Isnin, Disember 27, 2010
Menghadapi kerajaan yang 'buta' dan 'tuli' di zaman ICT
KUALA NERUS - Setelah menggunakan semua saluran teknologi maklumat dan komunikasi (Information & Comminication Technology) moden, akhirnya penduduk kampung Banggol Donas, dekat sini terpaksa memilih cara lama mengemukakan bantahan.
"Sejak setahun yang lalu, berpuluh surat bantahan melalui komunikasi moden telah dihantar kepada kerajaan, namun di zaman ICT yang serba canggih ini, ada kerajaan yang 'buta' dan 'tuli' yang tidak mengendahkan langsung suara masyarakat moden, itulah kerajaan Umno dan Barisan Nasional,"kata Penolong Setiausaha Pemuda PAS Kuala Nerus, Mohd Fakhrul Anwar.
Beliau berkata demikian mengulas sikap kerajaan Umno dan BN Terengganu yang 'tidak langsung' mempedulikan bantahan rakyat terhadap pembinaan Jalan dari Kampung Jeram ke Kampung Banggol Tuan Muda.
Sebaik sahaja kerja-kerja pembinaan jalan tersebut dimulakan pada 7 Disember, 2009, sekurang-kurangnya 13 orang penduduk telah menandatangani satu memorandum yang dihantar dan disampaikan kepada Perdana Menteri Malaysia, Menteri Besar Terengganu, Ketua Pengarah JKR Malaysia, Pengarah JKR Trengganu dan disalinkan kepada Pengarah Tanah dan galian Persekutuan, Ketua Umno Kuala Nerus, Ahli Parlimen Kuala Nerus dan ADUN Teluk Pasu.
Namun sehingga kini, pembinaan jalan tersebut tidak ditangguhkan dan kerajaan tidak mengambil sebarang langkah bagi menyelesaikan masalah rakyat.
"Semakin moden zaman berlalu semakin ramai manusia yang menjadi 'buta' dan 'tuli' akibat mengikut nafsu, slogan 'Rakyat di Dahulukan, Pencapaian di Utamakan' hanyalah gimik politik semata-mata, 1Malaysia cuma untuk keuntungan politik Umno dan BN sahaja,"tambah Fakhrul.
BO
KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK
kan aku dh ckp,klu BN yg buat msti x btul punya..klu x buat jln pun ko nk slahkan jgak,dh buat jln pun slah..ko pkir la sndiri komen aku ni..mmg x blh elakkan ade rumah & kg yg terkena..xkan ko nk sruh diorg buat jln bersimpang siur mcm ular kena katok kut nk elakkan terkena rumah dan kg tu..
BalasPadamxkan org kg tu ade 13 org je nk bantah..ko tau sbb ape 13 org je,sbb yg lain2 tu bersetuju..cma ko je dh xde modal lain nk cri slah BN..aku tau la sbb dekat2 stu jgak kg aku..
BalasPadamactually projek tu telah dicadangkan pada zaman arwah Gafar Baba jadi TPM lagi, just sekarang je kerajaan mampu buat.. cuma yg peliknya klu ikutkan pelan asal pada zaman Gafar Baba laluan jalan terbabit tidak seperti mana sekarang.. pelan asal laluan tidak melibatkan rumah & tanah org kampung.. kenapa pelan tersebut diubah dan banyak melibatkan tanah org kampung..
BalasPadamliziz staff