Sabtu, Mei 15, 2010
Selamat Tinggal UMNO
Reformasi !! Refomasi !! Reformasi !!
Selamat Tinggal UMNO.
AHLI AHLI UMNO RAMAI MASUK PKR TENOM
Oleh Halik Zaman
Hari ini sekali lagi Pekan Tenom menjadi hebat kerana sikap rakyat Ulu Tomani dengan berani beramai ramai keluar dari menjadi ahli ahli UMNO dan menyertai PKR Cabang Tenom. Pada mulanya dijangka hanya seorang dua sahaja yang berminat untuk menyertai PKR akan tetapi sangkaan tersebut meleset jauh apabila melihat sejumlah besar penduduk-penduduk Ulu Tomani yang hadir di Perkasa Hotel berminat menyerahkan borang keahlian mereka kepada Ketua Cabang PKR Tenom Gosibin Yasundang..
Kehadiran yang begitu menggalakkan memperlihatkan keberanian orang-orang kampung Ulu Tomani Tenom untuk berubah dan menukar pentadbiran Kerajaan. Selama ini mereka hanya bersabar dan cuba bertahan dengan karenah dan tingkah-laku wakil rakyat BN yang mewakili mereka selama ini, namun kesabaran mereka telah tiba ke penghujung apabila mereka terus-menerus di pinggirkan dan di 'anak-tirikan' oleh wakil-wakil rakyat BN.
Jampin Kalasang yang mewakili penduduk kampung yang hadir, menyatakan pendirian mereka untuk memberikan sokongan dan komitmen tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan PKR khasnya dan Pakatan Rakyat amnya.
Beliau memberitahu bahawa sudah terlalu banyak kepincangan yang di lakukan oleh kepimpinan UMNO/BN di daerah Tenom. Menurut beliau, mentang-mentanglah lokasi geografi mereka terletak di kawasan luarbandar dan pedalaman, maka kepimpinan BN sewenang-wenangnya memperkotak-katikkan kebajikan mereka di Tenom.
Menurut Jampin lagi, kesemua projek-projek kampung di agihkan hanya kepada kroni-kroni wakil-wakil rakyat UMNO/BN sahaja. Penduduk kampung lain hanya mampu melihat tanpa di berikan apa-apa peluang untuk menjayakan apa-apa projek. Ketidak-adilan inilah salah satu pemangkin keinginan untuk berubah dengan memberikan sokongan tidak berbelah-bagi kepada PKR dan Pakatan Rakyat.
Walaupun penduduk kampung sedar, PKR bukanlah badan yang memerintah, namun sokongan padu tetap diperuntukkan kepada PKR oleh penduduk daerah Tenom. Walaupun juga mereka akur akan bakal adanya 'gangguan' dari pihak-pihak tertentu, namun mereka telah bersedia untuk menghadapi apa jua kemungkinan yang bakal mereka hadapi.
Kami datang dari jauh dari hulu Tomani, walau malam pun kami datang untuk masuk PKR, kami tidak kisah.
Azam dan tekad penduduk kampung ini telah bulat untuk merakyatkan perjuangan PKR dan Pakatan Rakyat. Di akhir pertemuan ini, sorakan reformasi bergema di perkarangan Hotel Perkasa menyerlahkan tekad mereka untuk melakarkan suatu perubahan yang selama ini telah lama mereka impikan,
Kata Jampin, " Kami tahu dalam PKR/Pakatan Rakyat tidak ada kroni, kami benci kroni kroni wakil rakyat BN sahaja yang selama ini didodoi oleh semua wakil rakyat BN didaerah Tenom ini, kami ini siapa? Kami adalah pengundi yang menentukan Kerajaan, kami bukan boneka yang hanya perlu semasa PRU sahaja."
Jampin dengan marah berkata, "Walau apapun keputusan PRK Hulu Selangor dan Sibu Sarawak ia tidak akan mengubah keputusan kami untuk keluar dari UMNO dan walau apapun propaganda dalam TV UMNO/BN kami tetap menganggap itu semua Dato Najib main wayang sahaja, kami cukup tahu taktik kotor UMNO, bila ada sahaja pilihanraya maka baru lah ada lawatan Menteri Menteri dan barulah ada projek, itupun kroni yang dapat kontrak."
>>sumber
Share
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...