Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Februari 22, 2010

20,000 Hadiri Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Selangor

Nur Diyana Nawar Ibrahim


Kira-kira 20,000 masyarakat tempatan pelbagai bangsa dan usia menghadiri sambutan Tahun Baru Cina peringkat Selangor di Tokong Dong Zen di Jenjarum, Banting, malam tadi.

Kaum Melayu dan India tidak ketinggalan meraikan sambutan kebudayaan masyarakat Tiong Hua itu dalam suasana majmuk dan harmoni.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dan barisan Exco Selangor juga memeriahkan acara makanan tradisi 'Yee Sang' bersama pemimpin masyarakat tempatan.

Kehadiran pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP, antaranya , Ahli Parlimen Batu, Tian Chua; Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M Manoharan tambah menyerikan lagi majlis itu.

Sambutan itu anjuran Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Selangor dan Tourism Selangor.

Khalid turut menyampaikan perutusan Tahun Baru Cina dan melawat ke sekitar kawasan Dong Zen, selain menyampaikan angpau kepada orang kurang upaya, anak yatim dan warga tua.

Dalam ucapannya, beliau berkata majlis berkenaan dianjur bertujuan mengeratkan hubungan masyarakat pelbagai kaum di negeri itu.

“Kita mahu semua rakyat di negeri ini mengenali lebih dekat budaya dan perayaan masyarakat Tionghua,” katanya.

Beliau menganggap majlis pada tahun ini lebih meriah kerana Tokong Dong Zen sedang menganjurkan Festival Bunga-bungaan dan Tanglung yang bermula sejak 12 Februari hingga 28 Februari.

Pengunjung juga dihidang dengan pelbagai acara menarik antara persembahan muzik gabungan 24 Gendang Tionghua, Tarian Singa, Magik Pertukaran Topeng Tionghua dan nyanyian artis Cina, kebudayaan Melayu dan lagu Hindustan.





KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive