Oleh Afrar Yunus
Bagi kerajaan PAS ia boleh membawa masalah besar padanya manakala bagi Barisan Nasional setidak-tidaknya ada sedikit keuntungan politik menyebelahinya.PKR pula seperti melukut ditepi gantang. Lebih-lebih lagi calonnya yang menjadi 'Bebas'. Mereka bukan sahaja tidak akan memperolehi apa yang dikejar, malah akan keciciran apa yang dikendung
Buat masa ini DUN Kedah mempunyai 36 kerusi. PAS 16, PKR 3, DAP 1, BN 14 dan Bebas 2 kerusi.
Bermakna Azizan Razak perlu melipat gandakan usahanya menlingkungi apa yang sudah ada. Memperbaiki beberapa kelemahan pentadbirannya yang memang kelihatan ada.
Saya yakin ADUN PAS langsung tidak terlibat dalam khabar angin mengkhianati amanah rakyat dengan melompat parti. Biarkan Zulkifli Noordin, budak Baling yang mewakili Parlimen Kulim dengan jeritan politik hangitnya.
Orang yang tidak kukuh asas pendiriannya itu mungkin pula dibiayai oleh Najib Razak untuk memburukkan kerajaan Kedah sepertimana pengakuannya ia ditawar cukup lumayan untuk mengaibkan Najib Razak suatu ketika dahulu.
Apa yang saya yakin dia sudah mengetuk pintu kehancuran masa hadapan politiknya sepertimana Bashah Hanipah yang sudah gagal di Kedah.
Ketika ini, membubarkan DUN Kedah hanya akan merugikan kerajaan sedia ada.
Ia sesuai dilakukan apabila keadaan sudah mendesak. Namun keadaan mendesak ini hanya kelihatan diwajah-wajah Bashah dan Zul sahaja.
Kata peribahasa, hati orang yang bodoh itu dimulutnya dan lidah orang yang cerdik itu dibelakang hatinya.
Seorang dikatakan 'gila' menjadi Menteri Besar walaupun UMNO dahulu sudah berkali-kali menolaknya dan seorang lagi mahu kelihatan sebagai penyelamat UMNO di dunia sebelah utara semenanjung biarpun reputasinya sendiri dalam parti Melayu itu tidak seberapa. .
detikdaily
Share
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...