Khamis, Disember 23, 2010

REKABENTUK BAS UNTUK KE CAMERON HIGHLAND



INI BUKAN BAS HIGH-DECKER.BUKAN JUGA BAS DUA TINGKAT.INI ADALAH REKABENTUK BARU BAS YANG DICADANGKAN UNTUK PERGI KE CAMERON HIGHLAND.REKABENTUK INI BOLEH DIADAPTASI SEPENUHNYA JIKA SELURUH AHLI PARLIMEN MEMBERI PERSETUJUAN DI DEWAN RAKYAT PADA SIDANG KETIGA NANTI.ITUPUN JIKA TIADA AHLI PARLIMEN YANG DIGANTUNG.

BAGAIMANAPUN TERDAPAT JUGA CADANGAN BAGI MEMINDAHKAN CAMERON HIGHLAND KE KAWASAN TANAH YANG LEBIH RATA DAN TIDAK BERBUKIT AGAR TIADA LAGI BAS-BAS DUA TINGKAT YANG CUBA MEMANJAT BUKIT SESUKA HATI.INI MERUPAKAN CADANGAN TERBAIK DARIPADA BEBERAPA CADANGAN BIASA BILAMANA TERDAPAT KEMALANGAN DI MALAYSIA.

UNTUK REKOD,TELAH MENJADI TABIAT SETIAP KALI ADA KEMALANGAN MAUT MEMBABITKAN JUMLAH NYAWA YANG RAMAI.MENTERI AKAN SALAHKAN BREK.BREK AKAN SALAHKAN MIROS.MIROS AKAN SALAHKAN PEMANDU.PEMANDU AKAN SALAHKAN TAYAR.TAYAR AKAN SALAHKAN JALAN.JALAN AKAN SALAHKAN MENTERI BALIK.BALIK NAK SALAHKAN SIAPA? KAH!KAH!KAH!


Bas high-decker, bukan dua tingkat -Cho Ha

22/12/2010 5:50pm

PUTRAJAYA 22 Dis. - Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha hari ini menjelaskan bahawa bas yang terbabit dalam kemalangan di Cameron Highlands pada Isnin lepas diistilahkan sebagai bas 'high-decker' dan bukannya bas dua tingkat.

"Sesebuah bas 'high-decker' mempunyai satu tingkat untuk penumpang dan tingkat yang lebih rendah untuk menyimpan bagasi. Biasanya ia merupakan bas persiaran.

"Bas jenis ini juga lebih tinggi daripada bas biasa tetapi bukanlah sama tinggi dengan bas dua tingkat," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini.

Ditanya sama ada bas 'high-decker' sesuai digunakan di jalan raya yang berbukit-bukit, Cho Ha berkata, ia bergantung sama ada semua keperluan telah pun dipenuhi.

"Bagi kenderaan ini, selagi ia mematuhi semua keperluan dan spesifikasi teknikal yang diperlukan, kenderaan itu boleh digunakan di mana-mana sahaja jalan raya di negara ini," katanya. - Bernama

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

4 ulasan:

  1. hahaaha, lawak la. Saya minta kebenaran ambil gambar ni ke blog saya.

    BalasPadam
  2. Beri lah cadangan yg membina bukan cadangan org biul....sebenarnya itu lah hakikat pemimpin dan penyokong pARTI ajaran sosat hanya tahu membangkang tapi tidak ada beri idea yg baik.......tu lah jadi bila diberi perintah negeri...dok cam gitu je hampir 20 tahun.....fikir2 lah secara waras

    BalasPadam
  3. akai ada ka? sapa suruh hang baca,pi la baca utusan meloya yg ikut selera hang tu...kah!kah!kah1

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...