CINTA itu buta dan cinta juga tidak kenal usia. Dek jatuh cinta dengan duda berusia 66 tahun, seorang janda berusia 55 tahun sanggup meminjamkan wang macam air kepadanya. Janda lima anak dan nenek 11 cucu itu juga banyak menghabiskan masa dengan lelaki yang mendakwa bekerja sebagai ketua cef di sebuah restoran serta suka melaram dan bersidai di kelab-kelab karaoke.
Sangkanya, lelaki segak dan kemas di sebalik usia lewat maghrib itu boleh dijadikan dahan berpaut sejak dua kali menjadi janda. Tetapi, kasih sayang yang dicurahkan lelaki itu bukan saja dicurahkan kepada janda yang bekerja sebagai pemandu teksi itu malah kemudian terbukti dikongsi ramai lagi wanita solo dan kesepian - kesemuanya janda. Selepas lebih setahun berkenalan rapat dengan lelaki berkulit sawo matang itu janda tersebut mendapati beliau hanya menjadi mainan lelaki yang disifatkan kasanova dan pandai menggoda dengan ayat-ayat cinta.
Namun, beliau mendakwa belum terlanjur - sekadar teman penglipur lara dan tempat mengadu. Beliau serik kerana madu yang diberi tuba yang dibalas. Tepuk sebelah tangan pasti tidak berbunyi. Bagi janda kulit hitam manis itu, kesemua yang terjadi termasuk pinjaman sekitar S$15,000 yang belum lelaki itu langsaikan adalah rempah ratus hidup menjanda. 'Biarlah segala kepahitan yang saya alami ini menjadi iktibar kepada janda-janda yang senasib dengan saya dan sama-sama mencari dahan yang rapuh'.
***hidup mesti berhati-hati, memang ada buaya tembaga, buaya plastik yang sedang menganga menanti kelibat mangsa. golongan janda biasanya menjadi sasaran kerana mak-mak janda pun biasanya melaram berlebih-lebih, kadang-kadang mak-mak janda ni suka juga menggoda. tersilap goda dah kena godam. apa pun kesian juga pada mama teksi ni, S$15 000 bukan sikit kalau tukar ke RM dan dapat RM35 548.00 banyak tu... puas pusing stereng teksi tu kalau nak simpan semula***
sgkasai
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...