Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Februari 25, 2010

Suhakam temui anak Raja Petra di penjara Sg Buloh

Kumpulan kerja aduan dan siasatan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) akan menemui Raja Azman Raja Petra (bawah) di Penjara sungai Buloh pagi esok.

raja azman raja petraMenurut satu kenyataan hari ini, kumpulan tersebut akan diketuai oleh pesuruhjaya Suhakam, Datuk N siva Subramaniam.

Kumpulan tersebut ke Penjara Sungai Buloh untuk berbincang dengan anak Raja Petra Kamarudin itu dan pihak penjara berhubung laporan media mengenai keadaannya di penjara serta perkara lain yang berkaitan.

Menurut kenyataan tersebut, pertemuan tersebut dijadualkan pada jam 10 pagi esok.

Awal bulan itu, Raja Azman dimasukkan ke hospital selepas dia dipercayai menelan sebilah pisau cukur.

Dia dijumpai dalam keadaan lemah dalam sel penjaranya oleh petugas dari penjara Sungai Buloh semasa melakukan tugas rondaan pada Selasa petang.

Laporan itu menyebut Raja Azman, yang mempunyai kesan kelar di pergelangan tangan, segera dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh dan keadaannya dilaporkan stabil.

Bapa mangsa, yang menulis dalam laman blognya Malaysia Today, mendakwa Raja Azman mengambil tindakan drastik itu memandangkan dia tidak lagi dapat manahan siksaan fizikal dan mental yang dikenakan terhadapnya oleh pihak berkuasa penjara.

Doktor yang merawat Raja Azman Raja Petra dilaporkan mengambil keputusan tidak perlu menjalankan pembedahan untuk mengeluarkan mata pisau cukur di dalam perutnya.

Menurut peguamnya, doktor berkenaan berpendapat mata pisau yang patah dua itu perlu dibiarkan keluar secara semula jadi.

Peguam yang tidak ingin dikenali itu juga dilaporkan berkata, keadaan Raja Azman Petra adalah stabil.

malaysiakini





KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive