Rabu, April 30, 2014

CATUAN AIR DIHENTIKAN SERENTAK MULAI KHAMIS

Catuan air dihentikan serentak mulai Khamis - Khalid Ibrahim


KUALA LUMPUR: Pelan catuan air yang dilaksanakan secara berperingkat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sejak Februari lalu akan dihentikan serentak di semua kawasan bermula 1 Mei ini.

Perkara itu disahkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Katanya semua kawasan yang terlibat dengan catuan air akan memperoleh bekalan air seperti biasa bermula esok (Khamis) atau selewat-lewatnya Jumaat ini bagi kawasan bertekanan rendah.

Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat pelan catuan bekalan air negeri selangor pada isnin yang disertai suruhanjaya perkhidmatan air negara (SPAN), lembaga urus air selangor (LUAS), Jabatan perairan dan saliran (JPS) serta syarikat-syarikat konsesi.

"Kerajaan negeri berpendapat tidak perlu menunggu empangan mencapai takungan 50 peratus kerana yakin usaha keras yang telah dilaksanakan seperti mengepam air kolam serta hujan berterusan di kawasan tadahan air akan meningkatkan lagi paras empangan" kata Abdul Khalid dalam satu sidang media di pejabatnya di Shah Alam.

Menurutnya lagi, beliau telah menulis surat kepada Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein bagi mendapatkan sokongan dan kebenaran kerajaan Malaysia untuk kerajaan Negeri menggunakan kepakaran Thailand menjalankan pembenihan awan menggunakan kaedah 'Electable Flare Rack'.


awani

Selasa, April 29, 2014

GUA HARAP NAJIB TAK SAKIT MENTAL... HOHO!!!




Mika Taylor dan rakan-rakannya menunggu pesawat Presiden Obaman mendarat di pengkalan Tentera Darat Amerika Syarikat di Yongsan Seoul Korea Selatan pada hari sabtu lalu sebagai memulakan perjalanan lawatan nya ke Asia.

Kumpulan kanak-kanak perempuan berdiri dengan sabar berhampiran landasan dengan sepanduk yang besar berwarna oren yang bertulis: "Mr President, May A (sic)  Have A SELFIE With You? "

Tetapi Presiden Obama menolak permintaan gadis itu dan menjelaskan bahawa jika dia melakukannya untuk gadis itu ber Selfie mungkin semua orang juga mahu berbuat sedemikian dengan nya, oleh itu beliau mengelak berbuat demikian.

Hanya beberapa jam selepas meninggalkan gadis tersebut di Seoul munuju ke Malaysia, Presiden Obama bagaimanapun memberi permintaan berselfie bersama Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak, ini menimbulkan kekecewaan Mika dan rakan-rakan.


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkongsi foto Selfie bersama Presiden Obama di Twitter Ahad lalu , tidak lama selepas Obama tiba di Malaysia.

Itu lah kisah obses nya orang ramai ingin bergambar dengan seorang pemimpin yang hebat seperti Mr. President Barack Obama.

Namun amat malang bagi seorang pemimpin yang terlalu obses ber SELFIE.

Kerana menurut Pakar cenderung berselfie merupakan sejenis penyakit mental.


BACA KAT SINI






laksamanabukitbintang



Isnin, April 28, 2014

JANDA TAK TAHAN

ANAK lelaki janda (kanan) lena tidur ketika pemeriksaan dillakukan.

Melaka: Tindakan seorang janda membawa anak berusia lima tahun ketika berkhalwat dengan teman lelakinya terbongkar selepas mereka ditahan dalam serbuan di sebuah hotel bajet di Taman Merdeka Permai, Batu Berendam, semalam.

Difahamkan, dalam serbuan jam 3.30 pagi itu, wanita berusia 33 tahun dari Kuala Lumpur itu membawa anak lelakinya ketika ditahan bersama pasangannya berusia 43 tahun.


Menurut sumber, ketika pemeriksaan pasangan itu cuba menyembunyikan status mereka dengan mengaku sudah berkahwin sebelum diserahkan kepada penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).

“Sebaik pintu bilik diketuk anggota polis, seorang lelaki membuka pintu dan mengaku sudah berkahwin serta mempunyai anak.

Foto
ANAK lelaki janda (kanan) lena tidur ketika pemeriksaan dillakukan.


“Namun, apabila kita membuat siasatan awal, mereka gagal menunjukkan bukti pernikahan sebelum mengaku baru saja berkenalan dan belum berkahwin,” katanya, semalam.

HM


Ahad, April 27, 2014

GAMBAR BAS TERBALIK DI PLUS JALAN DUTA

Bas UIA Gombak terbalik dekat highway NKVE dari Jalan Duta menghala ke Sungai Buloh jam 1000hrs. 31 penumpang, 4 cedera parah. Masih dalam proses menyelamat, doakan semuanya selamat.


LAWAK AHAD: MENTAL


Ada seorang pesakit mental berenang dan tiba2 lemas di kolam renang. Kebetulan Ada lagi seorang pesakit mental yg berada di situ cepat-cepat berenang dan berjaya menyelamatkan rakannya itu.

Keesokan harinya hero itu di panggil oleh warden.

Warden: Saya ada berita baik dan buruk untuk awak.

Pesakit Mental: Apa dia?

Warden: Pertama tahniah kerana menyelamatkan rakan anda dari lemas. Anda Akan diberikan pingat keberanian kerana usaha anda itu.

Pesakit mental: Terima kasih.

Warden: Berita buruk, rakan anda yang selamat dari mati lemas itu dijumpai mati bunuh diri dengan
mengantungkan dirinya semalam di biliknya. Mungkin dia memang nak bunuh diri masa berenang hingga lemas semalam.

Pesakit mental: Oh taaakkk...bukan macam tu. Semalam lepas saya keluarkan dia dari kolam renang tu,  dia
basah kuyup, saya gantung dia supaya cepat kering...

NAMPAK HANTU NAIK BAS


Seorang mangsa memuntahkan sesuatu ketika menerima rawatan daripada pengamal perubatan Islam.

KUALA KANGSAR - Seramai 27 pekerja sebuah pasar raya besar di Ipoh gempar apabila enam rakan mereka berusia lingkungan 18 ke 28 tahun diserang histeria ketika berada dalam bas dalam perjalanan ke tempat kerja.

Kejadian kira-kira jam 9 pagi itu menyebabkan pemandu bas terpaksa memberhentikan bas yang dalam perjalanan dari Kamunting ke Ipoh itu di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Perak kerana keadaan dalam bas semakin kelam-kabut.

Saksi yang enggan dikenali ketika ditemui berkata, kejadian bermula ketika bas itu berada di Bukit Gantang apabila salah seorang daripada mereka menjerit dipercayai mengalami histeria dan keadaan semakin teruk apabila beberapa penumpang lain turut mengalami gangguan sama.

Salah seorang penumpang bas pula berkata, dia ada terlihat kelibat lembaga hitam masuk ke dalam bas semasa dia berseorangan dalam bas tersebut kerana menunggu rakan lain ketika di Kamunting.

Begitu pun, dia tidak mengesyaki apa-apa pada waktu itu kerana beranggapan mungkin tersalah pandang atau mungkin perasaannya sahaja.

“Bila saya lihat rakan-rakan saya mengalami histeria, saya yakin kelibat yang saya nampak pada awal pagi tadi ada kena mengena dengan insiden yang berlaku hari ini (semalam).

“Kejadian berlaku semasa kami dalam perjalanan ke tempat kerja. Mula-mula seorang saja kemudian berjangkit ke orang lain pula,” katanya.

Seorang lagi penumpang bas berkata, sebelum kejadian, salah seorang mangsa ada bercerita tentang kisah hantu dan memberitahu rakannya pernah mengalami histeria.

“Sebaik saja dia habis cakap, dia terus menjegilkan matanya dan mula meracau. Keadaan masa itu memang menakutkan sebab pertama kali saya mengalami situasi seperti ini.

“Bila sampai saja di kawasan R&R Sungai Perak, kami membawa mereka turun dari bas. Kawan-kawan lelaki penat kerana terpaksa menahan mangsa sebab ada mangsa yang menari dan ada juga yang cuba melarikan diri,” ujarnya.

Sempat hantar SMS

Dalam pada itu, salah seorang ibu mangsa yang enggan dikenali berkata, anaknya yang berusia 18 tahun sempat menghantar pesanan ringkas kepada kakaknya memberitahu ada sesuatu yang tidak kena pada dirinya.

Menurutnya, anaknya pernah mengalami gangguan sama ketika pulang dari kerja, kelmarin, namun gangguan tersebut tidak begitu teruk seperti semalam.

Malah, katanya, gangguan itu sudah bermula sejak Rabu lalu, namun pada hari tersebut, hanya seorang pekerja yang mengalami histeria.

“Dia ada hantar mesej pada kakaknya beberapa minit sebelum jam 8 pagi dan mengatakan berasa sakit kepala, mata tidak boleh buka dan bahu terasa berat. Kakak dia hantar mesej pada saya dan saya terus ke sini (R&R Sungai Perak) bila dapat tahu anak saya berada di sini,” ujarnya.

Tindakan pantas pemandu

Menurut pemandu bas yang dikenali sebagai Tan, 60, dia terkejut melihat salah seorang daripada penumpang tiba-tiba menjerit dengan kuat seolah-olah dirasuk sebaik tiba di persimpangan jalan Kuala Kangsar.

Katanya, gangguan tersebut merebak kepada beberapa penumpang lain selang beberapa minit kemudian dan menyebabkan suasana dalam bas menjadi kelam-kabut.

“Kalau ikutkan saya ingin berhenti di tepi lebuh raya sebaik saja mereka menjerit, namun bila difikirkan semula, berhenti di tepi jalan mungkin mengundang lebih banyak bahaya.

“Jadi, saya membuat keputusan untuk berhenti di kawasan rehat dan rawat berhampiran. Sepanjang 30 tahun saya membawa bas, kejadian ini pertama kali terjadi pada saya. Tidak tahu nak gambarkan bagaimana perasaan saya pada waktu itu,” katanya.

Sementara itu, seorang pengamal perubatan Islam dari Darul Syifa yang membantu merawat mangsa berkata, dia mendapat panggilan mengatakan ada beberapa orang mengalami histeria di kawasan itu.

“Sebaik saja saya tahu berita tersebut, saya bergegas menuju ke tempat kejadian. Bila saya sampai, saya lihat beberapa mangsa menjerit-jerit dan meracau.

“Saya tidak pasti gangguan tersebut berpunca daripada mana tapi bolehlah dikatakan mereka diganggu makhluk halus,” jelasnya.

Dalam pada itu, seorang daripada mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kangsar oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk menerima rawatan dan selebihnya dibawa pulang oleh keluarga masing-masing.

SH


Jumaat, April 25, 2014

TERTAWA DI DUNIA MENANGIS DI AKHIRAT



Dalam satu hadith, Nabi saw bersabda'Banyak tertawa dan tergelak-gelak itu mematikan hati.

Banyak tertawa menjadikan hati semakin malap dan tidak berseri. Lampu hati tidak bersinar dan akhirnya terus tidak menyala. Hati tidak berfungsi lagi.

Nabi Muhammad melarang ummatnya dari gelak-ketawa yang melampaui batas. Menurut hadith, banyak ketawa menghilangkan akal dan ilmu. Barangsiapa ketawa tergelak-gelak, akan hilang satu pintu daripada pintu ilmu.

Kenapa dilarang ketawa berdekah-dekah? Dalam keadaan suka yang keterlaluan, hati kita lalai dan lupa suasana akhirat dan alam barzakh yang bakal kita tempuhi kelak. Sedangkan dahsyatnya alam tersebut tidak dapat dinukilkan dalam sebarang bentuk media. Kita sedang menuju ke satu destinasi yang belum tentu menjanjikan kebahagiaan abadi.Sepatutnya kita berfikir bagaimana kedudukan kita di sana nanti, sama ada berbahagia atau menderita. Berbahagia di dunia bersifat sementara tetapi di akhirat berpanjangan tanpa ada penghujungnya. Penderitaan di dunia hanya seketika tetapi di akhirat azab yang berterusan dan berkekalan. Merenung dan memikirkan keadaan ini cukup untuk kita menghisab diri serta menyedarkan diri kita tentang bahaya yang akan ditempuh.

"Tertawa-tawa di masjid menggelapkan suasana kubur". Demikian ditegaskan oleh Nabi saw. Kita sedia maklum, kubur ialah rumah yang bakal kita duduki dalam tempoh yang panjang. Kita keseorangan dan kesunyian tanpa teman dan keluarga. Kubur adalah satu pintu ke syurga atau ianya satu pintu ke neraka. Betapa dalam kegelapan di sana, kita digelapkan lagi dengan sikap kita yang suka terbahak-bahak di dunia.


Ketawa yang melampaui batas menjadikan kita kurang berilmu. Apabila kurang ilmu, akal turun menjadi kurang. Kepekaan terhadap akhirat juga menurun. Nabi saw pernah bersabda: "Barangsiapa tertawa-tawa nescaya melaknat akan dia oleh Allah (Al-Jabbar). Mereka yang banyak tertawa di dunia nescaya banyak menangis di akhirat."

Saidina Ali sentiasa mengeluh '....jauhnya perjalanan ... sedikitnya bekalan ....' Walaupun hebat zuhud dan ibadat beliau, namun merasakan masih kurang lagi amalannya. Betapa kita yang kerdil dan malas beribadat ini sanggup bergembira 24 jam.

Dalam hadith lain, Nabi saw bersabda "Barangsiapa banyak tertawa-tawa, nescaya meringankan oleh api neraka."Maksudnya mudah dimasukkan ke dalam neraka.

Kita tidak pula dilarang menunjukkan perasaan suka terhadap sesuatu. Cuma yang dilarang ialah berterusan gembira dengan ketawa yang berlebihan. Sebaik-baik cara bergembira ialah sepertiyang dicontohkan oleh Nabi saw. Baginda tidak terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum menampakkan gigi tanpa bersuara kuat.

Para sahabat pernah berkata "Ketawa segala nabi ialah tersenyum, tetapi ketawa syaitan itu tergelak-gelak."


sampaikanlah



WANITA MENGANDUNG BUNUH DIRI



Seremban: Seorang wanita sedang mengandung maut selepas terjun sambil membawa beg tangannya dari tingkat enam tempat letak kereta Terminal One di sini, kira-kira 4 petang tadi.

Mangsa dikenali sebagai Loh Kwee Moi, 43, dipercayai mati di tempat kejadian.

Saksi kejadian dikenali sebagai Sopian, 22, berkata dia sedang berjalan dari tingkat dua pasar raya di bangunan sebelah untuk mengambil kereta di parkir Terminal One apabila nampak wanita terbabit mahu terjun daripada tingkat enam.

Katanya, dia menjerit bagi menghalang wanita itu terjun tetapi tidak dipedulikan mangsa.

Mayat wanita itu dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk bedah siasat.


Khamis, April 24, 2014

KAMERA TERAKAM KUBUR BERCAHAYA


Berkenaan foto kubur bercahaya:
Shaq Adzwan :- Sebagai waris terdekat, kami izinkan penyiaran artikel ini dengan pembetulan:

Jenazah Allahyarhamah Adzlin Lin Halimi (Haslinatul Adzlin) dikebumikan di Batu 8, Changkat Jering, Taiping selepas asar.

Allahyarhamah dari Ipoh, Perak dan meninggal di Hospital KL pada 20.4.2014 jam 8.52am (Ahad) kerana menghidap Breast Cancer dan merebak ke tulang sum-sum serta hatinya. Merupakan ibu tunggal kepada 2 orang anaknya iaitu Aina Sofiya dan Amsyar Zarif yang masih kecil.

Sepanjang hayatnya, arwah sangat tabah menghadapi segala dugaan yang dihadapi dan sewaktu sakaratul maut, beliau berzikir LAAILLAH HAILLALLAH selama hampir 4 jam tanpa henti sebelum subuh sehinggalah ke akhir nafasnya yang berhenti perlahan-lahan.



Rabu, April 23, 2014

MISTERI KEHILANGAN USTAZAH AKHINYA TERJAWAB


Misteri kehilangan seorang bekas guru Kelas Fardu Ain (Kafa) bulan lalu terungkai apabila penemuan rangka tulang di batas sawah padi di Kampung Cherang Hangus, di sini, disahkan sebagai wanita terbabit.

