Sabtu, Oktober 16, 2010

Umno-BN Bakal Keruk RM15 Bilion Lagi Duit KWSP, PNB

Oleh Suara Keadilan


KUALA LUMPUR 15 Okt - Projek pembangunan berimpak tinggi yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam Belanjawan 2011 yang dibentang di Parlimen petang tadi bakal mengguna sebanyak RM15 bilion dana rakyat yang diambil dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Dana KWSP sebanyak RM 10bilion akan diperuntukkan bagi melaksanakan pembangunan tanah Lembaga Getah Malaysia di Sungai Buloh seluas 2,680 ekar.

Antara projek yang akan dilaksanakan melibatkan kediaman mampu milik, perdagangan, industri serta kemudahan prasarana dan ianya dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun 2025.

Sementara itu, PNB pula akan menyalurkan dana sebanyak RM5 bilion untuk membina sebuah menara 100 tingkat, yang tertinggi di Malaysia.

Kata Najib dalam ucapannya, projek tersebut sebagai satu lagi mercu tanda selepas Menara Berkembar Petronas yang dibina semasa era pemerintahan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

HD

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...