Rabu, November 30, 2011

FITNAH TV3SUKU TERBONGKAR


Memang agak mencurigakan kenapa budak-budak bawah umur di atas ini membawa banner menyokong seksualiti merdeka ketika orang ramai berkumpul di Kelab Taman Perdana Diraja sebelum berarak ke parlimen, menyembunyikan wajah mereka di sebalik banner ketika kamera dihalakan kepada mereka.


Apakah tujuan mereka? Adakah mereka ada agenda tersembunyi.

Memang ada agenda rupanya.. Budak-budak bawah umur ini memang sengaja diupah untuk menyamar kononnya sebagai penyokong Bersih 2.0 (baju kuning), juga menyamar sebagai "penyokong seksualiti merdeka"

Ini bagi membolehkan TV3 menyebarkan fitnah bagi memburukkan "Walk for freedom 2 walk" atau perhimpunan membantah akta perhimpunan aman 2011 kononnya Bersih 2.0 menyokong Seksualiti Merdeka (atau kebebasan seks kata TV3).

Saksikan laporan Buletin Utama di bawah ini.



Hakikatnya..

Oleh kerana tidak berpuas hati, maka salah seorang aktivis Jingga 13 bersama seorang wartawan wanita dari Suara Keadilan pergi menemubual mereka.

Mereka mendakwa memakai baju kuning kerana menyertai satu program konvoi "suka-suka" ke Melaka dan singgah di situ (parlimen) juga kerana "suka-suka" atau saja-saja.



Pada mulanya mereka tidak mengaku memakai baju kuning, tapi akhirnya mereka menjelaskan bahawa mereka membuka baju kuning tersebut kerana "panas".

Semasa ditanya adakah mereka tahu perhimpunan apa yang sedang berlangsung? Mereka menjawab tidak tahu dan mereka tidak layak menyertai perhimpunan itu.

Saksikan video rakaman temuramah tersebut di bawah ini.



Tambah menguatkan lagi bukti pembohongan Buletin Utama ini, budak-budak bawah umur yang dilaporkan sebagai penyokong Bersih 2.0 oleh TV3 dilihat membakar baju-baju yang mereka pakai.

Penyokong Bersih 2.0 kejadah apa kalau bakar baju kuning yang menjadi simbolik sokongan terhadap Bersih 2.0?



Lihat dengan mata kepala anda sendiri, mereka sanggup mengupah budak-budak bawah umur untuk membuat kerja terkutuk memperbodohkan orang kampung. Ini namanya media haram jadah!

Dibongkar oleh : Milo Suam

darisungaiderhaka




KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...