Rangka mayat Norhayati Mat Ripin,38, ditemui seorang pemandu mesin padi yang baru sahaja memulakan tugas memesin padi kira- kira jam 12 tengah hari semalam.
Ibu mangsa, Ramlah Mohd Nor,61, berkata, dia hanya mengetahui kejadian tersebut selepas dimaklumkan pemandu mesin padi berkenaan.
“Pemandu mesin padi itu pekerja anak makcik, Mohd Ridhuan, 39, yang memiliki mesin padi tersebut.
Selepas menemui rangka dan pakaian mangsa, beliau terus datang ke rumah ini dan memberitahu Mohd Ridhuan.
“Rasanya sudah genap sebulan dia hilang. Kami semua puas mencarinya merata tempat. Rupanya dia hanya berada beberapa meter dari kami selama ini. Makcik reda dengan kejadian yang menimpa ini dan tidak tahu mengapa dia boleh meninggal dunia dalam keadaan sedemikian kerana setahu makcik dia tidak pernah ke seberang sawah sana sebelum ini,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Sinar Harian 27 April lalu menyiarkan permintaan Ramlah yang merayu orang ramai membantunya mencari anaknya yang dikatakan hilang selepas menjemur pakaian yang dicuci.
Ramlah berkata berkata, selepas diberitahu penemuan rangka tersebut, anaknya, Mohd Riduan pergi melihat rangka tersebut mengecam pakaian dan selipar yang dipakai arwah ketika hari kehilangannya.
“Makcik tidak mengesyaki apa-apa perbuatan khianat yang berlaku kerana kita tidak nampak apa yang berlaku. Tetapi arwah tidak menghidap penyakit yang membolehkan dia pengsan sendirian atau sebagainya.
Sebelum ini pun dia sering ke pekan Jelawat dan ke Kota Bharu untuk mengambil ubat sendiri,” katanya.
Menurutnya, Norhayati atau mesra disapa Ti itu juga seorang janda yang disahkan menghidap Skizofrenia sejak di tingkatan lima dan masih mendapat rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).
Anggota polis dan Forensik yang dikejarkan ke lokasi kejadian terpaksa menaiki mesin padi untuk ke lokasi rangka mayat mangsa memandangkan ia agak jauh dari jalan utama serta keadaan tanah sawah yang baru dituai menyukarkan perjalanan biasa.
“Saya tidak sangka pesanan yang pernah dinyatakan agar tidak mencarinya jika hilang rupanya suatu petanda dia akan pergi selamanya,” katanya.
Ketua Polis Daerah Bachok Deputi Superintendan Ab Rahim Che Ghani mengesahkan menerima laporan mengenai kes tersebut.
Share this article :


btmmari


Selasa, April 22, 2014

PASANGAN PENUMPANG MH370 DAKWA TERIMA EMEL PELIK


Pasangan penumpang MH370 dakwa terima e-mel pelik daripada pegawai Fox



Sarah Bajc dan teman lelakinya, Philip Wood yang merupakan seorang daripada penumpang pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu. - Gambar Facebook Sarah Bajc, 22 April, 2014.

Pasangan warga Amerika yang menaiki pesawat Malaysia Airlines MH370 berkata pegawai eksekutif Fox yang dipecat daripada tugasnya, menawarkan untuk mengadakan kutipan dana bagi pihaknya.

Sarah Bajc, pasangan kepada Philip Wood yang merupakan seorang daripada 239 penumpang pesawat hilang itu, lapor Sydney Morning Herald (SMH) berkata beliau membalas e-mel Darlene Tipton, Naib Presiden Fox yang menawarkan bantuan kutipan dana berjuta dollar untuk membantunya.

Tipton kemudiannya membalas berkata, suaminya percaya 239 penumpang masih hidup dan akan mendedahkan lokasi mereka dan meneruskan kempen kutipan dana bagi keluarga yang terjejas jika Bajc bersetuju untuk pampasan akan datang.

Bajc kemudiannya memaklumkan Fox yang kemudiannya memecat Tipton yang bekerja dengan Fox selama 24 tahun.

Tipton mempertahankan tindakannya dan berkata niatnya ikhlas.

"Saya kehilangan kerja, saya tiada insurans. Apa salahnya membantu orang," katanya yang berusia 61 tahun.

Pemecatannya itu menimbulkan simpati dengan sebahagiannya mengkritik Fox.

SMH turut melaporkan video YouTube empat minit menunjukkan suaminya bercakap dari hospital dengan mengalami kecederaan tulang belakang.

"Saya berhalusinasi berkenaan penumpang pesawat. Saya berhubungan dengan seorang gadis bernama Ree," katanya.

Tipton berkata, beliau akan meneruskan rancangannya melalui laman web kutipan dana, GoFundMe untuk memberikan bantuan kepada keluarga terjejas.

"Kami mahu mengumpul dana bagi keluarga, memberikan kelegaan kepada mereka. Jika tidak mereka mungkin ke mahkamah selamanya," katanya kepada Associated Press.

MH370 hilang sejak 46 hari lalu dipercayai lokasi terakhirnya di selatan Lautan Hindi.

Ia memaksa Bajc mempersoalkan kredibiliti syarikat satelit British Inmarsat, yang menyimpulkan pesawat tamat di Lautan Hindi.

Bajc berkata, bukti saintifik perlu diberikan sama ada melalui serpihak sebelum kerajaan mengisytiharkan pampasan dan sijil kematian. – 22 April, 2014.

TMI


Isnin, April 21, 2014

RAKYAT TOLAK MEDIA UTAMA, BN NAK GUNA MACAI


Oleh ZULKIFLI YAHAYA
PENGERUSI Biro Publisiti dan Penerangan BN, Dato’ Ahmad Maslan berkata, parti itu bercadang mewujudkan unit tentera siber, ‘Blue Wave Army’ (BWA) dalam usaha melawan serangan daripada ‘Red Bean Army (RBA)’.

RBA adalah sebuah rangkaian siber yang tercetus daripada khayalan para pemimpin BN selepas kecewa kerana ditolak oleh majoriti pengundi Cina dalam PRU13 lalu.

Hakikatnya tidak wujud pun apa yang dikatakan RBA.

Menurut Ahmad, BWA akan menggalas peranan penting dalam mengemukakan fakta sahih dan penjelasan terbaik kepada masyarakat bagi menjawab serta mematahkan sebarang hasutan RBA di ruang siber.
Penubuhan unit seperti itu bukan baharu bagi Umno atau BN.

Pasca PRU12 di mana buat pertama kalinya BN hilang majoriti dua pertiga di Parlimen, parti pemerintah tua itu telah menubuhkan pelbagai unit siber pro BN dengan mendapat peruntukan besar menggunakan dana kerajaan.

PM Dato’ Seri Najib Razak sekurang-kurangnya sudah dua kali mengadakan pertemuan dengan tentera sibernya untuk melancarkan serangan propaganda dan tohmahan terhadap Pakatan Rakyat sebelum PRU13 lalu. Sebahagian mereka dibekalkan dengan elaun dan gajet ICT. Walaupun mereka menggelarkan diri sebagai pahlawan siber, penggiat alam maya lebih senang memanggil mereka sebagai macai.

Ribuan macai yang hanya menggunakan akaun Facebook atau Twitter hanya diberi imbuhan sekali-sekala. Manakala macai pada tahap yang lebih atas, biasanya pengendali laman web atau blog akan mendapat elaun tetap yang lumayan. Mereka dilatih untuk melakukan kerja jahat di bidang propaganda secara berkesan melalui kursus-kursus profesional.

Perkara ini didedahkan kepada saya oleh seorang bekas macai yang mungkin telah insaf daripada kegiatan songsang mereka suatu masa dahulu. Para macai yang bertebaran seluruh negara ini pula tidaklah berada di bawah satu kumpulan tetapi pelbagai kumpulan.

Saya sangat yakin bahawa dana yang digunakan untuk menyara para macai ini adalah daripada duit kerajaan. Maksudnya duit daripada poket rakyat yang membayar cukai kepada kerajaan.
Pelik, takkanlah Ahmad Maslan selaku Ketua Penerangan Umno tidak tahu mengenai kegiatan macai mereka bekerja sepenuh masa di alam siber, tiba-tiba mengumumkan pula untuk menubuhkan BWA. Atau pengumuman itu bertujuan menagih dana daripada Najib supaya terus dapat membaham duit rakyat demi kepentingan para macai BN.

Dalam situasi media-media utama dalam negara dikongkong sepenuhnya oleh BN, sepatutnya mereka tidak perlu khuatir sebarang maklumat daripada pihak pembangkang. Malaysia menduduki tangga ke-147 dalam dunia dari aspek kebebasan akhbar. Apa nak dikhuatirkan apabila 100 peratus media elektronik bukan siber dalam negara adalah pengampu BN dan anti-Pakatan Rakyat?

Mutakhir ini BN terpaksa menerima hakikat bahawa media elektronik (radio dan televisyen) sudah tidak berupaya menjadi agen propaganda mereka yang berkesan. Perkembangan terbaru MH370 memberi pukulan maut terhadap integriti para pemimpin kerajaan Malaysia dalam penyampaian maklumat. Bayangkan kaji selidik oleh penyelidik profesional Merdeka Center terhadap rakyat Malaysia sendiri menunjukkan 54 peratus yakin kerajaan BN menyembunyikan maklumat mengenai kejadian sebenar kehilangan MH370, hanya 26 peratus yang percaya kerajaan bercakap benar.

Saban hari media-media utama negara menjalankan propaganda dengan baik sekali bagi menunjukkan bahawa kerajaan bertindak betul dan bercakap benar, walhal majoriti rakyat tidak mempercayainya sebaliknya menganggap kerajaan berbohong. Dakwaan bahawa kerajaan menyembunyikan maklumat ini banyak tersebar di alam siber.

Penyebar maklumat tak semestinya profesional tetapi apabila terdapat kalangan yang berjaya mengemukakan bukti meyakinkan bahawa kerajaan tidak bercakap benar maka maklumat itu dikongsi dengan pantas oleh para pemilik akaun alam siber.

Bukan sahaja isu MH370 tetapi pelbagai isu lain seperti Panda RM25 juta, kangkong, dakwaan salah laku Rosmah Mansor TPM Muhyiddin Yassin dan sebagainya tersebar dengan pantas di alam maya
Bilangan pengguna internet di Malaysia kini menghampiri 25 juta orang menjelang 2015 berbanding 18 juta orang pada 2012.

Menurut laporan Kementerian Kewangan kadar penembusan jalur lebar isi rumah pula meningkat kepada 66.8 peratus pada akhir Jun 2013 manakala dengan kadar penembusan telefon mudah alih melebihi 100 peratus, kini terdapat 42.6 juta langganan.

Laporan itu menyebut rakyat Malaysia semakin banyak menghabiskan masa melayari internet berbanding media lain seperti televisyen, radio dan surat khabar dengan penggunaan internet yang meluas untuk rangkaian sosial. Nah, masakan BN tidak ‘pening kepala’ kerana bencana yang paling besar bagi BN ialah apabila rakyat mendapat maklumat yang betul.

Cadangan BN untuk menggunakan atau lebih tepat lagi, membesarkan penggunaan macai tidak harus dipandang sepi oleh Pakatan kerana mereka boleh menyalahgunakan duit rakyat untuk menyediakan peruntukan ke arah itu.

Pahlawan maya penyokong Pakatan sudah terlalu ramai di alam siber. Mereka bekerja de ngan sukarela. Pihak berkenaan dalam Pakatan cuma perlu mantapkan dengan sentuhan dan pengemblengan, supaya gerak kerja mereka lebih berkesan maka insya-Allah, BWA ciptaan Ahmad Maslan akan lenyap macam MH370.

DD

PESAWAT MH192 BERPATAH BALIK DAN MENDARAT CEMAS

21 APR 14 : Pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH192 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 10.09 malam Ahad menuju ke Bangalore, India, telah membuat ‘air turn back’ berpatah balik ke KLIA.

Difahamkan MH192 mengalami masalah dengan peralatan pendaratan (landing gear) apabila tayarnya dikatakan meletup ketika berlepas.

Sehubungan itu pesawat jenis Boeing 737-800 itu dikatakan berlegar di ruang udara Selat Melaka bagi mengurangkan bekalan bahan bakarnya sebelum membuat pendaratan cemas di KLIA.

MAS dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan jam 1.35 pagi Isnin mengesahkan penerbangan MH192 yang berlepas dari KLIA pada jam 10.09 malam menuju ke Bangalore telah membuat pusingan udara ke arah Kuala Lumpur.

Menurut kenyataan MAS itu, peralatan pendaratan di bahagian kanan pesawat berkenaan didapati tidak berfungsi ketika berlepas dan ia membuat pendaratan cemas di KLIA pada kira-kira jam 1.56 pagi, hari ini (Isnin).

Penerbangan MH192 yang beroperasi menggunakan pesawat Boieng 737-800, dijadualkan tiba di Bangalore pada 11.35 malam hari yang sama (Ahad).

