Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Mei 19, 2010

Bukti bergambar DAP bukan punca keputusan undi pos Sibu tiba lewat

Bagi menjawab kepada dakwaan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) bahawa DAP punca kepada sengaja melengah-lengahkan pengumuman keputusan undi pos pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu, dipaparkan di sini laporan secara kronologi bergambar yang disediakan oleh blogger Perisik-Rakyat.



9:15pm - semua keputusan dah diterima dari pusat pengiraan undi, dapat berita dari sana bahawa SPR tak nak lepaskan peti undi pos... SPR cuba main gila.

Rekod undi pos berdaftar ialah sebanyak 2,537 tapi SPR terima sebanyak 2,801. kira undi pos dari jam 1:00pm sampai 9:00pm tak selesai-selesai.

Pimpinan Pakatan Rakyat bergegas dari DAP Center ke pusat pengiraan undi di Wisma Sanyan untuk tinjau apa masalah yang timbul.

Sampai sana (Wisma Sanyan) jam 9:30pm... pemandu teksi membebel dalam perjalanan - "BN sudah gila, sudah kalah lagi mau tipu... kalau dia menang, pukul 8 malam sudah bising-bising dalam TV sama radio, sudah kalah, sikit pun tak da cerita... ini parti banyak gila.."

Pemandu teksi tak ambik tambang teksi malam tu... kita sudah menang, saya punya hati banyak seronok... ini malam saya punya customer semua saya kasi free...

Wah..! tq uncle...

Naik atas tingkat berapa aku tak perasan sebab lif penuh, masuk dalam bilik pengiraan, suasana kecoh... SPR tak bagi borang 15 (pengesahan kiraan undi) pada wakil Pakatan Rakyat untuk tandatangan.

Macam gampang... keluar dalam berita - kakitangan Pakatan Rakyat halang SPR bawa peti undi pos ke pusat penjumlahan undi.

Ni berita paling sial... beb... korang pikir la... jam 8:18pm dekat DAP Center kita dah celebrate kemenangan (rujuk - http://www.facebook.com/album.php?aid=16
8640&id=215868293045&ref=mf).

Tak kan dah menang nak halang peti undi pergi ke Pusat Penjumlahan pulak..?

SPR memang gila babi..!


Tepat jam 10:00pm tiba-tiba blackout... cilako betul... teringat pulak apa yang jadi dekat Rembau masa PRU-12 & Pemilihan Ketua Pemuda UMNO... ni taktik jahat nih... tak tau apa jadi lepas ni...

Jam 10:15pm baru SPR bagi Borang 15 lepas kena tekan dengan teruk dek petugas & Pimpinan Pakatan Rakyat... betul-betul macam sial.


10:23pm - lepas buat pemeriksaan semula rekod kiraan undi pos, petugas Pakatan Rakyat terus tandatangan... macam mana pun kita kena halang SPR & BN buat benda bukan-bukan...

BN minta untuk kiraan semula semua peti undi... Pakatan Rakyat bantah sekeras-kerasnya sebab kita tau, kalau kira balik, memang akan jadi 1 yang tak baik.

Kita dah ada banyak pengalaman.


10:26pm - Peti Undi Pos dibawa keluar dari pusat pengiraan undi untuk dihantar ke Pusat Penjumlahan undi... tengok gambar tu baik-baik, ada nampak sape-sape halang kakitangan SPR bawak Peti Undi..?


10:26pm - macam mana boleh keluar dalam berita - Pakatan Rakyat halang SPR bawa undi pos ke bla bla bla..? ada nampak suasana kecoh dalam gambar ni..?


10:26pm - ...


10:27pm - Pimpinan Pakatan Rakyat naik lif terkemudian selepas petugas SPR... kalu nak halang, kenapa tak naik dulu sebelum SPR..?


10:28pm - Wakil Pakatan Rakyat masih di Wisma Sanyan buat Press Conference... siapa pulak yang halang SPR tu..? masa ni geng-geng UMNO tak de sekor pun dekat atas...

Awal-awal dorang dah turun... SPR spin berita... sebenarnya BN yang berkomplot dengan SPR cuba melewat-lewatkan penghantaran peti undi sebab "ada perancangan" untuk main kotor...!!!

Kalau dah kalah, buat la cara kalah...!!!

Ada sesiapa yang masih tak percaya lagi yang SPR tu ejen Umno/BN?


ajijoi


Share

2 ulasan:

  1. Celako! Celako! Celako!
    Betul la kata Tok Guru...memang puak2 Celako!

    BalasPadam
  2. salam bro..memang la gambr yg org2 SPR bwk kotak undi tu x de org DAP halang,tapi pe yg jadi sebelum org SPR bwk kotak undi tu ko x tunjuk...aku pun slh sorng yg ade kat situ la bro...cume gmbr je aku x amek...lain kali nak upload pic tu pandang2 la dlu yer....

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive