Isnin, Oktober 10, 2011

Himpunan Anti-Murtad Okt 22



SHAH ALAM 09 OKT : Gabungan pertubuhan Islam akan menganjurkan sebuah himpunan aman pada 22 Oktober ini bagi mengumpul dan menzahirkan suara umat Islam terhadap siri percubaan memurtadkan umat Islam.

Upacara yang dinamakan Perhimpunan Sejuta Umat (HIMPUN) yang akan diadakan di Stadium Shah Alam adalah untuk memberi satu mesej jelas bahawa akidah Islam adalah isu penting dan perlu diberikan perhatian, kata Pengerusi Bersama HIMPUN, Dr Yusri Mohamad.

"Sikap tegas, tidak kompromi berkaitan isu-isu sensitif khususnya untuk memurtadkan umat Islam berterusan diambil oleh pihak tidak bertanggungjawab termasuklah kumpulan Kristian. Beberapa kes dirujuk termasuklah insiden pemeriksaan JAIS di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC),"

Panganjuran HIMPUN adalah inisiatif dari pelbagai pertubuhan-pertubuhan dan individu yang Islam sebagai wadah untuk menyedarkan kembali umat Islam tentang cabaran dan ancaman yang sedang melanda akidah Islam di negara ini khususnya ancaman murtad dan pemurtadan, katanya di dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Sebagai rekod, pelbagai episod hitam melibatkan ancaman terhadap akidah umat Islam seperti kes Natrah, Jamaluddin Othman, Nor Aishah Bukhari, IFC, Azlina Jailani, dan yang terkini kes DUMC susulan siasatan JAIS pada 3hb Ogos 2011 yang lalu.

HIMPUN akan bermula dari jam 2 hingga 5.30 petang hari tersebut.

Dr Yusri berkata kes DUMC membuktikan betapa pihak yang mendalangi usaha pemurtadan umat ini semakin berani dan aggresif dalam menggerakkan dakyah mereka.

"Kita melihat bahawa usaha Kristianisasi di kalangan orang-orang Islam yang lemah dan terdedah dengan dakyah mereka semakin berleluasa,"jelasnya.

Tambah Yusri, HIMPUN juga diharapkan menjadi suatu bukti yang jelas nyata bahawa umat Islam boleh dan akan bersatu tanpa mengira latarbelakang untuk mempertahankan aqidah mereka daripada diganggu-gugat oleh sesiapa sekalipun.

HIMPUN juga berhasrat menegaskan dan mendokong Institusi Raja-Raja Melayu sebagai payung dan penaung dalam menjaga dan memelihara agama Islam di negara ini.

Sekretariat HIMPUN dipengerusikan secara bersama oleh Mohd Azmi Abdul Hamid mewakili Majlis Perundingan Pertubuhan-Pertubuhan Islam Malaysia (MAPPIM) dan Dr. Yusri Mohamad mewakili Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) dan setiausahanya, Aminuddin Yahaya, mewakili Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).

tvs

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

2 ulasan:

  1. alang-alang dah buat perhimpunan,terus saja buat memorandum supaya kerajaan segerakan akta berkaitan murtad seperti yang pernah dijanjikan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri dulu-dulu Datuk hamid Osman,baru jelas matlamat.
    kalau setakat nak berhimpun bagi menyatakan "akidah itu penting"dah berbuih mulut cikgu-cikgu,ustaz-ustaz dok cakap...

    BalasPadam
  2. "percubaan memurtadkan umat Islam" ni termasuk cobaan menghalang perlaksanaan hukum Islam jugak ka? tu pun sama ngan coba memurtadkan org Islam jugak tu

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...