Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Februari 17, 2010

EZAM DAN ZAHRAIN, SIAPA PALING KUAT UNTUK HANCURKAN ANWAR?

Oleh: WFAUZDIN NS


EZAM Mohd Noor dahulunya boleh dianggap tokoh reformasi kedua selepas DS Anwar. Tidak dapat dinafikan Ezam begitu lantang menentang Umno dan begitu menyanjung tinggi ketokohan DS Anwar sewaktu beliau berada di dalam kumpulan reformasi dan juga ketika berada di dalam Parti KeADILan Nasional. Gara-gara Ezam akan meninggalkan parti mula dapat dikesan sewaktu beliau ingin meletakkan jawatan selaku Ketua Pemuda KeADILan.

Apabila Azmin mula ditonjolkan sebagai penggerak utama membantu DS Anwar sejurus DS Anwar dibebaskan, Ezam mula kelihatan kurang bersemangat. Tembelang Ezam semakin terserlah apabila beliau mengumumkan keluar dari PKR dan menubuhkan GERAK kununnya untuk memperjuangkan isu rasuah tanpa terpengaruh dengan kepartian.


Ketika itu, Ezam masih diyakini beberapa pihak yang sering menjemputnya memberikan ceramah berkaitan rasuah dan penyelewengan. Di dalam salah satunya ceramahnya (terdapat video klip di dalam blog ini) Ezam menyatakan beliau tidak akan memasuki mana-mana parti termasuk Umno. Kita masih ingat sewaktu Ezam bersama Parti KeADILan, beliau pernah berceramah dan menyebut, "Sila tunjukkan pada saya mana-mana pemimpin yang memasuki Umno itu ikhlas?". Itu di antara kata-kata keramat Ezam.

Orang pernah berkata, `terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya'. Nah, kini Ezam berada di dalam Umno. Lebih dahsyat lagi Ezam berada di dalam Umno di zaman Pak Lah dan juga di zaman Najib. Kedua-dua pemimpin ini gagal mengangkat negara ini ke tahap yang boleh meyakinkan, bahkan negara ini semakin meningkat ranking rasuahnya. Oleh kerana Ezam tetap untuk bersama parti yang pernah dikutuk separuh mati itu, Ezam terpaksa menutup kedua-dua mata dan hatinya atas apa jua salah laku rasuah dan penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin Umno. Perjuangannya kini bersama Umno adalah untuk menyerang bekas bosnya DS Anwar. Beliau masih tidak puas hati terhadap DS Anwar meski pun DS Anwar telah begitu lama teraniaya dan dizalimi dan DS Anwar pula tidak pernah `menjentik'nya sedikitpun.

Ezam menyerang DS Anwar termasuk secara peribadi, bahkan DS Wan Azizah juga turut menjadi sasarannya. Alhamdulillah, DS Anwar dan keluarga mampu menerima apa jua yang terkeluar dari mulut Ezam. Mereka kenal Ezam dan mereka tahu apa yang Ezam mahukan setelah beliau memasuki Umno. Baru-baru ini Ezam berceramah di Melaka tempat di mana KM nya adalah pemimpin yang pernah disabitkan oleh JK Disiplin Umno dengan rasuah politik wang. Ezam kelu untuk bercerita tentang itu sedangkan terbukti Umno sendiri mengakui hakikat bahawa KM Melaka itu bersalah di dalam rasuah politik wang. Ezam tidak berdaya untuk menyebut hal itu di bumi Melaka.

Apa yang disebut oleh Ezam? Beliau menyatakan PKR akan berkubur akibat kununnya orang kuat DS Anwar iaitu Zahrain telah pun keluar dari PKR. Benarkah Zahrain orang kuat PKR atau orang harapan DS Anwar? Di mana Zahrain sewaktu era reformasi? Sebelum ini dikatakan Chandra Muzafar juga orang kuat DS Anwar. Entah berapa ramai yang dikatakan orang kuat DS Anwar seperti Lokman Adam, Zahid Md Arip, Roslan Kassim dan paling dikatakan terkuat di antaranya adalah Ezam sendiri. Tetapi, kita lihat semenjak puak-puak itu melutut pada Umno dan menerajang DS Anwar, kita lihat DS Anwar bertambah kukuh dan kuat pengaruhnya. Jadi, di mana kehebatan mereka? Di mana lojiknya Ezam menyatakan Zahrain akan menggugat pengaruh DS Anwar? Maknanya Zahrain terlalu jauh hebat dari Ezam dan tokoh-tokoh berkenaan? Jangan buat lucu wahai mamat Ezam.

Pada saya. lagi banyak Ezam bercakap lagi banyak kita lihat kebebalan Ezam. Tidakkah Ezam sedar beliau hanya laku bercakap didepan media pencacai seperti Utusan Meloya dan TV 3 Suku sahaja kerana hanya pencacai yang kenal pencacai. Alhamdulillah, semakin ramai yang keluar dari PKR semakin menjadikan PKR bertambah kuat dan sihat. Ini adalah kerana mereka yang keluar itu tidak seorang pun dapat membuktikan kepincangan PKR, melainkan ayat yang biasa kita dengar adalah hilangnya kepercayaan terhadap DS Anwar dan PKR. Bukti ? Tiada. Yang ada adalah bukti ingin minta projek juta-juta, tapi tak dapat.

PKR kini di dalam proses rawatan intensif bagi mengeluarkan beberapa ekor ulat yang membusukkan tubuh badan PKR. Apabila ubat dan racun telah kita suntik di dalam PKR, maka sekarang kita lihat ulat-ulat ini seekor demi seekor melantun keluar. Ternyata ubat yang kita gunakan di dalam PKR iaitu `ketelusan serta amanah' adalah amat mujarab untuk mengeluarkan ulat-ulat ini yang tidak tahan lagi dengan ketelusan dan amanah yang kita perjuangkan itu. Mereka kini terhumban keluar untuk mencari tempat mereka mencari makan dari sisa-sisa nanah. Di manakah terdapatnya sisa-sisa nanah itu? Mungkinkah Umno? Kita lihat nanti./Kembali ke laman asal di sini.

wfauzdin


BEKERJA SECARA SAMBILAN ATAU SEPENUH MASA DI RUMAH
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive