Sabtu, Ogos 21, 2010
Cilanat!!!Ayam Dah Pandai Demand Harga...
CILANAT!!!
Ayam sekarang dah pandai demand harga..Bukan ayam kat Lorong Haji Taib or kat Bricfields tu..Ayam-ayam kat situ memang tak kan stop demand harga...Tyme tengah demand tinggi ni ar nak main harga..Dah tua-tua kerepot,pelanggan lak demand..So terpaksa la dorang pakai prinsip demand sebelum didemand...
Balik topik asal..Pesal la masuk je tyme bulan posa,harga ayam mesti macam cilanat..Aku baru plan nak jual ayam golek tyme posa ni pon tak jadi..Last-last jual kuih cakar ayam je...Kalau naik sekupang dua tu ok lagi,ni dah naik beringgit-ringgit sekilo..Cilanat betol..Mentang-mentang la ayam dah tak jadi barangan kawalan,dorang belasah bagi naik harga cukup-cukup..Silap-silap jutawan yang hartawan tapi tak dermawan je mampu makan ayam pas ni sebab ayam dah masuk kategori makanan mewah setaraf rumput di padang savana...
Yang orang patut pantau harga ayam lak buat selambe derk je...Orang bising-bising suruh usha harga ayam yang naik melampau,dorang rilek je bagi statement,
"Kenaikan ini hanya sementara disebabkan permintaan tinggi sempena bulan Ramadhan..."
Cilanat betol..Kalau semua orang buat kerja macam ni,baik tak payah kerja..Memang la permintaan tinggi harga akan naik..Memang basic la benda tu..Sebab tu orang wujudkan kerja untuk pantau harga..Sebab benda tu akan berlaku sama ada nak or tak..Tak kan ari-ari nak lengang je dekat office sambil kekah KFC..Baik balik rumah on projek tambah anak..Ada gak pekdah...
Raya tinggal 20 hari je lagi...Kalau harga naik tak stop-stop,teruk ar..Tak kan nak makan kuih raya masin(gula mahal,guna garam),g beraya naik kereta lembu(minyak naik) dan makan serunding ikan je(ayam mahal)..
Pe-pe,kita sama-sama la doa ayam dapat berusaha dengan lebih gigih untuk menghasilkan lebih telur supaya harga ayam akan turun walaupon harga ayam ni naik sebab orang main harga kat pasaran.Think positive la katakan..Kalau tak macam mana nak maju kalau asyik salahkan orang lain(teknik tak nak maki secara berlebihan)
P/s:Maybe pengusaha ayam kembali ternak ayam secara tradisional sebab tu ayam mahal..Tanpa suntikan dan bagi ayam makan cacing dan nasi basi..Masa terbuang untuk cari cacing dan tunggu nasi kat rumah basi...
itucilanat.blogspot.com
no hal bro..follow anda...
BalasPadamEntri Cilanat!!!
Cilanat!!!Beli Buah Berangan,Dapat Buah Dada...