Jumaat, Mei 14, 2010

Saiful Jumpa Orang "Besar" dan "Rela" Simpan Bukti Dua Hari



Setelah berjumpa dengan Perdana Menteri, menelefon Ketua Polis Negara, Musa Hassan dan berjumpa dengan pegawai kepercayaannya, pengadu Saiful Bukhari Azlan hari ini mendakwa beliau tidak mencuci duburnya selama dua hari kerana ingin menyimpan bukti beliau diliwat.
Dalam keterangan yang mencurigakan, Saiful bagaimanapun terpaksa mengaku beliau tidak membuat laporan polis pada hari beliau mendakwa kejadian itu berlaku iaitu 26 Jun 2008 atau pun keesokan hari walaupun berpeluang beerbuat demikian.
Beliau hanya membuat laporan polis terhadap Anwar pada hari ketiga.
Alasan Saiful, setelah menyimpan bukti itu, beliau bimbangkan masa depannya dan ingin mendapatkan nasihat lanjut daripada bapa saudaranya dan, Mumtaz Jaafar, iaitu rakan karib isteri Perdana Menteri dan Ezam Mohd Nor, seorang yang baru-baru ini dilantik sebagai senator oleh Perdana Menteri Najib Razak,
Demikian antara keterangan Saiful pada hari ketiga beliau disoal balas oleh peguam Karpal Singh pada perbicaraan konspirasi fitnah tuduhan liwat membabitkan Anwar Ibrahim.
Saiful mendakwa beliau hanya membilas badannya dan tidak mencuci duburnya setelah diliwat kerana telah memutuskan untuk menyimpan bukti tuduhannya itu.
Bagaimanapun beliau agak gusar apabila di minta menjelaskan kenapa beliau menyimpan bukti yang di maksudkannya selama lebih 48 jam sebelum membuat laporan polis.
Ini kerana Saiful sudah pun menghubungi pegawai polis Rodwan Mohd Yusof di sebuah hotel di Kuala Lumpur beberapa jam setelah bertemu Najib pada 24 Jun 2008 .
Saiful juga menghubungi Ketua Polis Negara Musa Hassan sendiri sehari sebelum kejadian itu di dakwa berlaku.
Menjawab satu lagi soalan, Saiful mengaku beliau memberitahu wartawan bahawa beliau pertama kali diliwat pada 26 Jun 2008. Bagai,amapun saiful kemudian mendakwa kejadian itu berlaku beberapa kali di luar negara.
Karpal bertanya: Adakah laporan itu betul?
Saiful: “Ada kesilapan bila saya kata ini kali pertama saya diliwat. I silap tafsir soalan.."
Saiful berkata beliau salah tafsir soalan wartawan berkenaan ketika itu.

tvs



Share

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...