Khamis, Disember 23, 2010
Kos sidang wanita pertama RM4.5 juta
Sidang Kemuncak Wanita Pertama yang diilhamkan dan dinaungi isteri perdana menteri Rosmah Mansor mencatatkan perbelanjaan kerajaan hampir RM4.5 juta.
Dalam jawapan bertulis di Dewan Negara, Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jalil mendedahkan perbelanjaan untuk program tiga hari itu sebanyak RM4,498,949.99.
Program melibatkan 15 wanita pertama dariapda seluruh dunia - kebanyakan yang hadir daripada negara-negara Africa - berlangsung di Kuala Lumpur pada Oktober.
Ekoran penjelasan itu, senator Syed Husin Ali daripada PKR membangkitkan persoalan kewajaran Rosmah dianjurkan oleh isteri perdana menteri sedangkan menurutnya dalam negara ini wanita pertama adalah Permaisuri Agong.
Dalam sidang media hari ini, Syed Husin yang juga bekas timbalan setiausaha agong mempertikaikan asas peruntukan sebanyak itu diberikan sedangkan tiada peranan oleh Permaisuri Agong.
MK
KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK
pehhhhhh!
BalasPadamTerkini : 3 Negeri Paling Subur dan Jumlah Terkini Penduduk Malaysia
Makcik ni menang konstituasi adun atau parliment mana? tak berhenti2 berucap dan tak berhenti2 MENABUR peruntukan. Pakai duit dia ke?
BalasPadamWanita pertama? Malaysia merupakan negara beraja yang menjadi wanita pertama bukan ke DYMM Permaisuri Agung? bila tukar jadi republik?
hebat negara antah berantah ni..
bukan duit dia pon...umum pon dah tau najib ngan bini dia ni paling banyak abeskan duit...no 2 pak lah...no 3 mahathir...hahaha...pehni ape nak naik kan lagi ek...
BalasPadam