Isnin, November 21, 2011

Apabila wakil lembUMNO berbicara...

Khairy Jamaluddin yang ditemui pada perlawanan bola keranjang Cabaran YBs Can Jump di sini hari ini berkata:
“Ya saya sudah bersedia. Cuma saya perlu melihat tarikh dan masa yang sesuai bagi kedua-dua belah pihak dan selepas tarikh muktamad diputuskan, baru kita akan berbincang soal format dan tempat (berdebat). Tetapi saya masih belum terima surat itu. Mungkin sehari dua lagi saya akan terima“




Mohd. Rafizi sebelum ini pernah mencabar Khairy berdebat dan ia diterima dengan penuh yakin oleh Khairy Jamaluddin. Surat jemputan teah dihantar melalui faks, email dan pos laju kepada Khairy di alamat ibu pejabat UMNO 18 November 2011 tapi 19 November 2011 Lidah Rasmi UMNO melaporkan Khairy Jamaluddin masih belum menerima surat undangan cabaran berdebat daripada Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd. Rafizi Ramli berhubung isu projek lembu fidlot.
Ini zaman apa? Zaman sekarang ni maklumat dan sebaran begitu cepat, mustahil si KJ ni tak dapat lagi jemputan tu. Aku boleh terima kalau dia kata surat rasmi yg dihantar melalui POS Laju belum diterima tapi faks? email? Mampukah KJ mengelak kali ni atas alasan "fax rosak, email penuh dah, posmen pulak xmo hantar, so tak terima pun."
Sedangkan lembu pun dah duduk kondo.. kah kah kaaaaaaaahh!!! Kalo ada siaran langsung kt TV1, TV2, TV3, NTV7, 8TV, TV9, ASTRO mesti best ni. Nak tengok KJ mulut berbuih2 mcm D.S Ahmad Shabery Cheek kena dgn DSAI dolu2 tu!! 












Pssssssstttt... Khairy jamaluddin dah study detail pasal National Feedlot Corporation Sdn Bhd x? 



wargamarhaen


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...