Penerbangan itu membawa seramai 166 orang, terdiri daripada 159 penumpang dan 7 anak kapal.




Ahad, April 20, 2014

LAGI KEMALANGAN BAS EKSPRES



PEKAN: Sebuah lagi bas terbabit dalam kemalangan di Pahang dalam tempoh seminggu. Sebelum ini kita dikejutkan dengan kemalangan bas ekspres di Lipis yang mengakibatkan dua kematian.
Semalam pula, sebuah bas ekspres kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) berhampiran Temerloh yang menyebabkan ramai mangsa cedera parah.
Hari ini, sebuah lagi bas terbabit dengan kemalangan dan kali ini ia berlaku di daerah Pekan pula.
Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 4.30 petang tadi. Bas dua tingkat yang membawa pelancong asing dari Pulau Redang, Terengganu ke Singapura dipercayai terbabas di kawasan Ladang Sungai Jernih, Paloh Hinai berhampiran simpang Felda Chini  dekat sini.
Difahamkan, bas itu turut membawa pelancong dari United Kingdom dan Amerika Syarikat. Seorang peelancong dipercayai telah meninggal dunia dalam kejadian terbaru ini.
Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Pekan ketika dihubungi mengesahkan menerima panggilan jam 4.25 petang dan sudah menghantar jentera ke lokasi kejadian. PDO




LAWAK AHAD: KENTUT



Kisah kentut ketika mesyuarat sedang berlangsung di antara para guru dan guru besar, tiba2 terdengar bunyi "phooooott" disusuli aroma yang kurang enak. Lalu para guru masing2 memberikan komen :
Guru Maths : Hmmm.. Sesuatu yang tidak boleh didarab namun baunya boleh dibahagi-bahagi..
Guru Muzik : Wahh... Bunyi nadanya terletak pada chord c major.
Guru Fizik : Itu lah sebenarnya inner power, tenaga yg digunakan sedikit sahaja, namun hasilnya luar biasa.
Guru Biologi : Begitulah cara makhluk hidup meneruskan hidupnya.
Guru Agama : Ini la salah satu penyebab batalnya wuduk.
Guru Geografi : Kedudukannya mengikut arah mata angin.
Guru Kaunseling : Perilaku ini tak selari dengan perilaku manusia yang bertamadun.
Guru Sastera : Perkataannya boleh diuntai ditulis, namun aromanya nan satu,tiada terungkap dengan kata2.
Guru Bahasa : Bau dan bunyinya ibarat subjek melengkap predikat yang membentuk ayat penyata tetapi lebih menjadi ayat tanya.
Guru Pendidikan Seni: Sangat abstrak, tetapi tiada nilai kesenian.
Guru Jasmani: Tenaga yg dilepaskan setanding dengan 10 org murid yg sedang berlari pecut.
Guru Sejarah : Salah satu penyebab berlakunya perang saudara.
Guru English: Better out than in.
Guru Besar : Sememangnya saya yang kentut... Besar betul ke masalahnya???

Sabtu, April 19, 2014

LAGI BUKTI TEMBERANG KERAJAAN BE END

EDISI BONGKAR PENIPUAN UMNO ... TAHUN 2009 JANJI CUKAI GST SEKITAR 4% .. DAH MENANG PRU 13 TERUS UMUMKAN CUKAI GST SEBANYAK 6%!!!!!!




Sebelum PRU 13  16hb Disember 2009  janji kadar GST paling tinggi pun 4 peratus .. sudah menang PRU dengan 47% undi terus berbelit lidah istiharkan GST 6 peratus mulai April 2015.

Demi memastikan macai-macai UMNO percaya maka di tempelkan kenyataan dan pengakuan pemimpin UMNO dari lidah biawak rasmi UMNO, Utusan Malaysia.

Cukai GST sekitar 4%

KUALA LUMPUR 16 Dis 2009. – Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan
(GST) yang bermula pertengahan 2011 nanti dijangka hanya sekitar empat
peratus berbanding kadar cukai jualan dan perkhidmatan (SST) di antara
lima hingga 10 peratus selama ini.


Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, GST
juga dikecualikan ke atas barangan keperluan seperti produk pertanian
serta makanan asas bagi memastikan ia tidak membebankan rakyat khususnya
golongan miskin dan berpendapatan rendah.


Jelas beliau, pelaksanaan GST berupaya mengurangkan kos operasi para
peniaga di negara ini dengan penjimatan tahunan sebanyak RM4 bilion bagi
semua sektor perniagaan dan RM1.4 bilion untuk sektor eksport.


Katanya, ini kerana syarikat yang mencatatkan perolehan tahunan kurang daripada RM500,000 dikecualikan daripada membayar GST.

‘‘Kira-kira 70 peratus industri kecil dan sederhana (IKS) di negara
ini akan diberikan pengecualian GST. Selain itu, pelaksanaan GST juga
mengecualikan syarikat-syarikat besar daripada membayar beberapa yuran
profesional.


‘‘Jadi, sudah tentu pelaksanaan GST memberi situasi menang-menang
buat rakyat dan kerajaan,” katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen
di sini hari ini.


Ahmad Husni menjelaskan, kebaikan GST kepada rakyat pula ialah
pengecualian cukai ke atas produk seperti padi dan sayur-sayuran serta
makanan asas seperti beras, gula, tepung, minyak masak, ikan, daging dan
ayam.


Dalam perkembangan sama, pada sidang Dewan Rakyat hari ini, Ahmad
Husni buat pertama kalinya membacakan rang undang-undang mengenai GST.


Ia mendapat halangan apabila M. Manoharan (DAP-Teluk Intan) membantah
pembentangan itu dengan alasan terdapat banyak lagi rang undang-undang
yang belum dibahaskan.


Bagaimanapun Timbalan Speaker, Datuk Dr. Wan Junaidi Wan Jaafar menolak bantahan Manoharan itu.

Bacaan kali kedua dan seterusnya mengenai GST dijadual diadakan pada sidang Dewan Rakyat tahun depan iaitu sekitar Mac.

GST yang dicadangkan itu adalah bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan sedia ada.


Bajet 2014: GST akan dilaksanakan mulai 1 April 2015

KUALA LUMPUR 25 Okt 2013 - Kerajaan akan melaksanakan cukai barang dan
perkhidmatan (GST) bermula 1 April, 2015 pada kadar enam peratus.

Menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan, ia adalah sistem cukai
yang adil dan menyeluruh yang memanfaatkan semua rakyat Malaysia, kata
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet
2014 di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata GST akan dikuatkuasakan 17 bulan daripada hari ini
dengan kadar enam peratus itu antara yang paling rendah dalam kalangan
negara-negara ASEAN.

"Perlu saya tegaskan bahawa GST bukanlah cukai tambahan baharu," kata Najib, yang juga Menteri Kewangan.

Sebaik dilaksanakan, Najib berkata cukai tunggal atau GST itu akan
membolehkan kerajaan menangani kelemahan dalam sistem percukaian sedia
ada.

"Lebih 160 negara di dunia telah melaksanakan GST. Ini jelas
menunjukkan bahawa GST terbukti sebagai satu sistem cukai yang telus,
berkesan dan adil.

"Majoriti negara-negara dunia itu tidak akan melaksanakan GST jika ia memudaratkan rakyat dan negara," kata beliau.

Najib berkata kerajaan percaya ini adalah masa terbaik untuk melaksanakan GST dengan kadar inflasi yang rendah dan terkawal.

Pada masa ini, kadar inflasi adalah rendah pada dua peratus. Beliau
berkata GST tidak akan dikenakan ke atas bahan makanan asas seperti
beras, gula dan tepung serta bekalan air paip.

Ia juga tidak akan dikenakan ke atas perkhidmatan yang disediakan
oleh kerajaan dan 200 unit pertama bekalan elektrik sebulan untuk
pelanggan domestik.

Sementara itu, perkhidmatan pengangkutan, tol lebuh raya, pelajaran serta perkhidmatan kesihatan dikecualikan daripada GST.

Jual beli dan sewaan rumah kediaman serta perkhidmatan kewangan yang terpilih dikecualikan daripada GST.

Sebaik dilaksanakan, kerajaan akan memberi bantuan sekali sebanyak
RM300 kepada isi rumah BR1M, serta pengurangan sebanyak satu hingga tiga
mata peratusan dan penstrukturan semula cukai pendapatan individu.

Bagi perniagaan, antara pakej yang dicadangkan oleh kerajaan ialah
pengurangan dalam cukai pendapatan korporat dan PKS daripada tahunan
penilaian

2016, serta Elaun Modal Dipercepatkan bagi kos pembelian peralatan dan perisian ICT, diberikan hingga tahun penilaian 2016.

Ia juga termasuk pengurangan dalam cukai pendapatan koperasi sebanyak
satu hingga dua mata peratusan daripada tahun penilaian 2015, serta
satu geran latihan RM100 juta kepada perniagaan yang menghantar pekerja
mereka untuk latihan GST pada 2013 dan 2014.

"Dengan pelbagai pakej istimewa yang disediakan oleh kerajaan,
tentunya tiada pihak akan mengambil kesempatan untuk menaikkan harga
barang dan 
perkhidmatan sewenang-wenangnya.

"Harga barang akan sentiasa dipantau. Kerajaan akan menerbitkan
risalah harga barang dan perkhidmatan yang boleh digunakan untuk membuat
perbandingan harga," jelas Najib.

Selain itu, beliau berkata, Jawatankuasa Pemantauan GST akan ditubuhkan untuk memastikan kelancaran pelaksanaan GST.

Jawatankuasa ini akan dipengerusikan oleh Menteri Kewangan Kedua
Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, dengan dianggotai oleh agensi
kerajaan, wakil industri dan NGO. - BERNAMA


omakkau

34 MINIT SEHARI

Apabila kita melakukan sesuatu pekerjaan, kadang-kala kita terlalu sibuk sehinggakan kita jadikan ia alasan untuk melengah-lengahkan solat atau lebih teruk lagi,meninggalkannya terus.

Jika dilakukan sedikit pengiraan, dalam sehari, kita perlu menunaikan solat:Subuh: 2 rakaatZuhur: 4 rakaatAsar: 4 rakaatMaghrib: 3 rakaatIsyak: 4 rakaatJadi jumlah keseluruhan adalah 17 rakaat sehari. Katakan seseorang itu mengerjakan solat lebih kurang 2 minit untuk setiap rakaat, maka jumlah masa yang diambil untuk menunaikan solat dalam sehari hanyalah selama 34 minit.

Dalam sehari ada 24 jam bersamaan 1440 minit. Jika dikira peratusan masa yang diambil untuk menunaikan solat dalam sehari, hanyalah 2.36%.

Bagaimana pula dalam masa seminggu? 34 minit darab 7 bersamaan 238 minit. 238 minit bersamaan dengan 3.97 jam. Jika dikira dalam sebulan pula, katakan purata dalam sebulan ada 4 minggu. 3.97 jam darab 4 bersamaan dengan 15.88 jam.Dalam setahun pula, 15.88 jam sebulan darab dengan 12 sama dengan 190.56 jam. 190.56 jam ini jika ditukarkan kepada unit hari adalah bersamaan dengan 7.94 hari.

Rupanya dalam setahun, masa kita untuk solat hanyalah lebih kurang 8 hari.Kita kira dari segi purata umur manusia pula. Katakan purata umur seseorang adalah sehingga 60 tahun.

Umur 10 tahun merupakan umur seseorang sudah mula wajib untuk menunaikan solat. Ini bermakna, seseorang yang berusia 60 tahun perlu bersolat selama 50 tahun. Jika dalam setahun, masa yang diambil untuk menunaikan solat hanyalah 7.94 hari, maka dalam tempoh waktu 50 tahun, masa yang diambil untuk menunai solat hanyalah 397 hari. 397 hari lebih kurang bersamaan 1 tahun 1 bulan.

Bayangkan dalam sepanjang umur kita, Allah hanya menyuruh kita menggunakan 1 tahun 1 bulan dari keseluruhan umur 60 tahun kita untuk menunai solat. Itupun kadangkala masa solat kita kurang. uzur, jama', kurang 2 rakaat untuk solat Jumaat. 

Jika difikirkan kembali, 34 minit sehari adalah sangat singkat. Tengok wayang 2 jam, shopping berjam-jam, 34 minit tu tak luak pun masa 24 jam kita untuk sehari. Oleh itu, marilah kita sama-sama memperbaiki solat kita dan menghargai masa 34 minit itu dengan bersungguh-sungguh dan penuh khusyuk.

Whatsapp

Khamis, April 17, 2014

CARA AKSES KOMPUTER DARI TELEFON PINTAR


"Cloud storage" membolehkan perkongsian fail merentasi desktop dan peranti mudah alih. Tetapi bagaimana jika anda tertinggal sesuatu fail pada komputer desktop anda dan anda perlu untuk mendapatkannya?

Jangan risau,kini Google telah mengeluarkan "Chrome Remote Desktop", satu aplikasi untuk peranti mudah alih Android yang membolehkan anda mengakses desktop anda dari telefon pintar atau tablet anda.

Untuk menggunakannya, anda perlu memasang aplikasi "Chrome Remote Desktop" pada komputer anda. Kemudian pada telefon Android anda pintar atau tablet, anda perlu memasang aplikasi "Remote Desktop Mobile".

Cara untuk "setting"nya agak mudah dan untuk tujuan keselamatan, remote access pada komputer memerlukan "access code".Pada masa ini, aplikasi mudah alih ini hanya boleh digunakan pada peranti mudah alih berasaskan Android, manakala versi IOS dikatakan akan dilancarkan lewat tahun ini.-biaqpila

WARKAH DARI TUAN GURU NIK AZIZ

Nik Abdul Aziz Nik Mat
Karpal Singh : Perginya Seorang Tokoh Politik Yang Berprinsip

Saya rakamkan takziah kepada keluarga Yang Berhormat Karpal Singh, Ahli Parlimen Jelutong yang telah meninggal dunia akibat kemalangan awal pagi ini. Saya sifatkan pemergian beliau sebagai satu kehilangan kepada dunia politik tanah air kerana beliau amat dikenali sebagai seorang yang berprinsip dan sukar digugat pendiriannya. Beliau juga merupakan pendokong kuat kepada Perlembagaan Malaysia dan amat tegas dengan pendirian bahawa Malaysia merupakan negara sekular. Sudah tentu prinsip ini amat berbeza dengan prinsip perjuangan PAS dan beliau ternyata menghormati perbezaan ini.

Saya masih ingat sewaktu ke rumah beliau awal tahun lepas di mana saya diberikan sambutan yang sangat hangat dari beliau. Bahkan beliau menghantar saya pulang rapat ke pintu kenderaan sekalipun situasi beliau yang terpaksa bergerak dengan kerusi roda. Saya kira, di sebalik perbezaan pandangan antara kami, sambutan yang diberikan oleh beliau kepada saya sangat-sangat mencerminkan kelembutan beliau dan penerimaannya terhadap hubungan PAS dan DAP di dalam Pakatan Rakyat.

Saya kenal Karpal Singh sebagai seorang yang mendokong kuat Perlembagaan Malaysia dan saya yakin beliau akan terus dikenali begitu di dalam sejarah politik tanah air. Di negara ini, jika semua pihak menghormati prinsip yang terkandung di dalam Perlembagaan, Kelantan pastinya tidak akan ditindas dengan pelbagai jenis penindasan. Hak Kelantan termaktub di dalam perlembagaan, tertulis di atas perjanjian, namun ada pihak yang sewenang-wenangnya membelakangi Perlembagaan dan perjanjian bertulis.

Dalam kehangatan dunia politik pada hari ini yang menyaksikan hasrat kerajaan negeri Kelantan untuk memfailkan bil persendirian di Parlimen bagi membolehkan undang-undang hudud dilaksanakan, saya sedikit terkilan kerana individu seperti Karpal Singh tidak sempat untuk diberikan pemahaman tentang hudud. Saya amat yakin, individu seperti beliau jika diberikan kefahaman yang sebenarnya tentang undang-undang ini, tidak akan mempunyai sebarang sebab untuk menolak undang-undang hudud.

Di Kelantan, sewaktu kita meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) pada tahun 1993, ada yang menghantar surat kepada saya menghalang enakmen ini dikuatkuasakan dan pihak yang menghantar surat ini namanya bukan Karpal Singh. Saya benar-benar berharap, agar pihak yang bertanggungjawab menghantar surat ini sempat memahami keindahan undang-undang Allah SWT sebelum tibanya masa untuk pergi yang tidak akan kembali.

Sekali lagi saya rakamkan takziah kepada keluarga Karpal Singh dan juga DAP atas kehilangan pemimpin utama mereka.

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Bertarikh : 17 Jamadil Akhir 1435H bersamaan 17 April 2014M

TERKINI: KARPAL SINGH MAUT KEMALANGAN

17/4/2014 l/k jam 0100hrs d km 301.6U (Kawasan Gua Tempurung ) 1 kmlg maut melibatkan 1 m/kar MPV Alphard KS 9898 (VIP) langgar bucu sebelah kiri m/ lori WTL9909 yg jalan perlahan d lorong kiri mnyebabkan m/kar Alphard mgalami kerosakan teruk. Terdapat 4 orang penumpang dlm m/kar. 2 mangsa maut d tempat kejadian dan 2 mangsa cedera parah. Butir butir maut - 1) Karpal Singh (pengerusiDAP dan MP Gelugor) dan 2) nama C Selvam edayatti pangayam vellu . Bomba sedang mnyelamatkan mangsa di tmpt kjdian. Keadaan llintas terkwal cuaca baik.

Rabu, April 16, 2014