Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Julai 28, 2009

SPRM tidak harus bersikap “tembak soalan” dalam siasatannya


PENGARAH SPRM Selangor, Ja’afar Mahad semalam mengadu bahawa siasatan kerap yang dijalankan oleh PDRM terhadap pegawai-pegawai SPRM telah mengganggu kerja-kerja siasatan anggota SPRM terhadap aduan penyalahgunaan peruntukan kawasan ADUN Pakatan Rakyat (PR).

Saya terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ja’afar Mahad ini kerana ini sekali lagi membuktikan sikap penafian SPRM dalam kes kematian Teoh Beng Hock dan siasatan terhadap ADUN-ADUN PR Selangor.

Sehingga sekarang, SPRM masih belum memberitahu kami butir-butir yang terlibat dalam kes ini sehingga SPRM kelihatan sebagai “tembak soalan” dalam siasatan mereka tanpa sasaran tetap.

Kami tidak tahu siapakah ADUN yang terlibat, program yang mana satu yang disyaki terlibat serta amaun yang terlibat dalam siasatan. Apa yang pasti, siasatan adalah disasarkan ke atas ADUN-ADUN Pakatan Rakyat.

Daripada menjawap kemusykilan-kemusykilan yang tertimbul, SPRM memilih untuk membisu dan menafikan segala pertuduhan yang dilemparkan kepadanya tanpa sebab dan alasan yang kukuh.

Adalah tidak mencukupi jikalau SPRM sekadar menjawap “semua kerja siasatan mengikut SOP yang ditetapkan”. Retorik-retorik sebegini langsung tidak dapat membantu rakyat jelata untuk berasa yakin bahawa SPRM ialah sebuah badan yang bebas dan tidak memilih bulu dalam menjalankan siasatannya.

Malahan, SPRM tidak harus menegur siasatan yang dijalankan oleh PDRM terhadap mereka walaupun selama ini anggota-anggota PDRM yang menjadi sasaran siasatan SPRM. Saya tidak boleh berkata PDRM boleh menjalankan tugasnya dengan adil dan saksama tetapi jikalau proses siasatan telah bermula, maka SPRM perlu akur kepada proses ini dan bekerjasama dengan pihak-pihak yang tertentu untuk menjalankan siasatan.

SPRM juga harus menggantung tugas pegawai-pegawai siasatan yang terlibat dalam kes ini kerana rakyat tidak yakin bahawa pegawai-pegawai ini dapat menjalankan tugas mereka dengan adil dan saksama tanpa sebarang penyalahgunaan kuasa sehingga nama mereka dibersihkan oleh PDRM dan Suruhanjaya Siasatan DiRaja.

Seperti badan-badan kerajaan yang lain, SPRM harus bersikap rendah diri dan menerima teguran baik untuk kebaikan bersama. Sindrom penafian yang masih jelas kelihatan dalam SPRM ini hanya akan menjadikan imej SPRM terus tercalar.

Lau Weng San
PENDAPAT
mstar


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
description:nizar,nizar,nizar,zambry,anwar,najib,umno,umno,umno,umno,manohara,altantuya,manek urai
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive