resepirahsiaku
Jumaat, Februari 26, 2010
Esok masih ada???
Tidur itu ibarat mati, Mungkin malam ini malam terakhir bagi kita. Adakah kita sempat bertaubat sebelum tidur. Adakah kita sudah bersedia kesana jika besok kita bangun diri kita sudah berada di dalam kubur.
Umur kita semakin hari bertambah, nyawa semakin hari berkurang. Kita hanya ada 3 masa. Masa yang lepas, masa sekarang dan masa akan datang. Begitu juga nafas kita. Adakah kita akan bernafas hari esok. Ada yang tengah makan berhenti bernafas, tengah berkaraoke pun berhenti bernafas. Yang bernasib baik berhenti bernafas ketika bersolat.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya jadilah kami daripada orang yang rugi.” (Surah al-Araaf, ayat 24)
Masa yang lepas tak akan kembali, yang ada masa sekarang. Masa akan datang belum tentu lagi. Ambil kesempatan dengan masa sekarang untuk bertaubat. Takut tak sempat tunggu masa akan datang. Masa yang ada genggamkan. Pendekkan cita-cita kita untuk tunggu masa akan datang.
Menurut al-Syarawi, Allah SWT akan menerima taubat seseorang selagi nyawanya tidak di halkum dan menjadi kewajipan seorang Muslim supaya segera bertaubat.
Allah SWT juga menyebutkan orang Islam yang tidak sempat bertaubat akan menerima azab pedih berbeza dengan kematian bagi orang kafir yang akan menerima seksaan buat selama-lamanya. Orang Islam melakukan maksiat tanpa bertaubat akan menerima azab setimpal perbuatannya.
Kata perpatah melayu."Yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran". Yang dikejar itu (Dunia). Projek, bisnes dan harta dll. Yang dikendong itu (Akhirat). Semua tercicir kerana dunia. Tinggalkan akhirat kejar dunia. Jangan sempat mengira sebelum dapat. Apa yang ada bersyukur dengan nikmatNya.
Ini kisah seorang haji yang sakit dan tinggal di wad selama 5 tahun dan akhirnya kembali ke rahmatullah selepas koma beberapa hari. Beliau sempat memberitahu kepada ustaz ku sebelum beliau koma. Selama 5 tahun beliau terlantar di wad pesakit. Ramai yang datang melawat beliau. Tetapi ramai yang kembali ke rahmatullah lebih awal dari beliau iaitu seramai 20 orang termasuk saudara dan kawan-kawan yang datang melawatnya dahulu.
Ingat yang sakit akan mati dulu. Tapi yang sehat pergi dulu. Yang sakit bernasib baik dah tentu bertaubat dan berzikir. Dah tahu akan pergi kesana. Kata Ustaz ku. Jika semasa kita sedar dan terlantar sakit, selalu berzikir kepadaNya. Jika seseorang itu koma. Jantung dan hatinya akan tetap terus berzikir. Alangkah beruntung hamba ini.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Sesungguhnya penerimaan taubat itu disanggup oleh Allah hanya bagi orang yang melakukan kejahatan disebabkan kejahilan, kemudian mereka segera bertaubat, maka dengan adanya dua sebab itu mereka diterima Allah taubatnya; dan ingatlah Allah Maha Mengetahui, lagi . Bijaksana. Dan tidak ada gunanya taubat itu kepada orang yang selalu melakukan kejahatan, hingga apabila salah seorang daripada mereka hampir mati, berkatalah ia: sesungguhnya aku bertaubat sekarang ini, sedang taubatnya itu sudah terlambat, dan demikian juga halnya orang yang mati sedang mereka tetap kafir. Orang yang demikian, Kami sediakan bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya.” (Surah al-Nisa’, ayat 17-18)
Jadi sebelum tidur marilah lakukan solat taubah agar segala dosa kita diampunNya. Jika esok kita bangun dan masih hidup lagi. Ambil kesempatan yang ada untuk bertaubat kepadaNya
resepirahsiaku
0 KOMEN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
LISTEN TO AL-QURAN ONLINE
Blog Archive
-
▼
2010
(3200)
-
▼
Februari
(286)
- Bantahan Antarabangsa Terhadap Malaysia Kian Merebak
- Umno-BN Korup Hingga Ke Akar Umbi
- Cubaan Sabotaj Program Anwar Di Segamat
- Rakyat digantung kes Anwar-Saiful
- JIKA UMNO KUAT, AMBIL TINDAKAN TERHADAP KU LI
- Remaja Jual Dara Secara On-Line $45,000 Untuk Baya...
- Tuduhan Membunuh Dan Bersekedudukan
- Lawak Ahad: Pak Pandir dan kondom
- Saidatul Perlu Cermin Diri Dulu - Datuk Halik
- 45,000 Kerja Kosong di Restoran Mamak Tidak Diisi ...
- Kerajaan Selangor Sanggup Sedia Tapak Sekolah
- Program Datuk Seri Anwar Ibrahim Di Sabah 28 Febru...
- UMNO Tiada Isu, Lancar Serangan Peribadi
- Keputusan TM Liga Super 27 Feb 2010
- Siaran Langsung TM Liga Super 27/2/10
- AmpUno Juara Maulidur Rasul
- Bekas PM Kanada desak gugur kes Anwar
- "Rais cakap, Anwar boleh nyalakan 'mentol' satu M'...
