SIBUK MENGELUARKAN FATWA TENTANG PERHIMPUNAN HARAM DARIPADA MEMBICARAKAN CARA MANA NAK MEMBASMI MASALAH SOSIAL YANG MEMBAWA KEPADA KELAHIRAN ANAK HARAM.CARI MAKAN..CARI MAKAN JUGAK,TAPI JANGANLAH MEMENINGKAN MASYARAKAT DENGAN PERMASALAHAN REMEH TEMEH SEDANGKAN BANYAK LAGI MASALAH YANG MELANDA UMAT ISLAM PERLU DIBERI PERHATIAN SEWAJARNYA OLEH KITA.
LEBIH SUDU DARI KUAH PUN TAK GUNA JUGA,SEBAB MULUT KITA BUKANNYA BOLEH MELANTAK SUDU TU,KALAU MELANTAK SUDU TU PUN BELUM TENTU PERUT KITA BOLEH MAINKAN PERANAN UNTUK MENGHADAMKAN MAKHLUK YANG BERNAMA SUDU TU..KENA PULAK KUAH DAL NASI BERIANI,CERITA PUN TAK GUNA BEB!!!LAPAQ PULAK RASA...
Kenyataan Media Ketua Penerangan PAS Perak 3/2009 / ISA Haram atau Himpunan Haram ?
Berikutan dengan kenyataan terbaru Mufti Perak, Harussani Zakaria, yang berkata jika perhimpunan yang boleh mendatangkan huru hara, maka adalah haram mana-mana pihak untuk menyertainya apatah lagi perhimpunan itu tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa.
Nampaknya Mufti Perak ini cuba berpolimik dalam persoalan yang remeh-temeh dan tidak mengeluarkan pandanganya dalam persoalan yang lebih besar dan penting. iaitu Adakah ISA itu Halal atau haram disisi hukum Islam.
Sehubungan ini saya suka mengeluarkan kenyataan seperti berikut :
1. Ternyata semakin di penghujung jawatannya Mufti Perak menambahkan lagi koleksi peribadinya dengan mendiamkan diri dalam banyak hal yang diperlukan jawapan yang segera dalam banyak perkara, dalam masalah ini sebelum 1 Ogos rakyat Malaysia ingin tahun adakah ISA bersesuai dengan Islam atau tidak, manalah tahu ada nash dalam Al Qquran dan Sunnah yang boleh dihujjahkan bagi menghalalkan atau paling tidak mengharuskannya.
2. Khusus kepada rakyat Perak, Kem Tahanan yang terletak di kamunting adalah gambaran yang tidak baik sekiranya undang-undang yang haram itu diteruskan, dan kita akan berbangga kalau ia harus atau halal , biarlah dia berada di perak, dan kita berbangga kerananya.
3. Mengeluarkan pendapat mengenai halal atau haram berhimpun dan dikaitkan dengan permit, macamlah Harussani menjadi jurucakap kepada pasukan keselamatan pula ?
4. Adakah mengeluarkan kenyataan berhimpun tanpa permit disandarkan dengan dalil dan nash yang mana, kalau pun sebetulnya yang menghuru-harakan setiap perhimpunan adalah pihak lain, bukannya kami yang berhimpun. Sepatutnya Harussani juga mengeluarkan pandanganya kepada pihak yang menghalang rakyat berhimpun dengan aman, halal atau haram hukumnya.
Demikianlah kenyataan saya.
30 July 2009
Drs. Khalil Idham Lim
Ketua Penerangan PAS Perak.
E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
Takziah, PAS hilang seorang lagi Adunnya
(Ketika hayatnya, Datuk Hamdan sangat aktif...gambar beliau bersama Datuk Seri Wan Azizah)
KUALA LUMPUR, 31 Julai: PAS hilang seorang lagi pemimpinnya apabila satu-satunya Adun PAS di Pulau Pinang, iaitu Adun Permatang Pasir, Datuk Hamdan Abdul Rahman meninggal dunia pagi tadi.
Hamdan meninggal dunia di Institut Jantung Negara jam 6.15 pagi. Jenazah beliau dijangka akan dikebumikan petang ini di Pulau Pinang.
Allahyarham telah seminggu berada di IJN untuk menjalani rawatan susulan akibat kesakitan di bahagian jantung. Beliau telah menjalani pembedahan jantung pada tahun 2003 di Hospital Besar Pulau Pinang.
Allahyarham menjadi Pesuruhjaya PAS Negeri selama 11 tahun setelah pemergian Haji Zabidi Ali penghujung tahun 1980 an.
Beliau seorang yang dedikasi dan merupakan pejuang yang sanggup berkorban apa sahaja termasuk harta benda kerana memartabatkan Islam, kata Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Mohd Salleh Man.
Dengan kematian Hamdan, bermakna SPR akan mengadakan satu pilihan raya kecil di situ dalam masa 60 hari dari sekarang.
Ini bermakna, pengundi di situ akan mengundi lagi selepas dua kali mengundi tahun lepas iaitu pilihan raya umum 2008 dan pilihan raya kecil Permatang Pauh.
Nasib mereka akan sama dengan jiran mereka iaitu penduduk Penanti yang terpaksa mengundi dalam pilihan raya kecil sebelum ini.
Nama yang popular disebut untuk menggantikan beliau kini adalah Haji Mohamad Sabu, bekas naib presiden PAS dan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Mohd Salleh Man.
siasah
E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
Hampir 10,000 Uighur hilang dalam satu malam - Rebiya Kadeer
TOKYO 29 Julai - Pemimpin Uighur yang hidup dalam buangan, Rebiya Kadeer mendakwa hampir 10,000 penduduk 'hilang dalam satu malam' semasa kekacauan etnik di bandar Urumqi, wilayah Xinjiang pada awal bulan ini.
"Hampir 10,000 penduduk di Urumqi hilang dalam satu malam. Ke mana mereka pergi? Jika mereka terbunuh, di mana mayat mereka?" kata Rebiya yang bercakap dalam bahasa Uighur menerusi seorang jurubahasa di sini hari ini.
Rebiya, 62, pemimpin Kongres Uighur Sedunia yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), berkata: "Kerajaan China sedang cuba memusnahkan penduduk Uighur dan saya ingin memberitahu masyarakat antarabangsa tentang keadaan kami."
Beliau memetik sumber tempatan yang dihubunginya sebagai berkata, semasa kekacauan bermula 5 Julai itu, polis China melepaskan tembakan rambang ke arah penduduk apabila bekalan elektrik terputus pada waktu malam dan keesokan paginya ramai lelaki Uighur didapati hilang.
Beijing menyifatkan Rebiya, ibu kepada 11 orang anak, sebagai 'penjenayah' yang mendalangi kekacauan antara kaum Uighur dengan etnik Han China di Xinjiang.
Sejumlah 197 orang terbunuh dalam rusuhan itu, lapor kerajaan China.
"Tanggungjawab terletak di bahu pihak berkuasa kerana mereka menyebabkan tunjuk perasaan yang sebelum itu berlangsung secara aman bertukar menjadi rusuhan ganas.
"Bagi penduduk Uighur, menyertai demonstrasi tidak ubah seperti membunuh diri," kata Rebiya pada sidang media di sini.
Beliau turut melahirkan rasa 'bingung dan kecewa' dengan reaksi AS terhadap kekacauan etnik itu.
"Reaksi AS agak dingin. Saya berasa bingung dan kecewa kerana saya tidak percaya AS akan terus berdiam diri.
"Saya percaya Washington akan memberikan reaksi sewajarnya," ujar beliau. - AFP
E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
UMNO BN jangan mimpi nak tawan semula Kedah
BN jangan harap nak tawan semula Kedah: Penganalisis politik
ALOQ SETAQ - BN tidak akan mampu menawan semula Kedah daripada Pakatan Rakyat walaupun jentera karatnya menggandakan usaha sedia ada dan paling kritikal, cubaan merapatkan barisan sayap parti itu, kata seorang penganalisis politik yang juga bekerja sebagai penoreh getah.
Penoreh tersebut yang hanya ingin dikenali sebagai Paksu Dolah berkata, pergerakan Pemuda dan Puteri serta juga ahli veteran tak payah dok mimpi untuk memastikan kemenangan calon BN.
“Harapan untuk BN di negeri ini telah terkubur,Jangan hangpa dok mimpi di tengahari ibarat dok tunggu durian tak luruh",katanya dengan nada slow rock sambil menyedut asap rokok daun.
“UMNO BN dah tak boleh bangkit sebagai parti yang paling aktif untuk memberi motivasi kepada jentera dan memberi penjelasan kepada pengundi tentang apa baiknya BN berbanding dengan pakatan pembangkang,” katanya selepas sesi menoreh getah antara murid-murid tadika bersama wartawan gerombolan pagi tadi.
sumber: Utusan Mengarut
E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
UMNO PAS: 1Dunia,Tido didahulukan,makan diutamakan
Edisi Khas 14: Madu dan Racun
Saya terasa begitu sesak nafas dengan isu-isu baru dan lapuk yang terus berlegar dimedan perdebatan tanpa titik noktah.
Madu telah diberikan oleh YAB PM dengan 11 hadiah sempena 100 hari pemerintahan. Difikiran saya, ini satu "budaya tidak sihat" kerajaan seolah-olah menunggu tempoh 100 hari berpantang macam orang bersalin pula.
Tidak perlu menarik perhatian rakyat dengan cara politik begini kerana ianya hanya akan meninggalkan persepsi dan perspektif negatif kepada rakyat. Pasti selepas ini akan ada ura-ura apakah hadiah selepas 200 hari, 500 hari atau 1001 hari?
"Hadiah" yang saya anggap madu minggu lepas telahpun hilang kemanisannya kerana kini kita diberikan pula racun dengan berita kenaikan kadar tambang pengangkutan awam dan potensi besar kenaikan tarif letrik yang memberi kesan langsung kepada rakyat. Apakah 11 lagi racun yang akan diberikan selepas ini?
Saya ingin mencadangkan kepada kerajaan agar lebih berhati-hati dalam menghebahkan sesuatu perkara kepada rakyat. Kaji dan cipta mekanisma atau kaedah pelaksanaan yang lebih teratur, khusus dan sistematik dahulu sebelum diumumkan dalam media untuk mengelakkan situasi panik rakyat. Ini tidak, apabila rakyat memberikan komen realistik, baru kerajaan hendak mengkaji. Suka melatah apabila dicucuk.
Persoalan yang bermain diminda saya, adakah kerajaan kita benar-benar ingin menterjemahkan slogan "Satu Malaysia, Rakyat DIDAHULUKAN, Pencapaian Diutamakan"? Saya hanya rakyat biasa yang berfikir secara biasa. Apa yang berlaku pasti mempengaruhi satu undi saya dalam PRU-13 kelak.
Catatan "Wayang Kulit" oleh:
Zamer RizalOsman @ ZoRrO
Bandar Kinrara, Puchong, Selangor
JADI TAK PERLULAH PEMIMPIN KITA ASYIK DOK MAIN WAYANG KULIT,APA YANG PENTING MAKAN TIDO RAKYAT SELESA DAH SEJAHTERA...1DUNIA,TIDO DIDAHULUKAN,MAKAN DIUTAMAKAN...
E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
RENUNGAN UNTUK KITA SEMUA
Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.
1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia.
2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia ingin mendapat sanjungan dari manusia.
3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.
Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima :
1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.
2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.
3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al- Khaliq.
4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."
E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
SERAM : Diganggu roh tentera jepun
Ketika ditawarkan memasuki sekolah berasrama penuh, hati Zaliah sudah berbunga bunga. Seronoknya tidak dapat diluahkan dengan kata kata. Sudah lama dia menyimpan hasrat untuk memasuki asrama dan belajar berdikari di rantau orang.
Hari pertama masuk ke sekolah tersebut, Zaliah berasa tidak sedap hati. Pertama kali dalam hidupnya terasa demikian, namun dia tidak mengendahkannya. Mungkin kerana terlalu seronok, ujar Zaliah di dalam hati. Matanya meligas memandang bangunan asrama yang kelihatan agak usang. Menurut teman-temannya, sekolah itu dibina dikawasan bekas markas tentera jepun. Pelbagai kisah misteri pernah dikaitkan dengan sekolah tersebut membuatkan Zaliah seram sejuk.
Suatu malam ketika semua penghuni asrama telah lama diulit mimpi, secara tiba tiba Zaliah dikejutkan dengan suara orang berkawat dipadang sekolah. Dia cuba untuk melelapkan mata, namun suara itu terlalu kuat hingga menggangu tidurnya. Sambil memejamkan mata, Zaliah membebel bebel tidak puas hati, mengharapkan suara itu senyap. Tapi suara itu tidak juga berhenti.
Sambil mengosok gosok mata, Zaliah lantas bangun menuju tingkap yang menghala ke padang sekolah. "Siapalah yang pagi pagi buta dah berkawad ni?" getusnya geram. Dengan perlahan dia membuka cermin tingkap. Matanya yang layu terkebil kebil memerhatikan suasana padang yang lengang. Eh, suara bukan main kuat. Tapi mana orangnya? Desis Zaliah didalam hati. Puas dia mencari, namun hampa belaka.
Suasana dingin tiba tiba mencengkam malam. Zaliah mula merasa seram. Fikirannya mencari cari alasan logik dari mana datangnya suara itu, namun dia buntu. Angin malam yang tiba tiba menderu ke arahnya membuatkan Zaliah kalut. Dengan pantas jemarinya segera menutup tingkap dihadapannya.
Bila diamati suara itu, Zaliah dapat mendengar bait bait ayat yang dituturkan. Namun dia gagal memahaminya kerana ia tidak dlam bahasa melayu mehupun inggeris, sebalinya bahasa jepun! Tidak menunggu lama, Zaliah bergegas ke katilnya. Sambil berselebung, dia cuba untuk melelapkan mata.
Apa yang menghairankannya, tidak ada seorang pun diantara rakan rakannya yang terjaga. Walhal suara itu begitu kuat. Malisa, Wati, Amnah, semuanya seolah olah telah dipukau. Belum sempat tidur lena, tiba tiba tidurnya diganggu sekali lagi. Kedengaran jelas dicuping telinganya bunyi orang berjalan diluar dorm sambil mengheret rantai besi, seolah olah mangsa tahanan yang telah dirantai kaki.
Hati Zaliah mula berdebar debar. Fikirannya mula menerawang teringatkan kata kata orang tentang sekolah itu. Sekolah yang bertapak di kawasan bekas markas jepun itu dikatakan telah banyak kali 'memakan' mangsa, namun Zaliah tidak mengendahkan kata kata mereka kerana terlalu ingin memasuki sekolah berasrama penuh.
Belum hilang debaran yang mencengkam dadanya, tiba tiba Zaliah merasakan bunyi tapak kaki itu berhenti dihadapan pintu dormnya. Serentak itu kedengaran pintu dorm dibuka orang. Jelas diruang mata Zailah sesusuk tubuh besar setinggi pintu dorm berdiri dihadapan pintu. Tubuh Zaliah menggigil menahan rasa takut. Hampir hampir dia terjerit tatkala sesusuk tubuh itu malengkah masuk ke dorm sambil megheret rantai besi dikakinya.
Sambil berselubung, Zaliah dapat melihat rupa lembaga itu yang sungguh mengerikan. Matanya terjojol keluar, kulit tubuhnya yang terkoyak disana sini dan baunya yang cukup hanyir membuatkan Zaliah hampir termuntah. Namun dia cuba bertahan. Mulutnya terkumat kamit membaca ayat ayat suci al Quran dengan harapan lembaga itu tidak akan mengapa apa kannya.
Semakin lama sesusuk tubuh yang berpakaian tentera inggeris lama itu semakin hampir dengan katilnya. Serta merta bau busuk mula menyusuk hidung. Hatinya tambah berdebar apabila melihat lembaga itu cuba menyentuh Malisa yang tidur disebelahnya. Dia cuba untuk bersuara untuk megejutkan temannya itu, namun suaranya seolah olah tersekat dikerongkong.
Zaliah menjadi benar benar tidak berdaya. Badannya terasa lemah longlai.. Syurlah ketika itu hatinya masih dapat membaca ayat ayat al-Quran. Berkali kali lembaga itu cuba menyentuh Malisa, namun tidak berjaya hinggahlah akhirnya ia hilang begitu saja. Manakala Zaliah pula tiba tiba pengsan tidak sedarkan diri.
Keesokan paginya, kecoh satu sekolah apabila Zaliah tidak sedar dari tidur. Dia terus dikajarkan kehospital untuk mendapatkan rawatan. Zaliah begaimanapun telah sedarkan diri lewat petang itu dan dibawa pulang ke kampung untuk berubat secara tradisional.
suratkhabar
E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
Khamis, Julai 30, 2009
Perhimpunan 1 Ogos aman
BUKIT MERTAJAM, 30 Julai - Perhimpunan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) yang akan diadakan pada 1 Ogos ini adalah suatu perhimpunan aman yang tidak akan menimbulkan provokasi atau huru-hara oleh peserta perhimpunan kecuali jika ia ditimbulkan oleh pihak polis sendiri.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr.Mujahid Yusof berkata, rakyat perlu memberi sokongan kepada perhimpunan ini dengan turun beramai-ramai bagi membuktikan bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri(ISA) yang telah disalahgunakan untuk mempertahankan rejim pemerintah sudah tidak sesuai lagi untuk diguna pakai.
"ISA yang menahan seseorang tanpa bicara ini perlu dimansuhkan bukannya dipertahankan. Ramai di antara mereka yang tidak dibawa ke muka pengadilan atau mahkamah untuk dibicarakan. Ada antara mereka yang dipisahkan dengan anak dan isteri sehingga lapan tahun. Ini adalah satu akta zalim yang menganiayai rakyat," katanya.
Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ceramah beliau di Taman Impian, Bukit Mertajam, Seberang Perai Tengah.
Turut hadir dalam majlis anjuran PAS kawasan Bukit Mertajam itu ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang, Yusni Mat Piah dan Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Kedah, Mohd Halizal Allias.
Bagi Mujahid, perbuatan memenjarakan rakyat tanpa bicara ini adalah bertentangan dengan prinsip keadilan dan hak asasi manusia.
Malah, katanya, ia juga jauh daripada dasar dan perjuangan yang dituntut oleh Islam.
Oleh kerana itulah maka PAS sedia untuk mengambil alih pemerintahan daripada Barisan Nasional dan Umno dalam pilihan raya umum yang akan datang bagi memberi keadilan kepada semua, katanya.
"Hanya dengan dasar dan perjuangan yang berlandaskan Islam sahaja dapat memberi keadilan kepada semua rakyat," tegas beliau.
Sehubungan itu beliau menyeru kepada semua penyokong dan pendokong yang mahukan ISA dimansuhkan untuk turut serta beramai-ramai dalam perhimpunan GMI yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada Sabtu, 1 Ogos ini.
siasahdaily
E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.comdescription:nizar,nizar,nizar,zambry,anwar,najib,umno,umno,umno,umno,manohara,altantuya,manek urai,teoh beng hock
Lagi bayi dua kepala dilahirkan
SEORANG jururawat memeriksa bayi perempuan berkepala dua di Hospital Memorial Jose Fabella, Manila semalam.
MANILA - Selepas bayi dua kepala meninggal dunia di Pekanbaru, Indonesia kini muncul bayi yang sama tetapi dilahirkan di Filipina kelmarin.
Secara kebetulan, bayi dua kepala di Filipina itu lahir pada hari kematian bayi berkepala dua lelaki di Indonesia.
Namun, doktor-doktor di Hospital Memorial Jose Fabella di sini berusaha menyelamatkan bayi tersebut yang kini berada di unit rawatan rapi.
Bayi perempuan itu merupakan anak kepada pemandu beca roda tiga, Salvador Arganda dan isterinya, Chateria.
Seorang jurucakap hospital itu berkata, bayi tersebut kini berada dalam keadaan stabil.
Bagaimanapun, bayi itu mungkin meninggal dunia jika ujian mendapati tubuhnya mempunyai satu jantung.
"Jika bayi itu mempunyai satu jantung, mereka tidak akan hidup lama," kata jurucakap tersebut.
GAMBAR menunjukkan bayi lelaki berkepala dua yang meninggal dunia di sebuah hospital di Pekanbaru, Indonesia kelmarin.
Seorang doktor di hospital itu menyatakan ia merupakan kes yang pertama dicatatkan di hospital tersebut.
Namun, kes yang serupa pernah dilaporkan di beberapa buah hospital lain sebelum ini di Manila.
Sebelum ini seorang doktor di sebuah hospital di Pekanbaru, Indonesia mengesahkan bayi lelaki berkepala dua yang menjadi tumpuan umum meninggal dunia akibat kegagalan organ berfungsi.
Dr. Tubagus Odhi berkata, kanak-kanak lelaki yang lahir pada Khamis lalu itu meninggal dunia pada Selasa lalu.
Katanya, pihak hospital melakukan pelbagai usaha bagi menghalang kematiannya setelah kesihatan mereka merosot. - Agensi
kosmo
E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
'Melepaskan Ibrahim Ali Tersepit'
"Ibarat membebaskan Ibrahim Ali tersepit". Itulah peribahasa baharu yang diperkenalkan untuk anggota Parlimen Pasir Mas itu.
Ia adalah kemuncak kepada kemarahan para penyokong Pakatan Rakyat kepada beliau ekoran kenyataan dan tindakan beliau sejak akhir-akhir ini.
Yang terbaru ugutan beliau terhadap para penyokong perhimpunan besar-besaran mansuhkan ISA Ogos 1 ini. Ibrahim memberi amaran, "batalkan demonstrasi atau bersedia bertembung dengan armada Perkasa."
Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) telah mengumumkan perancangan mereka untuk mengadakan demonstrasi Mansuhkan ISA pada Ogos 1, 2009 nanti di ibu kota Kuala Lumpur.
Demonstrasi ini antara lain bertujuan untuk menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agung bagi memohon campurtangan dalam usaha memansuhkan akta tersebut.
Setakat ini GMI telah mendapat sokongan dari pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan parti-parti politik, kesemuanya parti politik pembangkang, kecuali kesediaan mengejutkan yang disuarakan oleh Pemuda Gerakan, salah sebuah komponen parti pemerintah BN.
Presiden Pertubuhan Perkasa Pribumi Negara (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali, yang juga bekas tahanan ISA telah keluar dengan kenyataan kata duanya kepada GMI, batalkan demonstrasi atau bersedia bertembung dengan armada Perkasa.
Mengulas isu ini, Rizan Haji Ali, Setiausaha PKR Bera, menyifatkan tindak-tanduk Ibrahim Ali ini tidak lebih sekadar melontar idea songsang dalam usaha mencari populariti untuk dirinya sendiri.
Kebelakangan inipun, tambah Rizan, Ibrahim Ali cuba kembali mewarnai persada politik negara dengan seringkali “secara gedebenya” mengeluarkan kenyataan-kenyataan keras, yang secara jelas kuat berbau perkauman, dengan niat yang sama, mencari populariti.
Maka, menurut Rizan, tidaklah menghairankan bila kebelakangan ini juga Ibrahim Ali kerap diberi ruang oleh akhbar Utusan Malaysia, akhbar yang diketahui umum mempunyai kepentingan Umno.
Bagi Rizan betullah peribahasa baharu yang selama ini didengarnya, “ibarat melepaskan Ibrahim Ali tersepit.” Beliau ternyata dalam keadaan tersepit sekarang kerana sudah lelah menjadi Ahli Parlimen Bebas, terus memasuki Umno bermakna beliau akan disahkan sebagai “katak” tersohor, sementara kalau berpaling kepada Pakatan Rakyat, seperti menjilat dan menelan kembali kahaknya.
Tindakan dan suara-suara dari Ibrahim Ali kebelakangan ini termasuklah tentangannya terhadap rancangan demonstrasi oleh GMI, ulas Rizan lagi, dilihat seumpama langgam “ayat mengorat” Ibrahim Ali supaya beliau sekali lagi dilepaskan Umno dari kedudukan tersepitnya kini. Soalnya apakah Umno akan tergoda kali kedua?
Rizan bersyukur kerana selepas menang sebagai Ahli Parlimen Pasir Mas dalam pilihanraya umum yang lepas, Ibrahim Ali tidak mengambil keputusan menyertai PAS atau PKR, kerana dengan latar belakang terkenal Ibrahim Ali dari hal lompat-melompat parti memungkinkan untuk beliau menjaja jawatan Ahli Parlimen Pakatan Rakyatnya dalam “political barter trade.”- Malaysianinsider
Jika ini berlaku, jelas Rizan ia sudah tentu memalukan Pakatan Rakyat, kerana Pakatan Rakyat akan dilihat sebagai tidak belajar dari sejarah dan lupa peribahasa “melepaskan Ibrahim Ali tersepit."
tva
E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
description:nizar,nizar,nizar,zambry,anwar,najib,umno,umno,umno,umno,manohara,altantuya,manek urai,teoh beng hock
UMNO PAS: NIK AZIZ MEMANG POWER
AKU TABIK SPRING KAT TG NIK AZIZ...SEKALI DIA CAKAP,PUAK UMNO SEMUANYA MENGGELUPUR BAGI ULASAN.MEMANG POWER LA...MANA TAK POWERNYA,NIK AZIZ DIKATAKAN BOLEH MENGHANCURKAN ORANG MELAYU.KALAH PELURU BERPANDU BEB...
BERITA HAIRAN: Tindakan MB Kelantan boleh hancurkan orang Melayu
KUALA LUMPUR: Sikap Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat, yang mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Umno diumpamakan mahu menghancurkan orang Melayu yang beragama Islam.
Setiausaha Agung Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Hasan Hamzah, berkata tindakan Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan itu jelas bertentangan dengan ajaran Islam.
"Nik Aziz sudah keterlaluan mengeluarkan pelbagai kenyataan bagi meraih sokongan, sebagai seorang yang berstatus 'tok guru' kenyataan sebegitu tidak sepatutnya keluar.
"Pas dan Umno perlu melupakan segala persengketaan lama, berpadulah demi kemajuan ekonomi umat Islam dan juga penyebaran dakwah Islamiah, kerana Islam melarang umatnya berpecah," katanya ketika dihubungi Berita Harian, di sini semalam.
Beliau mengulas mengenai kenyataan Nik Aziz yang menjelaskan salam perpaduan dihulurkannya hanya untuk Kerajaan Pusat dan bukannya Umno.
Nik Aziz turut didakwa mengeluarkan kata-kata kesat iaitu 'pergi jahanamlah Umno' pada sidang medianya di Kota Bharu, kelmarin.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin, berkata sebagai seorang berlatar belakang agama, tidak wajar Nik Aziz mengeluarkan kata-kata kesat sedemikian, apatah lagi Kerajaan Pusat ketika ini adalah di bawah Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi Umno.
"Ini adalah sesuatu yang tak manis lahir daripada seorang tok guru, saya hairan bagaimana dia (Nik Aziz) boleh membezakan antara Kerajaan Pusat dan Umno sedangkan Kerajaan Pusat ini didukung dan ditunjangi oleh Umno, jadi nampaknya seolah-olah dia pokok tak mahu tapi buah nak makan.
"Nampak macam tak ada keikhlasan, nak berbaik kerana nak duit, nak projek... tapi parti soal lain, tak tahukah Perdana Menteri kepada Kerajaan Pusat itu juga adalah Presiden Umno, nak berbaik dengan Pusat tetapi kata pergi jahanam Umno, ini satu celaan terhadap parti (Umno)," katanya.
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Dr Rais Yatim, pula berkata sudah tiba masanya Umno tidak lagi menghulurkan salam perpaduan dengan Pas kerana Umno tidak boleh bersikap 'hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong'.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam menyifatkan kenyataan Nik Aziz yang menjelaskan 'salam' beliau hanya kepada kerajaan Pusat dan bukannya antara Pas dan Umno adalah sebagai tindakan seorang yang `sangat kecewa'.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata Nik Aziz perlu meluaskan pemikirannya untuk bekerjasama dengan Umno kerana pilihan raya kecil Manek Urai baru-baru ini jelas menunjukkan rakyat di Dewan Undangan Negeri itu mahukan pembangunan.
Prof Politik dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Mohamed Mustafa Ishak, berkata setiap langkah bagi sesuatu permulaan baik sama ada perpaduan Melayu atau hubungan antara kerajaan negeri dan Pusat mesti dimulai dengan cara dan perkataan baik dan bukannya kata-kata kesat.
"Bagaimana hubungan kerajaan Pusat yang dikuasai Umno dan BN dengan kerajaan negeri Kelantan di bawah Pas boleh bertambah baik, jika kata-kata kesat dilempar dan dalam masa sama mahu bantuan," katanya.
Sementara itu, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pula menyifatkan kenyataan Nik Aziz sebagai seorang yang jahil.
Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata adalah lebih baik kepemimpinan Umno memberi tumpuan kepada usaha memulihkan imej parti itu daripada memikirkan kerjasama dengan Pas.
berita hairan
E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
Keluarga Teoh Beng Hock Tetap Mahu Suruhanjaya Diraja Siasat Punca Kematian
Walaupun bertemu dan mendengar janji Perdana Menteri , keluarga mendiang Teoh Beng Hock tetap dengan pendirian suruhanjaya diraja mesti menyiasat punca kematian mendiang Beng hock..
Keluarga mendiang Beng Hock mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Najib Razak semalam dan hari ini mereka menghadiri inkues yang diarah kerajaan pusat menyiasat punca kematian Beng hock.
Namun semua itu tidak mengubahkan pendirian keluarga seperti yang disuarakan adik mendiang Beng Hock, Lee Lan.
“Kami menghargai kesudian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menemui kami semalam dan menerangkan mengenai penubuhan Suruhanjaya DiRaja itu tetapi kami tetap dengan pendirian kami bahawa kami inginkan Suruhanjaya DiRaja yang lebih meluas dan komprehensif,".
Penasihat DAP, Lim Kit Siang turut mengulas, “saya meminta Perdana Menteri, Peguam Negara dan Kabinet menghormati kehendak keluarga mendiang dengan membatalkan prosiding inkues dan menubuhkan Suruhanjaya DiRaja bagi menyiasat punca kematian Teoh," .
Sementara itu, inkues Teoh Beng Hock ditangguhkan hingga 5 Oogos supaya peguam Gobind Singh Deo yang mewakli keluarga mendiang Beng Hock serta peguam Malik Imtiaz Sarwar bagi pihak Kerajaan Selangor dan wakil Majlis Peguam meneliti dokumen bersabit kes berkenaan.
Ia termasuk gambar tempat kejadian, rakaman kamera video litar tertutup (CCTV), laporan bedah siasat dan laporan kimia.
“Mahkamah telah membenarkan penangguhan selama satu minggu untuk pihak kami berpeluang untuk mengkaji semua dokumen yang di hantar dan diserahkan kepada kami pagi tadi.
“Kami akan buat apa yang perlu dalam masa dua ke tiga hari dan kita harapkan bahawa minggu depan dapat diteruskan perbicaraan kes.
“Kami difahamkan pihak polis dalam proses membuat bandingan DNA oleh kerana siasatan menunjukkan bahawa dikenalpasti terdapat DNA seseorang pada tubuh Teoh Beng Hock. Ini amat penting kepada kami dan diharapkan bahawa laporan ini dapat disiapkan dan diserahkan kepada pihak kami dalam masa seminggu ini.
tva
E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.comdescription:pas,keadilan,umno,dsai,anwar,nizar,nik aziz,najib,zambry,ismail,umno,bn,pas,pkr,dap,bukit selambau,bukit gantang,batang ai,pilihanraya kecil dun penanti,parlimen,sg.petani,kedah,perak,sarawak,polis,fru,altantuya,elizabeth wong,umno,umno,umno
Adun dakwa salah guna dibuat BN
SHAH ALAM: Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah, antara tujuh wakil rakyat Pakatan Rakyat yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan penyelewengan wang peruntukan kerajaan negeri, semalam mendedahkan penyelewengan wang didakwa dilakukan ketika pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN).
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram itu mendakwa, bekas Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Kampung Gurney, Ulu Yam Baru, Selangor, Lee Hing Huat, yang dilantik BN melesapkan wang tunai berjumlah RM90,000 pada 2005.
Yong mendakwa, Lee yang mewakili MCA ketika itu menyalahguna kuasa dengan memindahkan sejumlah wang itu daripada akaun JKKK Kampung Gurney ke akaun peribadinya pada 23 September 2005.
Pengerusi DAP Selangor itu berkata, penyelewengan itu dikesan selepas Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri dan menukar semua Pengerusi JKKK dan AJK, selain mengemas kini akaun.
"Bagaimanapun, penyelewengan ini sudah dikesan sebelum Pakatan Rakyat memerintah, tetapi pihak berkuasa tidak mengambil tindakan terhadap laporan dibuat," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini.
Yong berkata, bekas Bendahari JKKK kampung itu, Wong Kang Foo membuat laporan polis berhubung penyelewengan dilakukan Lee itu pada 31 Disember 2005, tetapi tiada tindakan.
bharian
E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
description:nizar,nizar,nizar,zambry,anwar,najib,umno,umno,umno,umno,manohara,altantuya,manek urai,teoh beng hock
SPRM Langgar Undang- Undang Siasat Saksi Lebih Masa
Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago berkata Malaysia sedang menuju sebuah negara gagal berikutan ketidakmampuan pihak berkuasa menangani korupsi dinegara ini.
Beliau menambah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), sebuah badan yang dipertanggungjawabkan untuk menangani korupsi, kini mengalami krisis parah kerana dilihat sering diperkuda oleh parti pemerintah untuk memenuhi agenda politik UMNO- BN.
Badan kerajaan itu cuba memulihkan keyakinan rakyat dengan menukar nama dari Badan Pencegah Rasuah (BPR) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Namun prestasi yang ditonjolkan SPRM akhir- akhir ini memualkan rakyat dengan tindakan mereka menghalalkan cara melicinkan strategi UMNO Barisan Nasional menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.
16 Julai lalu, SPRM mengejutkan banyak pihak berikutan kematian misteri Setiausaha Politik Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teoh Beng Hock yang menjadi saksi kepada dakwaan salah guna wang peruntukan DUN negeri Selangor.
Teoh dikatakan disoal siasat hampir 10 jam bermula jam 6 petang sehingga jam 3.45 pagi. Pemerhati politik dan orang ramai mempersoalkan mengapa SPRM bertindak sedemikian walhal mereka hanya diperuntukkan masa bermula 8 pagi sehingga 8 malam sahaja.
"SPRM tidak menggunakan cara- cara dan tatatertib yang betul yang telah diperuntukkan oleh undang- undang. Satu yang telah dilanggar oleh SPRM adalah semua saksi perlu dilepaskan sebaik saja pukul 8 malam," kata Charles.
"Seseorang yang disoal siasat mesti sebelum pukul 8 iaitu selepas pukul 8 tak boleh soal siasat," tambahnya lagi.
Santiago mengulas pendedahan yang dibuat bekas pegawai SPRM, Mohamad Ramli Manan yang mengatakan SPRM telah melanggar undang- undang kerana menahan dan menyoal siasat saksi melebihi masa yang telah ditetapkan.
Mohamad Ramli Manan merupakan Timbalan Pengarah BPR yang kini dikenali SPRM di negeri Kedah, Perak dan Negeri Sembilan sebelum dilantik menjadi Pengarah BPR di Kelantan, Melaka, Johor dan Sabah.
"Mengenai mendiang Teoh, dia telah disoal siasat dari pukul 6 petang sehingg 3.45 pagi. Tapi bukan dia saja. 3 minggu seorang wartawan Malay Mail telah disoalsiasat dari pukul 5 sehingga pukul 3 pagi. Cik Manan kata ini cara baru yang digunakan oleh SPRM yang membelakangkan peruntukan oleh kerajaan persekutuan," dedahnya lagi.
Santiago hanya tergelak sinis apabila diajukan soalan mengenai siapakah yang bertanggungjawab mengambil tindakan kepada SPRM yang secara terang- terangan melanggar peruntukan yang ditetapkan oleh kerajaan pesekutuan.
"Ini soalan bernilai 100 juta dolar Amerika. Sebenarnya sekarang, tidak ada keyakinan rakyat pada SPRM yang tulus dan berkecuali. Oleh sebab itu apa- apa perubahan yang mereka buat tidak mendapat keyakinan rakyat. Sebenarnya ada undang- undang yang menentukan apa yang SPRM boleh buat dan apa yang tidak boleh mereka buat," ujar Charles.
"Kita mesti menggunakan kuasa rakyat. Dimana semua rakyat dan badan- badan belia, persatuan pekerja, rukun tetangga, badan- badan NGO dan sebagainya dan badan- badan politik mesti menekan pihak SPRM supaya menjadi telus," katanya.
Sementara itu, TV Antara turut menghubungi Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam yang pernah menjadi mangsa soal-siasat SPRM sehingga ke awal pagi keesokan harinya.
Sepanjang tempoh soal- siasat itu, beliau dikurung dalam bilik tanpa penghawa dingin dan disoal sehingga jam 2 pagi. Sepertimana Teoh, beliau juga dipanggil ke SPRM sebagai saksi.
"Dia patut ada undang- undang untuk tetapkan waktu siasatan untuk ambil kenyataan. Di pejabat SPRM Shah Alam pukul 2 3 pagi sudah tidak ada pengahwa dingin. Ini salah guna kuas," ujar Manikavasagam.
"Saya dipanggil sebagai saksi untuk memberikan keterangan tapi saya disoalsiasat sampai pukul 2 pagi," tambahnya lagi.
"Dibawah akta polis, polis ada kuasa untuk siasat seseorag dari pagi pukul 8 sampai pukul 6 petang. Bila saya persoalkan SPRM mengapa saya ditahan sehingga jam 2 pagi pihak mereka tidak boleh jawab," katanya.
tva
E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
description:nizar,nizar,nizar,zambry,anwar,najib,umno,umno,umno,umno,manohara,altantuya,manek urai,teoh beng hock
KEPUTUSAN TM LIGA PERDANA 29 JULAI 2009
|
E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
Rabu, Julai 29, 2009
UMNO terdesak jalin kerjasama dengan Pas
SHAH ALAM – UMNO terdesak mahu menjalinkan kerjasama dengan Pas kerana parti itu semakin lemah dan tidak mendapat sokongan daripada majoriti rakyat.
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Jeffrey Kitingan berkata, atas alasan itu juga UMNO sengaja menyalahtafsirkan kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat konononnya mahu berbaik-baik dengan parti itu.
Menurutnya, Nik Aziz sebenarnya merujuk hubungan baik membabitkan Kerajaan Negeri dan Pusat tetapi pemimpin Barisan Nasional menganggap kenyataan itu lebih kepada kerjasama melibatkan kedua-dua parti itu.
“Nik Aziz hanya jalankan tanggungjawab sebagai Menteri Besar Kelantan. Beliau usulkan kesediaan untuk bekerjasama antara dua kerajaan itu kerana Kerajaan Negeri atau Pusat mempunyai kewajipan masing-masing,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas itu berkenaan perbincangan Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Pusat dan bukannya kerjasama antara Pas dan UMNO.
Dr Jeffrey berkata, cadangan Nik Aziz itu adalah wajar dan bukan berunsurkan politik semata-mata.
Dr Jeffrey berkata, Kerajaan Pusat perlu melihat dari sudut positif tentang kesediaan Menteri Besar Kelantan itu untuk mengadakan perbincangan.
“Kerajaan Pusat mesti jalankan tanggungjawab dia, bagi peruntukan pada Kerajaan Negeri, jangan ada pilih kasih. Ini kerana peruntukan yang disalurkan itu untuk rakyat,” katanya.
Ketika ditanya berkenaan parti UMNO yang kian terhakis, Dr Jeffrey berkata: “Antaranya, keadaan sekarang tidak sama seperti keadaan lalu. Rakyat kini lebih bijak dan bermaklumat.”
“Sebab kedua, kepimpinan sekarang lemah dan kelemahan itu ada kaitan dengan penurunan dan kehakisan UMNO berbanding zaman Tun Dr Mahathir Mohamad,” katanya.
sinarharian
E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
Pemimpin UMNO Pening Kepala
KEMAMAN - Pemimpin UMNO dan Barisan Nasional pening kepala menghadapi senario politik masakini setelah mengalami kekalahan teruk pada Pilihanraya Umum Mac tahun 2008
Ketua Pemuda PAS Terengganu YB Ustaz Mohd Nor Hamzah (gambar kiri) berkata UMNO/BN menghadapi pelbagai masalah, termasuk perpecahan dalaman parti itu ditambah dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu.
Beliau berkata, UMNO/BN Terengganu turut pening kepala kerana bayaran royalti minyak masih lagi belum dipulangkan kepangkuan kerajaan negeri.
”Sehingga tahun 2008 ini, royalti minyak tidak lagi diserah kepada kerajaan negeri Terengganu, sehingga hari ini Ahmad Said (Dato’ Menteri Besar) pening kepala,
”Nak (Untuk) mentadbir (negeri), UMNO tak boleh mentadbir (dengan baik), (kerana) dia (UMNO) mentadbir dengan pitih,”katanya.
Menurutnya, keadaan berbeza semasa PAS memerintah Terengganu dibawah pimpinan Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Katanya walaupun wang royalti dirampas, PAS mampu mentadbir sehingga tahun 2004 dan boleh menguruskan negeri sekiranya diberi mandat oleh rakyat.
”dan InsyaAllah sekiranya (diberi mandat) dan kita (PAS) menang, kita mampu mencari wang (sumber pendapatan) dan mampu mengurus dengan baik,”jelasnya.
Mengulas isu terkini, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Payung berkata, akibat hampir tumbang, UMNO/BN menjadi lemah dan mengharapkan kerjasama dengan PAS.
Kerana terlalu terdesak, katanya, pemimpin UMNO pantang mendengar pelawaan dari PAS, termasuk pelawaan yang dibuat oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat baru-baru ini.
”Tak boleh hulur (pelawa) langsung (untuk kerjasama), Tok Guru Nik Aziz kata nak kerjasama dengan kerajaan pusat, (terus menjawab ya) ha, kita akan bincang, kita akan bincang,
”Tak boleh berbunyi (bersuara) sikit, nak kerjasama, hah… nak selalu (serta merta),”ujarnya.dalam Majlis Penerangan di Taman Islam disini, kelmarin.
Katanya, pelawaan yang dibuat Tok Guru Nik Aziz itu hanyalah satu helah untuk melihat sikap sebenar pemimpin UMNO.
Tindakan pemimpin UMNO menghebahkan perkara tersebut dalam media massa, katanya, mendedahkan keadaan UMNO yang tenat, dihinggapi pelbagai ‘penyakit’ akibat kemelut politik yang melanda parti itu.
Oleh yang demikian, menurutnya agenda 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak telah tersasar dari perjuangan UMNO yang mementingkan orang Melayu.
”Dengan agenda 1Malaysia (dan) kita lihat (dalam) seratus hari pemerintahan (Perdana Menteri) Najib, dia sudah lupa kepada orang Melayu (yang diperjuangkan UMNO selama ini),”katanya.
buletinonline
E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
description:nizar,nizar,nizar,zambry,anwar,najib,umno,umno,umno,umno,manohara,altantuya,manek urai,teoh beng hock
DR ASRI GESA FATWA ISA DIKELUARKAN
Dr Asri: Majlis Fatwa Kebangsaan perlu keluarkan fatwa mengenai ISA
Oleh ZIEMAN
PETALING JAYA: Mantan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini menggesa agar Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa mengenai ISA.
Ini adalah kerana, menurut beliau, isu ini telah berulang kali diminta oleh Umat Islam agar dilihat di sudut agama.
"Namun fatwa itu hendaklah adil, bebas dari keterikatan dengan mana-mana pihak, dibahaskan secara saksama dengan kehadiran pakar perundangan, pihak berkuasa dan mangsa. Juga ahli-ahli politik yang bersetuju dan yang membantah perlu dijemput memberikan pandangan," kata Dr Asri mellaui sebuah kiriman emel dari Lampeter, United Kingdom.
Katanya lagi, penilaian adil perlu untuk panduan kerajaan.
"Malanglah jika isu-isu pinggiran dibincangkan sedangkan isu-isu besar yang membabitkan kepentingan umat ditinggalkan. Majlis Fatwa Kebangsaan menggunakan wang awam, maka pastikan faedahnya balik kepada awam secara jelas. Mesyuarat yang biasanya berlangsung di hotel-hotel yang hebat itu perlu mengeluarkan pandangan-pandangan yang hebat untuk kemaslahatan umum," kata tokoh agama yang sering melontarkan pandangannya tentang isu agama dan semasa.
Jelasnya lagi, hari ini rakyat memberi berbagai pendapat tentang ISA.
Dua kumpulan iaitu Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) iaitu PRO-ISA dan Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (Magaran) - ANTI-ISA, masing-masing bercadang mengadakan perhimpunan menyokong dan membantah ISA pada hari Sabtu ini, 1 Ogos di ibu negara.
GMI bercadang untuk mengadakan perhimpunan membantah ISA pada 1 Ogos ini dan pada masa yang sama, Magaran yang dianggotai Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Perkasa dan beberapa badan-badan gabungannya turut bercadang untuk mengadakan perhimpunan menyokong akta itu. Jika kedua kumpulan inimeneruskan hasrat mereka, masing-masing menyasarkan penyertaan 100,000 orang pada perhimpunan yang dijadualkan berlangsung di Masjid Jamek, Kompleks Sogo dan Masjid Negara sebelum berarak ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi meminta campur tangan baginda mendesak kerajaan memansuhkan ISA.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman menyifatkan kedua-dua perhimpunan itu yang masing-masing membantah dan menyokong Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai perhimpunan haram kerana pihak polis tidak mengeluarkan sebarang permit untuk tujuan itu atas sebab keselamatan dan ketenteraman awam.
Melihat perkembangan yang tidak sihat ini, Dr Asri terpanggil untuk memberi pandangan beliau tentang isu ISA ini.
Katanya lagi, "Berikan pandangan para mufti pula. Masakan mungkin mereka tidak peka, sedangkan semua rakyat berbicara. Saya secara peribadi semasa menjadi mufti telah mengeluarkan pandangan dalam bulan Ramadhan lepas di Perlis, Kelantan, Kuala Lumpur dan berbagai tempat.
"Media tempatan telah berulang kali menyiarkannya. Kali ini kita menuntut pandangan rasmi agensi agama kerajaan pusat pula," kata Dr Asri yang dijangka kembali ke tanah air tidak lama lagi setelah setahun membuat pengajian mendalam tentang hadith di UK.
mstar
E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
UMNO SUDAH 'MATI PUCUK' MANA BOLEH KAHWIN LAGI
Ek eleee brader ni....
Umno bagaikan duda yang teringin sangat hendak rujuk dengan isterinya diceraikan dengan talak tiga.PAS diibaratkan sebagai isteri yang diceraikan Umno dengan talak tiga pada tahun 1977 dahulu iaitu ketika Umno menendang PAS dari Barisan Nasional ketika Umno sedang gagah masa itu.
Malangnya Umno tidak boleh 'berkahwin' semula dengan PAS sebab telah ditalak tiga. Maka oleh kerana gila talak, maka pemimpin-pemimpin Umno hari ini memukul canang ke sana ke mari menyatakan pemimpin PAS beriya-iya benar dan bersedia untuk 'berkahwin' semula dengan Umno. Sedangkan hakikatnya Umno lah yang tergila-gila hendak kahwin semula dengan PAS kerana Umno sedang nazak sekarang.
Ibarat duda yang sedang sakit tiada orang yang menjaga makan minum makan pakai maka melarat dan menderitalah si duda. Inilah keadaan Umno sekarang yang nazak dan tinggal nyawa-nyawa ikan. Maka mereka berusaha untuk berpaut kepada sesiapa sahaja.
Walaupun PAS sudah menjelaskan bahawa tidak sudi untuk rujuk semula kerana tahu perangai buruk Umno yang jijik, jelik, jahat dan sebagainya.
Umno kena cari cina buta untuk rujuk semula dengan PAS. Siapa Cina buta tersebut? Adakah PAS ingin 'berkahwin' dengan Cina buta bercerai dan kahwin semula dengan Umno. ? Jawapannya pasti PAS tidak akan mahu bersama Umno semula. Saya boleh katakan bahawa Umno sudah 'Mati Pucuk' mana boleh berkahwin HARAM hukumnya.
mutaligat
E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
Sivakumar Membuat Laporan Polis Terhadap Dato SS
28 Julai 2009, YB V.Sivakumar telah membuat laporan polis terhadap Setiausaha Kerajaan Negeri Perak di Balai Polis Pusat, Ipoh pada jam 12.34pm. YB V.Sivakumar dan Ahli-ahli Jawatankuasa Hak & Kebebasan telah dihalang oleh polis daripada memasuki Bangunan Perak Darul Ridzuan pada 27 Julai 2009. Halang ini dibuat oleh polis atas arahan Dato Dr Abdul Rahman, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.
YB V.Sivakumar sebagai Yang Dipertua Dewan Negeri yang sah dan ahli-ahli jawatankuasanya mahu mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Hak & Kebebasan di bilik Yang Dipertua atau bilik mesyuarat. Tujuannya adalah untuk menyiasat aduan yang dibuat oleh ADUN Pokok Assam YB Yee Sui Kai terhadap Dato Ganesan berkaitan dengan insiden 7 Mei Dewan Negeri Perak.
Apabila YB V.Sivakumar dan ahli-ahli jawatankuasanya sampai ke pintu masuk Bangunan Perak Darul Ridzuan, polis telah menghalang dan menutup pintu masuk tersebut. Alasan yang diberikan oleh polis ialah mereka hanya menjalankan tugas. Arahan telah dikeluarkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri untuk tidak membenarkan Jawatankuasa itu masuk ke dalam kawasan Bangunan Perak Darul Ridzuan.
Tindakan Setiausaha Kerajaan Negeri dan pihak polis adalah bertentangan dengan seksyen 124 Kanun Keseksaan. Kejadian di luar Bangunan Perak Darul Ridzuan tersebut disaksikan oleh orang ramai.
Oleh kerana polis telah menghalang jawatankuasa itu daripada bermesyuarat di Bangunan Perak Darul Ridzuan, maka mesyuarat tersebut terpaksa diadakan di salah sebuah bilik mesyuarat di Hotel Syuen, Ipoh.
YB V.Sivakumar telah membuat laporan polis dengan harapan pihak polis akan mengambil segala tindakan undang-undang yang wajar supaya membela kedaulatan undang-undang negara dan menegakkan keadilan.
speakforperak
E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
Umno: 'Sekerat Ular, Sekerat Belut'
Umno begitu teruja dengan keinginan TGNA nak berbaik-baik dengan Kerajaan Pusat. Maka dicanangkanlah bahawa Murshidul Am Pas itu mahu berbaik-baik dengan Umno, mahu buat perpaduan dengan Umno atas nama Melayu dan Islam. Umno pun mahu bincang dalam MT Umno akan cadangan Tok Guru itu. Belum apa-apa lagi Umno dah hampar tilam kata Pas dah setuju nak tidur sebantal. Lain yang Murshidul maksudkan lain pula Umno bagi tau kepada ahli-ahli Umno.
TGNA maksudkan kerjasama antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Pusat bukan dengan parti Umno untuk kepentingan rakyat Kelantan. Takkan Umno tak tau beza antara parti dan kerajaan? Benda senang macam tu pun Umno putar belit kata Pas setuju nak bersama Umno. Mungkin Umno ingat segala jenis kementerian , jabatan kerajaan, balai polis dan dewan orang ramai tu Umno punya sebab tu Umno ingat antara Kerajaan pusat dan Kerajaan Negeri tu antara Umno dan Pas. Kalau semua kementerian dan Jabatan Kerajaan tu Umno punya , kena ada logo Umno lah kat semua tempat tu.
Peribahasa di atas bermaksud- Peri orang yang jahat hatinya, lain yang kita katakan, lain pula yang disampaikannya.
misaimerah
E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
Hayat UMNO Semakin Lama Semakin Pendek
Oleh: SM Noor
KEMAMAN – UMNO dan Barisan Nasional (BN) terus menggunakan kuasa kerajaan dan polis untuk menghalang rakyat menegakkan kebenaran.
Tindakan terbaru UMNO/BN negeri Perak menghalang Speaker Dewan Undangan Negeri Perak yang masih sah, V. Sivakumar menjalankan hak dan tanggungjawab menjadikan hayat UMNO/BN semakin lama semakin pendek.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong, Khalil Idham Lim berkata tindakan yang tidak mengikut lunas demokrasi itu menyebabkan seluruh rakyat menjadi semakin gelisah.
Katanya, malang sekali lagi kepada seluruh rakyat Perak kerana para ADUN dihalang untuk masuk ke dalam bangunan pentadbiran negeri Perak.
”Di(negeri) Perak hari ini, sekali lagi malang berlaku keatas rakyat Perak (kerana) ADUN-ADUN dihalang untuk masuk (dan) menjalankan mesyuarat di dalam bangunan
”(Bangunan SUK) bukan hak milik UMNO, ia adalah hak rakyat,”katanya ketika berucap dalam majlis penerangan anjuran MTD Chukai, di Taman Islam, disini semalam.
Menurutnya, semalam (27 Julai) V.Sivakumar sebagai Speaker telah memanggil satu mesyuarat Jawatankuasa Hak dan kebebasan Dewan.
Katanya, tujuan mesyuarat tersebut adalah memanggil Ganesan, speaker haram yang dilantik UMNO/BN Perak bagi memberikan alasan mengapakah beliau hadir dalam Sidang DUN yang telah mencetuskan kekecohan pada 7 Mei lalu.
“Dengan Speaker yang masih sah, buat keputusan memanggil Ganesan Speaker Haram, untuk hadir dihadapan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan untuk memberikan alasan,
”apa alasan Ganesan yang boleh diterima beliau sebagai speaker yang sah, apakah sebab Ganesan masuk kedalam DUN Perak sedangkan beliau orang awam,
”apakah alasan Ganesan yang boleh dterima, yang melayakkan Ganesan menggunakan segala kemudahan Speaker DUN Perak dan menikmati gaji sebagai speaker,”tegas Khalil yang juga Ketua Penerangan PAS Perak.
Katanya, tindakan tidak membenarkan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan menjalankan mesyuarat menggambar UMNO dan BN dalam keadaan nazak dan berada di penghujung hayatnya.
”Inilah langkah-langkah yang menyebabkan hayat UMNO semakin lama semakin pendek, akhir sekali (apabila) UMNO mati kita (akan) kuburkan sebagai satu sejarah,
”langkah mereka buat kerja tak betul menyebabkan seluruh rakyat susah hati dan semakin benci,”katanya.
Turut hadir dan berucap dalam majlis penerangan diatas adalah Ketua Dewan Pemuda Terengganu Ustaz Mohd Noor Hamzah dan Penolong Setiusaha PAS Terengganu, Haji Hanafiah Mat@Ramly
buletinonline
E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
description:nizar,nizar,nizar,zambry,anwar,najib,umno,umno,umno,umno,manohara,altantuya,manek urai,teoh beng hock
Pemuda Pakatan tubuh Majlis Muafakat
PETALING JAYA: Pemuda Pakatan Rakyat semalam secara rasminya telah menubuhkan Majlis Muafakat Pemuda Pakatan Rakyat (MAMPAT), bertujuan untuk mengukuhkan lagi kerjasama politik antara sayap Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAS.
MAMPAT yang terdiri daripada Angkatan Muda Keadilan (AMK), Pergerakan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) dan Dewan Pemuda PAS (DPP) dianggotai oleh Ketua, Setiausaha dan tiga pimpinan tertinggi Pemuda setiap parti itu.
Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, mesyuarat pertama MAMPAT diadakan semalam di ibu pejabat PAS di Kuala LUmpur dan ia akan diadakan setiap bulan selepas ini.
"Penubuhan MAMPAT akan memberikan kekuatan kepada Pemuda Pakatan Rakyat dan dapat membantu kita menyelesaikan sebarang isu berbangkit yang melibatkan hubungan parti-parti Pakatan dengan lebih cepat," kata beliau dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman blognya.
Sementara itu, berhubung perhimpunan membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang akan diadakan Sabtu ini anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Shamsul berkata, MAMPAT menyokong penuh perhimpunan tersebut dan akan memberikan komitmen dengan penyertaan ahli-ahli Pemuda Pakatan.
"Kita percaya perhimpunan tersebut akan berlangsung secara aman seperti mana yang dirancang.
"Kita meminta kerjasama pihak polis untuk membantu mengawal keselamatan semua pihak," katanya.
mstar
E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
description:nizar,nizar,nizar,zambry,anwar,najib,umno,umno,umno,umno,manohara,altantuya,manek urai,teoh beng hock
Selasa, Julai 28, 2009
KEPUTUSAN TM LIGA SUPER 28 JULAI 2009
|
E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
PR NAK JUMPA PM
Parti Pembangkang Mahu Jumpa PM Bincang Perkara Mendesak
KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Pimpinan parti pembangkang mahu mengadakan pertemuan segera dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membincangkan beberapa perkara mendesak termasuk peranan suruhanjaya diraja bagi menyiasat kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pakatan pembangkang itu mahu skop suruhanjaya berkenaan diperluaskan dan tidak dihadkan kepada proses siasatan sahaja.
"Kita mahu suruhanjaya turut menyiasat punca kematian Teoh," kata Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Bangunan Parlimen di sini Selasa.
Anwar berkata pertemuan itu juga adalah untuk mendapatkan pandangan Najib agar beliau bersetuju untuk menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
-- BERNAMA
E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
Inkues kematian Teoh bermula esok
BERSEDIA... Petugas memasang peralatan sistem bunyi di Mahkamah Majistret 5, Shah Alam sebagai persediaan inkues kematian Setiausaha Politik, Teoh Beng Hock yang akan bermula esok.
KUALA LUMPUR: Prosiding inkues Teoh Beng Hock, setiausaha politik seorang anggota exco kerajaan Selangor, akan bermula esok di Mahkamah Shah Alam bagi mengetahui punca kematiannya.
Teoh, 30, ditemui mati terjatuh dari bangunan yang menempatkan pejabat Surhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Selangor di Shah Alam, selepas dia dipanggil memberi keterangan dalam siasatan dakwaan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor. Peguam Gobind Singh Deo, bagi pihak keluarga Teoh, ketika dihubungi Bernama berkata, pihaknya akan mengemukakan permohonan bagi mendapatkan beberapa dokumen termasuk laporan bedah siasat sebelum prosiding inkues bermula.
Keterangan dari 77 saksi yang dipanggil akan menjadi tumpuan. Koroner Azmil Muntapha Abas dijangka mendengar kes itu selama 15 hari.Antara yang dijangka dipanggil ialah 28 pegawai SPRM, ahli kimia dan patologi serta beberapa teman rapat Teoh.
Teoh, setiausaha politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai lalu di tingkat lima Plaza Masalam di sini, selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor kepada SPRM Selangor yang berpejabat di plaza itu.
Pada 22 Julai lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan satu inkues yang diketuai oleh seorang majistret akan dijalankan bagi menentukan punca kematian Teoh.
Seksyen 337 Kanun Acara Jenayah memperuntukkan kuasa kepada koroner untuk menyiasat bila, di mana dan bagaimana seseorang itu mati, dan sama ada mana-mana orang terlibat secara jenayah yang menyebabkan kematian itu.
Selain Gobind, keluarga Teoh turut diwakili peguam Karpal Singh, manakala peguam Malik Imtiaz Sarwar akan bertindak sebagai peguam pemerhati bagi kerajaan negeri Selangor.
Pejabat Peguam Negara masih merahsiakan siapa yang akan mengendalikan kes itu tetapi dipercayai ia dibarisi beberapa Timbalan Pendakwa Raya berpengalaman.
Tinjauan Bernama di Mahkamah Majistret 5 Shah Alam hari ini mendapati beberapa petugas sedang sibuk membuat persiapan memasang tiga skrin untuk memaparkan segala keterangan yang direkod sepanjang prosiding inkues itu nanti. Para petugas media dijangka berada di mahkamah seawal 6 pagi esok bagi mendapat tempat duduk di galeri awam memandangkan ruang mahkamah itu hanya mampu menampung sekitar 60 orang.
Di SHAH ALAM, Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata walaupun inkues itu bermula esok, polis masih mengalualukan maklumat tambahan yang boleh membantu siasatan kes itu.
Buat masa ini, kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut tetapi ia boleh dipinda jika ada penemuan baru, katanya kepada pemberita. BERNAMA
mstar
E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
description:nizar,nizar,nizar,zambry,anwar,najib,umno,umno,umno,umno,manohara,altantuya,manek urai,teoh beng hock
'Konspirasi jatuhkan kerajaan Pakatan Selangor'
Jimadie Shah Othman
Siasatan terhadap tujuh ADUN Selangor - yang membawa kepada kematian Teoh Beng Hock -didakwa sebahagian konspirasi BN bagi merampas kuasa daripada Pakatan Rakyat seperti di Perak.
Naib Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Selangor, Ng Suee Lin mendakwa, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan sentiasa berusaha merampas kerajaan negeri itu seperti pernah diusahakannya sejak tahun lepas.
"Ini perancangan yang kita dengar sekarang. Di kedai kopi pun kita dengar, (bahawa) Najib sebagai pengerusi perhubungan Umno Selangor, akan cuba dengan apa cara sekalipun untuk merampas kerajaan Pakatan Rakyat supaya kembali ke pangkuan mereka.
"Dulu di Perak, pada mulanya, kita dengar khabar angin sahaja, kemungkinannya berlaku rampasan kuasa," katanya.
Kemudian, dakwa Ng lagi, selepas campur tangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dua exco di Perak didakwa atas tuduhan rasuah, maka khabar angin itu menjadi kenyataan.
Dalam sidang akhbar bersama lebih 10 ADUN DAP, PAS dan PKR petang ini, Ng mendakwa, konspirasi BN bermula dengan penangkapan exco Selangor, Teresa Kok bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), September tahun lalu.
Isu lembu korban
Tangkapan ADUN Kinrara dan ahli parlimen Seputeh itu didakwa berhubung isu penggunaan pembesar suara bagi kegunaan azan di sebuah masjid di Bandar Kinrara, Puchong.
Manakala episod kedua pula, menurut Ng, membabitkan kes exco Selangor, Ronnie Liu yang didakwa menghalang tugas anggota penguatkuasa di sebuah hotel di Puchong.
Ronnie, juga ADUN Pandamaran, dihadapkan ke mahkamah pada 17 November tahun lalu atas tuduhan bersubahat menghalang tugas penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) daripada menutup sebuah hotel pada 2007.
Episod ketiga pula, kata Ng lagi, apabila Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim didakwa menyelenggara kereta sendiri dengan peruntukan negeri dan juga mengagihkan lembu korban daripada dana anak syarikat Selangor di kawasan parlimennya di Bandar Tun Razak, awal tahun ini.
Ng, yang juga ADUN Sekincan, terus mendakwa bahawa episod seterusnya ialah perbuatan menyebarkan gambar bogel exco negeri, Elizabeth Wong pada Februari lalu.
Ng juga berkata, episod konspirasi tersebut sebahagian projek mempengaruhi masyarakat yang digerakkan oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang ditimbulkan oleh ADUN Pakatan di persidangan DUN Selangor, Mac lalu.
Dalam sidang itu, dewan membahaskan usul tergempar oleh ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San bagi membincangkan pelaksanaan projek "people-centric" oleh Pejabat Pembangunan Negeri Selangor di bawah JPM.
'Guna jentera kerajaan'
Program itu didakwa oleh wakil rakyat itu, yangjuga setiausaha DAP Selangor, cuba menjatuhkan kerajaan negeri dengan menggunakan pelbagai jentera dan agensi kerajaan persekutuan.
Sementara itu, timbalan pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Selangor, Abd Rani Osman mempertahankan wakil rakyat Pakatan yang kini disiasat SPRM berhubung perbelanjaan peruntukan DUN masing-masing.
ADUN PAS Meru berkata, perbelanjaan ADUN tertakluk kepada budi bicara mereka, dengan syarat ia sampai kepada semua pihak, seperti dinyatakan dalam Surat Pekeliling Perbendaharaan Negeri Selangor (Peruntukan ADUN).
"Peruntukan ini diletak bawah pejabat tanah dan daerah, bukan di bawah meja ADUN. Lagi pun ia dikeluarkan selepas acara selesai," katanya, sambil mempertikai kewajaran ADUN Pakatan Selangor disiasat.
Beliau sebelum itu mempengerusikan mesyuarat kelab itu di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam petang ini.
Turut hadir dalam sidang media itu, ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib.
Sementara itu, membandingkan dengan ADUN Pakatan, Lau pula menyelar peruntukan kepada wakil rakyat BN – termasuk ahli parlimennya – yang didakwanya tidak jelas jumlah dan pembahagiannya.
"Sampai sekarang kami tidak tahu saiz peruntukan, kepada siapa (diberikan), di mana wang ini dibelanjakan oleh ADUN dan ahli parlimen BN, ketua bahagian (Umno), penyelaras yang dilantik BN dalam menangani peruntukan RM2 juta (di setiap parlimen).
"Saya meminta, kalaulah BN (anak) jantan, kalaulah Umno ini jantan, sekurang-kurangnya umumkanlah untuk rakyat," katanya.
malaysiakini
E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
SURUHANJAYA DIRAJA ATAU SARKAS DIRAJA ?
Oleh : Mohamed Hanipa Maidin
Apabila ditanya oleh wartawan adakah beliau didesak untuk mengadakan Suruhanjaya Di Raja ( SR ) di dalam kes kematian Teoh Beng Hock , Najib menafikan hal tersebut. Beliau mengatakan bahawa sebab mengapa beliau bersetuju mengadakan SR adalah kerana ingin mencari kebenaran.
Betulkah Najib berminat ingin mencari kebenaran ? Apabila beliau dan Kabinet beliau bersetuju menubuhkan SR nampak pada zahirnya beliau seolah-oleh serius ingin mencari kebenaran. Namun apabila skop SR hanya dihadkan untuk menyiasat teknik penyiasatan yang digunapakai oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM ) jelaslah Najib bukan berminat mencari kebenaran. Apa yang jelas Najib ingin mengkebumikan kebenaran !
Najib melalui Ghani Patail ( Ya, beliau adalah Peguam Negara ) terdesak mencari dalil dan alasan bagi menjustifikasikan tindakan beliau yang menghadkan terma rujukan SR hanya kepada menyiasat cara atau kaedah penyiasatan yang digunakan oleh SPRM.
Najib menyatakan bahawa beliau terikat dengan undang-undang. Beliau telah dinasihati oleh Ghani Patail bahawa sebab kematian Teoh Beng Hock perlu ditentukan oleh satu inkues di bawah seksyen 339 (1) Kanun Prosedur Jenayah ( KPJ ) . Di bawah seksyen 339 ( 1 ) KPJ , Peguam Negara mempunyai kuasa untuk mengarahkan Majistret untuk mengadakan siasatan di atas kematian seseorang.
Ghani berhujah bahawa KPJ adalah undang-undang khusus yang mempunyai peruntukkan mengenai satu siasatan bagi kes-kes kematian . Oleh itu , hujah Ghani, inkues adalah mandatori bagi menentukan sebab-sebab kematian Teoh Beng Hock dan bukannya SR yang menjalankan tugas atau peranan tersebut. Ghani menambah jika SR juga menjalankan tugas menyiasat sebab kematian mendiang Teoh maka SR akan menjalankan tugas yang bertindih dengan tugas Mahkamah .
Ghani juga berhujah bahawa orang awam tidak patut keliru peranan SR yang ditubuhkan oleh Kerajaan dengan inkues yang diwujudkan di bawah KPJ . Beliau berhujah bahawa seksyen 2 Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 ( Commissions of Enquiry Act 1950 ) secara jelas merujuk kepada penyiasatan berkenaan tindakan dan pengurusan kakitangan awam ( lihat seksyen 2 ( 1 ) ( a ) ) dan Jabatan Kerajaan ( 2 ( 1 ) ( b ) .
Oleh itu Ghani menambah peranan SR tidak boleh diluaskan bagi menyiasat kes kematian kes Teoh Beng Hock kerana siasatan oleh pihak Majistret adalah lebih betul dan disokong oleh undang-undang .
Ghani berkata adalah tepat peranan SR hanya dihadkan kepada menyiasat teknik penyiasatan yang digunapakai oleh SPRM.
Komen saya terhadap kenyataan Ghani di atas : Wahai Peguam Negara, janganlah berbohong kepada rakyat !!
Pertamanya mari kita lihat hujah beliau bahawa inkues adalah mandatori ( wajib ) bagi menyiasat kes-kes kematian seperti kes Teoh Beng Hock. Baiklah jika kita menerima hujah tersebut kita berhak bertanya mengapakah sehingga kini beliau sebagai Peguam Negara tidak melaksanakan tugas dan peranannya di bawah seksyen 339 ( 1 ) KPJ bagi mengarahkan satu inkues diadakan bagi menyiasat kes A.Kugan yang mati di dalam tahanan polis iaitu di Balai Polis Taipan, Subang Jaya pada 20 Disember 2008. Mengapakah tiada inkues dibuat di dalam kes Memali ?
Kes A.Kugan menimbulkan dua pertanyaaan yang sehingga kini masih gagal dijawab oleh Kerajaan. Pertamanya sebab –sebab kematian beliau di dalam tahanan polis. Kenapakah, mengguna pakai hujah Ghani, inkues tidak dibuat bagi menyiasat hal tersebut. Keduanya kes A.Kugan juga menimbulkan isu teknik penyiasatan pihak polis . Mengapakah Ghani sebagai Penasihat Undang-undang Kerajaan tidak menasihati ditubuhkan SR bagi menyiasat teknik penyiasatan yang digunapakai oleh pihak polis.
Ghani berhujah SR tidak boleh ditugaskan untuk menyiasat sebab-sebab kematian Teoh kerana di bawah seksyen 2 Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 ( Commissions of Enquiry Act 1950 ) penyiasatan SR hanya dihadkan berkenaan tindakan dan pengurusan kakitangan awam dan jabatan Kerajaan sahaja
Di sini jelas Ghani berbohong dan sengaja tidak membaca seksyen 2 secara keseluruhan. Atas sebab yang hanya Ghani tahu, Ghani hanya membaca seksyen 2 ( 1 ) ( a ) dan ( b ) Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 dan dengan sengaja meninggalkan seksyen 2 ( 1 ) ( d ) Akta yang sama.
Seksyen 2 ( 1 ) ( a ) menyatakan bahawa Yang DiPertuan Agung boleh mengarahkan penubuhan SR bagi menyiasat tindakan pegawai-pegawai Persekutuan dan seksyen ( 2 ( 1 ) ( b ) pula bagi menyiasat tindakan dan pengurusan jabatan Kerajaan yang menjalankan tugas-tugas awam
Apakah pula yang dikatakan oleh seksyen 2 ( 1 ) ( d ) Akta tersebut ? Seksyen tersebut menyatakan bahawa Yang DiPertuan Agung boleh mengarahkan penubuhan SR bagi menyiasat perkara-perkara lain ( any other matter ) yang menurut perkiraan Yang DiPertuan Agung perkara-perkara itu untuk kemaslahatan awam ( public welfare ).
Jelas seksyen 2 ( 1 ) ( d ) memberi suatu kuasa yang amat luas kepada SR yang mana kuasa tersebut adalah merangkumi bagi tujuan kemasalatan awam menyiasat sebab-sebab kematian Teoh Beng Hock. Di negara lain seperti Australia yang mana Malaysia juga meniru Akta tersebut dari negara tersebut, adalah menjadi perkara biasa siasatan dilakukan oleh SR bagi menyiasat sebab-sebab kematian seseorang khususnya kematian misteri .
Mengenai hujah Ghani jika SR diberikan tugas menyiasat kematian Teoh akan berlaku pertindihan tugas , jawapan kita pada hujah mengarut tersebut adalah begini : Jika Ghani atau Najib tidak mahu pertindihan tugas cukuplah diberi kuasa SR untuk menyiasat kedua-dua perkara iaitu teknik siasatan SPRM dan sebab-sebab kematian Teoh. Tidak perlu inkues kerana ia akan bertindih tugas dengan SR dan membazir wang rakyat !!
Mengapa rakyat mahukan SR bagi menyiasat kematian Teoh ? Jawapannya kuasa SR adalah lebih luas dari kuasa seorang Majistret di dalam siasatan inkues. SR sebagai contoh boleh memanggil mana-mana orang dan juga boleh menerima apa-apa keterangan termasuk keterangan yang sekiranya dikemukakan di Mahkamah akan ditolak ( lihat seksyen 8 ( f ) Akta tersebut ).
SR yang ditubuhkan sekadar menyiasat teknik penyiasatan SPRM adalah SR yang ditubuhkan untuk tujuan hiburan semata-mata . Adakah Najib inginkan Suruhanjaya DiRaja atau Sarkas DiRaja ?
E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
Langgan:
Catatan (Atom)
LISTEN TO AL-QURAN ONLINE
Blog Archive
-
▼
2009
(3025)
-
▼
Julai
(285)
- RAWANG JEM TERUK
- Jerangkung Hidup Bermaruah
- UMNO PAS : ANAK HARAM DAN PERHIMPUNAN HARAM
- Takziah, PAS hilang seorang lagi Adunnya
- Hampir 10,000 Uighur hilang dalam satu malam - Reb...
- UMNO BN jangan mimpi nak tawan semula Kedah
- UMNO PAS: 1Dunia,Tido didahulukan,makan diutamakan
- RENUNGAN UNTUK KITA SEMUA
- SERAM : Diganggu roh tentera jepun
- Perhimpunan 1 Ogos aman
- Lagi bayi dua kepala dilahirkan
- 'Melepaskan Ibrahim Ali Tersepit'
- UMNO PAS: NIK AZIZ MEMANG POWER
- Keluarga Teoh Beng Hock Tetap Mahu Suruhanjaya Dir...
- Adun dakwa salah guna dibuat BN
- SPRM Langgar Undang- Undang Siasat Saksi Lebih Masa
- KEPUTUSAN TM LIGA PERDANA 29 JULAI 2009
- UMNO terdesak jalin kerjasama dengan Pas
- Pemimpin UMNO Pening Kepala
- DR ASRI GESA FATWA ISA DIKELUARKAN
- UMNO SUDAH 'MATI PUCUK' MANA BOLEH KAHWIN LAGI
- Sivakumar Membuat Laporan Polis Terhadap Dato SS
- Umno: 'Sekerat Ular, Sekerat Belut'
- Hayat UMNO Semakin Lama Semakin Pendek
- Pemuda Pakatan tubuh Majlis Muafakat
- KEPUTUSAN TM LIGA SUPER 28 JULAI 2009
- PR NAK JUMPA PM
- Inkues kematian Teoh bermula esok
- 'Konspirasi jatuhkan kerajaan Pakatan Selangor'
- SURUHANJAYA DIRAJA ATAU SARKAS DIRAJA ?
- SPRM tidak harus bersikap “tembak soalan” dalam si...
- Kucing hubungi 999
- Ini permainan Umno bukan saya, kata Nik Aziz
- GHAIRAH UMNO PULA BAGAIMANA?
- KONVOI PEMUDA BALING
- Tan Sri Khalid Arah Satu Audit Dalaman Dijalankan
- Kit Siang Buat Laporan Polis Terhadap Ancaman Bunu...
- LAGI LORI REMPUH KERETA - 5 TERKORBAN
- FAM selamatkan Pahang lagi?
- BN cuba pecahkan Pas: Mahfuz
- Umno diingatkan jangan manipulasi kenyataan Nik Aziz
- Sokong Tun Abdullah sertai Pas
- LAPORAN POLIS BLOG SEBAR FITNAH
- Nizar : Suruhanjaya Diraja perlu kuasa penuh
- Petani minta anak gadis berbogel
- Kit Siang Kepada Ong: Alang-alang digulingkan, ded...
- Treler rempuh kereta ketika lampu isyarat merah
- Pemuda UMNO piket bantah Selcat gantung ADUN
- Liu dedah butiran perbelanjaan DUN Sg. Pelek
- Apabila saya berdebat dengan Umno
- NIZAR TIDAK SALAHKAN HARUN,ZAMBRY DAN HARUSSANI
- Lawak Ahad : Jom bunuh syaitan!
- 10 cawangan MIC tutup kedai
- Yasmin meninggal dunia
- KEPUTUSAN TM LIGA SUPER 25 JULAI 2009
- 2 tukul tersekat dalam dubur
- Manek Urai : PAS Keuntungan, UMNO Kerugian
- “Helang Lebuhraya Polis” kuasa EVO 10
- Penuntut UM serah Memorandum kepada SUHAKAM
- Exco Selangor Nafi Ada Kaitan Dengan Kematian Teoh
- JAWATAN KOSONG DI KEDAH
- Nizar pegang lilin: Bukan majlis berkabung - Khali...
- Kuliah isu babi untuk Umno Kedah
- FC SEOUL 2 VS 3 MANCHESTER UNITED
- Siasat punca kematian
- Lelaki lepas nafsu pada mayat wanita dibunuhnya
- Kematian Bukan Hal Politik – MB Selangor
- Manek Urai : Buktikan gas dalam Kelantan
- Kontroversi DS Nizar dan lilin
- NIZAR DAN LILIN : ZAMBRY HAIRAN DIA KENA SERANG
- Projek Loji Minyak: Kedah Jangka Raih RM400juta
- UMNO PKR: Razaleigh sertai PKR?
- 8 Individu Di Soal Siasat Berhubung Kes Teoh
- Tentang Kematian : Bersedialah Diri
- Dua beradik dicabul lelaki Bangladesh
- GMI Serah Memorandum Kepada Istana
- NIZAR DAN LILIN: NI DIA FATWA YANG ZAMBRY MINTAK
- 1Malaysia Nizar nyala lilin diutamakan
- Suruhanjaya DiRaja: Pakatan kaji anggotanya
- DEMONSTRASI UMNO
- SPRM Harus Disiasat Hingga Ke Lubang Cacing -Razal...
- THAILAND 1 VS 1 LIVERPOOL
- Padan muka hang Zambry, kena sebiji dengan Tok Guru
- PEKUNG BN TERDEDAH
- METER PARKING TIDAK SAH
- RM10,000 untuk pembunuh Teoh
- Imam Besar ajak ke masjid, Menteri Besar galak ke ...
- Kes liwat: Anwar dakwa afidavit 'palsu'
- KEPUTUSAN TM LIGA SUPER 21 JULAI 2009
- Tengku Temenggong saman Manohara, ibu mertua RM105...
- Terlalu Banyak Wang Digunakan Untuk Membeli Undi d...
- UMNO tidak ikut Islam
- ORANG UMNO BARU TAU TAKTIK PR
- CARI RESTORAN BERAHI TERJUMPA REBAN AYAM
- Kematian Teoh: Ahli Majlis Perbandaran tolak beri ...
- Hantar Memorandum Kepada SPRM
- KEPUTUSAN MALAYSIA VS MANCHESTER UNITED
- Terkini Msia vs MU
- Terkini Msia vs MU
- Kejutan buat PAS di Manek Urai
-
▼
Julai
(285)