Khamis, Ogos 27, 2020

LIM GUAN ENG DEDAH PROJEK DIWARISI DARI BN DALAM SENARAI 101 PROJEK RUNDINGAN TERUS PH

'PH hanya luluskan 70 projek rundingan terus' Oleh Muhammad Yusri Muzamir yusri.muzamir@bh.com.my KONGSI ARTIKEL Share Tweet KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mendakwa hanya 70 daripada 101 projek rundingan terus diluluskan sepanjang 22 bulan pentadbiran Pakatan Harapan (PH). Keseluruhan projek itu dikatakan membabitkan nilai perolehan RM352 juta atau 0.07 peratus daripada keseluruhan nilai projek rundingan terus RM6.61 bilion yang didedahkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, Isnin lalu. Bagaimanapun, Ahli Parlimen Bagan itu berkata, baki 31 projek membabitkan nilai perolehan RM6.26 bilion diwarisi daripada pentadbiran terdahulu diterajui Barisan Nasional (BN). Guan Eng mendakwa Tengku Zafrul cuba membohongi rakyat apabila meletakkan projek era BN untuk menjadikan jumlah keseluruhannya RM6.61 bilion. "Ia juga adalah usaha Tengku Zafrul menutup hakikat Perdana Menteri dan ada menteri PH yang kini menjadi menteri dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN), juga ada meminta projek rundingan terus. "Tengku Zafrul perlu berterus-terang dengan mendedahkan projek rundingan terus era BN dan PN, selain membuktikan semua projek diluluskan beliau adalah teratur dan berkepentingan awam," katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini. Isnin lalu, Tengku Zafrul memberitahu Dewan Rakyat, kerajaan terdahulu meluluskan 101 projek membabitkan nilai perolehan RM6.61 bilion secara rundingan terus. Sementara itu, Datuk Dr Xavier Jayakumar (PKR-Kuala Langat) mempersoalkan sama ada Tengku Zafrul seolah-olah cuba meletakkan tanggungjawab sepenuhnya kepada menteri di kementerian berkaitan atau sebaliknya. "Bila keluarkan kenyataan ini, adakah beliau kata menteri bertanggungjawab atau Ketua Setiausaha dan Ketua Jabatan juga bertanggungjawab? "Mengikut peraturan kewangan sedia ada, banyak kes atau tender dikeluarkan, mereka tak perlu bawa kepada menteri. "Ada pekeliling dalam Kementerian Kewangan, bahawa tatacara kementerian itu, hanya tender melebihi RM50 juta kalau tak silap saya, perlu dibawa ke perhatian menteri," katanya. Sumber:BH

5 ulasan:

  1. PERSOALAN BUKAN PASAL DIRECT NEGO SESANGAT
    YANG DITEKANKAN JANJI MANIPESTO DICAPATI
    22 BOLAN JER KE MAIN BILLION DEPA REMBAT
    KLU 22 TAHUN ANAK CUCU CLUBBING MABOK LAHANAT



    KIKIKIKI..

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama28/8/20 4:49 PG

    ATOK YANG MUDAH LUPA

    Lompat Parti Dia ‘Kerana Demokrasi’, kira ok.. amalan demokrasi seperti katak UMNO dolu.

    Bila Lompat Keluar Parti Dia ‘Kerana Duit’

    Tolonglah bawak Atok berubat makin hari makin teruk dah..

    Nampak dah tanda – tanda tu.. Sebelum ini dia tuduh orang Melayu tak mengamalkan Islam sebenar..

    Jadi kalau nak tahu macam mana Islam sebenar tengok sahajalah keluarga Atok.

    Itulah ukuran Islam sebenar.

    Lompat masuk parti dia = berhak, ini demokrasi.

    Lompat keluar parti dia = kerana duit.

    Makin tua makin celaka perangainya..!!

    BalasPadam
  3. Webs.Icu - Berbagi Tutorial dan Informasi




    Terimakasih
    Webs.Icu adalah situs media untuk berbagi ilmu pengetahuan, tutorials, blogging, SEO (Search Engine Optimization) dan informasi tentang kesehatan.

    BalasPadam
  4. Muy buen articulo muy interesante yo en cambio estoy interesado en la venta por catalogo desde casa es por eso que les quiero mostrar una pagina donde podran encontrar informacion sobre la venta por catalogo desde casa y le llevara a una pagina donde podran desarrollar dicha labo, en esta pagina encontraran formacion sobre marketing digital y mucho mas podran acceder a la pagina de informacion pulasando sobre el enlace de la siguiente linea:

    https://siteventaporcatalogo.wordpress.com

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...