Jumaat, Mei 14, 2010

Lulus Lesen Judi : Perkasa Dan Umno Hilang Suara?



Oleh Roziyah Mahamad

KUALA LUMPUR : Dewan Pemuda PAS pusat (DPPP) mencabar pemuda Umno dan PERKASA agar mengeluarkan suara dan menyatakan pendirian mereka berkait lesen judi yang telah dihalalkan oleh kerajaan pusat pimpinan Barisan Nasional(BN) baru-baru ini.

Bagi Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan At Tantawi, jika PERKASA dan umno tidak menyatakan pendirian mereka ini menunjukkan wajah sebenar mereka yang hanya menggunakan agama hanya untuk kepentingan politik dan meraih undi bagi meneruskan perjuangan politik sempit mereka.

"Bolehlah dikatakan laungan mereka sebelum ini untuk mempertahankan agama di dalam negara ini hanyalah retorik semata-mata," kata Nasrudin dalam kenyataan medianya kepada erapakatan.com.

Menurut beliau, jika dilihat kepada tindak tanduk PERKASA dan Umno sebelum ini berkaitan kes-kes yang melibatkan agama dan akidah, mereka begitu ke hadapan, kononnya mereka pejuang agama yang sejati.

Ketika kempen Pilihan Raya Kecil P094 (PRK P094), PEMUDA Umno juga begitu konsisten dalam memperkatakan tentang arak,judi dan akhlak dengan menyerang peribadi calon yang mewakili Pakatan Rakyat (PR) iaitu Datuk Zaid Ibrahim dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Begitu juga di dalam kes yang melibatkan penggunaan kalimah ‘ALLAH’ oleh orang bukan Islam, Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali yang juga merupakan Ahli Parlimen Pasir Mas dengan lantang menyatakan pendirian yang hanya orang Islam sahaja yang boleh menggunakan kalimah tersebut sehingga sanggup menulis surat kepada Pope di Vatican City.

"Beliau juga menyatakan bahawa PAS dan PKR tidak tegas di dalam hal ini hanya kerana hendak menjaga ‘sahabat’ di dalam PR," kata beliau lagi.

Pemuda Umno juga kata beliau tidak kurang hebatnya dengan melancarkan demonstrasi jalanan di beberapa tempat.

"Jadi persoalannya, mengapa dalam isu judi ini, mereka hanya berdiam diri? Apakah judi itu bukan satu dosa? Bukankah judi itu haram disisi agama? Atau benarkah judi sebenarnya merupakan sumber pendapatan bagi mereka?," soal beliau.

erapakatan


Share

2 ulasan:

  1. jangan dok asyik tanya pendirian orang ja.. depa tu memang dah munafik.. tanya apa pendirian kita pulak! apa peranan kita untuk cegah benda haram tu.. gerakan dakwah kita mcmana pulak?? jangan ingat bila dah menentang dan bersuara lantang di parlimen dah cukup dan dah selamat dari laknat Allah.. belum tentu selamat beb!! dakwah kita penting..

    BalasPadam
  2. setuju dengan merbuk. kita perlu lakukan dulu, WALAUBAGAIMANAPUN depa tu mana berani nak suara nanti kena 'cucuh' pulak.

    peeeellaaaaq.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...