- Pakatan: Satu lawan satu di Sarawak
- Buaya patah gigi lawan dua lelaki
- Amy Search di Masjid Kota Damansara 28 Feb
- Agihan wang ehsan, Kelantan tak ambil peduli
- Pembangkang digesa perjuang tuntutan royalti
- Guan Eng sertai sambutan Maulidur Rasul
- Tak perlu layan budak-budak baru yang pertikai kep...
- Pulau Pinang perkenal sistem pendaftaran kahwin on...
- 5,000 Sertai Perarakan Maulidur Rasul Di Selangor
- PAS, NGO bantah acara maksiat Pesta Balok
- ISU ROYALTY DARI KACAMATA PENGGEMAR TEH TARIK
- Ibu pejabat PAS temui blogger dakwa salah laku 3 p...
- Risalah Hina Istana Selangor Cemar Sambutan Maulud...
- Sejarah Kelahiran Rasulullah SAW
- Zambry saman PKR RM100 juta
- Esok masih ada???
- Royalti: BN terus cuba kelirukan rakyat
- Selamat Menyambut Maulidur Rasul
- Kehilangan Enjin Jet TUDM, Mustahil Hanya Dua Indi...
- Pelajar dipaksa berbogel oleh senior
- S'gor agihkan RM49 juta untuk kebajikan rakyatnya
- Langkah Berani MB Kedah
- Gambar : Sekitar Ceramah DSAI di Jeniang, Kedah
- Petronas Untuk Rakyat
- BANJIRI CERAMAH PKR KERANA RISALAH LUCAH?
- Potong bajet pelajaran, lebihkan Permata Negara?
- Hanya Anwar layak jadi PM: Guan Eng
- Nenek lawan 3 penyamun
- Suhakam temui anak Raja Petra di penjara Sg Buloh
- Royalti berhak diterima Kelantan RM2 bilion, bukan...
- Eksekutif telco yang mana jual video lucah?
- Jangan dahului mahkamah, Anwar belum dibuktikan be...
- Ke mana hala tuju kambing di era fesbuk
- Kenaikan Tarif Elektrik Bukti Najib Gagal Laksana ...
- Zambry dalam ketakutan - Khalil Idham Lim
- Acara Paling Dinantikan Malam Ini
- Kumpulan Shahidan tuntut jawatan MB?
- Selangor Seri Tanpa Jaringan Dengan Becamex Binh D...
- Hujah Dangkal di TV9
- Cabaran Kepada Guan Eng Helah Elak Debat
- Felda Rugi RM1 Billion bersama 1Malaysia - Zabiedi...
- Salam Maulidur Rasul
- Royalti: Ku Li sarat hujjah, Tok Pa tong kosong?
- 'Indeks mi segera' ukur kegawatan
- Benarkah Presiden PAS 'bercanggah' dengan Mursyidu...
- Berdebat Pun Kecut Teloq, Nak Jadi Juara Rakyat Ko...
- Blogger dedah perbualan Saiful dengan blogger Umno
- Presiden Pas Bidas Media Arus Perdana
- Tok Guru Nik Aziz tonton wayang
- Nikah lepas hilang 9 jari
- Juara Rakyat Tapi Takut Debat
- BN, Bahtera Yang hampir Tenggelam
- Demo 24 Feb diteruskan, kata NGO Felda
- Kes Nasir Safar Penuh Madah Berhelah
- Iklan Penjelasan Isu Royalti Yang Tidak Jelas
- Orang Kampung Bantah Belanjawan Pendidikan Dipotong
- Tindakan Lim Guan Eng Patut DiContohi
- Tokey Mercun Dah Kaya Raya, Kita Jadi Hanturaya
- Pusat iklankan isu royalti Kelantan sasar Ku Li, A...
- Ustaz Umno tolong nasihatkan Shahrizat
- 20,000 Hadiri Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat N...
- MP Kuala Nerus dirawat di HSNZ akibat jangkitan ku...
- PAS Wilayah sedia dedah tembelang Umno
- BN akan ditolak rakyat dalam p'raya nanti
- Lompat tak boleh, melompat boleh
- JKJR akan ceramahkan drebar bas yang bawa laju
- Gunakan Tandas Dengan betul, Kalau Tak...
- Lawak Ahad: Jaguh Pedang Dunia
- Berita yang tiada di TV Malaysia
- Keputusan Piala FA Pusingan Ke 2 (2) 20 Feb 2010
- Siaran Langsung TM Piala FA 20/2/10
- Jangan Terkejut Jika Nasir Safar 'Bebas'
- Jaga-jaga Kedah malam ni...
- Remaja lepasan SPM dakwa dibelasah polis
- Pejabat Pelajaran pun jadi “cawangan” Umno juga?
- Najib Takut Adakan Sidang Tergempar Parlimen
- Lagi ditahan ISA
- Bila babi disangka kambing
- PAS dah lama bikin la...
- Pakatan Desak Sidang Tergempar Bincang Kes Anwar
- Anwar : Terus Mara Jayakan Agenda Perubahan
- Ganyang DAP
-
▼
Februari
(286)