Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Julai 23, 2009

1Malaysia Nizar nyala lilin diutamakan



HEBATNYA NIZAR,MUSUH DIA PANTANG LEPA SIKIT.SAMPAI BEGITU SEKALI DOK USHA APA NIZAR BUAT.SEDANGKAN BANYAK LAGI BENDA LAIN YANG ORANG UMNO BUAT DEPA PEJAM MATA PEKAK TELINGA SAJA.BAGUIH BETOI DEPA NI...

Murysidul Am Pas & Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas jawab tindakan Nizar

KOTA BHARU - Murysidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat enggan menyahut cabaran Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir supaya mengeluarkan fatwa berhubung tindakan Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyertai majlis menyalakan lilin di Ipoh Jumaat lalu.

Alasan ulama besar dalam Pas itu ialah kenyataan itu dikeluarkan oleh orang politik dan tidak ada kena mengena dengan fatwa Islam.

“Zambry ini orang politik bukan orang kaji Islam. Apa kena mengena dengan fatwa agama, fatwa demokrasi pun (beliau) tak pakai, itu pandangan saya. Dia orang politik, saya jawab cara politiklah,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Zambry yang meminta ulama dalam Pas mengeluarkan satu fatwa berhubung tindakan Mohammad Nizar menyertai majlis menyalakan lilin bagi memperingati kematian setiausaha politik kepada Exco Selangor, Teoh Beng Hock di Ipoh, Jumaat lepas.

Pemberita yang tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut mengulangi soalan berkenaan yang meminta Nik Abdul Aziz memberikan pandangannya mengikut hukum Islam tentang tindakan Mohammad Nizar tetapi Menteri Besar Kelantan itu menyatakan hanya itu jawapannya.

“Zambry yang bertanya...usahkan fatwa Islam, fatwa demokrasi pun (beliau) tak pakai. Siapa yang halau menteri besar dan rampas dewan?” katanya.

Wakil media sekali lagi membangkitkan soalan yang sama sambil cuba memberikan penerangan yang lebih lengkap, Nik Aziz hanya menjawab: “Biar dulu, itu jawapan saya.”

Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas, Nik Zawawi Nik Salleh pula berkata, isu itu bukanlah satu yang besar dan ia tidak perlu diperbesarkan sambil mengulas tindakan itu sebenarnya bergantung pada niat.

“Sebenarnya ia bergantung pada niat. Dewan Ulama akan bermesyuarat dalam sehari dua ini. Bagi saya isu lilin bukanlah satu isu yang besar jika ia nak dikaitkan dengan akidah. Sebaliknya isu yang paling penting untuk ditegur ialah iau aurat di kalangan pemimpin wanita UMNO, pelaksanaan syariah, pembaziran dan banyak lagi,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yaacob berkata, pihaknya tidak mahu terburu-buru mengeluarkan sebarang kenyataan dan membiarkan Dewan Ulama Pas untuk kemukakan sebarang pandangan.

sinarharian


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

2 ulasan:

  1. KALAU TAK TAHU TENTANG KRISITIAN, JANGAN CAKAPLAH TUAN MUFTI.....JIKA TUAN MUFTI BOLEH TUNJUK SATU BUKTI DI DALAM KITAB INJIL YANG MEMPUNYAI PEMEGANGAN LILIN, SAYA AKAN RESPEK TUAN MUFTI.....TETAPI TIDAK PERNAH DISEBUT PUN DALAM AGAMA KRISTIAN MENGENAI PEMEGANGAN LILIN.....JIKA LILIN MENGGAMBARKAN AGAMA KRISTIAN, MENGAPAKAH KITA KATAKAN BAHAWA "GURU ADALAH LILIN"??????

    LILIN HANYA MENGGAMBARKAN TANDA HORMAT DAN PENGORBANAN SAHAJA DAN TIDAK MEMPUNYAI APA-APA KAITAN DENGAN AGAMA KRISTIAN!!!!!!!


    KALAU BOLEH, BUKALAH KITAB INJIL DAN BUKTIKAN NIZAR SALAH, KALAU TAK BOLEH BUKTIKAN, TUTP MULUT ANDA!!!!

    BalasPadam
  2. KALAU TAK TAHU TENTANG KRISITIAN, JANGAN CAKAPLAH TUAN MUFTI.....JIKA TUAN MUFTI BOLEH TUNJUK SATU BUKTI DI DALAM KITAB INJIL YANG MEMPUNYAI PEMEGANGAN LILIN, SAYA AKAN RESPEK TUAN MUFTI.....TETAPI TIDAK PERNAH DISEBUT PUN DALAM AGAMA KRISTIAN MENGENAI PEMEGANGAN LILIN.....JIKA LILIN MENGGAMBARKAN AGAMA KRISTIAN, MENGAPAKAH KITA KATAKAN BAHAWA "GURU ADALAH LILIN"??????

    LILIN HANYA MENGGAMBARKAN TANDA HORMAT DAN PENGORBANAN SAHAJA DAN TIDAK MEMPUNYAI APA-APA KAITAN DENGAN AGAMA KRISTIAN!!!!!!!


    KALAU BOLEH, BUKALAH KITAB INJIL DAN BUKTIKAN NIZAR SALAH, KALAU TAK BOLEH BUKTIKAN, TUTP MULUT ANDA!!!!

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive